November 25, 2010

Kuah Kacang / Sate

Untuk melengkapkan hidangan lontong dan nasi impit juga rendang ayam, kena ada kuah sate nih..


Bahan2 (semangkuk lebih je..):

2 cwn kacang tanah - goreng
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1-2 btg serai - ketuk
2 sudu cili kisar - ikut suka tahap kepedasan
3 sudu gula (saya campur dengan gula merah)
Garam secukup rasa
1 cwn minyak untuk menumis (kena banyak sikit)
Air secukupnya

Cara2 :

1)  Kisar kacang goreng hingga sederhana halus - tak halus tak kasar...
2)  Panaskan minyak dan tumis bawang, cili dan serai hingga naik bau.
3)  Masukkan kacang goreng.. kacau2 hingga sebati dengan perencah.  Masukkan garam dan gula sekali..  Tumis kacang ni dengan minyak yg banyak hingga garing atau warna bertukar jadi coklat tua.. Pastikan jangan hangus!!
4)  Akhir sekali masukkan air untuk mencairkan kuah... sedang2 jgn cair sangat.  Biarkan seketika, perasakan garam & gula dan angkat...
5)  Bila dah agak sejuk dan minyak timbul, buangkan minyak tu dengan senduk...

Nota:  Kalau suka boleh letak daging atau sebagainya... resipi ni makcik saya yg ajar dan memang tak guna udang kering atau yg sewaktu dgnnya... kuah sate makcik tu memang the best!

Rendang Ayam


Lama betul tak merendang sendiri... sebabnya bila raya kat kampung, makcik saya yg hebat airtangannya itu yg memasak!  Rendang ni memang sajian kami waktu raya je, jarang buat kalau tak raya... Itupun setahun dua ni kami tak buat rendang ayam sebab tak rela nak hangat-menghangatkan dikala penat beraya.. Rendang mudah basi terutama kalau awal memasaknya dan kalau guna santan asli.

Eid yg lepas teringinla pulak nak buat rendang untuk jamu tetamu yang datang.  Alhamdulillah tak banyak balance..!!  Saya letak bahan asas je, main campak2... alaa, semua orang pandai buat rendang.. cuma cara dan selera kadang tak sama..

Bahan2:

Ayam - potong sederhana besar
Bawang besar - kisar
Bawang kecil - kisar
Bawang putih - kisar
Halia - kisar
Lengkuas - kisar
Serai - titik/ketuk
Cili kering - kisar
Santan secukupnya
Kerisik
Garam
Gula
Asam keping
Minyak
Daun limau purut

Cara2:

1)  Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit garam dan goreng sebentar sehingga putih kekuningan (sekadar buat syarat supaya lambat basi dan tak mudah terlerai daging tu..)
2)   Panaskan minyak.... tumis bahan2 kisar dan serai sehingga naik minyak atau kering air pada bahan kisar tu..  Saya suka kalau bawang tu banyak, nanti kuah (ke apa namanya?) jadi banyak dan pekat...
3)  Masukkan ayam dan gaul seketika hingga rata perencah keseluruh ayam..
4)  Masukkan santan dan lain2 bahan.... bila dah pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacau sekejap2 sampai pekat dan masak keseluruhannya.  Perasakan garam, gula dan asamnya....

Nota:
Memasak rendang ayam ni selalunya  tak mengambil masa yg lama berbanding daging lembu... cuma nak kena pastikan ayam dan bahan2 lain sebati, rasa garam, gula & asam sekata... jangan kerap mengacau, nanti terlerai daging tu.  Cuma kalau digoreng terlebih dahulu, kurang sikit lerainya...  Ada orang yg masukkan sekali bahan2 tanpa perlu menumis... yg suka pakai daun kunyit, rempah ratus, juga letak cili padi.  Macam saya & keluarga, memang kurang suka daun kunyit dan rempah pada rendang dan akan menumis dulu bahan2 tu... lepas tu letak daun limau purut je..  Macam saya kata, ikut cara dan selera masing2... :)

Masa makan... jgn fikir tentang kandungan kolesterol...hehee.. Saya ni walau kurus, kolestrol tinggi.. so, memang jarang nak masak dan makan rendang kecuali hari2 tertentu..

November 24, 2010

Bayam Lemak Tumis


Dah lama tak meng'update' ini blog... Sejak raya korban hari tu, amat busy ler.. 4 hari di Dubai, pastu tinggal beberapa hari nak balik M'sia..  Nak memenuhi permintaan customer dan macam2 le..  Masak pun ala2 jer sejak balik dari bercuti hari Ahad lepas..

Sayur bayam kat atas tu.. alaaa biasa2 je.  Cuma mungkin sesetengah tak biasa letak jintan manis.. ada sikit lain pada rasanya, lg sedap...

Bahan2:
Sayur: Bayam & labu
Perencah:  Bawang merah, bawang putih, cili padi, udang kering, jintan manis dan garam - tumbuk semua
Lain2:  Santan, serbuk kunyit (atau kunyit fresh), udang basah dan minyak untuk menumis

Cara2 - macam biasa laa...heheh!  Tumis perencah, dan masukkan bahan2 yg lain...  isk!  Apasal lain macam benor malasnya hari ni nak tulis...  :(



November 11, 2010

Mee Goreng Bujang


Hari ni hari rajinku memasak dan me'report'... Tadi pagi report pau kaya yg akak cuma makan seketui pastu belum teringin nak ulang.. Mee atas ni nama je bujang, tapi yg masak mak budak.  Sebenarnya bukan nak cerita pasal mee goreng ni, tapi asal usul mee ni... Memang dah lama tak makan mee goreng (mee kuning) sebab kat Bahrain ni takde jual sangat.  Ada kat pasar, Filipino yg buat, so tak tau halal ke tak... Adalah haritu Umi (kawan seM'sia) bagitau ada M'sian buat dan jual tapi kena call (tempah) dulu.  Malas la pulak nak tempah... Then haritu terbaca sorang blogger yg duk kat Germany, dia guna spaghetti yang direbus + serbuk kunyit + minyak untuk ganti mee.  So, hari ni tergerak nak testing... betul la, hampir sama (tapi tak serupa).  Bolehla nak buat ubat teringin...



