November 24, 2011

Ikan Tenggiri Masak Lemak



Sambil menunggu kedatangan cleaner yg agak lambat pagi ni... sempat lagi tengok gambar2 kat folder 'my cooking' yg belum tersiar.  Agak2 inilah entri terakhir masak memasak dari bumi Bahrain nan nyaman dikala ini... dengan tiupan angin yang dingin.  Dari tempat akak lepak ni, nampakle bendera Bahrain berkibar2 kat tembok istana tu.. Istana ke?  Entah.. abe kata istana PM.  Sejuk je sejak semalam.. patut diramal hujan tapi tak jadi.  Kuasa Allah kan, nak hujan ke tidak.. :)

Ikan tenggiri ni adalah stok terakhir dari freezer.  Dah kosong dah, tinggal ayam untuk masak petang ni.  Nak masak ayam kurma ke ayam kicap, belum decide lagi.. Punya semangat nak meninggalkan rumah kennn....

Bahan2:

3 ketul ikan tenggiri - 3 je sbb yg makan cuma 2 org
4-5 ulas bawang merah (atau 1/2 labu bawang besar) - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 batang cili padi - 3 je, sebab cili kat sini agak pedas lebih.. tumbuk jugak ye!
1 btg serai - titik
Serbuk kunyit
Daun limau purut
1 keping kecil asam gelugur/keping
Garam
Santan secukupnya

Cara2:

1)  Rebus bawang dan cili yg ditumbuk serta serai dengan air atau santan cair sampai layu.
2)  Masukkan ikan.. balik2kan kejap... lepastu masuk santan yg pekat sampai tenggelam ikan.  Letak serbuk kunyit, asam, daun limau... biarkan santan menggelegak.  Kacau kejap2 supaya tak pecah minyak.  Perasakan garamnya...

p/s:  sebenarnya senang je masak lemak ni.. tak perlu ikut step sangat... Ada juga yang didihkan dulu santan, baru masuk ikan... ada yg tumis dulu.. terpulang cara dan citarasa masing2 :D

November 23, 2011

Kek Coklat Bajet

Konon dah taknak baking... dah simpan semua barang berkenaan dalam kotak. Dah nak tekan brek.  Baking powder pun dah pass kat K.Yah (hehe... takpe ke K.Yah?).  Tapi Che Mat ni asyik sabut "kake..kake..".. Kek la tu!  Memang dah kehabisan stok kek kegemaran dia.  Kesian la pulak... budak tengah naik selera.  Budak kurus ni.. :D

Maka akak pun keluarkan lah balik loyang dan hand mixer dari kotak ajaib tu.  Ajaib sebab macam2 adaa... Gula pun cukup2 nak bancuh air je.  Yg ada gula perang (brown sugar) zaman bila entah.  Koko tinggal setengah cawan beras.  Baking powder ada yg double action punya.  Yg lain2 OK lagi... Buatle kek coklat bajet lagi ekspres...  Tapi macam sedap lah juga.  Moist dan lembut.  Cuma warna dan rasa tu kurang kecoklatannya... Kalau rasa nak bajet buat kek ni, ikut cara akak neh... ahaks!


ada ganache dah sedia kat fridge balance haritu.. tinggal sapu je ;)

Kek Coklat

Bahan2 (sukatan adalah menggunakan cawan beras 200ml).

2 butir telur
2 cawan gula perang - sepatutnya gula biasa
1 cawan susu cair
2 cawan tepung *
1/2 cawan koko - sepatutnya 1 cwn koko *
3/4 sudu kecil soda bikarbonat * - sebab cawan kecik
1/2 sudu kecil double action baking powder * - sepatutnya 1 sk baking powder yg biasa tu
1 cawan air panas - yg baru mendidih
1 cawan minyak masak - tak penuh pun cawan tu

Cara2:

1)  Pukul telur dengan gula sampai kembang.  Masukkan susu dan putar lagi dengan high speed
2)  Bahan bertanda (*) diayak bersama.  Tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil memutar hingga sebati
3)  Masukkan pula air panas - putar
4) Akhir sekali masukkan minyak dan putar dgn low speed sampai sebati.
5)  Tuang dalam loyang yg dah dilengser dan dialas dengan kertas.
6)  Bakar dengan suhu 160C selama 45 minit atau bila dah tak melekat bila dicucuk tengahnya.  Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit.

Roti Naik Pahang

Begitulah tajuk roti naik atau roti manis ini... yang tak berapa naik kat dapur akak.. Tapi ianya tetap lembut.  Sesi nak menghabiskan tepung gandum kat dalam gobok..

Kali ni masih menggunakan resipi mamafami tapi menggunakan teknik Yatie Sinar Kehidupanku.  Untuk yg takde breadmaker macam saya ni, memang sempoi cara yatie tu.  Sebenarnya, tujuan utama saya buat roti ni pun sebab nak try cara tu...

