May 20, 2010

Donut


Baru nak naik...

Untuk frozen.. goreng sekejap, sekadar kena minyak..
-----------------

Selalu aku buat donut cincai2 je... jadi gak. Tapi tiba2 aku nak ikut resipi dan jumpa resipi HaSue kat My Resipi. Ramai benar yg cuba... so, nak share tentang kejayaan resipi ni. Cuma aku ada sedikit modify dgn menukarkan shortening dgn kentang lenyek...

Bahan2:

500g tepung gandum
50g majerin
6 sk rata yis segera (kalau mauripan, 1 bungkus) - edited 15/7
200ml air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung (boleh juga guna 2 sudu susu pekat manis)
3/4 biji kentang sederhana besar - rebus dan lenyek (ikut resipi asal: 1 sudu shortening) - edited 15/7
1 biji telur - kocak
1/2 sk garam

Cara2:

1) Dalam mangkuk atau besen utk uli donut, masukkan air suam, yis, majerin, gula dan susu (kalau susu tepung campur je dgn tepung gandum). Kalau guna shortening, masuk sekali. Kacau2 sikit dan biarkan sampai yis naik/kembang... atau bertindakbalas
2) Kemudian masuk separuh dari tepung + susu tepung, telur, kentang dan garam. Kacau hingga sebati dengan sudu
3) Bila dah sebati, masukkan pula tepung yg selebihnya. Kacau dgn sudu sekejap. Kemudian uli dengan tangan hingga tepung tak melekat dan teksturnya halus.
4) Canai atau bentukkan ikut citarasa.. Bila dah naik, goreng dengan api yang kecil (pastikan minyak panas dulu)

p/s: buat donut ni yg penting uli sampai betul2 halus strukturnya dan naik sedikit sebelum goreng. Tgh goreng dia akan naik/kembang lagi. Tak kisah bahan mana masuk dulu masa nak uli... Kalau pakai mesin lagi sonang!

May 16, 2010

Marinated Grilled Lamb Chop


Kebelakangan ni mencuba masakan ikut menu suami.. Tengahari semalam kena buat lamb chop, makanan yg aku tak makan. Berusaha cari resipi kat internet bahan marinade dan sos. Ada yg simple sangat, takpun bahan takde di dapurku, dll. Sudahnya aku reka2 je ikut apa yg ada.. biasalah statement nih! Tengok hubby makan selera, OK la tuu... hehe

Bahan2 :-
2-3 ketul lamb chop (yg dah siap potong kat supermarket tu..)
Side dishes - mashed potato atau chips, tomato, broccoli, dll ikut citarasa

Bhn marinade:
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 sk ketumbar
2-3 sudu corn oil (sepatutnya olive oil)
Sedikit oregano
2 sudu lemon juice
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Potong halus atau tumbuk bawang putih, halia dan ketumbar.
2) Campur dengan bahan2 lain dan lumur pada daging. Perap semalaman atau sekurang2nya 3-4 jam.
3) Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 30 min.

Sos:


1/4 labu bawang besar - hiris dadu
1 sudu rata tepung
1 sudu besar butter atau marjerin
Sedikit serbuk buah pala - tumbuk buah pala (nutmeg) dan guna dlm 2 cubit
Lada sulah
Susu segar secukupnya
Sedikit pati ayam
Sedikit garam

Cara2:
1) Panaskan majerin dan tumis bawang hingga layu
2) Masukkan tepung dan kacau hingga keperangan
3) Masukkan susu segar dan lain2 bahan hingga mendidih dan angkat.

May 12, 2010

Apam Gula Hangus


Apam yg sedap, senang nak buat, lembut... mmm ! Rupa je ada sket kureng.. tapi apa ada pada rupa, yg penting rasa..


