September 25, 2016

Kuih Angkoo

Pulut memang kegemaran akak.. termasuk kuih yang berunsur pulut...

Projek akak beberapa hari lepas. Selepas tergoda tengok akak Mas Cotek promo kuih angkoo dia yang merah menyala tu di FB. Jadi, akak pun gagahkan diri mencari kacau hijau tanpa kulit dulu. Mujo jumpa di Giant Alor Staq tanpa perlu mencari sangat. Tak mahal sangat pun. Beli sebungkus je, cukup2 satu cawan..

Maka terlaksanalah projek kuih angkoo a.k.a kuih kura-kura berintikan kacang hijau. Walau takda acu angku, akak rasa chantek la jugak kan.. ada ghope kura-kura gak.. kihkih!!  Mehla tengok camna akak buat ya.. Resipi ni boleh juga digunakan untuk membuat kuih peria. Cuma perlu tukar warna dan bentuk saja.


KUIH ANGKOO (KURA-KURA)
Resipi asal: Mas Cotek
Akak olah sikit jadi 1/2 adunan dan dapat 16 biji kuih.

Bahan2 doh:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan labu/keledek (sebaiknya keledek putih) * tak letak pun takpa
1/2 cawan santan pekat
1/2 st garam halus
Sedikit pewarna

Cara2:
Rebus labu/keledek dan lenyek.
Satukan semua bahan kecuali santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang lembut. Bulat2kan sebesar duit 50 sen.


Bahan2 inti putih (kacang hijau):
1 cawan kacang hijau (mung beans) dibuang kulit - rendam 2 jam
1/2 cawan gula pasir (lebihkan kalau suka manis)

Cara2:
Rebus kacang hijau sehingga lembut dengan sedikit air. Angkat dan toskan.
Blend kacang bersama gula dan air sehingga halus.
Masak sehingga kering dan sejukkan.
Bulat-bulatkan.
* Adunan ni akan menghasilkan inti yang banyak juga. Boleh disimpan untuk kegunaan masa lain.


Bahan2 inti kelapa:
Untuk peria boleh guna ini juga..

1 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 biji kelapa parut (sebaiknya yang muda dan putih)
2 sudu besar gula pasir

Cara2:
Masukkan kesemua bahan dalam kuali.
Masak sehingga kering.
* Untuk cara akak, selalunya akak adun semua bahan (air kurangkan lagi) dan biarkan beberapa jam macam perap tu, baru masak atas api.


Penyediaan:
Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
Tekan ke dalam acu yang disapu minyak dan keluarkan atau boleh buat style akak tuu.. :)
Letak di atas alas daun, sapu sedikit minyak supaya tak melekat nanti
Kukus selamat 7 minit
Selepas diangkat, boleh disapu minyak untuk menambah kilat kuih.


Peristiwa bergambar:

Bulat-bulatkan inti terlebih dahulu bersesuaian dengan saiz tepung
Balut inti dengan tepung dan kemaskan
Akak guna alat ni untuk melorek atau buat garis2..
Sebelum dikukus 
Selepas dikukus
NOM NOM NOM... tapi tekak akak lebih suka pada inti kelapa..

September 24, 2016

Cheese Tart vs Mee Jawa

Semuanya pun sodappp...

Perghh.. terpaksa akak puji pinggan mangkuk sendiri huhu!

Cheese tart dengan chocolate filling kegemaran Fizah dan keluarga. Terima kasihlah Fizah sebab tak pernah give order dari akak nih. Tart ni bukanlah berwarna kuning seperti gambar ni. Lighting tu buat warnanya kekuningan pulak. Tak boleh nak tukar dah..huhu! Fizah order 50 pcs specially dedicated untuk anak daranya yang baru lepas UPSR hari tu..



Kisah mee jawa pulak.. Sejak petang semalam akak dah express buat kuahnya. Stok tulang lembu dah memang lama akak simpan dalam freezer. Ada 2 bekas. Jadi senanglah kalau teringin apa2 yang berkenaan. Contohnya, mee jawa nih. Memang perghh.. baru je akak menikmati di malam hari ni. Extra cili kononnya.. Tapi taklah pedas macam gambaran akak terhadap ramen samyang tuuu..hihi.

Lepas ni taulah kalau ada orang datang, apa yang boleh dihidang.. Janji stok tulang ado. Sbb bahan yang satu ni paling kritikal, tak selalu ada di dalam peti ajaib akak.. ;)



KEK SARANG SEMUT

Ini kisah sebelum raya hari tempohari... Tak sempat pos, akak dah ke hulu ke hilir dan balik kampung.. Hari ni biorle akak sambung ye...


 ---------------
Tiba2 customer lama whatsapp akak.. Bertanyakan kek sarang semut yang dah bertahun akak tak buat ni. Last buat dialah yang order.. 2 tahun lepas. Time tu hubby dia yg order dan akak terima sebab mengenangkan wife nya mengidam.. hihi.

Sebenarnya akak tak pakar dalam pembuatan kek ni walau dah beberapa kali juga buatnya. Akak rasa oven akak tak berapa friendly dgn kek atau kuih ni.. makan jam membakornya. Tak macam masa mula2 buat suatu masa dahulu..

Apa cerita pun, mohla kita ulangtayang resipi kek ni. Customer tu kata kek akak ni the best yang dia pernah makan. Walhal akak guna resipi yang rata2 bakers dan bloggers guna.. Tak perlu nak scroll balik cerita lama.. kita mulakan yang baru..eheh!


