January 29, 2009

Karipap Ikan Bilis



Untuk frozen... bila2 boleh goreng



Baru lepas goreng.. yummm!



Baru je lepas makan karipap panas, buat sendiri. Kat Singapore ni aku masih belum jumpa karipap yang menepati citarasaku, so aku prefer buat sendiri. Boleh goreng & makan panas2 mmm.. Sebab aku tgh nak avoid udang (allergic kott..), aku guna ikan bilis je sebagai perencah.. simple!


A) Bahan2 inti (boleh dapat dlm 20 biji):

2 biji kentang yg agak besar (keledek lagi sedap)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bilis
Cili kisar
Rempah kari
Garam
Gula
Minyak

Cara2:
1) Kentang dipotong dadu dan basuh
2) Bawang merah, bawang putih, cili dan bilis dikisar atau tumbuk
3) Tumis bahan (2) sehingga hilang bau maungnya atau garing. Masukkan garam dan gula ikut citarasa.
4) Masukkan rempah kari dan daun kari.
5) Masukkan kentang, tambah air dan biarkan sehingga empuk dan agak kering.

B) Bahan2 doh (untuk 10 biji) :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak panas
1/4 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
Secubit garam

Cara2:
1) Uli semua bahan2 di atas sehingga lembut dan membentuk doh. Bulat2kan dulu baru gelek buat kulit karipap. Sonang yooo...

January 19, 2009

Kari Ikan Faiza


Lama tak masak kari.. Petang tadi aku buat kari ikut resipi kat bungkus dia, cuma aku ubah sikit2. Methodnya lain sikit dr yg selalu aku masak..

Bahan2 (utk 2 org makan):

1 ekor ikan bawal dipotong 2 atau 3
3-4 camb serbuk kari ikan Faiza
1/2 camt Halba
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 ulas bawang besar - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 biji cili hijau (td aku guna cili merah)
1 biji tomato - potong ikut suka
1 camt asam jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Santan cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak

Cara2:
(1) Serbuk kari, asam dan garam dicampur dengan sedikit air.
(2) Tumis halba seketika. Boleh juga letak jintan manis sekali (ikut resipi asal)
(3) Masukkan kesemua bahan hiris iaitu bawang, halia, cili, tomato dan daun kari. Tumis sehingga naik baunya.
(4) Masukkan campuran serbuk kari dan biarkan dalam 10 minit.
(5) Masukkan santan dan ikan. Bila dah mendidih dan ikan masak, boleh angkat.

Note: Kalau aku suka kari yg dimasak lama2 takpun overnite kari. Boleh juga letak kacang bendir, lagi bestt..

January 18, 2009

Char Kuey Teow

Rindu nak makan CKT macam kat KL.. tapi resepi yang ni not bad juga...

Bahan2:

(1) Untuk paste:
Udang basah - rebus sebentar dan ambil airnya
Bawang putih- diketuk
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis
Pati ikan bilis
Garam
Gula
Petis (tapi aku tak letak pun..)

(2) Bahan2 lain:
Kuey Teow
Cili boh
Kerang
Taugeh
Daun Kucai
Telur
Minyak

Cara2:
(1) Reneh air rebusan udang dengan semua bahan (1) sehingga menjadi agak pekat. Paste ni boleh simpan dan guna bila2 masa.
(2) Tumis cili boh. Sesudah tu, masukkan udang dan kerang. [Aku suka letak hirisan bawang besar sekali]
(3) Masukkan pula paste dan kacau2 seketika. Masukkan air sedikit. Paste tu sepatutnya sudah cukup rasa, so takyah tambah2 bahan lain masa masak.
(4) Kemudian masukkan kuey teow, taugeh dan kucai.
(5) Pecahkan telur dan gaul seketika. Makan panas2 dengan perahan limau dan hirisan cili api atau cili jeruk.

Note: Masak sekejap je dengan api yang kuat..

January 17, 2009

Ikan Selar Steam

Lagi satu koleksi steamed fish.. Lauk dinner ku sebentar tadi. Bolehlahh..utk mengurangkan sajian bergoreng.. Nak tunjuk pun tak boleh sebab kamera tengah demam... :(

Bahan2:

2 ekor ikan selar
3 sudu sos ikan Thai
2 sudu sos tiram
1 biji limau nipis
Sedikit garam & gula

Bahan tabur & hiasan utk dimayang:

Lobak merah
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Serai
Daun Ketumbar
Daun bawang

Cara2:

(1) Bersihkan ikan dan sapukan dengan garam
(2) Campurkan semua bahan yang dimayang/hiris. Perahkan air limau nipis.
(3) Letakkan ikan di atas pinggan. Taburkan semua bahan hiris di atasnya.
(4) Tuangkan sos tiram, sos ikan dan sedikit gula
(5) Kukus selama <> 15 minit. Dah masak, taburkan daun bawang.

January 8, 2009

Asam Pedas Ikan Keli

Asam pedas makcikku yg menjadi kegemaran keluarga... Kuantiti bahan2 main agak2 je laa..ikut citarasa he he...

Bahan2:
1 kg ikan keli
Cili kering - dikisar
Bawang Merah - dikisar
Bawang Putih - dikisar
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3-4 keping asam keping
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Potong ikan keli kpd 2-3 bahagian dan goreng sampai agak garing. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
4. Tuang air kedalam periuk dan masukkan asam keping.
5. Apabila air telah mendidih, masukkan ikan.
6. Rasakan garam dan asamnya ikut citarasa. Kalau suka, boleh tambah bahan perasa.