Mee goreng saya ni cuma guna: bawang kisar, cili kisar, ikan bilis tumbuk, sos cili, sos tomato, kicap, gula, garam dan sayur-sayuran je.  Sebab tak plan awal2, udang dan ayam keras lagi kat freezer...malas nak cairkan.

Untuk mee:  Spaghetti, serbuk kunyit dan minyak > panaskan air hingga mendidih, masukkan semua dan rebus hingga lembut.

Pau Kaya

Yaaa... pau lagi!!


Semalam buat seri kaya yg sesedap kaya di kopitiam... So, pagi2 ni seawal 4.15am saya dah mula menguli pau dengan semangat.  Kali ni guna tepung gandum biasa tu je (ala2 tepung cap kunci yg jenis timbang tu..).  Tapi sebab kederat yg tak seberapa, dengan tangan yg kurus tak berisi... tak mampu la nak uli lama2 macam sepatutnya.  Uli dalam 10 minit je.... perap lak dalam 30 minit (patut 40 min), dan perapan yg kedua cuma lebih kurang 15 min (patut 20 min), kukus 10 min... Kes nak cepat la nih.  Alhamdulillah, dengan bahan serba kekurangan, lembut juga jadinya... Sebab banyak, sebahagian saya jual le kat bawah..hehe. Kepala nak bisnes je... Sebiji jual 100 fils - <> 80 sen je.  Alaa... buat lepas teringin dorang2 tu je... khalass..


Balik M'sia nanti mesti nak cari tepung hong kong dan double action baking powder... mesti nak buat yg perfect!

November 10, 2010

Seri Kaya


Pagi ni tersangat relaxnye... sebab stok inti karipap masih banyak, so tak payah nak menyinsing lengan baju hari ni.  Apa relevannye dengan ini gambar?  Yelah, kan aktiviti harian wajib saya buat karipap untuk jualan di pagi hari.  Karipap...epok-epok!!!  Rasa macam ada lagu dulu2 bunyi camni... adakah?  Bila dah free tu dan takde apa nak dibaca (paper harini pun busan jerr..), kepala duk memikir apa nak bikin... Terus teringat tentang permintaan cousin nanti balik M'sia buatkan pau kaya macam arwah mbah (nenek) buat dulu2..

Resipi adalah kombinasi dari Mat Gebu/Pn Norazlina di Myresipi, Blog Teratak Chetam dan imaginasi sendiri.. :)


Bahan2 :

3 butir telur - saya buangkan tali pusat tu supaya kurang hanyir
3/4 cawan gula - Masih manis sangat...mungkin boleh letak 1/2 cawan kalau anti-manis...
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung + sedikit air - bancuh (saya ingat dah terlupa letak le, sebab masa cuci cawan tu ada je tepung tu huhuu... tp masih OK jadinya)
1 sk esen pandan - saya letak gantikan daun pandan
1 sk pewarna kuning

Karamel:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas

Cara2 :

1)  Buat karamel dulu dengan memasak gula dalam periuk dan biarkan sampai cair.  Bila dah cair semua dan berwarna perang, masukkan air panas dan kacau hingga gula cair.  Angkat periuk dan sejukkan.

2)  Dalam bekas lain, pukul gula bersama telur hingga gula hancur.  Masukkan santan pula... tapiskan ke dalam periuk.

3)  Letak atas api yg sederhana, masukkan karamel, esen pandan dan pewarna.  Kacau hingga pekat.  Part mengacau ni memang boleh tahan lama dan kena bersabar sikit (tak pasti kalau dengan campuran tepung jagung pula..)

p/s :  Sedap... bila siap terbayang toast kat kopitiam, takpun roti benggali (yg mamak selalu jual naik motor tuu..)...mmmm

November 9, 2010

Burger Malaysia..


Teringin burger M'sia... akhirnya ter'buat' jugak petang semalam... walau makan sebijik je..



sapu dengan sambal udang untuk dinner...



Cheese Cipom




Hahaa... itu buka typo tp memang sengaja akak tulis tajuk lagu tu. Sebenornya akak malu nak mengaku nama asalnya Chiffon Cheesecake.. Kisahnya, saya dah lama teringin nak buat chiffon, tapi tak beli2 jugak loyang dia.  Sebelum tu tak dapat cari cream of tartar kat sini pun jadi alasan.  Masa balik M'sia hari tu dah beli dah... selesai isu cream of tartar. Minggu depan dah nak raya haji, duk fikir2 nak buat kek apa.. asyik2 kek coklat dan kek carrot.. nak jugak tukar2.  Bila tengok koleksi resipi, jumpa resipi chiffon cheesecake ni dari ILHAM DAPUR.. salah satu blog resipi yg sesekali saya jengok.  Nampak cantik dan gebu sesangat!!!  Sungguh menggoda... Semua bahan ada, loyang je kat supermarket Ramez lagik..

Tak kiralah, nak juga buat!  Sambil menunggu cleaner yg lambat sangat datangnya hari ni, dan menyuap nasi kat En Fawwaz yg tiba2 nak makan nasi awal disaat saya memulakan projek... dan bakar kat loyang kek biasa.  Sebenarnya OK je jadiknye, cuma mungkin tak berapa lawo.  Keknya lembut, moist, sedikit manis (mungkin sebab saya guna gula biasa)...  Yang penting Fawwaz sangat suka sehingga hampir separuh dia makan dan tak bagi mama n abah pegang punn.. hahahh!  Nampaknya weekend sok kenalah melawat Ramez untuk dapatkan loyang... Resipi originalnya ku cut & paste je dari sini...


--------------------------

Sumber Resipi : ALEX GOH (FANTASTIC CHEESECAKE)


Bahan-bahan

A
  • 60g susu segar
  • 40g krim cheese
  • 25g butter
B
  • 65g tepung gandum
C
  • 4 biji kuning telur gred A
D
  • 4 biji putih telur gred A
  • 100g gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil krim tartar
Cara-cara :

1. Masak bahan A sehingga sebati (double boiler).

2. Angkat kemudian masukkan B dan kacau sebati.

3. Masukkan pula C dan kacau sebati.

4. Pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya dan putar lagi sehingga kembang (bertanduk).

5. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi (langkah no. 3) secara kaup balik dengan spatula sehingga sebati.

6. Jangan digris loyang dan bakar dengan suhu 175 C selama 35-40 minit atau bergantung pada oven masing-masing . (maz bakar dengan suhu 150 C selama 35 minit)



November 6, 2010

Full Breakfast...


