September 6, 2019

Kek Victoria Sandwich


Petang semalam akak buat kek ni. Dah sekian lama menjadi viral, baru ini datang angin akak nak membuatnya. Asalnya sebab tengok kat IG the Hyacinth Cafe, katanya, kek ni antara favourite Tuanku Permaisuri.

Hari ni, tinggal dah kurang dari separuh. Akak dengan Fawwaz je yg makan. Adalah bagi sikit kat adik ipar yg datang petang semalam. Abi belum sempat makan satu slice, sekadar rasa yang Fawwaz suapkan hihi.

Sedappp ummi. Kata Fawwaz. 😁😁 Dia tukang perabis slice ummi. Mana mak tak kuruih, baru nak sedap2 makan dah kena paw hehe!


Resipi akak ambil dari blog Bisousatoi. Dah lama akak tak masuk blog tu, sebagaimana akak pun dah lama tak update blog sepi Airtangan Cik Siti nih. Memang terbaiklah dan simple aje sebenarnya. Sis Rima tu tulis dari tahun 2012 lagi tapi macam popular balik kek ni. Untuk filling dan penyedap lapisan tu, akak guna perkara mudah je, tak follow sangat trend orang..tetap sedap kena dengan citarasa.

Kejadian yg moist, manis yg sedang2..
KEK VICTORIA SANDWICH

Bahan2 kek:

250g mentega - saya guna Anchor salted
250g gula castor
250g telur A - pecahkan dulu 5 biji telur, kacau dengan garfu, lalu ditimbang
1 sk esen vanila
250g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu - saya guna susu full cream.

Cara2:

1. Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sedikit2 dalam 3 bahagian sambil dipukul.
3. Masukkan tepung sedikit2, juga dalam 3 bahagian.
4. Masuk susu dan kaup balik.
5. Gunakan loyang 8 inci. Boleh juga bahagikan kepada 2 bahagian dengan 2 loyang 8 inci.
6. Bakar dengan suhu 170C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya, ikut kebiasaan oven masing2. Jika guna 2 loyang, masa membakar perlu dipendekkan, mungkin dalam 1/2 jam.*
* Oven lama saya yang jenis besar, biasanya guna suhu 165C untuk kek.
7. Setelah dikeluarkan, biarkan sebentar kek di dalam loyang dalam 10 minit, baru keluarkan kek. Alas dengan kain untuk mengelakkan berbekas sewaktu kek diterbalikkan. Biarkan sejuk sebelum dihias.


PROSES MELAPIS
(Cara Cik Siti)

Bahan2 fillings:

200-250 ml non dairy whipping cream atau fresh cream - resepi kebiasaan guna double cream
Raspberry jam - saya guna raspberry conserve Tesco, sedap tak terlalu manis. Kalau rajin, buat compote buah2an sendiri.
Strawberries - potong kecil2 dan gaul dengan sedikit gula, ketepikan sebentar dlm 15 min

Cara2:

1. Potong kek menjadi 3 atau 2 lapis
2. Sapu jam raspberry atau compote di permukaan kek, ratakan (ini dipanggil sandwich)
3. Paipkan cream di seluruh permukaan kek tersebut. Jika ada jus lebihan pada jam/compote, boleh renjiskan sedikit ke atas cream.
4. Letakkan strawberries  ke atasnya - Sy tak letak
5. Tutup dengan lapisan kek seterusnya dan lakukan perkara sama jika ada 3 lapis.
6. Taburkan permukaan atas sekali dengan gula aising dan hiaskan dengan cream dan buah2an yg sesuai, jika suka.

Sekian 😋😍

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...