Sesi merabakkan roti bun... :D

Roti Naik - resipi versi saya (1/2 adunan + x cukup bahan)

Bahan2:

1 butir telur - kocak *
1 sudu besar susu manis - saya guna susu cair sbb yg manis takde *
Air *
4 sudu besar gula (atau separuh dari 3/4 cawan gula)
250g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (atau 1 1/2 scoop susu)
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar majerin
 1 sudu kecil shortening

Cara2:

1)  Satukan bahan bertanda (*) untuk menjadikan 150ml cecair.  Maknanya letak dulu telur dan susu, baru letak air secukupnya.  Saya guna air suam.
2)  Satukan bahan2 lain dalam bekas, gaul rata.  Tuang cecair dan gaul rata.  MASUKKAN SEMUA KE DALAM PLASTIK YG BERSIH.
3)  Dalam plastik bersih, ramas2 adunan sampai lembut dan sebati dalam 10 minit.  Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas semula.  Uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus.  Macam biasa, saya tak lalu sangat, so kejap je, asalkan halus.
4)  Perap doh lebih kurang 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali ganda besarnya.  Tutup dengan kain bersih atau plastik.  Saya tutup dgn kedua2nya..hehe!
5)  Bila dah membesar, pukul doh untuk mengeluarkan angin.  Ambil sedikit bahagian dan bulat2kan...sampai habis.  Susun kat loyang pembakar.  Tutup lagi dengan kain untuk 20-30 minit.
6)  Bakar dalam oven yg dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 15-20 minit atau sampai warna permukaannya coklat.  (Mula saya adjust 20 min, rupanya belum sampai masa dah tersedikit gelap warnanya).  Tapi OK lah ni.. saya budak masih belajar hehe!

November 22, 2011

Jus Pisang

Degup jantung semakin kencang... sebab rasa banyak betul nak di kemas dan let go!  Tapi dalam waktu yg sama ala2 malas gitu.. adoi!  Tapi pagi ni saya rasa dah mula nak tarik break utk kerja2 masak di dapur.  Pagi ni siapkan tempahan karipap terakhir sebanyak 45 biji.  Ada balance isinya tu yg kira boleh dapat 10-15 lagi, tapi malas nak teruskan perjuangan.  Saya dah cuci dan nak bungkus penggelek dan papan capati saya tu.  Nak masuk kargo jugak sebab ada nilai sentimental gitu haha!


Singgah kejap kat lappy nak buat entri baru.. Jus pisang yg sedap atas permintaan en abe utk breakfast. Pisang banyak ter'over' ranum.  Akak tak makan pisang gitu2.. Makan pisang goreng je atau cekodok pisang atau jenis kuih-muih dan kek berpisang.  Kalau hat mentah ni, pisang emas yg kecik tu je boleh masuk.  Itu pun main telan je..tak kunyah.  Adalah kisah sejarahnya hehe!  Ini sambil mewarna buku atas permintaan En Ahmad Fawwaz.. :D

Jus Pisang

Bahan2 (1 mug):

1 1/2 biji pisang - jenis mcm pisang berangan atau montel.  Boleh je nak guna pisang emas dan yg sewaktu
1/2 mug susu segar
1/2 mug air - yg sejuk biar sedap sikit.  Letak air biar tak pekat sangat
1 camca teh milo atau ovaltine

Cara2:
- Pisang potong2 kecil dulu.. Selepas tu masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain.  Tak perlu gula sebab pisang dah manis.. tapi kalau nak letak, boleh jee...
-  Blend sampai halus dan tuang kat mug

Pose semua ala2 gini... sebab gambar yg tegak blur je semua

November 20, 2011

Marilah Bercerita

Dalam sejam dua lepas en abe telefon, tanya boleh ambik order utk karipap lagi tak sebelum berangkat?  Member office dr Finance Dept bernama Him Wai (entah betul ejanye..hehe) yg baru je order minggu lepas nak order lagi 30 biji.. Akak tak boleh nak kata tidak.. sebab si dia ni customer setia yg pernah claim sebagai akak punya "curry puff die-hard fan".  Dulu2 sanggup tunggu awal pagi, takut miss dia punya bahagian kat lobby bawah.. lepas tu pandai sikit, dia order siap2 karipap & burger malaysia kat hubby!  Pastu tinggal ambik je..  Hehe... really miss those moments.

Boleh laa... walau kentang tinggal 5 biji, tepung tinggal sekilo, minyak tak sampai 1/2 botol... masih boleh diusahakan.  Kiranya kenangan utk him wai & isterinya yg setia duduk kat Bahrain.. Tak macam sekufunya yg lain yg seram benor kena duduk kat sini.  Sampai mengadu, ala2 merayu suruh hubby stay, sebab takmo posting ke sini.  Yelah, duk S'pore kan happening... mana sama ngan Bahrain yg semakin rusuh dengan pembakaran jalan...

Pagi ni kunun baru je menggoreng karipap utk yg terakhir.. buat sarapan dan tapau abe ke office (rezeki utk sorang lg chinese guy yg se'dept'.. hehe).  Ala2 cincai sebab nak abiskan majerin yg dah tinggal saki baki.  Letak air sejuk, bior rangup sikit.. tp macamnya tak berapa rangup la pulak ngeee...  Karipap adalah kuih yg sedikit merosakkan diet abe saya.  Rasanyalah, mesti tinggi kolestrol..  Kebelakangan ni breakfast wajib suami adalah susu kolestrum alpha lipid (saya yg suggest tu), fresh orange + carrot dan pisang. Pastu baru makanan lain...  Saya pulak, wajib ada nescafe atau white coffee.  Kalau tak, macam takde mood je nak buat apa2... :P
 Antara buah2 wajib utk sarapan... dan kopi putih yg juga wajib (nipis je. La ni stok creamer manis dah abis).

