September 10, 2012

Red Velvet III

Saya rasa dah lebih setahun saya menyalin resipi RV yang ini di dalam buku resipi yg semakin comot tu.  Baru beberapa hari lepas tergerak hati nak mencuba.  Sebelum saya memulakan projek tempahan Atie.  Saya pun dah tak ingat link dia..

Adunan yang ini agak sedikit berbanding yg biasa saya buat.  Tapi ada beberapa bahan yang sama kuantiti, juga dikurangkan seperti serbuk koko.  Itu yg buat warnanya betul2 merah dan cantik. Apa2 pun bagi saya, original resepi dari Pinch My Salt tu lagi sedap walau warna tahap merah gelap je.

RED VELVET 3

Bahan A - ayak
250g tepung kek (nama lain low protein atau superfine)
1 sk baking powder
1/2 sk garam
2 sk serbuk koko

Bahan B - campurkan dan kacau
240 ml buttermilk
2 sb pewarna merah

Bahan C - pukul
113g mentega
300 g gula kaster
2 biji telur (saya selalu guna gred A)
1 sk esen vanila

Bahan D - campurkan
1 sk soda bikarbonat
1 sk cuka

Cara2:

1)  Pukul bahan C hingga kembang dan gebu.  Mulakan dengan mentega dan gula, diikuti telur dan vanila
2)  Masukkan bahan A (tepung) sebanyak 1/3 bahagian.  Putar dengan speed minimum (sesetengah orang hanya guna kaedah kaup balik)
3)  Tuang buttermilk yg telah dicampur pewarna sebanyak 1/2 bahagian
4)  Ulang proses (2) dan (3) hingga tepung habis.
5)  Campurkan bahan D sehingga berbuih dan cepat2 tuang ke dalam adunan.  Kacau secara kaup balik.
6)  Tuang dalam loyang samada 1, 2 atau 3 ikut citarasa.  Saya buat 2 lapis je dan guna 2 loyang sekali bakar.
7)  Bakar dengan kepanasan 160C selama 20 minit (ikut oven dan ketebalan kek).  Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit sebelum masukkan adunan
8)  Bila dah masak, sejukkan dulu baru letak frosting/topping.

Haritu buat sekali kek opera.. tapi ada masalah pada tahap kegebuannya  :)

CREAM CHEESE TOPPING

Bahan2:

227 g cream cheese
227 g mascarpone
1 sk esen vanila
1 cawan gula aising

Cara2:
Pukul cream cheese dan mascarpone hingga kembang.  Masukkan gula ising dan vanilla dan pukul hingga gebu.  Adunan CC yg ini agak lembut dan mudah cair..

No comments: