January 11, 2014

Pau Gebu Frozen ..

Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang akak tu. Sejak dia masuk sekolah tahun 1 ni, memang hari-hari mak ni bekalkan dia dari rumah makanan kesukaannya. Bukan susah pun, sebab dia tak makan benda remeh temeh. Sekadar air susu kotak atau soya bean kurang manis dan roti (peanut butter jelly sandwich) ataupun sosej rebus. Setakat ni itulah bekal yang pasti habis. Sebelum keluar rumah pula, selain susu secawan, mak akan beri dia pilihan samada roti sandwich tu atau kuih2 macam karipap atau cekodok pisang. Memang suka betul dia kat cekodok tu.. Karipap mungkin dah jemu la... Jadi lepas ni boleh tambah menu pau ni. Esok2 buat donut pulak... Rajin kan makk?? hehehe... mintak puji pulak.

Petang tadi dia dah dapat agak bila tengok mak dah mengadap tepung.
"Is it PAU umi?"
"Yes... pandainya Fawwaz teka.."
"mmm... I like pau.. Fawwaz nak pau.."  Macam tulah lebih kurang bunyinya..

Tapi sebab abi dah belikan dia burger ayam, dia larat makan sebiji je. Biasanya sapu sampai 3 biji kalau dah lama tak makan tu. 

Untuk 1/2 adunan, dapat 23 biji PAU KACANG... tak halus sangat pun sebab macam biasa, tak mampu kederat ni ni menguli lama2.. Buat frozen, boleh tahan sebulan la kot.. ikut permintaan si pemakan.



Meh akak ulang tayang sekali lagi resipi pau yang best ni. Dulu akak post versi separuh adunan je kat SINI. Sumber asal dari My Resipi.

Gambar lama... halus gebu bila guna mesin penguli..

PAU GEBU ANI 

Bahan2:

A
450g tepung pau/hong kong (nak paling putih guna tpg HK)
230ml air
1 tbsp susu pekat
5 tsp yis segera

B
300g tepung (spt di atas)
180g gula castor
40g shortening
2 tbsp double action baking powder
1 tsp bread softener

C - larutkan
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate (boleh alt soda bicarbonate)
Sedikit garam

Cara2:

1) Campur semua bahan A dalam mangkuk atau mixer heavy duty. Uli sehingga struktur doh menjadi halus gebu. Kalau guna mixer, uli selama 10-15 minit. Kalau rasa kurang air terutama bila uli secara manual, celupkan tangan pada air dan uli. Ulang2 sampai rasa sesuai doh tu.
2) Perap selama 30 minit.
3) Masukkan pula bahan B dan C ke dalam mangkuk tadi (step 1&2) dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang halus gebu dan agak elastik. Kalau guna tangan biasanya dalam 20 minit lebih. Kalau guna mixer, dalam 15 minit mencukupi menggunakan speed sederhana.
4) Perap lagi selama 30 minit.
5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh ikut saiz yang diperlukan. Masukkan inti dan kemaskan.
6) Rehatkan pau yang telah diisi inti selama lebih kurang 10 - 15 minit (ikut cuaca).
7) Kukus selama 5 - 7 minit.

*  Kalau nak buat frozen, biarkan pau sejuk dahulu. Masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer. Kebiasaannya sebulan pun masih elok kalau di 'seal' rapat dalam plastik.  Kalau nak makan, boleh terus dikukus selama 5 minit tanpa perlu defrost.


19 comments:

Unknown said...

saya minta izin nak cuba resipi ini cuti raya ni saya nk cuba buat. tq salam

Cik Siti Abu Sujak said...

Pn Aminah..
Silakan.. :)

LIKA said...

Nak tanya,kena kukus macam biasa dulu lah walaupun nak di frozenn..tq kak,mohon share

Cik Siti Abu Sujak said...

Ya..kukus mcm biasa dulu

Unknown said...

Nnti nk mkn pns kn brp mint plk?

Cik Siti Abu Sujak said...

Panaskan semula 5-7 min bergantung dgn steamer

Roziahmdlhalib said...

Maaf nak tanya klu tpng gunakan tpg biasa blh x sebagai ganti tpg pau atau tpng hk

Cik Siti Abu Sujak said...

Boleh gunakan tepung gandum biasa..
Cuma warnanya akan kekuningan dan kehalusan texture nya tak secantik guna tepung pau.

Unknown said...

Nk tnye ..bhn A Tu nk cmpur n mne.

Unknown said...

Saya minta izin nk guna rasepi ni

Cik Siti Abu Sujak said...

Saya izinkan resipi ni utk niaga, makan2, apa2 pun boleh.. 😊

Unknown said...

Kalau nk frozen kan msti kukus dulu ke

Anonymous said...

Saya minta izin utk guna resepi ni. Tq

Cik Siti Abu Sujak said...

Silakan

Cik Siti Abu Sujak said...

Mesti kukus sampai masak dulu

Unknown said...

Sy minta izin resepinya ye tkasih

Unknown said...

Salam. Nk tanya bahan A dan bahan B tu nak kena gabung ke atau pilahan shj A @ B

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam...
Sebenarnya boleh je gabung semua dalam satu pengadun. Perap sekali terus.
Masa tulis resipi ni mmg saya ikut step by step. Tp sekarang saya malas sikit, campur je semua dan tetap jadi hehe.

Unknown said...

Saya mohon izin guna resepi cik Siti. T kasih.