Susu yg kat bawah ni diperakui baik untuk kesihatan dan imunisasi dlm badan.  Dah lama saya mengamalkan, tapi cuma on n off je... Bila ada kesakitan tertentu, baru terhegeh2 minum hehe.. Bila hubby dikesan ada sedikit hypertension, kandungan gula yg tinggi dalam darah dan kolestrol yg tinggi, saya mencadangkan minum ni.  Alhamdulillah, semua kembali normal... cuma sekarang masih dgn prescription Dr juga.. tengoklah nanti kot2 dr advise takyah makan ubat.  Saya belum jadi ahli, tapi setakat ni dapat juga harga yg murah sedikit dari biasa.  Setin ni RM180 (harga asal).


Bingka Roti tanpa tepung
Yang ini pulak ialah bingka malas... Bukan nak buat sangat, tapi sebab roti tu banyak kat dalam fridge.  Masa tu dah beli roti baru yg lebih fresh.  Jadi kita keluarkan santan yg memang dah sedia kat dalam tu... rendam2, bako!  Buat ala2 roti bungkus haritu, yg kita kukus tuu... tapi akak bako.  Semalam tak sempat makan sebab outing sokmo, simpan je kat fridge.  Rupanya bila dah keluar fridge, sodap jugak.. ekeke!  Takpelah, akak share kat sini ye... :D

Bahan2 :

6 keping roti - potong kecik2
Santan secukupnya - panaskan
Gula ikut citarasa - saya letak dalam 2 1/2 sudu
Sedikit garam
Serbuk kayu manis
1 sudu majerin

Cara2:
- Letak roti dalam bekas.  Taburkan gula, garam,dan serbuk kayu manis.  Majerin pun masukkan juga..
- Tuang santan sampai roti tenggelam dan menyerap semua santan tu.  Kacau2 sikit supaya hancur dan sebati dengan bahan2 lain. 
-  Masuk bekas tahan panas dan bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 1 jam.  Keluarkan tapi jgn makan dulu sbb kalau panas dia macam lembik sesangat.. Tunggu sejuk.. dapat sejuk kat dalam peti ais lagi baik

November 19, 2011

Bihun Kari

Tetiba badan ni rasa lemah... macam nak demam.  Tapi tak kot... mungkin terlalu risaukan sesuatu.  Lepas tu, baru je baring dan nak 'belayar' kejap, dah si kecik ni mengejutkan saya. Minta itulah inilah..  Sebab tulah, penat macamana pun, kalau tak malam, susah mak ni nak tidur.  Malam pun, tak tentu tidur tu boleh lena... selalu tu, start tidur kat bilik atas tilam empuk, ending dari pukul 12 mlm kat atas lantai depan TV ni...

Sebenarnya saya baru balik dari Ansar Gallery.. Sebuah mall yg menjual barang2 boleh tahan murah, esp dari China (tu sebab murah... :D).  Tujuan utama nak cari perfume/EDT yg dikirim oleh pakcik.  Selain susah dia nak cari kat Sabak Bernam (bukan kat KL ye... heheh), kat Ansar tu murah sikit.  Mungkin sebab tax free.. EDT tu ialah Azzaro Chrome yg cuma berharga BD13+ utk botol 100ml.  Lebih kurang RM108.. Lepas tu nak cari silicone mould lagi sebiji, tapi takde la pulak yg besar tu.
 
EH! Sebenarnya akak nak cerita pasal menu sarapan pagi ni.. bukan nak membebel pasal Ansar Gallery.  Pagi ni memang kehabisan idea nak breakfast apa.  Takmo lah makan roti bakar je... Mujur ada sikit bihun.. yg memang nak dilenyapkan dari pandangan.  Kalau tak, tak abis2 nak kemas kabinet tu..  So, itulah citernya... hehehee...  Guna bahan2 yg ada je!

Bihun Kari Simple
(Hidangan utk 2 orang)

Bahan2:

Bihun - celur
Sawi - celur
Daun parsley - racik
Bawang goreng
Sambal tumis atau cili kicap - ikut citarasa
Limau nipis/lemon

Untuk Kuah:

Udang - jumlah dan saiznya ikut citarasa 
1 biji telur
1 labu bawang besar - kisar (bawang kecik pun OK, cuma minggu ni tak beli..:D)
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
3 sudu rempah kari ikan
Santan secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 (kuah):

1)  Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya.  
2)  Masukkan rempah kari, kacau2 seketika dan tuang sedikit air supaya tak garing/kering.  Kacau2 kejap..
3)  Masukkan santan dan tunggu sampai mendidih.  Masukkan udang diikuti telur yang dipecahkan terus ke dalam periuk.  Kacau dan biarkan mendidih lagi sambil mengacau sedikit agar tak pecah santan.  Masukkan asam keping dan perasakan garamnya.
4)  Angkat dan makan dengan bahan2 celur...

November 16, 2011

Cucoq Jagung + Udang

Cucoq, cucur, jemput2, cekodok & tepung goreng.... benda yg sama, cuma nama je lain2 kan..

Pagi ni saja nak letak resipi cucur jagung ni sebab terasa sedapnye masuk kat tekak... Lembut walau tak guna telur dan sedang2 je rasa garamnya hehe!  Dapat pulak cicah dengan sos Thai.. 