Alaaa... hari ni malas lagi nak goreng menggoreng utk breakfast.  Tapi breakfast ala2 omputeh camni memang ringkas dan sangat mengenyangkan... dan seronok nak prepare...




 Black coffee pose senget utk mama n abah... dan toast with stoberi jam utk mr fawwaz...

Cucur Udang

Serba salah nak bagi tajuk cucur udang ke, cucur sayur ke, cucur tepung... hehe.  Pagi Jumaat ni tak macam selalunya buat heavy breakfast.. Pagi ni takde modal idea nak masak bfast walau ada bihun, mee kering dsb kat kabinet tu. Kalau tanya en hubby, mesti dia cakap buat cucur udang je sbb itu favourite dia.  Boleh laaahh..



Buat cucur ni kadang macam semudah ABC.  Tapi tak kena gaya, keras laa.. walau bubuh telur, air panas dan macam2.  Masa nilah nak salahkan tepung tak elok! kehkeh..  Tapi selalunya kalau saya guna stok udang mesti jadi lembut.. Alaa kalau tengah kupas kulit dan kepala udang tu, janganlah buang terus.  Rebus dulu buat stok, pastu simpan kat fridge... esok2 buat cucur udang ka, cucur bilis ka...

Bahan2 :

2 cawan tepung gandum
1/4 labu bawang - hiris halus (bawang ni ikutla ye, saya guna besauuu punya!)
Setangkai daun kucai - potong sederhana
Tauge - agak2 le sejemput dua...
1 tangkai cili - tak kira hijau ke merah
4-5 ekor udang besar - buang kulit, potong kecil.. kalau nak sekor2 kena lebih la sikit.  Kalau kat M'sia, saya suka cari udang kertas tu... sedap!
Garam secukup rasa
Air stok udang secukupnya - dalam 1 1/2 cawan kot.. tak penah kira huhu!

Cara2 :

1)  Gaulkan sekali tepung, bawang, kucai, tauge, cili, udang dan garam.  Kadang2 saya bubuh sedikit serbuk kunyit buat seri...
2)  Sedikit demi sedikit tuangkan air udang sambil mengadun.. sederhana je.  Jangan pekat sgt atau cair pula...
3)  Pastu apalagi... gorenglah sampai kuning coklet.. ada orang suka gelap kehangusan sikit.. :))


posing tak brapa lawo... sib baik ada pooh n tigger kat blakang..


November 3, 2010

Pau Inti Kelapa



Bebapa hari lepas keinginan terhadap pau panas meluap2... macam gaya orang mengidam je heheh.. Memang saya suka pau esp yang panas.  Dulu selalu beli kat KL.. ada satu jenama pau tu memang gebu2 belaka pau dia.. La la..bukan pau ahmad!  Masa tu saya suka beli yg inti kelapa (warna hijau pau tu) dan inti kaya... walau sejuk, pau2 tu tetap gebu dan lembut... Last sekali beli di Hosp Ampang Puteri lebih setahun lepas.  Susah nak cari jenis tu..

Sejak teringin saya duk intai2 je resipi pau cik mat gebu kat MYR.. dia buat inti kentang.  Tengok guna tepung hong kong la pulak... mana de kat sini.  Pagi ni nak buat jugak dengan apa yang ada di dapurku.  Kalau nak tengok original resipi kena search kat MYR for pau...Hat ni versi cincai lorr... tp jadi la jugak walau kulit ala2 pau kampung tu..


Bahan2 :

240g tepung pizza (cmg guna tepung hongkong dan tepung pau pun boleh..)
1 sk yis
1 sk baking powder (cmg guna yg double action)
1/2 sk garam
25g shortening
100ml air suam *
30g gula (cmg guna gula halus) *
1/2 sk cuka *

Cara2 :

1)  Adunkan sekali tepung, yis, baking powder, garam dan shortening.  Jadi macam serbuk roti tu...
2)  Campurkan sekali air suam, gula dan cuka... kacau2 sikit dan masukkan dalam adunan tepung
3)  Uli sampai jadi kenyal (dalam 15 min guna tangan).  Adunan saya tu macam kurang air, so saya basah2kan tangan dengan air beberapa masa mula menguli sampai jadi doh yg elok..
4)  Perap doh selama 45 min...
5)  Lepas tempoh perap, tumbuk2 dok utk keluarkan angin..  Kemudian bentukkan bulat2.. dalam 9-10 biji
6)  Ambil sebiji2... lubangkan di tengahnya dan masukkan inti ikut kegemaran..
7)  Perap lagi selama 20 minit.
8)  Kukus pula selama 10-15 minit..

Inti:
Kalau nak buat inti kelapa sonang je... kelapa + gula + gula merah + sedikit garam.  Gaul mesra.. dan masak atas api.  Letak pandan biar wangi... Nak shorcut.. masuk semuanya dalam bekas tahan microwave dan masak kat microwave, kejap je siap!!  Hehehhh...

Vegetable Manchurian



Jumaat lepas kami dinner di Taka Tak Restaurant di Manama.  Indian origin restaurant ni (saya suka sebut katak katak) merupakan antara favourite restaurant yang masakannya boleh tahan sedap dan berperisa.  Selalunya kami ambil pakej buffet, untuk 2 orang dalam BD6++ atau lebih kurang RM50++.  Kalau nak ala-cart pun boleh...  Antara sajian yang saya suka malam tu ialah Manchurian Cauliflower... Masakan kat sini pelbagai tapi tak banyak, dari indian, chinese, afghan, ke arab...macam2 adaaa...

Hari ni saya cuba2 cari resipi manchurian kat internet.. jumpalah website Tarla Dalal untuk Vegetable Manchurian (dia pulak dapat dari Easy Chinese Cooking).  Senang je bahan2 dia dan saya pun senang2 mengubah mengikut selera kekekee...

