September 28, 2012

Ombre Cake

Sebelum tido nak tunjuk projek saya petang ni.. Sementara tunggu kawan Ima datang pick up pau.  Dah lama saya nak buat, tapi tak sempat.. Dah buat pun buat kesilapan.  Tapi takpe, ini baru yg pertama.. ;)

Frosting guna fresh cream je... sebab dah ada yg siap kat dalam freezer tu (balance haritu..).  Perabis malam ni..
  
Color tak berapa nampak laa.. Sebab saya gatal2 nak letak serbuk koko la ni... Walau sikit, rosak susu sebelanga.. eh?!! :D

Filling dengan coffee buttercream n choc ganache je.. nak abiskan balance buat opera cake haritu.  Pakat buat clearance je.  Tapi sebenarnya akak kesal sebab tak guna cream cheese.. Padahal tinggal sapu je sebab dah ada.. :(

Resipinya saya guna adunan red velvet.. Tu yg gatal2 letak juga koko.  Padahal plan asal tak macam tu.. :P

So, next time saya nak guna resipi kek vanila biasa atau white cake atau kek span je.  Lapisan paling terang tak perlu letak color.. Pastu nak guna cream cheese sebagai filling & frosting.. perghh!! Mesti sodap!  Janji warnanya cantik macam ni..

Gambar pinjam dari Google

September 27, 2012

Pau oh Pau..

Dah beberapa hari akak mengepau.. tak siap2 jugak. Rejeki sebenarnya..  Cuma sejak penguli akak meragam, kena guna lebih tenaga.. uli secara manual, guna tangan yg kuruih ni haa..  Mana tau sat2 lagi keluar otot membonjol kat lengan ni ha... kihkihkih!  Tapi dah biasa pakai mesin, guna tangan ni hasilnya akan sederhana je.  Tahap gebu agak kurang, tapi tetap lembut.  Rasa2lah, kalau dah siap projek pau yg terakhir ni nanti, akak nak cuti panjang sket.. cuti menguli pau je.  Hat lain2 takpe..

Setakat ni dah siapkan 15 pek pelbagai rasa untuk Tati.. Ima Sham 5 pek dan untuk adindaku Wa 6 pek pau + 6 pek donut + 3 pek karipap. Sebijik RV untuk Wa tunggu green light je untuk disaluti dengan cream cheese. Baru 3 orang ni dah penuh chest freezer ku yg comel tu. Semua belum diambil oleh empunya barang.  So, production terpaksa dihentikan seketika sampai mereka2 pick up kesemuanya.  Yang belum siap pulak 10 pek setiap satu pau & karipap untuk Maddy dan 10 pek setiap satu pau & karipap untuk Aida.

 Tati & sebahagian Wa punya barang...

Macam tak banyak, tapi masa saya memang suntuk sikit.  Dapat buat waktu petang je. Sikit2 (tapi makan masa) dan ikut giliran sapa order dulu.. Kalau dah siap tapi tetiba ada additional order, saya turunkan balik no giliran dorang dan proses yg lain dulu (kalau dah bermula sebelum tu).  Tak mampu akak nak buat sekali harung.. tapi semangat tinggi demi nak dapatkan pengalaman untuk misi akan datang (jangkapanjang).  Angan2 pun panjang tapi kadang2 konfius! Nak buat frozen foods ke nak buat kek?

Dah malam gini saya kena rehat dan tumpukan kepada anak yg sorang tu.  Cuma malam ni dia tidur awal.. Belum sempat saya habiskan bacaan Yaasin dia dah lena.. Ada lagi lambakan perkakasan yg perlu dicuci kat dapur nun.. Malam ni macam tak daya nak kemaskan cepat2.. Rasa nak berlunjur je (macam yang saya tgh buat sekarang, sampil memangku netbook).

