October 31, 2011

Bingka Kentang dan Makan-Makan

Pagi tadi dalam ngantuk dan sibuk menyiapkan tempahan karipap Kak Puteri, sempat juga mengupas kentang dan membakar kuih ni untuk tatapan mata... Tapi tak sempat untuk dibuat breakfast en abe.  Untuk breakfast dia, sempat juga saya buatkan nasi goreng... Lepas solat subuh, cepat2 masak nasi untuk digoreng.. hehe kekadang memang rajin macam ni.. Kalau tak rajin tu, makan loti lo... 

Cara membuat bingka atau kuih bakar ni sonang yo... boleh tengok kat SINI.


Kisah jalan-jalan cari makan pulak... takdelah istimewa mana.  Cuma saja nak cerita kat sini.  Semalam kami ke Centrepoint, nak shopping pakaian sejuk.  Macam biasa singgah kat food court dia.  Biasanya kalau ke food court situ, Al Abraaj lah yg kami cari.  Makan benda simple..

Roti ni kesukaan Fawwaz... dia makan macamtu je.

Ayam bakar kesukaan hubby... dah cukup mengenyangkan

Selama 2 thn lebih kat sini, pertama kali saya order nasi beriani... Kira mimpilah semalam duk teringin makan ni... Makan berdua pun tak abis... patut makan bertiga.  Beriani dia simple je, just ayam dalam tu.. Tapi sedapla... light je rasa dia, tak muak..

Hat ni makcik tak suko... makcik panggil air pisang!  hahah...

October 30, 2011

Moi a.k.a Bubur Nasi

Dah jemu sarapan dengan nasi lemak, bihun goreng dan yg sewaktu di hujung minggu.  Jumaat lepas buat moi pulak.. Sedap pulak sesekali makan bubur nasi macam orang demam...  Eh! Tapi akak kalau demam apa pun tak selera.. paling2 biskut lemak cicah air teh-O je..  Gitulah gaya tekak demam ala cik siti... Tapi sejak ada anak ni, tak boleh ikutkan sangat kalau badan tak sedap.  Takkan ada chance nak manja2kan diri.. huhuhu!

Bahan2 :

1 cawan beras - jenis biasa je.. 
5-6 cawan air - selagi tak hancur elok, sila tambah air selalu heheh..
1 inci halia - potong nipis
1 batang serai - ketuk
1/2 batang carrot - potong dadu
1 sk serbuk stok ayam - kalau nak letak isi ayam pun sodap..
Garam ikut citarasa

Aksesori - kalau macam gambar ni ialah :
Ikan bilis goreng
Kacang tanah
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Telur dadar - kalau nak best telur masin yg takde di Bahrain ni.. :D
Yang takde dalam gambar tapi ada atas meja - cili padi potong podeh ko tolingo + kicap manis

Cara2:
Campur semua bahan dengan beras dan masak hingga menjadi bubur..  Garam tu saya letak akhir sekali.. tapi boleh je nak bubuh awal2..  Dan ikutlah nak pekat ke, nak cair sikit ke...



October 28, 2011

Baked Chicken & Mashed Potato with Gravy

Dinner semalam punya... ayam panggang ungkep.. dah pernah bersiaran sebelum ni... Hidangan ringkas bersama sayur2an dan kentang lecek + homemade gravy.

Ayam Panggang Ungkep

Bahan2:

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
2 biji buah keras - kisar/tumbuk
1 sb gula merah
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada
1 sudu asam jawa - jenis yg macam adabi tu..

Cara2:  
Campurkan kesemua bahan dan perap ayam selama beberapa jam.  Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 40 minit.  Sebelum bakar, tuang sedikit minyak.

--------------------------------------------------------

Mashed Potato with Gravy

Credit to: Delila (tp akak ubah resipi ikut kesesuaian)

Bahan2:

1 1/2 biji kentang - potong kecil dan rebus, kemudian lenyek sampai halus dan bulat2kan.

