June 27, 2014

LEMPER

Hari Jumaat atau Sabtu (hari2 cuti).. kalau en abe takde, memang kepala ni akak jadi lebih kreatif.. hihi.

Pagi ni, selepas breakfast baru mendatang idea nak buat sesuatu. Memandangkan ada daun pisang 2 helai kat dapur, akak pun terus kukus pulut. Senang je kalau guna pengukus elektrik comel tu, takyah nak jaga sangat.

Korek2 dalam peti sejuk, jumpa pulak inti lemper yang diimport dari peti sejuk di kampung. Itulah hobi akak kalau balik kampung... Jumpa inti apa2 kat peti, baik yang manis atau pedas, hangkut je... Takde makcikku berkata "jangann...." hehehe.

Inilah dia kuih retro orang Jawa... al lemper.. pulut + inti pedas lagi kering = kukus 2 kali.

Dah siap, simpan balik dalam freezer.. nanti puasa senang. 2 jam nak buka boleh kukus semula. Sedang2 elok nak makan masa berbuka sebab biasanya memang dimakan sejuk.

Untuk resipi boleh klik SINI  :)

Sambal Tumis Petai

Semakin tua semakin meminati petai...
Itulah akak ni.. Baru awal 40an dah mengaku tua.. nanti masuk 50 - 60 series akak nak mengaku apa? Hehehe... tapi takpe lah.. Kenalah mengingatkan diri, hidup tak selamanya muda. Dah masuk 40an nilah garis permulaan kita, nak jadi yang macamana? Nak maju ke depan menuju ke kubur ke, atau rasa hidup takde hujung.. Nabil kata, lu pikirlah sendiri.. huhu!

Dah lama mengidamkan petai. Nak buat itu nak buat ini. Sudahnya, bila seikat petai halus2 sampai ke tangan, dapat buat yg ini je.. Muda benor petainya bang.. sampai takde rasa. Hampir menyamai rasa 'lam lam toro'.. Apakah? Cer google, kot kot jumpa... kekeke.


Ikutilah sambal tumis petai penambah selera ni.. Dimakan denga nasi yang panas lagi lembut. Tapi yang bebenornya, tak elok makan benda bepanas2.. tak baik untuk gigi, lidah, dsb..


SAMBAL TUMIS PETAI

Bahan2:
(Semua main agak je)

1 mangkuk kecil petai
2-3 jemput ikan bilis
Cili padi secukupnya (lagi banyak lagi best!)
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Nak letak bawang besar pun boleh.. ikut citarasa.
Garam dan sedikit gula
1 keping asam
Minyak untuk menumis

Cara2:

Tumbuk atau kisar bawang, cili dan ikan bilis.
Tumis bahan kisar hingga sedikit garing. Masukkan garam, gula dan asam.
Masukkan petai dan gaul rata sebentar. Siap!


June 20, 2014

Breakfast with Pulut Durian

Pagi Jumaat yang penuh barokah.. Syukur ya Allah.. Kau kurniakan pada hamba Mu ini ketenteraman di sini.. Memandang kehijauan alam sekeliling.. bukit bukau menghijau di hujung sana... tasik yang lesu dek pencemaran. Tidak mengapalah, hanya lihat perkara-perkara yang positif supaya kita turut positif dan sentiasa bersangka baik.



Pagi ni, lepas menghirup udara segar di luar, akak siapkan breakfast seperti yang diidam-idamkan sekian lama. PULUT DURIAN, selalu sangat akak tengok post adik2 di Jalan2 Cari Makan Kedah (fb). Depa duk tayang ja pulut durian di Alor Setar tu. Nak harap abe bawak ke situ, memang tidaklah. Nak drive sendiri ke sana pun, entah bila. Lagi pulak sepanjang yang akak perati, abe memang tak berapa makan pulut ni. Adalah pantang dia tu.. Maklum, usia dan mencapai warga emas... hihihi.

Tapi abe makan juga durian dalam keadaan terkawal. Durian crepe jadi kegemaran dia walau kalau bahan tu dijadikan makanan lain, dia kurang makan. Contohnya fresh cream tu.. Kalau letak kat kek, dia akan tolak tepi. Kalau dalam durian crepe, dia kasi habis.. :D


Pulut durian versi Kedah ni, mengikut yang akak google, penyediaannya taklah susah. Cuma masak pulut macam biasa (akak kukus). Sediakan kuah santan yang pekat dengan mendidihkan terlebih dahulu.. Jangan sampai pecah santan tu ye.. Letakkan sedikit garam untuk menjadikan dia lemak dan sedikit masin.

Cara makannya, taburkan sedikit gula ke atas pulut atau tepi pinggan, tuang santan... dannnn makan slow-slow dengan durian fresh. Memang nikmat... Cumanya akak ni cepat muak. Baru mula dah nak pening. Tapi habis jugaklah sepinggan... hehehe.

Kalau nak cara Selangor atau tempat2 lain, mungkin durian dibuat serawa dulu. Masak durian dengan santan hingga pekat, baru dimakan dengan durian. Ikutlah citarasa masing2. Cuma akak kalau diberi pilihan, pulut tu nak makan dengan lauk yang pedas mcm sambal kerang ke.. (hehe sebut yg susah nak dapat), kari ke.. atau paling2 dengan kelapa parut lemak dan ikan goreng pun boleh. Lepas makan, badan pun lemah lentok, nak tidur.. kannn.