Sebelum nak siapkan Maddy dan Aida punya order, saya nak buat projek percubaan sikit.  Dah lama sangat saya diamkan sebab takde masa.. Harap2 dapat lakukannya by this weekend.  Kot2 ada yg datang, boleh bagi rasa.. :))

September 24, 2012

RV Tetap No.1

Sementara menunggu anak bujang ni memejamkan mata, akak nak update tempahan yg sempat disiapkan sedari semalam hingga beberapa jam tadi.  Walau semalam penat bermusafir, Alhamdulillah dapat juga menyudahkan kek Red Velvet hujung2 malam tu..

Yang di bawah ni tempahan kawan Atie dari Menara Petronas.  Kira regular customer yang selalu order kalau ada program makan2 kat office dorang.. Terima kasih ye! Lupa lak nak tanya nama kwan tu.. huhu

Yang ni pulak baru nak deliver esok pagi.. Ayu, x officemate punya.  Ayu terpesona tengok kek Shima yg sweet je hari tu.. tapi sorrylah, terkedekut warnalah pulak.  Jadi tak berapa nak gorgeous laa... Lagipun agaknya saya terlalu memikirkan harapan si Ayu tu, macam2 insiden terpele'ot jadi.  Harap2 mek tu suka lah ye... Tunggu je esok feedback dia kihkih!  Tapi dari segi rasa, InsyaAllah sama jee... ;)

Bawah ni gambar dan cerita selingan trip akak ke Utara weekend semalam.. Sabtu tu singgah dan menginap dulu di Bukit Merah sebelum ke Jitra/Alor Star keesokan harinya.. Takde aktiviti spesel pun kat situ, saja2 tukar angin..
 

Pergi lawat tapak kejap sebelum patah balik ke KL... Tasik ni lah yang bakal saya pandang setiap hari nanti.. Bangun2 tido tengok tasik dulu.. damainya. InsyaAllah 2013 nanti... Sedih lak nak tinggalkan Bukit Jalil ni.. :(

September 19, 2012

Frozen Foods dan Angan2 Ku

Macam ni lah rupanya packaging pau & karipap frozen akak yg tak seberapa.. Setakat ni, Alhamdulillah sesiapa yang beli tu berpuas hati.  Cumanya saya tak berapa mampu nak buat banyak sekali gus.  Kalau ada 4 orang order contohnya, saya akan ambil 2 order dulu untuk seminggu. Sebab, selalunya dorang order sekali banyak. Dah delivered, baru buat untuk yang seterusnya.  Sambil tu, ambil tempahan kek juga.

Almaklumlah, baru bermula dua tiga bulan kan.. Pastu akak ni ibu solo (bukan tunggal ye..).  Lepas anak balik sekolah tengahari tu, baru boleh bermula apa yang patut.  Kena dulukan kebajikan dia juga.  Walau ada juga yg lepas pandang kalau dah sibuk tu.  Kalau en hubby ada, lagi kena ambil masa yg panjang..hehe.


Hat ni siapkan order Cik Wan & Sarimah pula.  Wan kalau order standard 10 pek ke atas.. Cik Mah pulak baru nak cuba2 menu akak ni.
InsyaAllah, saya ada perancangangan jangkapanjang untuk produk ni.  Harap2 menjadi kenyataan.  Buat masa ni, nak upgrade packaging dia dulu.  Tengah nak survey apa yang patut.  Kengkawan dah "alaa... alaa...".. sebab apa? Tak lama lagi nak berhijrah ke Utara pulak.  Port baru.. Nak buat camna, saya isteri yang patuh kepada kehendak suami.. hihi!  Walau agak berat hati dan sayang kat KL yg semakin mencabar ni, berat hati nak tinggalkan sedara-mara dan kengkawan, saya tetap positif!  Juga saya harap tetap ada kesinambungannya.. Mana tau produk airtangan cik siti ni mampu menjelajah ke seluruh Malaysia..Amin!!