Gravy:
2 sudu tepung jagung
1 sk serbuk stok ayam
Serbuk lada hitam/sulah
Mentega - anggaran 3 ketul buter yg kecik2 utk travel atau jamuan tu
Secubit garam
Air secukupnya

Cara2:
- Bancuh tepung, stok ayam, lada sulah dan garam dengan air.  Seeloknya air tu banyak supaya tak terlalu pekat nanti
- Cairkan mentega.  Masukkan bancuhan tepung dan kacau cepat supaya tak berketul.  Kalau pekat sangat, tambah air
-  Tuang ke atas mashed potato tu..


October 26, 2011

Roti John Senang Je..

Untuk dinner semalam saya masak spaghetti bolognese je sebab jemu makan nasi kononnya... Macam biasa tak habis.. Pagi ni abe tapau ke office balance tu eheh..  Sebelum ditapau, sempat ambik sikit sos tu... campur dengan telur dll... buat ala2 roti john utk breakfast.  Tapi roti tu dah tentu adanya roti keping putih yg biasa tu.. Janji sodap lah kann... hehe.

Bahan2:

2 biji telur - kocak
1 batang sosej ayam - potong2 kecil
3 sudu sos bolognese (dah siap ada daging & mushroom ye..)
Secubit garam
Lada sulah
Roti - sapu majerin di permukaannya

Sos dan hiasan:
Mayonese
Sos lada hitam
Sos cili - saya guna Thai sos
Daun salad - racik halus
Timun - potong nipis

Cara2:

-  Campur kesemua bahan (kecuali hiasan) dalam mangkuk dan kacau sebati
-  Panaskan non-stick pan di atas dapur.  Sudukan (dalam 3 sudu) adunan telur ke atasnya.  Rata2kan...
-  Letakkan sekeping roti di atasnya.. tekan2 sikit biar masak betul telur tu.. Ulang sampai habis..

Macam nilah rupa dia..

-  Susun roti berpasangan... Letak sayuran dan tuang sos pada sekeping dan tutup dengan sekeping lagi...  Gambar2 akak part ni semuanya blur la pulak..hihi


Potong 2 untuk menyenangkan makan... :P

Kari Ikan ala Pantai Timur

Saya memang menyukai nasi dagang.. Tak kira Kelantan punya atau Terengganu.. Ditambah dengan kari atau gulai ikan tongkol yg lain sikit dari kari kita di belah Barat ni. Tapi tak pernah nak mencuba membuat sendiri :)

Kelmarin tiba2 teringin...tapi sejak balik ke sini belum pernah masuk fish market lagi nak beli tuna. Setakat ikan kembung adalah... Takpelah, ikan kembung pun jadilah! Masa raya haritu ada bertanya kat makcik camna nak buat, tapi lupa2 sikit... Macamanapun adalah rasanya tu.. Nasi dagang je takde. Adoi... Mengidam nasi dagang la pulak!!! Isk isk..

Bahan2:

2 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas - ketuk
1-2 sudu cili kisar
1/2 sk jintan manis (kasar) - tumbuk halus
2 sudu rempah kari ikan
1/2 biji tomato
Sedikit gula merah
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya - agak2 tenggelam ikan
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Tumis bahan kisar (termasuk cili), lengkuas dan tomato hingga naik bau.
2)  Masukkan pula rempah kari.. bila dah sebati dan kemerahan.. masukkan jintan manis - kacau sekejap, jgn sampai hangus.. :)  Saya tambah sedikit air waktu ni...
3)  Masukkan ikan, balik2kan kejap diikuti santan (saya guna susu segar).  Biarkan hingga mendidih.. Tambah garam, asam keping dan sedikit gula merah (pastikan tak manis sangat..)
4)  Bila dah pekat dan pecah minyak sikit, bolehla angkat...