KEK SARANG SEMUT a.k.a GULA HANGUS

Bahan2 I:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

- Masak gula dengan api kecil sehingga hangus dan cair. Tuang air panas perlahan-lahan dan berhati2 kerana akan memercik. Kacau hingga gula cair keseluruhannya, baru letak mentega. Kacau hingga mentega cair dan sebati. Matikan api dan sejukkan.

Bahan2 II:

1 cawan tepung } ayak dgn soda
2 sk soda bikarbonat/baking soda }
4 biji telur A
1 cawan susu/creamer pekat
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Pukul telur sehingga kembang - high speed
2) Masukkan susu dan vanilla. Pukul lagi sehingga sebati
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul - low speed
4) Tuang gula hangus dan pukul sebati - low speed
5) Perap adunan di dalam bekas bertutup selama 2-4 jam.
6) Masukkan loyang bersaiz 7" atau 8" yang telah digris
7) Bakar dengan sugu 165C selama 1 1/2 jam

Nota:
Saya guna mode atas bawah kerana default suhu oven saya utk atas cuma 60C dan tak boleh ubah. Saya tak yakin nak guna :P. Kebanyakan penulis resipi membakar menggunakan api atas terdahulu selama 30 minit baru tukar ke mode atas bawah sehingga masak.

Kisah selanjutnya...


Akak buat kali ke 2 dan 3 menggunakan PRESSURE COOKER jenama Philips atau singkatannya PPC. Sejak join group underground PPC, banyak jugaklah akak dapat tips. Tapi ini kali, akak bakar guna PPC tu pakai default setting je.. takda nak pening2.

Caranya:
Tuang kesemua adunan terus ke dalam inner pot. Tutup dengan knob seal ke arah 'BAKE'. Kemudian, pilih menu 'CAKE' dan terus start. Biarkan je sampai dia habis bekerja.. Taklah sekejap.. dia akan blink2 la, pressurize la, macam2 sebelum ke defaul time tu.. Toksah pening2 fikir ye..

Bila dah selesai dan berbunyi 'teett', off kan suis dan boleh terus terbalikkan. Nak tunggu sejuk dulu pon boleh.. Tapi sedap tau kalau dapat makan hat fanas tu.. ;)


Nota: Hat gambar atas sekali yg dah berpotong tu nampak tak cantik berongga2 kan.. Itu yg akak guna pressure cooker dan tak berperap.. Malas nak fikir, asalkan rasa sodap disukai ramai kan.. hehe..

September 5, 2016

Ketupat Palas Utara


Assalamualaikum... debab menawan tak akak punya ketupat ketuput? hihi..

Seperti biasa, kalau nak raya mulalah fikiran menerawang apa yang nak dibawa balik kampung.. atau apa yang nak dihidang kepada tetamu yang datang. Seminggu nak kena ready itu dan ini secara berperingkat. Sebab akan tak mau kalut di hujung2 walau kebiasaannya memang kalut.

Tahun ni nampaknya dapat peluang sambut raya Qurban di kampung halaman. Sebabnya cuti sekolah seminggu. Dah 2 tahun akak beraya di Kedah je.. Awal2 mokcik akak order ketupat nih. Sebab masa hari raya ritu takdan nak makan puas2. Sibuk ngan tetamu.. alih2 ketupat palas made in Kedah tu pun habis huhu. Peminat ramai terutama yang lelaki. Anak beranak sendiri jugak hahaha.. Tu pun dah full house!

Hari ni akak nak buat siaran ulangan resipi yang dah improvise hasil dari skodeng sana sini... Nak tengok hat lama, boleh klik SINI noh.. Ini ikut sukatan yang akak buat semalam.


KETUPAT DAUN PALAS (UTARA)

Bahan2:

2 1/2 kg beras pulut
2250 ml santan pekat *
4 sk garam halus
3 sk gula (ni ilmu dari geng MAHN)
3 helai daun pandan
* untuk santan akak guna 1kg santan pekat dari kedai santan + santan perahan dari kelapa parut 1 1/2 biji. Utk 1 kg pulut guna 900ml santan.

Cara2:

1) Cuci beras pulut dan toskan.
2) Masak santan pekat bersama garam, gula dan pandan hingga mendidih. Kecilkan api.
3) Masukkan beras pulut dan kacau perlahan sehingga santan kering dan nampak pulut berminyak dan separuh masak.
4) Tutup periuk dan biarkan sebentar sehingga pulut hampir masak. Matikan api. Bila sejuk sedikit boleh mulakan membalut.

Cara merebus:

1) Masukkan ketupat kedalam periuk dan isi air sehingga semua ketupat tenggelam.
2) Masak sehingga air tersebut kering. Keluarkan ketupat dan toskan.
3) Boleh juga menggunakan kaedah kukus. Selepas 1 - 1 1/2 jam bolehlah matikan api.

Nota:
Kalau nak buat frozen, selepas proses bungkus terus simpan dalam freezer. Nak guna barulah direbus sehingga masak cantik. Ketupat ni tahan berbulan2 kalau simpan di dalam freezer.

Kredit to: Akak Ipaq chek, Cikgu Hasnah :)




Cara2 membungkus ketupat jantan a.k.a versi Utara. Agak2 boleh faham tak? hihihi...