September 17, 2012

RV Untuk Hari Ini

Sebijik RV telah diambil hari ini... Kunun2 rahsia ordernya gitu..hehe! Takpe, akak tepekkan gambarnya saja di sini.. Tima kasih daun keladi ye ustazah... ;)  Sebenarnya masa nak deko kek ni, saya tetiba macam blank takde idea.. So, buat simple2 sajalah macam yg selalu tu... Macam penyokong2 akak kata, asalkan sedap... TQ2! Syukran..


Hehehe... Alif Ya Mim = Buaya! Masa update blog ni, akak sambil tengok Pendekar Bujang Lapuk.. forever kelakar.. kihkihkih!

September 15, 2012

Tempahan Minggu Ini - Kek & Kuih Frozen

Minggu ni boleh katakan agak sibuk.. Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah lorongkan.  Perlahan-lahan saya menyiapkan tempahan karipap dan pau frozen sedari minggu lepas.  Ambik order 3 orang dulu untuk frozen foods.. Yang lelain, sila tungguuuu... huhu.  Bila penguli ku mula buat ragam, rasa lemah sikit semangat. Nak siapkan yg haritu terpaksa guna tangan.. ohhh lama tak buat kerja2 gini..

Utk frozen foods, Anie dapat 9 pek pau dan 1 pek karipap. Tati pulak dapat 10 pek karipap, 7 pek pau dan 2 donut.  Akhir sekali adikku Wa dapat 1 pek karipap, 2 pau dan 1 donut.  Saya selalu lupa nak ambik gambar... Yang ada ni ambik dari FB Tati... Alhamdulillah, lega bila dengar mak pak dan anak beranak suka sebab lembut dan sedap. Akak laaagi suke!!  Additional atas kegembiraan saya dapat borak tak hengat dengan Ani dan Tati di meja bulat akak tu..

Masa Ani dan Tati datang saya sempat masak dan hidangkan yang ni je.. Punten, sambal kering udang geragau, rendang ayam, kek dan air asam boi limau kasturi.  Tati puasa sebab anaknya masih periksa UPSR,  jadi hidang sikit2 je untuk Ani.. hehe.
Cerita KEK pulak....

Berjaya siapkan RV yang ditempah Shima untuk birthday kakaknya. Lepas tu Walnut Carrot Cake untuk Kayal, kawannya dia office.  Dua2 ni diambil pada Jumaat semalam.

Red Velvet 

Carrot Walnut

Petang tadi pula Kek Rainbow telah diambil oleh Hafiz, officemate Shima juga.. Wahhh!  Satu ofis jadi customer akak... Suka tau!!


September 10, 2012

Red Velvet III

Saya rasa dah lebih setahun saya menyalin resipi RV yang ini di dalam buku resipi yg semakin comot tu.  Baru beberapa hari lepas tergerak hati nak mencuba.  Sebelum saya memulakan projek tempahan Atie.  Saya pun dah tak ingat link dia..

Adunan yang ini agak sedikit berbanding yg biasa saya buat.  Tapi ada beberapa bahan yang sama kuantiti, juga dikurangkan seperti serbuk koko.  Itu yg buat warnanya betul2 merah dan cantik. Apa2 pun bagi saya, original resepi dari Pinch My Salt tu lagi sedap walau warna tahap merah gelap je.

RED VELVET 3

Bahan A - ayak
250g tepung kek (nama lain low protein atau superfine)
1 sk baking powder
1/2 sk garam
2 sk serbuk koko

Bahan B - campurkan dan kacau
240 ml buttermilk
2 sb pewarna merah

Bahan C - pukul
113g mentega
300 g gula kaster
2 biji telur (saya selalu guna gred A)
1 sk esen vanila

Bahan D - campurkan
1 sk soda bikarbonat
1 sk cuka

Cara2:

1)  Pukul bahan C hingga kembang dan gebu.  Mulakan dengan mentega dan gula, diikuti telur dan vanila
2)  Masukkan bahan A (tepung) sebanyak 1/3 bahagian.  Putar dengan speed minimum (sesetengah orang hanya guna kaedah kaup balik)
3)  Tuang buttermilk yg telah dicampur pewarna sebanyak 1/2 bahagian
4)  Ulang proses (2) dan (3) hingga tepung habis.
5)  Campurkan bahan D sehingga berbuih dan cepat2 tuang ke dalam adunan.  Kacau secara kaup balik.
6)  Tuang dalam loyang samada 1, 2 atau 3 ikut citarasa.  Saya buat 2 lapis je dan guna 2 loyang sekali bakar.
7)  Bakar dengan kepanasan 160C selama 20 minit (ikut oven dan ketebalan kek).  Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit sebelum masukkan adunan
8)  Bila dah masak, sejukkan dulu baru letak frosting/topping.