Bahan2 (ni resipi versi yg makcik dah ubah):

300g cauliflower (potong kecil2) - resipi asal kobis atau cabbage..
1/2 batang carrot (parut - dapat dalam 1 cawan)
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
1 batang cili hijau - racik halus
2 sudu tepung jagung
5 sudu tepung gandum
Sedikit bahan perasa (opt)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara2:
1)  Satukan kesemua bahan dalam satu bekas.  Boleh juga tambah sedikit air (sprinkle je..) kalau kurang melekat.  Lihat gambar di bawah...
2)  Panaskan minyak, bentuk2kan dengan sudu atau tangan dan goreng campuran sayur2an tadi (ala2 jemput-jemput..) dengan kaedah 'deep fry'.  
3)  Bila dah kuning keemasan, boleh angkat dan toskan...  




Bahan untuk sos:

1 ulas bawang putih - racik halus
1 inci halia - racik halus
1 sudu besar kicap manis (resepi asal guna soy sauce)
1 sudu besar sos tiram (resepi asal takde..)
1/2 kiub ayam - campur air utk buat stok (resepi asal guna vege stock)
1 batang cili hijau
1/2 biji capsicum - hiris (resepi asal takde)
1 sudu tepung jagung + 1 cwn air
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (opt)
2 sudu minyak masak

Cara2 (masak dengan api besar):
1)  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili dan halia hingga layu.
2)  Masukkan kicap, sos tiram, stok ayam, capsicum, garam, gula... kacau-kacau sikit
3)  Masukkan bancuhan tepung jagung..
4)  Akhir sekali masukkan sayur goreng tadi, gaul sebati dan angkat.. makan masa panas





October 31, 2010

Mee Kering Goreng


Mee gorengku yang tak berapa reti nak make-up dan posing...  Tengok dalam kotak stok, tak berusik2 mee kering cintan saya.  Hajat hati nak cuba mee kolok, tapi belum cukup seru.  Mmmm... buat je mee goreng.  Walaupun itu gambar nampak pucat je, tapi hakikatnye licin licau kami makan hari Jumaat semalam.

Bahan2 (untuk 2-4 orang):

4 keping mee kering Cintan
6 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 ekor udang basah (sederhana besar)
1 cawan isi ayam
1 sudu cili kisar (nak lebih pun boleh)
Sayur-sayuran - saya suka carrot dan lettuce atau kadang2 kobis
1 biji telur
Sos cili  
Sos tomato 
Sos tiram
Kicap manis 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

1)  Celur dulu mee kering.  Jangan sampai lembik atau masak..
2)  Panaskan minyak (banyak sikit) dan tumis bawang dan cili kisar hingga bawang layu.
3)  Masukkan ayam dan udang.  Bila ayam dah keputih2an, masukkan segala sos yang 4 tu... saya main tuang je... tapi sos tiram tu sikit je cukup (dalam 1 sudu).  Masuk juga gula dan garam.
4)  Masukkan pula mee dan sayur-sayuran...
5)  Akhir sekali buat lubang ditengah2 mee, pecahkan telur... kacau2 seketika dan gaul dengan mee...  siap!  Kalau cara hubby saya makan mesti ada limau nipis, tomato dan cili padi potong kecil2...

October 30, 2010

Grilled Chicken... lagi



Dinner kami untuk beberapa malam yang lepas.. Sekurang2nya satu hari dalam seminggu (selalu 2x) memang ada hidangan grilled chicken dan lamb atau beef, dan saya suka menyediakannya.  Selalunya buat chicken mayonnaise macam resipi sebelum ni.. dah jemulah pulak.  Hidangan macam ni selain mudah, mengenyangkan, sihat dan yang penting dapur bersih tanpa percikan minyak... takdelah penat2 nak lap dapur lepas masak.


Bahan2 untuk 2 orang:

Separuh bahagian ayam - saya tambah lagi seketul wing
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cm halia *
1 batang serai *
1/2 - 1 sk ketumbar *
Lada hitam *
Garam
Gula
Sos cili
Worcestershire sos

Cara2 :

1)  Kisar semua bahan *.  Lada hitam kalau nak tumbuk kasar2 lagi best...
2)  Campurkan semua bahan kisar dengan bahan2 yg lain (semua main agak2 je, ikut citarasa ye...).  Gaulkan dengan ayam dan perap selama 2-3 jam (saya selalunya perap belah pagi dan bakar belah malam)
3)  Bakar dalam oven dengan kepanasan 220C selama 45 minit atau ayam masak keseluruhannya... Sebelum tu kadang2 saya lalukan minyak zaitun kat atas ayam sebelum bakar, kadang tak...

Hidangan sampingan :

1.  Grilled potato - buang kulit kentang, cuci dan lap.  Lumurkan dengan butter atau majerin, bungkus dengan aluminium foil.  Bakar bersama ayam...

2.  Vege salad seperti gambar di bawah... letak sos thausand island.  Simple kan?

October 28, 2010

Nasi Lemak Cik Siti


Kat blog cik siti's world aku dah cerita tentang keteringinanku terhadap nasi lemak sambal kerang... beli atau bungkus punya.  Kena tahan dulu keinginan tu sampai hujung November nanti masa balik KL.  Pagi ni dek teringin sangat dan tak sabar nak tunggu esok (weekend di Bahrain), akupun buatle nasi lemak biasa sambil2 goreng karipap.  Nasi tu kira terlembik sikit.. aku suka yg peroi..  Esok punya breakfast, biar aku fikir nanti malam.  Selalu weekend memang kena breakfast yg berat2 sikit sebab selalu skip lunch dek kerana sibuk mengurus groceries..

Tak taulah samada cara aku buat nasi lemak sama ke tak dengan orang lain.. tp kekadang ada jugak tengok kat resipi mana2, ada yg lebih kurang dan tidak...

Bahan2 dan cara2 untuk 2-3 orang:

Nasi:
1 1/2 cawan beras (aku guna basmathi, selalu jadi double bila masak...) - cuci siap2
1 ulas bawang merah
1 cm halia
2 cubit/jemput halba (dalam 1/2 sk kot..)
1 batang serai - titik
1 helai daun pandan
Santan dan air - agak2 jelaa..
Sedikit minyak (dalam 1 sb)
1/2 sk garam

Cara2:
1.  Hiris halus bawang dan halia.
2.  Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bawang, halia dan halba sampai wangi.
3.  Masukkan santan dan air secukupnya, diikuti serai, pandan, garam dan beras.
4.  Biarkan sampai masak... nasinya akan jadi lemak dan wangi...mmmmh

p/s: Kadang aku tak tumis pun... masuk je semua sekali (tanpa minyak) dalam periuk dan masak... jadi juga nasi lemak hehehh...