October 25, 2011

Pau Inti Coklat



Rasa lama sungguh tak menguli pau. Semenjak sebelum puasa hari tu... Bila tengok kat fridge, ada lagi inti coklat.. kalau tak buat apa2, nanti tau2 dah expired.. macam tulah selalunya :(


Walaupun petang tadi agak sibuk sebab nak menyiapkan tempahan karipap frozen utk Kak Yah, jiran baru saya dan juga kawannya, semangat juga nak menguli pau sambil bersenam. Tau2 jelah buat pau ni. Mengulinya harus dengan penuh perasaan... Sebab manual je, guna tangan.. Entah bila mesin penguli besor nak masuk dapur saya ye! Nantilah... tunggu balik rumah sendiri. Betul2 balik, bukan macam selalu tu.. kejap ada kejap takde!


 Gambar selingan : Karipap untuk Kak Yah.. terima kasih la sebab suka dan order... 
Lama juga kiranya saya bersara.  Dari Feb lepas.. :)

Resipi masih menggunakan resipi yg selalu... Resipi Mamasyipah yg dah lama saya tak skodeng blognya. Memang best resipi pau dia walau saya tak guna tepung pau atau tepung hongkong macam dia.. Cuma tepung gandum biasa.  Kalau tiru sebijik, mesti nampak cantik dan gebu + putih melepak macam mamasyipah punya.   Takpa na.. sementara duk Bahrain ni, kita buat je versi cik siti yg colornye redup je macam ribut pasir kihkih!

Sumber: mamasyipah & cik siti
Bahan2 (saya guna versi saya sendiri utk 1/2 adunan - 8 biji):

240g tepung gandum (kalau ada tepung pau, gunalah ye...  :))
2 1/2 sudu besar gula
1 sk yis kering
1 sk double action baking powder
1/2 sudu besar shortening
130 ml air - saya guna yg agak suam
Inti - ikut citarasa ye!

Cara2:

1)  Gaul kesemua bahan dan uli sampai lembut - saya buat macam serbuk roti dulu, baru masuk air.  Lepas tu, kalau nampak macam kering sangat, cuma basah2kan tangan je pastu uli... ulang2 membasahkan tangan sampai tepung menjadi doh yang lembut..
2)  Bahagikan adunan kepada 8 biji kecil atau lebih kurang 40-50g
3)  Uli semula bahagian adunan kecil sampai doh menjadi halus
4)  Buat lopak dan masukkan inti.  Kemaskan dan alaskan di bawahnya dgn kertas.  Saya guna alas cupcake yg dileperkan tu..
5)  Biarkan/perap dalam 30 minit
6)  Kukus selama 10-15 minit.  Sebelum tu, didihkan dulu air kukusan ye  :)


 Kalau buat banyak2 mau lenguh satu badan.. hehehe

October 23, 2011

Ikan Dori Bakar


Ini baru kali kedua saya membeli ikan dori ni... Sebab masa tu saya malas nak buat kerja siang-menyiang ikan dan mencuci ikan.  Kalau beli ikan ni, tinggal cuci dan masak je...

Macam entry yg lepas, saya cuma perap sekejap je dan masukkan kesemuanya dalam bekas dan bakar kat oven.  Sekejap je dah siap... Simple and healthy!  

Bahan2:

1 keping ikan dori - potong jadi 3-4 keping
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
Sedikit lada benggala (capsicum) - didadu
Kicap manis secukupnya
Sos lada hitam secukupnya
1 sudu mayonaise
Perahan limau (saya guna lemon juice je)
Sedikit garam
Gula/madu (opt)
Sedikit minyak masak (saya guna olive oil)

Cara2:
-  Ikan dicuci dahulu.  Saya suka merendamkannya dengan garam sekejap dan tos
-  Campurkan kesemua bahan dalam bekas dan masukkan ikan.  Perap sekejap dalam 30 minit pun cukup.
-  Bakar dalam oven dengan kepanasan 200C selama 20-30 minit.
-  Kalau suka nak pedas, boleh adjust kasi cili byk2..