Buat benda semudah ni pun kadang2 ikut mood dan hari juga.  Macam pagi ni, bangun2 tidur je dan lepas solat terus rasa nak menguli.. Mood rajinlah tu! Teringat yg Fawwaz suka pau coklat dan dah lebih seminggu tak buat.  Dapat pulak roti dah abis, kenalah ada back up. Sebelum menguli, ingat juga fav en abe yg suka cucoq... Dalam fridge ada seketul jagung, ada udang... wahh!! untuk anak ada, untuk abi ada.. untuk mak? huhu... nanti sat akak buat nasi goreng!  :P

Cucur Jagung Berudang














Bahan2:

200g tepung gandum
1/2 labu bawang besar - hiris halus
4 ekor udang sederhana besar - potong2 kecil
1 tongkol jagung - hiris (isinya je ye..hee)
1 sk yis kering
1 1/2 cawan stok udang - air rebusan kulit udang
Garam secukup rasa
Cili yg dihiris nipis (opt)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan adun sebati.  Biarkan seketika (dlm 10-15 minit) sebelum menggoreng dengan api yg sederhana.


Pau che mat... 9 biji kesemuanya. 4 inti pedas 5 inti coklat.. abi tapau 3, yg tinggal hanya sebiji. Berapakah yg telah masuk ke dalam perut? Soalan matematik hari ini.. hehe!

November 15, 2011

Ikan Dori 3 Rasa


3 rasaku yg macam sweet & sour... biorlah dia!  Minggu semalam ni tak pergi fish market sebab memang tak mau... Jadi kita beli je dori fillet yg tak payah susah2 nak menyiang.  Ikan dori ni kalau fikir, rasanya macam diletak soda bikarbonat atau baking powder.. huhu adakah?

Ikan Dori 3 Rasa
Bahan2:

1 keping isi ikan dori - potong 4 atau 5
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Nenas dipotong kecil
1 biji tomato segar
1 batang cili - potong memanjang
Sedikit gula & garam
Sedikit tepung jagung
Lada sulah
Minyak utk menumis

Cara2:

1)  Lumurkan ikan dengan garam dan lada sulah.  Kemudian digolek2kan pada tepung jagung.  Goreng sampai warnanya keemasan.
2)  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3)  Masukkan kesemua sos dan kacau2.  Kalau ada sos nampla, pun boleh letak.. Tuang sedikit air utk mencairkannya.  Masukkan juga nenas, tomato dan cili serta gula & garam jika perlu (sos tu adjust lah, ikut banyak mana kita nak kuah tu..)
4)  Bila dah mendidih, masukkan ikan... ratakan sosnya dan matikan api.

Bingka/Kuih Bakar Labu

Wajah bingka labu ni sama je dengan bingka kentang... Tapi ni memang la bingka kentang hari tu... akak pinjam gambo je! Gambo asal tak jumpa.. hahah...

Guna silicone mould yg rupa macam pasu gantung tu... mudah dan cantik kejadiannya :D

Cara nak membuat bingka labu sama je ngan yg kentang.. cuma tukar bahan utama je.

Bingka/Kuih Bakar Labu

Bahan2:

250g labu yg dah direbus dan lecek (nak lebih sikit pun boleh..)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan santan -
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar majerin/mentega
1/2 sk garam

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.  Blend sampai  halus.  (saya tinggalkan sedikit labu lecek tu untuk dicampurkan kepada adunan yg dah dimasukkan ke dalam loyang, sebelum membakar)
2)  Masukkan ke dalam loyang pembakar yg dah dilengser dengan majerin/mentega.  Bakar selama 50min - 1 jam (atau sampai permukaan bingka keperangan).  Ikut citarasalah ye...  Suhu 180C.

p/s:  resipi ni boleh juga diubah kepada kentang, keledek, dsb.

November 11, 2011

Lamb Soup (Sup Kambing)



Balance daging kambing haritu... kali ni ada beberapa ketul tulang.  Pagi2 En Abe request nak sup kambing.. oh! nampaknya cek kenalah cari kudapan lain utk lunch huhuu... Sib baik ada kek cekelat!

Tapi memang kambing sini tak hamis... takde bau langsung.  Rasa je ada sikit2 kambing... Yg sup ni langsung takde rasa kambing dan saya berjaya makan 2 ketul kecik.. Satu lagi, dagingnya amat lembut.  Apa punya phobia laa... Bukan apa, dah dari kecik family kita tak makan, maka terbawa2 lah sampai tua..  Pagi tadi juga Kak Yah, jiran kami hantar satu bekas "spring roll" yg amat kemas, sedap dan tak berminyak langsung.  Dia kata dia letak lamb... mmm sedaapppp!!!  Tadi dah dapat tips dari k.yah nak buatnya... Bila free boleh coba dan share kat sini.

Lamb Soup
Rujukan : Tulip @ My Resipi

Bahan2:

Daging kambing (biri2) - anggaran semangkuk
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - ketuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1 batang kayu manis
2 bunga lawang
3 cengkih
2 buah pelaga
1 biji kentang sederhana besar - potong besar
1/2 batang carrot - hiring 1/2 inci
Garam
Lada sulah
Minyak
Daun parsley
Bawang goreng

Cara2:

1)  Rendam dalam mangkuk - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih dengan air mendidih.  Biarkan sampai menjadi suam.  Kalau boleh ditutup bekas tu.  Keluarkan herba2 tersebut dan simpan airnya
3)  Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.  Kemudian masukkan pula herba 4 serangkai (1), diikuti halia dan lengkuas.  Kacau-kacau...
4)  Masukkan daging dan kacau rata.  Goreng sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat
5)  Masukkan air rendaman herba dan tambah lagi air hingga tenggelam kesemua isi.  Biarkan hingga mendidih
6)  Masukkan kentang dan carrot.  Perasakan garamnya.  Nak letak pak aji pun boleh kalau suka..
7)  Renih selama 1 jam.  Matikan api dan tabur dengan bawang goreng dan daun parsley... atau daun sup/bawang.


