Pages

May 11, 2016

Kisah Set RUBINE Hari ni..

Hari ni agak potong stim sikit la..

Sudah lah pagi kereta akak menyagat besi tongkat kren angkut simen kat depan gate rumah.. petang2 tengah syok melayan blog dapat panggilan dari technician Rubine nak datang tengok oven yang dikatakan rosak. Ambil masa juga nak kasi dia datang sebab abe takdok. Bila dapat contact abe baru bagi green light kat dia. Mujo mamat tu tak lepas ke Changlun lagi.

Masih dalam phone, dia dah kata mungkin masalah PCB. Selalunya untuk model yang akak guna ni, itulah masalah dia.. Katanya harga PCB dalam RM200-300.. tak termasuk yg lain
Terang2 dia kata untuk inspection, charge adalah RM85 (kalau tak rosak pun itulah chargenya utk datang..)

Dia sampai je, aku terus membebel.. "... dulu saya pakai Zanussi 15 tahun tak pernah rosak pun. Ini baru 2 tahun lebih dah macam2.." (15 thn tu kak terrr exaggerate.. sebenornya dlm 13 thn kot)
Yang kelakarnya, dia mengiakan kata2 akak.. Tambahnya, barang sekarang memang tak tahan lama..

Dia kata ini oven model lama.. Maknanya masa beli, kami dah termakan perkataan "SALE" itu.. yang padahal nak clear kan stok je kottt.. huwaaa. Baru semalam cina kedai tu kata kami untung sebab harga sekarang ni kena tambah RM800 lagi.. pandai ko niaga ye, nak bagi kita suka dalam duka!!

Flashback masa beli tu, sebenarnya dah penat survey keluar masuk kedai dan expo..
Lagi pun abe dah letak bajet dia, so tak banyak pilihan.. Akak bukan jenis nak minta2.. janji berkenan. Jenama ni pulak akak yang beria nak.. tu la kannn.. hehe. Masa tu akak yang teramat cerewet dan abe follow je. Bila tgk set Rubine, macam cantik tapi murah. Nak ambik Zanussi atau Europa yang sekapal, tak cantik le pulok.. Lagi pun fikir api Zanussi tak besar based on pengalaman. Cuma oven dia best!

So, inilah dianya... Ah Chong technician kata oven tu lama punya model.. kalau baru takdak PCB yang selalu bermasalah tu.. Manufactured 2011, kami beli 2013 hujung tahun.. ehhh bukan lama sangat kan. Tapi kalau kereta dah kira susut nilai..

Inilah benda PC tu.. Letaknya di bahagian atas (dalam) oven.. Total price utk ganti, termasuk GST, upah dll RM435. Kena order ke KL, jadi lambatle nampaknya akak nak baking ni.. Ingat nak beli oven kecik, duk pikiaq lagi.. 
Eh kan baru pos gambar baking guna periuk besaq kan.. hahah!!!

Ini pula kisah hob.. yang dah lama tak boleh nyala dengan sendirinya. Terpaksa guna tembak gas.. Lepas tu akak duk complaint api tak sepenuhnya biru.. Asyik compare dengan dapur Zanussi tu jugak. Jadi, rupanya dapur jenis gitu kena pakai bateri besaq ni.. Tak tau pun selama kini kan.. hahaha meme la kan.. Salahkan penjual sebab tak bagitau dan macam takda di manual ke atau mak tak baca pong..

Di bawah hob dapur tu ada benda boleh adjust api macam gambar ni.. putar2 je.. Terus teringat dapur makcik kat kampung yang asyik berjelaga tu.. kot ada juga adjuster nih..

Belum kira bila dia check hood pula.. Udah salah memasangnya rupa2nya.. Kali ni salahkan Adam yang pasang kitchen cabinet la pulak.. Adoi laaa.. apa semua salah. Nilah kalau kita oursource semua benda tanpa monitor. Sebab rasanya masa tu abe gi haji dan idokla akak nak tengok. Time tu sebenarnya pemasangan socket/plug pun tak betul. Kali pertama oven blow up dulu rupanya disebabkan sharing power point dan juga penggunaan plug yang biasa (13amp). Sedangkan untuk oven kena guna yang 15amp.

Sudahnya akak berpandangan je lah dengan abe. Bersetuju je lah dengan si mamat technician tu. Bagus juga mamat Ah Chong tu datang petang tadi.. Esok2 kalau rosak lagi dan nak sedut duit lagi, KITA TUKAUU!! Marah nampak.... ehehhh ;)

Lesson learnt:

Kalau nak beli barang tu kaji sedetail2nya... buat research dulu esp kalau barang mahal dan rasa nak pakai lama.. Kata mamat tu, Rubine, Elba, Faber, dan ada 2 lagi tak ingat nama adalah sekapal. Nama je lain dan juga kekadang warranty period. Mostly setahun je kecuali Faber, 2 tahun.. Ahh.. malas fikirlah. Nak tido mimpikan nasi ambeng... hmmmm.

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...