... sayurnya masak lemak labu campur sawi... jangan lupa sambal belacannya ye!  :D

October 22, 2011

Sambal Sotong Rex


Sambungan dari kisah menu lontong semalam... Saya fikir bukan saya je terpengaruh dengan menu sambal sotong dalam tin jenama Rex ni.. dari dapur Kak Jee  dan Mamafami  tu.  Saya pun sebenarnya sekadar silent reader je pada blog mereka.. Suka baca dan tengok apa yg dorang tulis..

Inilah rupanya sambal yg menggunakan sotong tin tu.  Boleh tahan sedap.. Tapi bukan sedap semulajadi kot.. Kalau sambal yg kita buat tu sedap, jadilah sedap hehehe...  Yang penting, mudah.. Takyah nak siang2, basuh dan sedia lembut...  Rasanya macam sotong kering tu..

Cara akak buat... dengan cara malas sedikit nak menulis.. :P

  • Buat sambal tumis macam biasa tu... tumis bawang dan cili kisar sampai garing atau pecah minyak.. Selalu saya tak letak belacan, tapi semalam saya letak sikit... juga letak hirisan tomato.  Perasakan dengan gula dan garam.. Cuma garam tu tak letak pun takpe kot sebab sotong dah sedikit masin. Minyak tu pulak, biarlah banyak sikit.  Nanti boleh buang kalau terlebih...
  • Sotong tu saya tuang dulu dalam bekas dan potong kecil2..  baru tuang ke dalam sambal.  Saya tuang semua termasuk airnya (ikut cara kak jee)... Kacau dan biarkan dulu sampai agak kering sambal tu, baru angkat... 
  • Kalau suka sambal yg cair, tambah je air..  Saya kalau masak canned foods macam sardin ke, memang suka biarkan lama.. sampai hilang sikit hanyirnya.. Alergic sket ngan bau dia, tapi suka nak makan :)

October 21, 2011

Lontong... lagi lagi :D

Malam tadi adalah malam yg sangat memenatkan... Anak bujang saya si che mat tu meragam sepanjang malam ke pagi.  Sejak kebah dari demam hari tu, ada masalah kat mulut pulak selain ragam yg menjadi2. Asyik mengadu sakit, tapi tak bagi kita tengok.  Sudahnya kejap2 menangis dan mengamuk.. tak dapat lena.  Berkhemah umi dan abi kat depan TV, menjaga dia.  Sekejap marah kat umi, sekejap marah kat abi... huhuhu!


Bila tiap nak lelap je kena kejut, akak pun bajet tak tidur lah sepanjang malam.  Pukul 12 terus ke dapur, isi beras dalam plastik dan rebus.  Buat nasi impit... Pukul 12 tu dah kira larut malam kat sini, sebab subuh kul 4.19 pg.  Pukul 1.30 nasi impit dah siap... tinggal fikir nak masak kuah je.  Dapatlah juga lelap pukul 3-4.30, sebab hubby menggambil giliran pula..

Maka pagi tadi kami sarapan lontong lah.. Favourite nih, entah berapa kali dah buat kat sini.  Ada pulak tempe frozen sikit dan sengkuang yg akak seludup dari Malaysia keh keh!  Lepastu buatkan sambal tumis sotong dalam tin jenama Rex... yg telah digembar gemburkan di dapur Kak Jee dan Mamafami tak lama dulu.  Ni pun akak seludup se'ting' je..  Resipi lontong atau lodeh di dah banyak kali masuk sini.. Cuma kali ni saya tak tumis.. main rebus terus.

Best dapat gandingan sambal sotong...

Bahan2 (kuantiti agak2 je lah ye):

Bahan kisar
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Bilis
Halia

Sayuran dan Lain2 (kalau nak tambah ikut citarasa masing2 pun takpe)
Sengkuang
Lobak merah (carrot)
Kobis
Tempe - saya goreng sekejap
Suhun
Lengkuas - ketuk
Serai - ketuk
Daun bay - saya guna yg kering je
Santan - saya guna santan serbuk yg cair je sbb tak mau lemak sgt
Serbuk kunyit
Garam

Cara2:

1)  Bahan kisar dan lengkuas direbus dengan sedikit air sampai mendidih
2)  Masukkan sengkuang dan lobak... tunggu sampai separa lembut.
3)  Masukkan kobis dan tempe... juga santan dan serai.  Letak garam dan kunyit sekali..  Kalau ada udang basah, selalu saya masukkan masa ni... tapi minggu ni kita puasa udang.. :)
4)  Bila dah mendidih (jaga2 jgn sampai pencah minyak) dan sayur lembut kesemuanya, baru masukkan suhun... Biarkan kejap dan matikan api.