Mee Udang Perantau

Kalau saya ada sebut "perantau" tu maknanya adolah yg tak lengkap hehehe... Ini kisah minggu lepas.  Tiba2 teringin pulak nak makan mee udang di tengahari.  Masa tengah kopek kepala dan kulit udang, duk terbayang2 mee udang banjir.  Alangkah enaknya ya.. padahal bila balik M'sia tak pernah teringin nak makan.

Yang buat tak lengkap tu sebab mee nya yg takde.  Mee kuning tu... Macam biasa, transform spaghetti menjadi mee.  Boleh laaa.... huhuhu!   Saya cnp resipi che'iza kat my resipi tu je lah... walau saya buat ikut sukahati je :D


Mee Udang
Rujukan : Che'iza @ myresipi

Bahan2:

1 kg mee kuning (saya guna spaghetti)
300g udang basah - saya ikut suka nak banyak mana :)
* 4 ulas bawang merah - saya guna bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar udang kering
* 1/2 inci halia
1 sb petis - saya tak letak sbb takda
3 sb sos tomato - saya letak lebih
1 sb sos cili
4 sudu cili kisar
Stok udang - spt di bawah
2 biji kentang lecek (kalau guna keledek lagi sedap) - utk memekatkan
Gula
Garam

Hiasan saya : sawi, lettuce & bawang goreng

Cara2:

1)  Rebus udang sampai masak... tapis keluar udangnya.  Air rebusan jangan dibuang... (Sebagai tambahan, saya rebus kulit dan kepala udang, kisar dan tapis... ambil airnya)
2)  Kisar bahan bertanda *.. tumis kesemua bahan ini bersama cili kisar
3)  Masukkan air rebusan udang dan kulit udang tadi.. biarkan mendidih.  Lepas tu masukkan sos tomato, sos cili dan petis.  Renihkan kuah, lagi lama lagi sedap.
4)  Masukkan garam dan gula, juga kentang yg dilecek... biarkan sampai agak pekat... boleh tuang atas mee :D
5)  Untuk bahan hiasan boleh adjust sendiri ye..

November 10, 2011

Bihun Singapore


Selama lebih 2 tahun duduk di S'pore, rasanya macam tak pernah jumpa bihun S'pore.. yg color putih.  Yang ada mee siam color merah pucat, macam bihun goreng kita yg biasa tu... hehe!  Tapi kalau kita gi Thai pun, tak tentu jumpa mee siam mcm yg ada kat S'pore kan... Nanti akan datang kalau gi Siam, nak cari kot2 ada.. 

Ini hidangan sarapan pagi tadi.  Sejak lepas raya macam kehabisan modal nak sarap apa.  Macam malas je nak ke dapur.  Kalaulah kat kampung ku yg indah permai bernama Sg Air Tawar tu, dah tentu tak menyala dapur gas tu melainkan untuk masak air.  Bila tgh malas2 nih.. Pegi je kedai mamak Tajuddin tu, macam2 adaaa.... Sedap dan murah!  Nasi lemak 50 sen beb!  Tpt u all ada tak? hehehe...

Sajalah nak post juga resipinya kat sini... sebab saya memang jarang masak bihun sebegini.  Macam tak berapa jalan.. Abe kita kan peminat pedas.. Dapat pulak haritu beli cili api, tak ikut balik pulak benda tuu... mmm!

Bahan2:

1/2 peket bihun - rendam atau celur
2 ulas bawang putih (yg besar tu..) - tumbuk
1 sudu serbuk lada hitam
Udang basah - suka hati nak banyak mana
Sayuran - yg ada carrot & kobis je
1 sudu cuka
Sedikit pati stok ayam
Garam
Minyak
p/s: nak sedap lg boleh letak isi ayam, fish cake, dll..

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.  Tuang cuka.
2)  Masukkan udang dan kacau2 sekejap
3)  Masukkan pula bihun dan sayuran.  Kacau sebati... letak air sikit (esp kalau bihun yg direndam je), dan tutup.  Api jangan besar sangat
4) Perasakan garam.. saya letak juga gula sikit


Makan mihun nak kena ada kopok goreng... baru best!

Stew Kambing (Lamb Stew)

Sebanyak 29 ekor kambing dikorbankan termasuk utk aqiqah pada hari Ahad lepas oleh sebahagian rakyat Malaysia di sini.  Abe kita ikutlah menolong dorang melapah... Saya pulak berpencak di dapur sendiri untuk makan2 esoknya (pagi tu dah 'menari' utk potluck selepas solat di rumah Malaysia).  Balik2 hubby bawa daging yang banyak dan elok belaka... Sebahagian kami bagi kat cleaners bangla tu sebab takkan terhabis kalau simpan.  Saya tak makan kambing, tapi setakat merasa sikit2 dah boleh dah.. slowly lah kan..

Demi tengok je daging yg cantik dan fresh serta tidak berbau tu (mungkin sebab biri2), saya dah plan nak buat stew.  Dah lama teringin nak buat..