Sambal:
3-4 sudu besar bawang merah dan putih yang dah siap dikisar (aku memang suka simpan stok bawang kisar)
3 sudu cili kering kisar (ikut tahap kepedasan cili)
1 sudu gula
1 sk garam (atau secukup rasa)
1 inci belacan - hancurkan
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
Minyak

Cara2:
1.  Panaskan minyak dan tumis semua bahan sampai sedikit kering atau hilang maung bawang tu... warnanya akan jadi merah tua dan. minyaknya keluar  Rasakan gula dan garamnya... aku suka sambal yg manis2 sikit, orang lain mungkin lain citarasa...

Lain2 aksesori wajib: Ikan bilis goreng, timun, telur rebus dan kacang goreng..

October 21, 2010

Ayam Masak Kicap



Saja aku nak post masakan yg dikira paling senang... Aku masa darjah 6 dah pandai bab2 masak kicap nih.. sungguh! Tapi tak semestinya handal dan sedap ikut citarasa anda.. hehe. Tapi kan.. aku dapati lain tangan lain rasa masak kicapnya. Aku sampai la ni tak boleh buat masak semur (kicap la tuu..) macam makcik2 kat kampung tu masak terutama untuk kenduri dan lauk ambeng. Istimewa rasanya... padahal aku selalu jugak ada di tempat kejadian. Lagi satu, masak kicap mak tiri aku pun lain rasanya... sebab aku tak duduk sekali, tak pernah tengok macamana dia masak. Tapi satu hari, aku akan coba tanya atau skodeng cara dia masak... :D

Style masakan aku simple je...

Bahan2 (utk 2-3 orang):

4 ketul ayam (bahagian mana, ikut suka)
1 inci halia - mayang
3 ulas bawang merah - mayang
1-2 ulas bawang putih - mayang
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang (nak letak cengkih, dll pun takpe, biar wangi)
1 biji tomato
1/4 bhg capsicum (tak letak pun takpe)
1/2 sk lada sulah
Santan atau susu cair/fresh -
Kicap manis secukupnya
Garam
Gula

Cara2 :

1) Lumur ayam yg dah dibersihkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh garing. Ketepikan..
2) Tumis dengan sedikit minyak bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga kekuningan dan wangi. Masukkan kicap dan sedikit air.
3) Tuang santan, gula, garam, lada sulah dan biarkan hingga mendidih.
4) Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, tomato dan capsicum. Biarkan untuk seketika sehingga ayam agak lembut, rasakan garam dan gula... angkat.


ps: Kadang2 aku suka letak suun... :)


lama punya... saja nak upload :D

October 17, 2010

Kerabu Jawa Style



Kelmarin aku beli tauge.. ala, apa kecoh sangat beli tauge pun?! Hehe... bukan apa, tauge kat Bahrain ni kira makanan berharga.. Seplastik kecik (ala2 kat M'sia 40-50 sen) harganya 400 fils (dekat RM4). Letaknya pula kat bahagian sayur2an dari Thailand dan tak semua hypermarket jual. Selalu nak beli, tapi kurang selera sebab kurus, macam dah nak layu..dsb. Kelmarin ku beli juga sebab nak buat kerabu. Tanpa tauge, kerabu tak bermakna... :D

Kerabu jawa ni lain sikit dari kebanyakan kerabu kat kedai makan. No 1, sebab dia ada letak cekur@kencur..

Bahan2 :

Kelapa parut (anggaran sepinggan)
2 ulas bawang putih
2 ulas cekur / kencur
2 cm belacan yang dah dibakar
Sejemput udang kering (optional)
5 tangkai cili padi (kalau suka pedas, kasi lebih...)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Asam jawa (kalau jenis yg biasa2 tu dalam sejemput)

Cara2 :

1) Tumbuk bawang, cekur, cili, belacan dan udang kering sampai halus.
2) Campurkan bahan (1) dengan kelapa. Masukkan sekali gula, garam, perasa dan asam jawa. Gaul atau ramas2 hingga sebati. Pastikan rasa masam, manis & masin sekata.
3) Masukkan bekas dan kukus dalam 10 minit. Lagi senang, masuk dalam plastik... masa masak nasi (air dah kering), letak atas nasi tu... keluarkan plastik berisi kerabu bila nasi dah masak... Kalau nak sangan pun boleh.

Bahan2 sayuran:
- tauge, kacang panjang, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang -> jenis ni semua kena celur dulu
- daun selum, daun pegaga, dll


Lauk kegemaran makcik2 di kampung ku terutama bila kenduri atau rewang... layan dengan ikan kembung goreng atau ikan masin.. :)


October 15, 2010

Ayam Gajus


Lauk semalam... kukira sedaplah sebab en hubby makan tambah2.. haha. Walaupun aku sangat risau akan rupa perutnya nanti, tapi aku suka kalau nampak dia selera.. Itulah dilema ku. Takpelah, asalkan sihat dan jauh dari penyakit berbahaya....

Bahan2 :

1/2 mangkuk isi ayam (dada) yang telah dipotong2 kecil - anggaran 2 orang makan
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris halus
2 cm halia - hiris nipis
1/2 labu bawang besar (agak2 le ikut size bawang ye...) - hiris tebal
3 tangkai cili kering (kalau suka boleh tambah) - gunting sederhana lebar
1/2 cawan gajus (cashewnut) - dah siap roasted
2 sudu sos tiram
Kicap manis (aku main tuang je kicap jalen tu)
Lada sulah
Sedikit sos cili (dalam 1 sudu)
1/4 biji capsicum (semalam ku tak letak pun)
Tepung jagung secukupnya
Ajinomoto
Garam
Gula
Sedikit cuka (lupa letak tapi kebanyakan resipi org cina letak red wine ke, vinegar ke..)
Sedikit air atau stok ayam
Minyak secukupnya

Cara2 :

1) Perap sebentar hirisan ayam yang dah dibersihkan dengan sedikit tepung jagung (2-3 sudu), ajinomoto (1/2 sk), sedikit garam dan lada sulah (1/2 sk). Gaul rata.
2) Panaskan minyak dan goreng ayam sampai 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3) Goreng pula cili kering yang dah dipotong sampai garing. Angkat dan ketepikan.
4) Tumis bawang putih, halia diikuti bawang merah hingga layu.
5) Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, aji, gula, garam, air... biarkan mendidih kejap
6) Masukkan pula ayam, gajus dan cili. Biarkan kejap sampai ayam betul2 masak
7) Bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan tuang dalam kuali (jgn banyak sangat..). Bila nampak dah pekat, angkat.... siap!