Nasi lemak ni jiran baru kami Kak Yah yg bagi saat kami nak breakfast.  Baru beberapa minggu tiba dari M'sia... :)  Alhamdulillah, rejeki... rejeki.. *seronok rasa dapat 'sekampung' dgn orang kita... ;D*

October 20, 2011

Roti Bungkus... II

Baru beberapa hari buat.. dah siaran ulangan lagi.  Sejak che mat kurang selera makan, roti banyak berlebih.. Dan sejak pandai buat tepung bungkus segera ni, suka na buatnye.. Apatah lagi daun pisang import dr M'sia ada lagi sikit dan masih cantik hijaunya..

Kali ni buat cincai je, tak ikut sukatan sangat.. Asal menyerap habis roti tu...  Tapi saya percikkan sikit serbuk kayu manis masa memasak santan dan hiriskan pisang ke dalam adunan, sebelum membungkus..  Hasilnya lagi sedaplah..  So, kalau sesiapa suka kuih umpama ni, bolehle cuba resipi yg amat mudah ni... Kurang2kan sikit menggoreng.  Saya letak santan pun ala-ala je... sebab saya pun jaga juga kolestrol ni.  Jarang saya guna santan pekat.  Alhamdulillah.. pada satu ketika tahap kolestrol pernah mencapai 7+ (2001), lepastu turun ke 5+ (2004/5).. awal bulan ni dah tahap normal 4.1.  Nak kena turun lagi atau maintain je..

Isk! Cerita kolestrol pulak.. akak memang suka membebel... mehla tgk kejadian kuih ni.. Resepi ambik kat SINI ye!




October 19, 2011

Kek Belang

Sejak semalam macam boring sesangat.. Hati tu macam ada sesuatu yg tak terungkai... Kekadang biasalah, kita ni kan insan biasa.. Tak bolehle nak pretend seronok dan bahagia sepanjang masa.  Ada kala rasa nak sendirian, adakala rasa nak berbicara dengan bulan... ewah!! macam2 ye!  hehe..

Teringat pulak bait2 lirik ".. biarlah bulan, bicara sendiri... biarkan bintang, kan menjadi saksi.."  Mula2 suka lagu ni bila Zahid nyanyikan masa zaman2 kegemilangan AF2 dulu.. Masa tu akak asyik2 afundi zarina & bob.. haha kesitu lak!  Tapi akak ni memang suka pendam perasaan.. bimbang kalau keluar, jadi trrrrrr... macam bunyi blender atau mixer tu!  Alahh, apa sangat bunyi blender kan... Belum tahap gunung berapi..

So, untuk terapi di pagi hari, pukul 5 lebih dah keluarkan telur.. cuci.  Pastu ayak tepung.. sukat itu ini.. Awal sangat ke?  Sekarang kat sini, subuh pukul 4.18 pg.. sedang2 elok masuk dapur pukul 5.15 pg..  Benda paling senang nak buat ialah KEK BELANG zaman dulu2 ni... tapi ianya evergreen ya.  Dah ada resipinya, tapi ini versi bajet... jadinya tetap sama.