Jadi, petang ni dapatlah merealisasikannya... Adalah jeling2 resipi orang, antaranya blog 1001 resipi.. tapi saya pulak buat dengan apa yg ada je.. Hubby suka.. dagingnya lembut sekali. Kami makan dengan roti je.  Tapi saya cuma makan seketul daging yg kecil dan sayur sikit2... heheh

Bahan2:

250g daging 'lamb' - potong kecil/dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris halus
1 biji kentang - dadu
1 biji carrot - potonh 1/2 inci
1 biji tomato - dadu
1/2 tin button mushroom - dah siap dihiris nipis
1/2 sk oregano
1 helai daun bay kering
1 mangkuk stok ayam (saya campurkan pati ayam dengan air sahaja)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu paste tomato
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu air
Minyak zaitun

Cara2:

1)  Lumurkan daging dengan sedikit garam dan lada sulah
2)  Panaskan dalam 2 sudu besar minyak zaitun di dalam periuk.  Goreng daging sebentar.  Kacau2 sehingga warnanya bertukar pucat atau keperangan.  Angkat atau asingkan.
3)  Dalam periuk yg sama, panaskan dalam 2 sudu minyak zaitun.  Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu
4)  Masukkan daging, sos tiram, oregano, daun bay, tomato, tomato paste dan 1/3 mangkuk stok ayam.  Biarkan sampai mendidih dan tutup periuk.  Renih selama 30 minit dengan api kecil
5)  Selepas tu, masukkan kentang, carrot dan cendawan.  Masukkan kesemua stok ayam dan renih sehingga kentang dan carrot lembut dan kuah menjadi agak pekat.  Perasakan dengan garam dan lada hitam
6)  Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau seketika dan angkat.  Makan panas2..

November 9, 2011

Shepherd's Pie 2

Kentang ada banyak di dapur... Sekarang ni tengah murah harganya di pasaran.  Satu beg dalam 700 fils atau tak sampai RM7 pun... So, kelmarin saya pelan2 membuat pie ni sambil menunggu tetamu datang.  Macamanapun tak sempat nak hidang kat mereka.. hehe.  Buatnya pun tak banyak, sekadar untuk standby kalau tak cukup (macam la ramai sangat jemputan kennn... :P)


Kali ni buat dengan cara yg lain... Haritu sekali lalu terbaca kat satu website tak ingat yg mana satu.. allrecipes atau ehow atau mana entah pasal carrot yg dilecek (tak campur dgn daging macam pernah saya buat).. Saya pun main buat ikut hati je.. tapi sedap la jugak rasanya :)


Rupa sheperd's pie cik siti...
Bahan2:
4 ketul kentang saiz besar - potong dadu 
2 batang carrot - hiris kecil2
2 ulas bawang putih
Mozarella cheese - ni je adanya.  Orang selalu guna cheddar cheese
Lada sulah
Susu segar secukupnya
1 sb mentega

Base:
1 1/2 cwn ground beef - lebih kurang je
1/2 labu bawang besar - dadu
1 sb sos Worcestershire
1/2 kiub lembu (beef stock) - campur sedikit air utk dijadikan stock
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
1/2 sk gula - opt
Tepung jagung + air
Minyak zaitun

Cara2:

1)  Kentang direbus bersama bawang putih sehingga empuk.  Masukkan sedikit garam.  Bila dah empuk, toskan dan lenyek.  Masukkan mentega, lada sulah dan susu segar - gaul sebati (macam mashed potato)
2)  Carrot direbus sehingga empuk dan toskan.  Lenyek (gambar saya tu tak lenyek habis... adalah sebabnya)
3)  Untuk base:  Panaskan minyak dan masukkan bawang merah.  Tumis sebentar hingga layu.  Masukkan daging, sos worcestershire, garam, gula, stock daging dan lada sulah.  Kacau2 sehingga daging berwarna pucat atau masak.  Masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan ia pekat.
4)  Dalam bekas atau casserole, sendukkan daging (base) dan ratakan menjadi padat.
5)  Lapiskan pula dengan kentang lenyek (spt dalam gambar)


6)  Taburkan pula parutan cheese 
 7)  Akhir sekali masukkan kentang lenyek dan rata/padatkan.  Garu (betul ke p'kataan ni? hehe) permukaan kentang dengan garpu
8)  Bakar dalam oven dengan kepanasan 200C selama 30 minit atau sehingga permukaan tu berwarna keperangan.

Ayam Masak Hitam

Masakan ni adik beradik dengan daging rendang hitam saya tu... yang membezakan cuma ayam dan daging.  Ini antara hidangan hari raya ke-2 semalam.  Alhamdulillah, walau kecil2an, meriahnya tetap ada sebab dapat berkumpul dengan kenalan2 lama dan baru.. 

Resipi asal dari kakak saya... tapi agaknya ada bahan yg saya sengaja ubah2 ikut citarasa :)

AYAM MASAK HITAM

Bahan2:

2 ekor ayam - belah ikut citarasa
3 labu bawang besar - hiris dan goreng (saya campur juga dengan beberapa ulas bawang merah) *
2 ulas bawang putih - hiris dan goreng 
20 batang cili kering - goreng (lepas tu saya patah2kan dan buang bijinya)
1 sk jintan manis - sangan
1 sk jintan putih - sangan
Kicap manis secukupnya
3 sudu kerisik
Gula
Garam
1 keping asam gelugor
1 helai daun 'bay' kering
Minyak masak

Bahan tumis:
6 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - tumbuk/kisar
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara2:

1)  Bawang goreng, cili kering, jintan manis dan jintan putih dikisar halus.
2)  Perap ayam dengan bahan kisar tersebut.. masukkan kicap dan gula.  Perap sekurang2nya 2 jam..
3)  Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.  Goreng sehingga naik bau dan bawang layu.
4)  Masukkan ayam dan kesemua bahan perapan, kerisik, asam dan daun bay. Kacau rata, tambah air jika perlu.
6)  Masak sehingga kuah agak pekat.. perasakan dengan garam (saya suka meletakkan garam kemudian).  Sesekali kacau takut hangus di bawah... :D

* Nota: Masakan ni lagi sedap kalau bawang goreng tu banyak... jadi lebih banyak dan pekat kuahnya

 Terlebih cahaya, kurang nampak kehitamannya..

