July 1, 2010

Lemper a.k.a Sushi Jawa


Sushi jawa tu nama saja2 letak... makcik aku kat Ampang kata kawan2 dia (non-jawa) panggil kuih ni lagu tu. Lemper ni menjadi favourite di kalangan keluarga dan orang2 kampung ku terutama bila ada kenduri. Membuatnya agak remeh tapi yg penting intinya sedap...

Bahan2 utama:

Pulut
Santan yang dimasukkan sedikit garam
Daun pisang

Bahan2 inti:

Kelapa parut - sangan sampai garing dan berwarna perang tua
Bilis atau udang kering (letak 2-2 pun boleh) - goreng
Bawang merah - hiris dan goreng garing
Sedikit bawang putih - hiris dan goreng sekali dgn bawang merah
Serbuk cili - ikut kepedasan yg diingini (boleh juga guna serbuk lada sulah - resipi original)
Gula dan garam secukup rasa (gula kena lebih)
Serbuk perasa (optional)

Cara2 I:

(1) Kukus pulut separuh masak dan keluarkan bekas dari pengukus
(2) Sendukkan sedikit-sedikit santan ke atas pulut dan gaul/sebatikan (mcm buat pulut kuning).
(3) Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus sampai masak. Keluarkan pulut dari situ.


Cara II - inti:


(1) Tumbuk/kisar bahan2 yg digoreng seperti bawang dan udang kering/bilis. Secara berasingan tumbuk juga kelapa hingga halus (jgn pulak sampai jadi kerisik!)
(2) Setelah itu, gaul semua bahan dalam bekas iaitu kelapa, bawang, bilis, cili kering, garam halus dan gula hingga sebati dan secukup rasa.
(3) Sebaiknya buat inti lebih awal (dlm sehari lebih awal) supaya rasanya lebih sebati


Cara2 III - bungkus & kukus

(1) Kepal2 pulut (dalam sekepal - atau sebesar sushi), leperkan dan letakkan sesudu inti ke atasnya. Tutup inti... (macam buat koci)
(2) Bungkus dengan daun pisang seperti sampan. Daun pisang tu kena ada 2 iaitu kemban utk menyaluti pulut yg dikepal dan daun yg lebih lebar utk membungkus seperti sampan.  Sematkan dengan lidi atau stapler (awas, jgn sampai tertelan!)
(3) Sesudah dibungkus, kukus selama lebih kurang 20 minit atau sampai daun layu (hijau kecoklatan)


 bungkus daun nilah namanya kemban.. :)


Inilah interior kuih kegemaran keluarga selepas dikukus semula..

Nota: Hanya yg pernah makan dapat membayangkan rupa dan rasanya hehehe...

3 comments:

mama iman said...

Hanya yang pernah makan dapat membayangkan rupa dan rasanye..setuju sangat

ibuyati said...

Dah lama takjumpa kueh nih. Dulu kat kg di Sg Besar Sabak Bernam kalau kenduri aje mesti ada kueh nih. Buat makan org yg pergi gejobos/rewang.

Unknown said...

Ya Allah rindu btl nak makan... Bahan2 da siap... Esok bole kukus pulut... Dulu Dok tg karang selalu mkn... Da pindah melaka... Kena belajau laaa buat