 Bahan2:

1 cawan tepung gandum - ayak
1 sk penuh baking powder - ayak bersama tepung
4 biji telur
1 cawan majerin
3/4 cawan gula kastor
Sedikit esen vanilla

Cara2:

1)  Pukul majerin dengan gula hingga lembut berkrim (putaran maksimum)
2)  Masukkan telur dan vanilla.  Putar lagi
3)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Putar perlahan hingga sebati.
4)  Bahagikan adunan kepada 2.. letakkan pewarna mengikut citarasa
5)  Sendukkan satu persatu, berselang seli hingga habis.  Loyang tu hendaklah di lenser dulu dengan majerin dan dilapik dengan kertas
6)  Bakar pada kepanasan 170C selama <>40 minit (agak2 kalau dah melekang sebelum tu dah boleh test tengah2 tu, masak ke belum..).  Juga diingatkan, panaskan dulu oven sebelum memasukkan adunan kek  :)


Kalau belang tu coklat + kuning, dulu2 dipanggil "KEK BELANG HARIMAU".. :))

October 18, 2011

Nasi Kerabu Lagi..

Sehari dua ni buat siaran ulangan je... Yang pasti, semua kena menu sihat dan kurang minyak (ikut pesan bos! hehe).  Tapi mana boleh kan.. tetap ada babak goreng menggoreng huhuhu.  Semalam je goreng karipap entah berapa banyak... Karipap adalah kuih yg paling banyak guna minyak kann... Walau guna minyak jagung, kalau dah berkali2 tu, sama jek..

Bila dah malam, naik insaf.. terus buat nasi kerabu utk dinner.  Biar balance lemaknya.. :)

 Sepeket ni je saya import budu dari KL.. 

Simple je nasi kerabu kuning saya ni.. sayur, ikan/kelapa, kopok, ikan goreng (tersembunyi dr gambar.. :D) dan sambal..  Entah sampai bila nak dapat yg biru tu ye.  Tapi adik saya kata, kawan dia kata, yg kuning tu lagi sedap... Mungkin color tu yg menyedapkannya hehehe... atau daun limau purut yg saya letak masa masak nasi.. 

Naan & Kari Dhal

Entah keberapa kali buat naan.. Tapi nak juga cerita kat sini sajian breakfast Ahad lepas.. sajian sihat untuk seisi keluarga.. :D


Proses selepas pemerapan..


Kali ni kita makan dengan kari dhal... Ada juga sambal sardin malam tu punya. Sardin tu lauk kegemaran suami akak... Saya tak makan pun kali ni sebab macam dah jemu pulak hehhh...

Kuah Kari Dhal
Selalu tak letak rempah kari.. kali ni letak skit je, buat tambah rasa.. bestnya kalau makan dengan roti canai panas2..

October 14, 2011

Tepung Bungkus Roti


Pagi ni nekad membungkus dan mengukus kuih ni.. walau en abe dah order nasi lemak untuk sarapan.  Takpe, dalam pukul 7, semua kira dah siap...kuih dan set nasi lemak. Hari ni hari groceries.  By pukul 9 dah kena menolak trolley sebab kena balik cepat... zohor awal.  Harini kan hari Jumaat..

Resipi ni saya dapat dari makcik yg saya panggil 'kakak' sedari kecik.  Masa pergi sama2 ke rumah pakcik yg sakit haritu, dia bawak kuih ni... tapi guna roti high fiber.  Pagi ni saya buat guna roti biasa.. mmmm memang sedap dan senang!  Yang ni sukatan saya sendiri.. makcik haritu cuma cerita camna nak buat je hehe..

Masa tengah panas2 suam... terlihat akan kelembikannya

Ni pulak lepas keluar peti... padat sikit
Bahan2 (8 biji) :

5 keping roti putih - potong/siat kecik2
2 cawan santan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Cara2:

1)  Masak santan bersama gula dan garam sampai mendidih.  Angkat.
2)  Masukkan roti yg disiat ke dalam mangkuk atau bekas.  Siram dengan santan tadi sampai menyerap semua.  Kalau santan masih berlebih, boleh je nak tambah roti lagi...
3)  Bila roti dah agak sejuk (supaya senang nak bungkus), sudukan ke atas daun dan bungkus.  Saya bungkus macam tapai tu dan kemaskan dengan stapler je.  Ikutlah nak saiz besar mana ye!
4)  Panaskan kukusan... bila dah mendidih, kukus roti tadi dalam 15 minit.  Boleh makan bila dah sejuk atau suam (bila tak sabor.. hehe).  Masuk dulu kat peti sejuk lagi sedap dan nyaman...