November 8, 2011

Red Velvet Cake 2

Entah dah berapa kali buat RV ni.. tapi masih belum memperolehi kesempurnaan walaupun hasilnya tetap sedap.  Apapun tetap nak cerita juga kat sini sebab ianya lagi SEDAAAP!  Kali ni guna tepung superfine dan kejadiannya lebih baik lagi dari selalu.

Kali ni buat untuk hidangan makan2 Hari Raya Aidil Adha yang kami buat hari ni (raya ke-2) untuk rakan2 terdekat di Juffair ni.  Alhamdulillah, sempat juga buat semua2 tu dalam sibuk menghadiri majlis perjumpaan Kelab Malaysia-Bahrain (MCB) pada hari raya pertama pada sebelah pagi dan malam..

KEK RED VELVET

Bahan2:

Bhn A
2 1/2 cawang tepung superfine (kalau takde tepung ni, boleh pakai tepung gandum/kek spt di bawah) *
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Bhn B
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract atau 2 sk esen vanilla

Bhn C - alt kpd buttermilk
1 cawan susu
1 sudu besar cuka
2 sudu besar pewarna merah - kehabisan merah, saya campur pink

Bahan D
1 sudu kecil  soda bokarbonat
1 sudu kecil cuka

Cara2:

1)  Satukan bahan A dan ayak sekali
2)  Pukul mentega dan gula sampai sebati dan masukkan telur.  Pukul sampai kembang.
3)  Masukkan pula vanilla extract
4)  Utk bahan C: campurkan susu dan cuka dan biarkan untuk 10-15 minit.  Bila dah membentuk susu masam, masukkan pewarna dan kacau sebati  (kalau ada buttermilk, boleh tukar bahan C ni..)
5)  Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan pukul hingga sebati
6)  Masukkan pula 1/2 dari bahan C - susu/buttermilk dan pukul
7)  Ulangi step 5 dan 6 sampai tepung habis.
8)  Campurkan cuka dan soda bikarbonat sampai berbuih (dlm bekas lain).  Cepat2 masukkan ke dalam adunan dan kacau secara kaup balik menggunakan spatula
9)  Bakar dengan suhu 170C selama 50 minit atau sehingga tak melekat bila dicucuk tghnya..
10)  Sejukkan kek dan boleh di lapis dan salut dengan cheese cream (spt di bawah).  Boleh juga guna buttercream, tapi cream cheese lagi sedap!

Nota tambahan:
- Masa nak bakar, boleh bahagikan adunan kepada 2 dan bakar selama 20-30 min (ikut saiz loyang dan oven masing2).  Ini untuk memudahkan deko layer kek tu nanti, tak perlu nak belah2.
- Kalau nak bakar sekali, pastikan tak tebal sangat, takut jadi 'gunung berapi' (merekah).  Bakar seperti step 9.  Bila dah sejuk, baru belah ditengah2nya untuk disapu cream cheese.


Sebelum dan selepas frosting


CREAM CHEESE FROSTING 
500g cream cheese (atau 2 buku) - saya guna sekadar <>350g
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil vanilla extract
1 cawan gula ising
1 sudu besar jus lemon

Cara2:

  • Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu
  • Masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang
  • Sapu dan hiaskan pada kek mengikut citarasa 


TEPUNG KEK : 1 cwn tepung kek = 2 sb tepung jagung, masuk ke dlm cawan dan selebihnya masukkan tepung gandum/all purpose dlm cwn tersebut.  Ayak sebanyak 3 kali.

Nota:  Kuantiti pewarna merah adalah mengikut jenama.  Kalau dari kedai bakeri yg bertulis Bright Red yg agak pekat, gunakan terus 1 botol (selalunya dalam 2 sudu besar).

November 4, 2011

Pancake 2


Saya ni bukan suka benor makan pancake... Adalah sekali dua buat.  Bagi saya emplek (lempeng jawa) atau peknga (lempeng kelapa) tu lagi best.. Cuma pagi semalam tiba2 tergoda dengan pluffy pancake K.Nor @ secubit garam.  Hari tu pun tergoda pancake dia juga..


Rupanya resipi yg terbaru ni memang sedap dan lain dari yang biasa tu... ada manis sikit dan tak perlu pun nak makan dengan syrup, madu dan yg sewaktu..  Fawwaz yg amat picky ni pun suka dan dia yg menghabiskan.. Kalau dia semangat nak makan ni, maka akan selalulah ada siaran ulangan hehe..  Abi Fawwaz apake lagi... 