Lontong - Kuah Lodeh



Aku asyik duk terpandang je nasi impit Nona yg tak berusik dalam kotak tu. Dah set untuk buat breakfast.. Ingat nak buat kuah kacang je, rupanya kacang tu ada kat kedai lagi.. hehe. Akhirnya aku buatkan kuah lodeh..

Aku memang suka lontong.. Haritu cakap masa raya aku tak jumpa makanan ni sampailah member officemate hubby buat open house kat sini dan menghidangkan lontong versi Singapura. Makan rumah orang memangla kontrol ayu kan... So, pagi ni untuk breakfast aku buat kuah lodeh yang tak berapa cukup sifat. Alaaa setakat aksesori bukan penting sangat... rasa tu yg penting.

Bahan2 (untuk 2 orang x beberapa kali makan hik hik) :

3-4 batang cili kering *
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang kecik/merah *
3 ulas bawang putih *
1 sk jintan manis *
Sejemput udang kering *
Sejemput bilis *
1 cm halia *
Serbuk kunyit
Udang basah
Suhun
2 batang serai - titik
2 cm lengkuas - ketuk
Bay leave (daun salam)... aku guna bay leave kering tu je
Santan secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam
Sayur2an - kobis, carrot, kobis bunga, kacang panjang, tauhu, tempe, dsb (chek cuma ada 3 sayur pertama tu je. Pas makan baru nak gi market cari stok sayur baru.. :D)
Aksesoris lain - telur rebus, tahu goreng, tempe, goreng, sambal tumis, serunding dll ikut suka..

Cara2 :

1) Tumis bahan2 kisar dan juga serai.
2) Bila dah wangi (atau cukup syarat), masukkan udang basah, santan cair, garam, lengkuas dan bay leave. Biarkan sampai mendidih.
3) Masukkan sayur dan santan selebihnya. Akhir sekali masukkan suhun. Rasakan garamnya ikut selera anda..


Lontong control ayu... puas makan pagi sampai tengahari.. huhuu


October 14, 2010

Carrot Cake

Dah lama teringin nak buat carrot cake.. Akhirnya aku jumpa satu resipi yang simple dan hasilnya pun aku suka sebab dia moist dan tak manis sangat.. Semalam aku buat khas untuk Fawwaz yg sesekali sebut nak 'kek'. La ni memang sentiasa ada stock kek esp choc cake kat fridge, sebab seisi keluarga suka.


Dari resipi asal, aku buat 1/2 adunan je dulu sebab nak tengok hasilnya. Lagipun tepung gandum cukup2 je utk buat jualan. Makanya aku buat dengan tepung pizza (sebenarnya sama je kot - patented wheat flour). Aku tak letak walnut dan serbuk buah pala (nutmeg) supaya anak aku tak reject... dia ni cerewet sikit, once rejecting, dia takkan mau lagi sampai bila2... Letak serbuk kayu manis pun ala2 tabur secubit je..

Resipi diambil dari Myresipi oleh newbie123..

Bahan2 (adunan penuh) :

2 1/2 cawan parutan karot
4 biji telur
1 cawan minyak masak (aku guna minyak jagung)
1 1/2 cawan gula putih (aku guna gula biasa yg di 'blend')
2 cawan tepung (tepung gandum la tu...)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (aku tak bubuh)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yg dicincang

Cara2 :

1) Tepung, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis, nutmeg dan garam semua diayak sekali.
2) Pukul telur dan gula hingga sebati. Guna hand whisk je... guna senduk kayu pun boleh. Bila dah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi
3) Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (2)
4) Masukkan esen vanilla, carrot dan kacang. Kacang hingga sebati.
5) Masukkan kedalam bekas/tin yang sudah dilengser dengan minyak dan bakar dengan kepanasan 160-180C (ikut oven) selama 40-60 minit (oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit).

Note: Kalau 1/2 adunan macam aku buat tu cuma 25 minit dengan suhu 160C (ketuhar besar).

Topping (ni aku main agak2 je ikut stok yg ada)
- Cream cheese, ising sugar dan lemon juice (kalau takde takyah letak) > Pukul semua sampai putih kembang. Sapu atas permukaan kek.


October 12, 2010

Sambal Taucu Ikan Bilis



First time makan sambal bilis taucu ni masa kenduri kawin kawan baik aku Zu berbelas tahun yg lepas di Kg Endah. Sambal ni rasanya agak popular di kalangan orang2 Jawa kawasan Banting Hulu Langat, sebab kat kampung aku terutama kariah tempat aku tak pernah lagi jumpa. Baru semalam aku teringat dan minta resipi kat Zu dan sorang lagi member Banting, Tati. Sedap kalau makan dengan nasi panas dan tak payah campur lauk lain...

Bahan2 :

1 cawan ikan bilis (agak2 dapat sepinggan)
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
3 - 4 tangkai cili padi (opt - kalau suka pedas)
1 1/2 cm halia *
1 1/2 cm lengkuas *
2 cm belacan
3 sudu besar taucu
Gula dan perasa
Garam (jika perlu)
Minyak untuk menumis


Kat Bahrain boleh beli taucu jenis ni kat Lulu...

Cara2 :

1) Hiris halus bahan2 *
2) Bawang besar dan cili pula dihiris kasar (atau ikut kesukaan)
3) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (1) hingga layu
4) Masukkan juga taucu dan belacan. Kacau2.
5) Masukkan ikan bilis yg telah dicuci dan kacau hingga masak (boleh tambah air).
6) Apabila bilis hampir masak (kurang rasa mentahnya) masukkan bawang besar dan cili merah/hijau. Kalau suka masukkan kedua2 ni lebih awal bersama bahan (1) pun boleh juga.
7) Biarkan seketika, rasakan garam dan gula... dan angkat.
8) Peringatan : taucu selalunya dah masin. So, garam kalau perlu masukkan kemudian...




