Pages

January 19, 2012

Kuih Lapis

Beberapa hari ni akak 'mengidam' sangat kuih yg berkukus terutama seri muka dan talam ubi.  Tapi tak tau mana nak cari kat Bukit Jalil ni.. Saya teringin kuih yg penuh kasih sayang dan keikhlasan... lemak berkrim.. takde terlebih tepung macam selalu orang KL jual.  Selalunya yg jenis sebegitu (kalau kat KL ni) harganya boleh tahan.. Kalau 5-6 tahun dulu, sekeping je dah RM1.  Asal sedap dan cantik, orang tak kisah untuk membeli..  Kalau kat kampung saya, kuih sebegitu masih berharga 25 sen ke 30 sen (x hingat!).  Kat kampung orang yg buat tak berkira... yg selalu berkira ialah si pembeli  huhu!!


Malam semalam saya asyik merenung blog Yatie @ sinar kehidupan yg penuh resipi kuih talam.  Memang pakar talam kelihatannya...  Saya pun save lah mana2 yg patut, kot2 terbuka hati nak buat.  Jadinya, tengahari ni terbuka juga hati nak cuba resipi kuih lapis yg sebenarnya simple je.  Nak tak nak je membuatnya!  Saya buat 1/2 adunan untuk 5 lapis (loyang terbesar sikit).  Kejadiannya agak nipis, tetapi cantik dan sedap.  Cuma saya takde pula perisa ros atau sirap ros kat rumah ni.  Terpaksa guna perisa pandan yg tak berapa menarik.  Next time kena guna ros atau jus pandan asli..
Makan dua tiga potong kecik dah cukup... utk lepas dendam je!


Kuih Lapis
Resipi asal : Yatimemories

1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
5 cawan santan (saya guna 1 kotak kecil santan cap ayam dan campur dengan air)
1 sudu kecil garam
Pewarna merah & perisa ros (saya tukar hijau + pandan)

Cara2:

1)  Gaul semua bahan hingga sebati dan tapis
2)  Bahagikan bahan kepada 2 - satu ada perwarna + perisa dan satu lagi putih tanpa perisa
3)  Panaskan kukusan manakala loyang dilapik dengan plastik atau sapu dengan minyak
4)  Sendukkan satu adunan ke dalam loyang (ikut saiz loyang) - mulakan dengan yg berwarna.  Saya letak 3 senduk besar sekali masuk sebab loyang besar..
5)  Tutup dan kukus selama 5 minit
6)  Masukkan pula adunan putih - sama bilangan senduk dgn yg berwarna.  Kukus 5 minit lagi
7)  Lakukan perkara 5 & 6 berselang seli hingga habis adunan.
8)  Untuk adunan terakhir, kukus selama 20 minit.
9)  Sejukkan selama lebih kurang 2 jam, baru boleh potong.  Kalau tak, potongan jadi tak cantik.. :)

January 10, 2012

Pau Gebu

Tak abis2 mak buat pau.. Dalam sebulan ni, entah berapa kali.. Yang bulat, yang bentuk rose.. mmm!  Kalau pengukus tu boleh cakap, dia kata "no! no! dun want!!!".  Abe ku pun dah sebut tadi, no PAUs!! kihkih.. padahal masa tu akak tengan memerap doh pau.

Bukan taknak buat benda lain, tapi ini kuih Ahmad Fawwaz saaaangat suka! Kalau buat 10 biji, 8 biji dia    punya je. Sekali makan 2 ketul.. Sebab tu mak dia suka buat. Fawwaz ni macam saya selalu sebut, amat  memilih soal makan.  Tak boleh pedas, masam sikit, masin dan macam2 perasa pelik. Sejak bayi dia sangat picky. Masa bayi dulu, mana dia suka bubur nasi dan yg sewaktu.  Asyik2 keledek rebus.. hahaha!  Pasta putih, pizza memang favourite dia.  Benda2 berkeju.. Adakah disebabkan mengandung dulu mak cuma mengidam chicken chop? ehehee.. ke situ pulak!!!


Resipi pau kali ini di ambil dari blog Jane Chew.. Cuma JC punya gebu dan putih melepak sebab guna tepung Hong Kong.  Saya pulak guna tepung gandum biasa.  Tapi, walla... very the gebu and glowing rupa dia.  Tak sia2 akak menunggu lama sebelum kukus.  Sampai tertidur2 Fawwaz menunggu pau.. bangun kejap bila pau masak (makan 1 3/4 biji) dan sambung tidur sampai dekat senja.  Lepas tu mengamuk.. erkkk! maleh betul akak budak tidur lewat petang ni...

Pau Gebu
Resipi asal: Jane Chew
Translated by : Cik Siti

Bahan A
300g tepung Hong Kong (saya guna tepung gandum biasa)
1 sudu kecil yis kering (saya guna mauripan)
50g gula kaster
150g susu (saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
Secubit garam - jgn dekatkan garam dengan yis ye..
1 1/2 sudu besar shortening

Bahan B
1 sudu kecil baking powder (Double Acting)
1 sudu besar air

Cara2 (cara ni ikut suka saya..):

1)  Campurkan kesemua bahan A dan uli sampai halus.
2)  Tutup bekas berisi doh dengan plastik cling.  Biarkan sampai jadi 2 kali ganda atau selama 45-55 minit (ikut cuaca).
3)  Campurkan baking powder dan air (Bahan B) dan tuang sedikit2 pada doh sambil menguli.  Uli sampai doh sebati dan tak melekat
4)  Rehatkan doh selama 15 minit lagi (ikut asal di tutup semula dgn plastik, tapi saya tak buat..)
5)  Bahagi2kan doh kepada 10 bahagian kecil atau ikut suka nak besar mana.  Isikan inti kegemaran anda.  Saya letak inti kacang dan coklat.
6)  Biarkan lagi selama 30 minit
7)  Kukus selama 10-15 minit dan pastikan air dah mendidih sebelum mengukus.

Pau gebu ni bukan makcik buat... tapi beli kat restoran di BBB... gebus tak sempat berlama2 dah selamat kena ngap!!

January 2, 2012

Ikan Siakap Stim

Dah lama sangat mengidam ikan siakap stim.  Kat Bahrain takde ikan siakap. Bila abe kita dah balik ni, barulah dapat memasaknya... sebab ada gang nak makan dan sama2 suka.  Masak ikan stim ni kena makan dan2 tu.. masa tengah panas.  Lepas tu makan serentak, takde yg nanti2... Nanti sejuk kalu, keluor hanyir ikan tu.  Akak ni sensitip sket dgn bau2 ikan nih.. Tu pasai anak pun ikut sensitip terhadap sebarang bau.. huhu!

Resipi saya simple je... dan selalu tukar2 ikut apa yg ada.  Yang penting, nak kena ada sambal belacan atau sambal kicap... makan dengan nasi panas dan sayur fresh atau ulam2an.  Jadilah hidangan paling sihat... suke!
Ikan Siakap Stim

Bahan2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar tengahnya
2 inci halia - potong halus
2-3 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang serai - hiris
Daun sup - untuk tabur
Karot - hiris halus (optional)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu jus lemon
Sedikit garam - lumur pada ikan
1/4 kiub ayam (optional)

Cara2:

Letakkan ikan dalam pinggan tahan panas.  Taburkan semua bahan hiris di atas dan bawah ikan, juga dalam perutnya.
Curahkan sos tiram, jus lemon dan sos ikan ke atas ikan.
Kukus selama 10-15 minis

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...