PLUFFY PANCAKE
Sumber: K.Nor @ Secubit Garam & Allrecipes
Translated by Cik Siti by using her own words.. :D

Bahan2:

3/4 cawan susu - saya guna susu segar fullfat
2 sudu besar cuka
1 cawan tepung 'all-purpose' - tepung gandum je
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda - saya guna separuh je
1/2 sudu kecil garam
1 butir telur
2 sudu besar mentega - cairkan

Cara2:

1)  Sekalikan susu dengan cuka (macam buat buttermilk..)  Biarkan selama 5 minit.. p/s: Next time pakai je buttermilk kot ;)
2)  Pukul telur dengan mentega dan masukkan susu tersebut
3)  Tepung, baking powder, soda, gula dan garam dicampur sekali.  Kemudian masukkan ke dalam bahan basah (step 2)
4)  Pukul sebati sampai tiada ketulan tepung
5)  Panaskan pan dengan api kecil... Sendukkan adunan ke atasnya dan biarkan hingga ada buih timbul.. balikkan sebelahnya pula sampai keperangan..

 mesti nak posing mcm ni... tak paham akak..  Bila tersedar, ianya sudah habis di dalam perut che mat  :D

Kerutuk Ayam

Kerutuk, kerutub atau kerutup? Sebenarnya saya ni baru pertamakali memasak dan merasa  makanan ni. Entah bila beli rempah jenama Adabi tu.. Tapi dah sampai ke Bahrain seh...hehe! Dah lama juga saya keluarkan dari kotak yg tersorok kat dalam kabinet tu. Duk belek2 je, pastu letak balik..

Petang tadi konon nak buat dinner ala2 nasi ambeng. Mula2 masak sayur sambal goreng.. Ingat nak buat semur ayam pulak. Alih2 kucapai rempah kerutuk tu.. Dapat pulak ada kerisik sebab nak spare untuk raya Ahad nanti.. Oooo... bila dah siap tu, macam tu rupanya rasa dia. Macam kurma la.. Lepas tu barulah nak google gambarnya.. Bila jumpa, rupanya resipi ori dia memang guna rempah kurma ekk.. Haha macam jakun pulak mak! Yelah, kitakan orang jawa... Nasi kerabu taulah aku!


Bahan2 (ikut belakang bungkusan tp sy tukar ikut suka :P):

4 ketul ayam
3 sudu rempah kerutuk - saya guna Adabi
Santan pekat - saya guna susu segar rendah lemak 200ml
2 sudu kerisik
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur - ikut paket guna asam jawa, saya letak juga.... macam kurang, terus letak asam keping
Minyak untuk menumis

Bahan A :
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk

Bahan B:
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 inci lengkuas - tumbuk
1 btg serai - ketuk
(p/s: Bahan A & B tu saya tumbuk dengan lesung je.. boleh je kalau nak kisar)

Cara2:

1)  Campur rempah kerutuk dengan bahan A.  Letak sedikit air untuk dijadikan 'paste'
2)  Panaskan minyak dan tumis bahan B sampai naik bau.  Masukkan 'paste' kerutuk tadi dan tumis sampai pecah minyak... dalam 5-10 minit (ikut bungkusan 10-15 minit)
3)  Masukkan ayam, diikuti santan, kerisik, gula merah, asam dan garam secukup rasa.  Ayam tu saya masukkan dulu dan golek2 kan macam menggoreng... baru masukkan yg lain.
4)  Masak sampai kuah menjadi pekat

November 3, 2011

Roti Manis 2


Roti ni tak lah menjadi sangat... tapi nak juga cek tayang kat sini sebab nampak cantik la jugak kan..  Mula2 tengok blok mamafami yg amat2 fofular tu.. tajuk dia Roti Naik Pahang.. memang mengiurkan.  Tapi sebab saya punya tak naik macam dia, saya namakan ROTI MANIS jelah..

Tak menjadi sgt sebab saya takde breadmaker, takde juga mixer yg high-end punya, ulilah pakai tangan... Baru tak sampai 5 minit dah lenguh2.  Hengat buat pau atau donut kaa... hahaha! Padan muka aku sebab nak sgt buat..  Jangan tak tau, kalau ikut cara saya belajar dg Chef Li dulu, kalau uli dgn tangan, paling2 45 minit tau..  Mau tertanggal tangan macam anak patung zaman dedolu tuu...  Masa mula2 belajar tu adalah juga buat gitu, lama2 give up!  Hat yang ni, saya uli sekadar doh tu jadi halus dan lembut je.. 15 minit je kot!!

Jadi, haritu saya ikut resipi mamafami... dan jenguk2 la jugak resipi lama roti manis Chef Li (ada kat sini, boleh search).  Sebenarnya lembut juga kejadian roti ni.  Masa keluar oven tu, lagi sedap.  Fawwaz pun habis seketul... Fawwaz kan budak yg sukar makan... teramat2 'picky' bab2 makan.

Resipi kita CNP mamafami je lah.. sebab dia punya yg cun.  Cuma saya tak letak gula dan sapu apa2 kat atas roti..  Dan saya buat 1/2 adunan je... bimbang nak mengulinya.

ROTI NAIK PAHANG
Posted by MamaFaMi
Source : Tok Mak via Mlong Tipah


Ingredients :

1 egg
2 tablespoons condensed milk
Water (weigh egg + condensed milk + water to make 300ml)
3/4 cup sugar
500 g flour
1 tablespoon milk powder
2 teaspoons instant dried yeast (I used Mauripan)
2 tablespoons margarine
1 teaspoon shortening

Topping :
A bit of margarine
Coarse sugar

Bread maker method :

1. Into the breadmaker pan, pour in the water, egg and condensed milk. Add sugar.
2. Top it with flour, milk powder and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine and shortening. Leave the bread maker to finish the cycle which will takes about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Bake in a pre-heated oven at 180c for 30 minutes or till golden brown.
7. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...