October 9, 2010

Mee Siam Berkuah

Ahha... ni dia mee siamku! Dah lama aku mengidam mee siam yg ada kuah ni. Aku teringat masa kerja dia Mega dulu, officemate ku Ismizah pernah bawa mee siam bersama kuah yg sedap. Sampai kini aku terkenang2, dan susah nak jumpa. Apalagi kat Selangor atau KL.. Duduk S'pore pun tak jumpa yg ada kuah ni. Tak abis merayap kot walau kat sana 2 tahun... Yang aku kekadang makan ialah mee siam yg sangat 'plain' rasanya huhuu..

Aku jumpa satu resipi ni kat MyResipi untuk ambil idea buat kuah.. Walau mungkin lain sikit rasanya dari mee siam Ismizah dan wife x-boss ku, boleh la menghilangkan keinginan..




Bahan2 (makan 2-3 orang) :-

Untuk mee:

1/2 bungkus mihun (rendam 1-2 jam atau celur kejap dgn air panas)
5 ulas bawang merah (atau 3 sudu besar yg dah siap kisar)
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu cili kisar
Sejemput udang kering (atau 1 sudu) - tumbuk/kisar
1 sudu tauchu
Kicap manis
Sos tomato dan sos cili
Garam dan gula secukupnya
Sayur-sayuran ikut suka - sawi, carrot, kobis, atau lain2
Udang, ayam, tauhu, telur rebus atau lain2 kalau nak tambah sebagai "aksesori"
Minyak masak

Untuk kuah:

3 sudu bawang besar yg dah siap kisar
2 ulas bawang putih (dah kisar sekali dgn bawang besar)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar tauchu - kisar
2 sudu kacang tanah yg dah digoreng dan dikisar kasar..
1 batang serai - titik
1 mangkuk air asam - sedang2 masamnya
Garam dan gula

Cara2:-

Mihun:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar termasuk taucu, garam dan gula sehingga pecah minyak
2) Masukkan kicap dan sos. Kacau seketika.
3) Masukkan mihun dan sayuran. Gaul hingga semuanya bersatu. Tambah air kalau perlu terutama jika bihun hanya direndam.
4) Tutup seketika dengan api sederhana. Biarkan hingga masak dan rasakan masin dan manisnya (ikut citarasa..)

Kuah:
1) Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar termasuk serai dan tumis hingga agak garing.
2) Masukkan air asam dan biarkan hingga mendidih dengan kepekatan sederhana.
3) Perasakan gula, garam dan asamnya (rasanya sedikit masam manis...)


Note: Masa nak makan tabur bawang goreng dan cili hiris (kalau suka). Letakkan juga telur rebus, tauhu goreng dll...


Menghidangkan dengan cara paling mudah... Kuah kurang cair sket tapi malas nak ambil tindakan :D


Intro bulan ni...

Nampaknya dah sebulan lebih cuti tulis resipi.. Lepas 3 minggu cuti raya di M'sia, akupun ala2 cuti tengok resipi. Mood nak masak sedap2 belum berapa timbul.. asyik2 rewind menu lama straight dari dalam kepala. Lagi pulak internet tak berapa baik sejak balik. Asyik2 limited connectivity... Tengoklah esok pagi kalau ada ilham nak masak ikut buku.. Setelah aku keciwa tak dapat nak menikmati paste Mrs Vanellis malam ni disebabkan Fawwaz tidur pengsan sebaik azan maghrib berkumandang sampai la...

Balik M'sia haritu, puas juga aku makan makanan kegemaran. Terutama masa buka puasa dapatlah rasa nasi kerabu, kerabu style jawa dan pecel lele@ikan keli.. Masa raya pulak puas makan sambal taun kerang, rendang hitam sendri masak (heheh), dan lain2 masakan makcikku yg tiptop! Tapi kenang2, sebenarnya 1st raya tu aku bukan makan sangat... duk sibuk beraya sepanjang hari, jamah sikit2 apa yg depan mata... sampai sambal kacang pun aku tak ingat makan ke tak. Lontong tak jumpa langsung! Tapi last week adalah officemate Singaporean hubby buat makan2 kat bawah ni... rasalah aku lontong style S'pore. Bagi aku lontong S'pore agak lain sikit dari M'sia punya esp lontong KL/S'gor. S'pore punya ada xtra tauhu goreng, tempe, kerisik/serunding kelapa, telur sebiji, sambal, dll. Tauhu tu kalau boleh yg lembut dan besar saiz nya... mantap!

Kat gambar ni adalah masakan istimewa makcik 'ipar' ku yg berasal dari Indonesia... Solo ke Jogja? Heheh.. akupun kenkadang confuse. Yg kutau dia dah permanently jadi orang Seri Kembangan.. :D Maybe cik Nur Taste99 boleh jawab. Sedap nih! Bacem ayam dan tempe.. Aku ada tulis juga resipinya versi aku yg belum grad tu... entah ada lagi ke tidak ye. Bacem ni boleh makan terus lepas rebus atau goreng semula. Tapi kalau makcik ku buat ni, tak sempat goreng balik rasanya... Ni pun kira aku sempat snap gambar dan rasa sikit2.. lepas tu dah masuk perut orang hahahhh...


Yg kat bawah ni pulak ialah pecal yg mak aku beli kat pasar Sg Besar. Sedap jugak... kelainannya ialah dia letak mihun goreng dan nasi impit. Lain2 sayur mayur sama je iaitu kangkung dan taugeh.. aku suka kalau ada timun pulak.

OKlah.. cukuplah intro ku kali ni... Aku tengah terfikir2 nak bekfast mee siam berkuah esok pagi.. Tadi aku baru beli soy paste yg kelihatan macam tauchu.. made in Thailand. Ada tanda halal yg dipercayai... tu yg aku capai je. Harga dia dalam 575 fils gitu.. Masa balik M'sia lupa nak beli untuk stok sini...

August 29, 2010

Sup Ayam Special

Sejak jumpa resipi sup ayam special ni, aku dah tak masak sup guna bunjut lagi.. Memang sedap hasilnya... baunya semerbak satu rumah.. Resipi yg ni berdasarkan isi rumahku ye... credit tu Tulip..