October 13, 2011

Nasi Ambeng


Wah!  Hari ni mood rajin... Tiba2 rasa nak buat eksperimen nasi ambeng di dapur sendiri.  Selamakini dapat rasa makan masa bila ada kenduri tahlil je atau dapat berkat.. takpun sesekali beli kat kedai makan.  Kali ni saya cuba buat sendiri setelah mendapatkan tips membuat serunding yg lain sikit pembuatannya ni.  Orang tempat makcik saya di Bt.7 kata ni "serunding ponorogo".  Yelah, di tempat kami ni suku jawa yg agak popular ialah suku ponorogo dan pegelen.  Keluarga kami dari suku ponorogo (asal keturunan nenek moyang dari Ponorogo, Jawa)  Penerangan selanjutnya mengenai suku kaum kami ni, saya belum habis study lagi hehe!  Serunding ponorogo ni dia berwarna coklat gelap, bukan perang macam kebanyakan yg ada di gerai, restoran atau kebanyakan tempat.

Nasi ambeng ni saya buat yg simple je, versi makan sendiri.  Takde mee dan rempeyek.  Kalau nak yg original, dan ada feel memakannya, kenalah pergi ke kenduri malam orang2 Jawa.  Itu pun tak semua orang buat, sebab remeh.  Selain remeh, orang yg datang kenduri tu tak dapat nak makan kenyang kat situ.  Selepas tahlil, dorang akan jamah sikit (bukan makan kenyang) hidangan kat atas talam tu dan terus dibahagikan kepada paling ramai 4 orang (1 hidangan).  Kalau korum tak ramai, dapatle lebih sikit.


Setelah dibahagi2kan, ambeng yg diletak atas daun pisang tu akan dibungkus sendiri dalam plastik atau bekas yg disediakan.  Kalau dulu2 bungkus dengan daun pisang, sekarang dah 'malas' sikit, selain ringkas.  Balik rumah baru dapat makan sungguh2, berkongsi dengan anak beranak.  Itulah yg namanya berkat, semua dapat rasa sikit2.. :))  Orang Jawa memang gitu... hehe!

Tapi kalau orang baru yg tak biasa, dorang akan kata itu makanan bekas orang makan... Ada yg tak suka.  Sebenarnya kalau dah rasa sekali, memang tak cukup punya.. Atau kalau teringin nak rasa dan kita ni penggeli, beli je yg kat gerai tu... cuma feel takdak la.

Bahan2 dan cara2 membuatnya :-

NASI
- Masak nasi seperti biasa.  Kalau nak sedap, nasi tu kena lembik sikit, guna beras biasa.  Kalau basmathi mcm dalam gambar tu, tak berapalah.. tp OK je.  Nasi jugak namanya...

SEMUR AYAM
Boleh rujuk kepada resipi lama saya di SINI..

SAMBAL GORENG
Boleh rujuk kepada resepi saya di SINI (baru je tu.. hehe)

SERUNDING KELAPA
Bahan2:
Kelapa parut - sangan sampai kering dan keperangan
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Ketumbar - kisar
Jintan putih/halus - kisar
Air asam jawa
Gula putih & merah (selalunya banyak sikit)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Kacang tanah yg dah digoreng (opt)

 Jintan, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan kelapa sangan.. tp kelapa tu kurang perang, shortcut je huhu...
Cara2:
  • Tumis bawang sampai layu
  • Kemudian masukkan ketumbar dan jintan.  Kacau2
  • Masukkan air asam, gula dan garam.  Biarkan sampai mendidih dan pekat
  • Bila dah pekat (timbul macam kristal kat tepi kuali), baru masukkan kelapa.  Gaul sebati hingga agak kering dan angkat.  Jangan terlalu kering, takut jadi keras sebab ada gula yg banyak.
  • Bila dah sejuk, boleh digaul dengan kacang tanah.