Haritu buat sekali kek opera.. tapi ada masalah pada tahap kegebuannya  :)

CREAM CHEESE TOPPING

Bahan2:

227 g cream cheese
227 g mascarpone
1 sk esen vanila
1 cawan gula aising

Cara2:
Pukul cream cheese dan mascarpone hingga kembang.  Masukkan gula ising dan vanilla dan pukul hingga gebu.  Adunan CC yg ini agak lembut dan mudah cair..

Tempahan RV dan Opera Cake

Pagi2 ni saya buat delivery 2 biji kek ke Menara Petronas aka KLCC.  Yang order ialah Atie, kawan saya yang tak serik2 order.. Terima kasih sangat!

 Kadang2 kalau terlebih hati2 pun kena 'kemalangan' juga.. tak boleh nak sorok dah.. huhu!

 

Jammed! elok je lepas tol @ MEX.. dekat sejam 'merangkak'.  Mujur dah masuk Jalan Ampang, clear je laluan. Macam ni lah orang KL yg nak pergi kerja hari2..  Tapi yg dah biasa tu, redha dan sabar jelah kot.  Dorang pun tak nampak nak rebut2 jalan, saling memberi laluan, takde bunyi hon pun... Walau jalan ni patutnya untuk mengelakkan kesesakan, tapi terpaksa akur juga.. Dorang tengah bina apa entah (macam laluan baru).  Nampaknya makan bulan le kot.. 

September 8, 2012

Tempahan dan Menu Pagi

Lamanya tak menulis resipi.. Sebabnya lama juga saya tak masak benda baru. Macam tak sempat je nak cuba2 resipi..

Minggu ni saya mula bergiat aktif di dapur comel lagi sempit tu (hihi..). Memulakan minggu dengan beberapa pek pau kacang dan ceklat frozen.  Kemudian karipap.. Sebab dah masuk 4 orang menyuarakan hasrat.. Saya pulak angin lesunya susah betul nak menjauh. Hari ni nampak chest freezer saya dah hampir penuh, bolehlah panggil orang kosongkan balik..

Pagi tadi pula kek yg ditempah sudahpun bertukar tangan dan mungkin dah habis ke... hehe. Kembang kempis hidung yg tak berapa mancung ni membaca pujian sedap.. Lupa lak! "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Aliyil Azeem..". Kalau banyak dapat pujian, bacalah ayat ni dalam hati kerana segala yg kita miliki adalah dari Allah.. Supaya tak timbul riak.

Tempahan kek rainbow dari Hazlin, x officemate di CSM untuk makan2 raya di office... 
Thanks Lin!

Pagi tadi pulak, dek kerana nak sangat makan PUNTEN, breakfast pun pukul 10 lebih.  Lengkap dengan sambalnya iaitu sambal tumis udang geragau.  Lepastu saya buat ayam masak rendang hitam.  Bukan pasal rajin sangat atau ada orang nak datang, tapi strategi namanya..  Saya frozenkan, incase ada orang nak datang tiba2, tinggal defrost je.  Maklumle, saya ni tak boleh nak lari sana sini sesuka hati. Sorang2 bela anak ni terikat sikit kaki.. Nak pergi market, kena tunggu dia sekolah..

 Sekali je makan dengan sambal ni.. Bila makan dengan rendang hitam ayam tu, lagi nikmat!  Ada lagi tu, tak abis.  Takde sapa tolong makan...huhu!