Bahan2 :

1 cawan gula } hanguskan dan kemudian campur air
1 cawan air }
2 biji telur
2 sudu majerin
1/2 cawan minyak masak
2 sudu susu cair
1 sudu gula
1 1/2 cawan tepung
1 sk soda bikarbonat

Cara2:

1) Buat gula hangus dan biarkan sampai sejuk
2) Masukkan telur, majerin dan minyak dalam blender. Blend dalam 2-3 minit.
3) Masukkan susu, gula, bikarbonat dan gula hangus. Blend lagi.
4) Masukkan tepung dan blend sampai sebati.
5) Masukkan dalam loyang atau acu apam. Kukus selama 20 - 30 minit (kalau acu apam tu tak sampai 20 minit pun..)

May 7, 2010

Steak


Hubby's favourite but not me... Selama ni tak pernah order steak tp ada sesekali merasa dan tak perasan rasa dia melainkan rasa daging. Upon request, buat dgn apa yg ada di dapur je...

Bahan2 :

2 keping daging - sirloin, tenderloin atau apa je yg berdaging.. (haha)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 cm halia - cincang halus
3 sudu Worcestershire sauce
1 sudu soy sauce
1 sudu kicap manis
2 sudu corn oil (sepatutnya olive oil)
Sedikit oregano
1 sudu teh black pepper
1/2 sudu gula (sepatutnya 1 sudu madu)
Sedikit garam (kalau nak masin sikit)

Cara2:

Perap semua bahan semalaman. Grill dalam oven selama 20 - 30 min dgn kepanasan 200-230 atau guna stove. Hidang dgn black pepper sauce.

p/s: dalam gambar tu guna sos chicken chop kelmarin sbb ada sedikit bau kemalasan... :D


May 6, 2010

Chicken Chop & Coleslaw

Hidangan dinner malam tadi. First time buat chicken chop dengan penuh semangat. Rupanya, hubby stuck dekat office sampai waktu tidur ku... terpaksa makan asing2 dgn selera yg kurang walau hidangan sedap.... Takpelah, dah kerja dia... Hilang rindu pada makanan kegemaranku... Credit to the owner of these marvelous recipes...



Chicken chop with mushroom sauce - presentation belum pass ;D

Coleslaw - marvellous (macam rasa kat KFC)


Bahan2 (utk 2 orang) :

Utk marinade :
2 keping ayam - selalunya bahagian peha
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 cm halia - cincang halus
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1 sudu sos tiram
1/2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos Lea & Perrins (dh google, katanya halal.. wallahualam)
1 sudu madu (takde madu, boleh letak gula sikit mcm aku mlm tadi)
Garam secukup rasa

Sos:
2 sudu mentega
1 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
100 ml fresh milk atau susu cair
Kiub ayam atau daging + 100 ml air
1 tin kecil mushroom
2 sudu tomato paste (tomato sos pun boleh)
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Note: Tak perlu garam sebab dah masin...

Coleslaw:
1/2 batang lobak merah - potong halus
4 helai daun kobis - cuci dengan garam, kemudian potong halus
1/4 labu bawang besar - hiris halus
4 sudu mayonaise
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu air lemon (cuka pun boleh)

Cara2:

Ayam:
1) Campurkan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Cucuk ayam dgn garfu atau pisau supaya lebih menyerap. Perap semalaman.
2) Sesudah diperap, panaskan sedikit minyak dalam kuali (elok yg non-stick) dan tutup sampai dekat masak. Balik2kan.. Ambil masa dalam 15-20 minit. Sedap kalau sedikit juicy. Jgn terlalu masak..

Sos:
1) Tumis bawang dgn 2 sudu butter sampai layu dan ketepikan.
2) Masukkan 1 sudu butter dlm pan tadi dan masukkan tepung. Kacau seketika.
3) Masukkan semua bahan yg lain termasuk bawang... Angkat

Mayonaise:
Gaul semua bahan dalam mangkuk dan simpan dlm fridge sebelum dihidang.

Well done! Happy eating..




Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...