Bahan2 (untuk 2 org):

Ayam (agak2 dapat semangkuk)
1 biji kentang - potong 6 atau 8
1 biji karot - potong tebal dlm 2 cm
6 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - ketuk
1 batang kayu manis *
2 biji bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
4 biji cengkih *
1/2 kiub ayam (nak letak 1 pun boleh..)
Lada sulah
Garam
Bawang goreng
Daun sup/bawang

Cara2:

1) Rendam dalam mangkuk semua rempah * dengan air mendidih. Bila dah suam airnya, keluarkan dan toskan. Simpan air rendaman.
2) Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
3) Setelah itu masukkan halia dan rempah, kacau seketika dan masukkan pula ayam.
4) Kacau dan balik2kan ayam tersebut dan biarkan seketika dalam 5-10 minit.
5) Tuangkan air rendaman rempah dalam periuk dan tambah air, agak2 separas atau lebih dari ayam.
6) Bila air sup mendidih, masukkan kentang dan karot. Tunggu sampai kentang empuk.
7) Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam dan ajinomoto (kalau suka - aku tak letak).
8) Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun sup/bawang dan tutup periuk untuk beberapa ketika...


August 28, 2010

Kuih Makmur lagi

Semalam buat sikit kuih makmur untuk stok kat Bahrain ni.. maaflah ye, tak bolehlah nak bawa balik M'sia.. nanti hancur la pulak. Bawak Mamoul yg mcm biskut Bantal Peluk Saloma (tgk resipi Kak Fida) dan Guraiba yg macam suji tu kira cukup lah... banyak rumah nak kena agih nih.. maklum larr, ramai benor mak2 den ni hah.. Itu pun mak mertua dah takde :(

Yang sebelum ni (b4 puasa) try resipi citarasawan tapi kali ni buat reference kat resipi kak fida di MYR dan Citarasawan. Sudahnya aku buat 2 jenis resipi untuk perbandingan... 2-2 sedap tapi aku masih mencari formula makmur yg macam Kak Lena sepupuku beri kpd makcikku tahun lepas.. sedikit cruncy dan sangat sedap! Takpelah, aku tulis je dulu yang mana aku buat utk reference masa akan datang..


Kuih Makmur I
Basic menu tiru kak fida tapi aku ubah sikit.. buat 1/2 adunan. So bawah ini adalah versi 1/2 tu...

color hijo...

Bahan2 :

125g mentega golden churn
1/2 sudu minyak sapi (tapi lepas masuk tepung aku tambah dan tambah sampai tepung lembut)
300g tepung gandum (patut ikut resipi 1 1/2 kg bahagi 2)
Sedikit garam
Gula castor untuk salut selepas bakar

Inti (ini ikut citarasawan tapi boleh dikurangkan kuantitinya):

100g roasted cashew nut (ku tak pakai kacang tanah)
150g gula
1 sudu besar mentega dicairkan

Cara2:

1) Pukul mentega dan minyak sapi separuh kembang. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli, sehingga tepung boleh dibentuk. Tinggalkan tepung yg berlebihan... Juga boleh tambah pewarna kalau suka..
2) Kalau terlebih tepung atau agak berderai, tambah lagi sedikit minyak sapi..
3) Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20-25 min (ikut oven memasing..)
4) Bila dah sejuk baru salut dengan gula....



Kuih Makmur II

Resipi Citarasawan... tak tau kenapa kali ni result yg aku buat tak sama dengan yg hari tu.. mungkin aku salah timbang kot..huhu. Tapi tetap sedap cuma very soft and fragile..


melt in your mouth...

Bahan2 :

200g minyak sapi
400g tepung gandum (aku tambah tepung beberapa kali sebab adunan lepas macam lembut sangat)
200g gula ising
1/8 sk garam halus
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate

p/s 1: inti ikut yg di atas...

Cara2 :
1) Satukan semua bahan hingga jadi doh dan bentuk ikut kegemaran anda...
2) Yg versi ni aku salut dengan gula ising..


Murtabak Segera

Semalam tertengok satu resipi yang agak menarik untuk orang2 yang 'jauh' dari pasar malam dan bazar ramadhan macam aku. Ramai juga orang yang mencubanya dan yang pasti, sonang je nak buat... murtabak, lamanya tak makan... tak ingat sapa tuan resipinya, tapi boleh search kat MYR.

Tak abis makan 2 orang nih...


Bahan2 :

2 biji kentang - potong dadu
100g "minced meat"
1/2 labu bawang besar - dadu
1 ulas bawang puting - dadu
1 1/2 sudu rempah kari
Garam & perasa (opt)
Sedikit gula (aku yg tambah...)
Minyak
Daun saderi (kalau ada..)
2 biji telur (rasanya kalau letak lebih lagi best..)
Mixed vege (aku tambah)
Kulit popiah

Cara2 :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.
2) Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak. Boleh bubuh air sikit kalau perlu..
3) Masukkan daging... tumis seketika.
4) Masuk pula kentang diikuti garam, gula... bila dah 1/2 empuk masuk pula mixed vege.
5) Masak hingga kentang empuk dan boleh tabur daun sup.. angkat dan masuk ke dalam mangkuk. Tunggu sejuk..

Inti sebelum dimasukkan telur..

6) Pecahkan telur dalam mangkuk kentang/inti tadi dan gaul sebati.
7) Bentang kulit popia, sendukkan inti ke atas kulit tersebut dan lipat empat segi.. (mcm lipat popia, kata empunya resipi)
8) Goreng dgn sedikit minyak atas pan sampai masak.. balik-balikkan dan bayangkan yg ada di pasar malam... hehhehh


August 25, 2010

Ayam Goreng

Hahaha... ayam goreng pun aku nak upload sini. Sebenornya dah takde apa nak buat... eh tapi inilah sebenarnya ayam goreng kegemaranku.. mesti nak marinade juga sebelum goreng..



Bahan2 :

3 ketul ayam - ikut bahagian mana yg digemari
1 sudu teh ketumbar - kisar/tumbuk
3 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
1 cm halia - kisar/tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

1) Bersihkan ayam. Kalau besar dan tebal, kelar2 sikit
2) Masukkan dalam bekas sekali dengan semua bahan di atas. Perap sekurang2nya 1 jam..
3) Bila nak goreng, tabur rata tepung gandum ke atas ayam, golek2kan dan goreng dalam minyak panas sampai masak. Tepung tu tak payah bancuh ke apa... tak payah juga guna telor (tu resipi lain... :P)