October 19, 2011

Kek Belang

Sejak semalam macam boring sesangat.. Hati tu macam ada sesuatu yg tak terungkai... Kekadang biasalah, kita ni kan insan biasa.. Tak bolehle nak pretend seronok dan bahagia sepanjang masa.  Ada kala rasa nak sendirian, adakala rasa nak berbicara dengan bulan... ewah!! macam2 ye!  hehe..

Teringat pulak bait2 lirik ".. biarlah bulan, bicara sendiri... biarkan bintang, kan menjadi saksi.."  Mula2 suka lagu ni bila Zahid nyanyikan masa zaman2 kegemilangan AF2 dulu.. Masa tu akak asyik2 afundi zarina & bob.. haha kesitu lak!  Tapi akak ni memang suka pendam perasaan.. bimbang kalau keluar, jadi trrrrrr... macam bunyi blender atau mixer tu!  Alahh, apa sangat bunyi blender kan... Belum tahap gunung berapi..

So, untuk terapi di pagi hari, pukul 5 lebih dah keluarkan telur.. cuci.  Pastu ayak tepung.. sukat itu ini.. Awal sangat ke?  Sekarang kat sini, subuh pukul 4.18 pg.. sedang2 elok masuk dapur pukul 5.15 pg..  Benda paling senang nak buat ialah KEK BELANG zaman dulu2 ni... tapi ianya evergreen ya.  Dah ada resipinya, tapi ini versi bajet... jadinya tetap sama.

 Bahan2:

1 cawan tepung gandum - ayak
1 sk penuh baking powder - ayak bersama tepung
4 biji telur
1 cawan majerin
3/4 cawan gula kastor
Sedikit esen vanilla

Cara2:

1)  Pukul majerin dengan gula hingga lembut berkrim (putaran maksimum)
2)  Masukkan telur dan vanilla.  Putar lagi
3)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Putar perlahan hingga sebati.
4)  Bahagikan adunan kepada 2.. letakkan pewarna mengikut citarasa
5)  Sendukkan satu persatu, berselang seli hingga habis.  Loyang tu hendaklah di lenser dulu dengan majerin dan dilapik dengan kertas
6)  Bakar pada kepanasan 170C selama <>40 minit (agak2 kalau dah melekang sebelum tu dah boleh test tengah2 tu, masak ke belum..).  Juga diingatkan, panaskan dulu oven sebelum memasukkan adunan kek  :)


Kalau belang tu coklat + kuning, dulu2 dipanggil "KEK BELANG HARIMAU".. :))

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...