Suasana ini pagi ini.. terapi diri 

June 18, 2014

Durian Crepe 2014


Tak ingat bila last post akak pasal DC.. Petang ni saja nak mengisi masa tulis resipi durian crepe. Maklum, musim deghoyan di sana sini. Tak tau asal usul dari mana. Nak kata Perak, macam baru je musimnya.. Teringat akak singgah beli di Bota, sambil nak bertanya jalan... Lama jugak tu ye rupanya. Sebab dah beberapa kali balik kampung, akak dah mahir jalannya.

Hari ni, akak buat DC sebab nak buatkan en abe. Dia memang suka sangat. Pendekata, orang keliling akak pun semua suka. Cuma akak, lebih suka buatkan.. Bila benda dah nak abis, baru akak terhegeh2 nak makan.

Meh, kawan2, adik2... yang mana jauh dari ahkak. Tak boleh nak makan free atau beli dari ahkak... Buat sendiri lagi jimat... dapat banyak sampai tak mau nanti.


DURIAN CREPE

Bahan2 untuk crepe:

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sk minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair/fresh milk/full milk
150ml air
Perwarna - akak suka letak egg yellow + lemon yellow

Cara2:

Masuk semua bahan dalam bekas. Kacau sebati menggunakan whisk dan tapis.
Panaskan pan dengan api kecil. Sapu sedikit minyak atau majerin.
Sendukkan adunan untuk dijadikan crepe atau lempeng. Tak perlu terbalikkan. Bila dan kelihatan masak, terus terbalikkan ke atas bekas atau dulang yg sesuai.
Lakukan sampai adunan habis. Untuk adunan ni, saya boleh dapat 12-16 keping crepe yang nipis.



FILLING

1 cawan fresh cream (non-dairy whipping creme)
Isi durian secukupnya

Cara2:

Pukul whipping cream yang masih sejuk (adakala saya tak tunggu ia betul2 cair) sehingga kental (bertanduk).
Sendukkan sedikit FC ke atas crepe, letak isi durian dan tutup dengan FC. Lipat seperti bantal.



Paling akak suka DC ni bila dah masuk fridge dalam 24 jam... lagi sedap!



June 17, 2014

Oven oh Oven...

Semalam, akak tiba-tiba dapat angin rajin. Tangan ni tiba2 teringin nak mencuba resipi yang dah lama tersimpan kat message FB, dari adikku Liza a.k.a Ija. Angin rajin tiba akibat dari satu kekecewaan yang tak perlu ditulis di sini. Takut ada yg terguris hati atau sampai menyampai... ehehhh... macam berat je ye. Idak berat mana, tapi ada sangkut paut dengan perniagaan sepi akak lerrr...

Walau sedikit kembang, tapi chocolate chip cookies yang resipi asal dari Cik Wa yakni kakak kepada Ija, amatlah sedapnya. Pasal apa kata sangat sedap? Sebab tester akak bernama Fawwaz tu boleh ngam dengannya. Tak reject macam selalu. Hebat tester akak tuuuu.... :D

Hari ni dapat beberapa order.. Tapi baru nak siapkan kudapan untuk kawan2 dan cikgu Fawwaz esok, oven dan blow out. Zzzz.... tap! Teruih mati chekkk... Mujo bukan nak siapkan order sesapa lagi. Opps.. baru teringat order blueberry cheese tart yg masih kuabaikan. Setelah disiasat, rupanya socket kat dalam tu dah hangit dan cair. Over heated la tu.. Duk pikiaq jugak, camna boleh melt sebab patut ikut plan elektrikal, kat situ pasang ppoint utk 15A. Bila tengok manual, rupanya 20A. Terkejut abe. Besar tu, 20A. Esok nak kena tanya kedai le... Rubine oh Rubine... baru ku nak puji yang pakai ang ni amatlah bestnya. Cuma sedikit sempit dari oven Zanussi lama ku.

Tepuk dahi...

Kali ni tak dapat share resipi.. bcoz ini biz adik2 I.. ;)

My tester....
Dah masuk bekas ni terus rasa nak jual... haaaaa gitu!!!

Inilah kisah sebenar entry ni... oven akak yang belum tau untung nasibnya dalam sehari dua ni..

Tak jadi bakor kukis... terus merajinkan diri trim rumput pakai gunting ni. Nampak gaya abeku lebih suka kalau akak buat kerja ni dari yg lain... layan je lahhh

June 16, 2014

TAT NENAS MAMA

Pagi ni akak nak bercerita pasal TAT NENAS MAMA. Tart yang kejadiaannya gebu dan cair di mulut. Telah mendapat testimoni yang sangat baik dari yang pernah merasanya. Khas untuk pencinta tart nenas terutama yang gebu sebagaimana tagline nya - gebu, rapuh, lemak sempurna.

Terdapat 2 jenis iaitu tat nenas cheese (ditabur keju) dan tat nenas gulung. Boleh didapati hari-hari. Untuk mereka di kawasan Jitra dan yang berdekatan, kalau nak rasa atau order, boleh whatsApp akak di no yg tertera di tepi tu. La ni akak selalu terlupa nak buka email... tu kadang2 terlewat jawab. Tau2 dah beberapa hari.. Busy dek... hahaha kononnya lah! Oh ya, tart ni satu balang berharga RM28. Kalau pos, ada postage charge la ye.. ;)





Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...