Kalau nak tengok camna buatnya dan apa si PUNTEN ni, boleh tengok SINI..

September 2, 2012

Hibernasi.. dan kisah yg terkumpul :)

Aduh! Agak bersawang blog akak nih..  Sejak beraya yg tak berapa sakan tu, akak dilanda kemalasan, kelemahan dan pelbagai 'ke' dalam diri ini.  Nak hibernate je. Susahnya nak dapatkan momentum tu balik!  Agaknya masih trauma dengan kebocoran tong gas waktu hari raya lepas kot.. huhu! Boleh pulak nak dibuat alasan..

Mujur juga haritu Shima kawan saya tu mengejutkan diriku dari tidur dengan request kek carrotnya.  Pulak tu depa bertiga, geng lama saya, nak mai buat farewell untuk salah sorang ahli yg nak tukar taraf jadi expat di Jakarta.  Tapi sempat buat kek carrot dan cocktail segera je.  Untuk makan2 depa tapau mee & rojak mamak bawah pokok depan Anjung yg terbaik di Malaya ni.  Siap dengan cendol lagi.. hahaha! Tetamu bawa makanan sendiri, kekonon potluck le..:D.

Sebenarnya gitulah kalau upacara last minute atau short notice.  Sebab saya ni bukan semudah-mudahnya nak keluar ke pasar atau pasaraya dalam waktu singkat. Saya pulak jenis tak berapa spontan dalam merancang masakan.  Masa request kek carrot belum set perjumpaan lagi.. Jadinya tahap host jelah ye.. Apa2 pun suka sangat kalau dorang tu datang.. Kami dah biasa takde protokol, so upacara sangat bebas..

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kek Carrot Walnut ditempah Shima utk farewell party Razana di office dorang.. Versi separuh je.


Yang di bawah ni pula ialah kek belang klasik (resipi orang lama) yang saya buat secara emergency sebab short notice, untuk majlis Hari Raya di tadika Fawwaz (Tadika Kasyiful Ulum).



Semalam (Sabtu) kami balik kampung sekejap.. balik hari je.  Agak penat juga walau tak memandu langsung. En Abe je yang pandu.. Kalau dulu selalunya kami bergilir memandu, kali ni nampaknya dia bertahan.. hehe!  Dapat le 3 rumah iaitu rumah ayah, rumah kuning (makcik) dan rumah mak.. Tak perlule nak terangkan kenapa balik kejap ke 3 rumah tu ye.. ;))

On the way back (petang hari), hajat hati nak makan cendol yg agak popular di sepanjang jalan tu.  Mula2 cendol gula melaka.. lepas.  Pastu Cendol Borhan... ramai sangat, susah nak parking. Ada lagi beberapa cendol, tapi takde aura.  Target terakhir cendol Bakar kat Ijok tu..  Tapi lepas miss cendol Borhan, ternampak Soto Pasir Penambang kat sebelah tu.  Maka kami yg dah terlepas tu buatle 'U' turn.  Pekena mihun soto dulu.. Boleh tahan popular sebab ada je orang singgah makan.

Apa2 pun kalau cerita pasal soto ni, saya tetap merindui soto Indonesia yg asli.  Tak boleh nak tanding soto bibik, pembantu kakak saya yg berasal dari Cilapan tu dulu.. Terbaik!!  Soto Kak Siti tu dulu ada santan sikit, tapi tak muak.  Dan orang Indon macam Kak Siti dan Makcik Ika saya, wajib meletakkan daun salam pada kuah soto tu.. bukan sekadar daun sup dan tak macam rasa sup sangat pun.  Yumm yumm... Nak kena berguru juga ni!


Jadi, itulah cerita raya saya yg terkini..  dan sampai hari ni, kami masih gagal nak rasa CENDOL BAKAR di Ijok tu.  Sebab semalam, memang nampaknya full house.  Jadi kami teruskan je perjalanan.. Lagipun perut dah penuh, senak dan sebu dengan soto..hihi!

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...