LAIN2 AKSESORI
Mee goreng dan rempeyek.  Ada juga yg letak kerabu... Resipi kerabu jawa boleh tengok kat SINI ye..


October 11, 2011

Janganle Main Cilok je!!

Akak ni sebenarnya tak kisah sangat kalau orang nak copy n paste (CNP) resipi akak ni.. Sebab apa sangatlah akak ni berbanding blogger hebat mcm CMG, Kak Nor dan sewaktu tu... Akak buat blog pun utk suka2 mengisi masa dan meng'aktif'kan otak dan jari ni.. Sementelah akak memang suka menulis.  Dulu2 masa kerja akak tulis report, article... la ni tulis blog gitu2 je sebab otak ni nak juga bekerja.

Tapi akak tak suka kalau orang main CNP bulat2 esp resipi yg bukan akak tiru dari blog lain.  Akak kalau tiru pun, mesti sebut nama orang atau blog tu sebagai sumber, etc.. buat link.  Kalau tgh malas pun akak sebut je kat mana dapat cth my resipi ke.. so, pandai2 le org nak cari.  Ini ambik bukan setakat ayat sebiji2, gambar sekali.. Walau gambar tu buruk ke, tetap akak punya.  Walau takde hakcipta, walau akak tak glamer, paling2 tulis le "gambar dan resipi ni saya ambik dr....".

Tak baik tau... Ni kalau belajor kat U, sah2 thesis tu kena chop "PLAGIARISM".  Kalau buat postgrad, mau tak grad!  Tapi yelah, budak2 sekarang memang kerja senang sejak internet menjadi santapan harian... Apa2pun, akak halalkan.. Moga2 murah rezeki akak di masa akan datang.... sekian.

October 10, 2011

Sambel Goreng

Balik ni bawa tempe 2 keping je.. yg besar, bungkus dalam plastik tu.  Yg sekeping saya potong 2, goreng ala2 dan masuk freezer.. Nak buatkan lontong di suatu pagi nanti.. Hat yang sekeping tu, dah selamat jadi sambal goreng jawa a.k.a sambel goreng malam tadi.

Ada banyak resipi, cara dan rasa sambal goreng jawa ni.. Kalau ke majlis perkahwinan orang jawa, terutama yg di kampung, selalu jumpa sajian tradisi orang2 jawa ni.. Resipi ni pun dah kira siaran ulangan je.. Ini adalah rupa sambal goreng di kariah kami kat kg.. jarang jumpa kat mana2 walau satu daerah.. 

Bahan2:

1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka
1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng
1 keping fucuk - goreng dan patah2kan
1 cekak suhun - rendam
1 biji kentang - potong kecil2 dan goreng (kalini saya tak letak)
1/2 labu bawang besar (atau beberapa ulas bawang merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
1 batang cili merah - hiris
Sejemput bilis - tumbuk ala2 je
1/2 inci belacan - hancurkan
Air asam - secukup rasa
1 cawan santan - kadang2 saya tukar dengan susu segar
Garam & gula secukup rasa (masakan ni perlu lebihkan manis mcm masak kicap)
Kicap manis
Serbuk perasa (opt)
Sedikit air
Minyak utk menumis
Lain2 bhn kalau nak letak - tauhu (goreng dulu), pedal, hati, dll

Cara2:

1)  Tumis bawang dan lengkuas sampai layu.  Masukkan bilis dan belacan, kacau2..
2)  Masukkan santan, kicap, air asam dan perisa..  biarkan sampai mendidih.
3)  Masukkan buncis.  Bila dah nak layu masukkan bahan2 lain iaitu tempe, cili, fucuk, kentang dan suhun.
4)  Gaul sebati dan angkat bila dah menjadi kering (suhun tu akan menyerap air).  Kalau perlu atan nak yg berkuah sikit, tambah je air.. :)

p/s : enak dimakan dengan nasi ambeng.. tapi kena ada serunding, ayam semur, mee goreng dan rempeyek..