January 25, 2010

Cekodok Pisang for beginner



Hahah.. sebenarnya aku mengambil masa nak pass buat cekodok pisang. Kadang benyek, kadang keras dan macam2 kejadian. Favourite aku cekodok nih. Apalagi yg panas... Yg ni resipi cekodok yg dalamnya lembut gebus...

Bahan2:

2 biji pisang (kat Bahrain ni guna pisang dr Filipina, ala2 pisang berangan)
3 sudu nasi tepung gandum (sudu nasi pun masuk laaa...heheh)
2 sudu besar gula
1/2 sk soda bikarbonat
Sedikit air (cukup2 utk blend pisang)
Secubit garam

Cara2:

1) Blend sekali pisang, gula, soda dan sedikit air (dlm 1/4 cawan je - agak2)
2) Tuang pisang dalam bekas dan masukkan tepung & garam.
3) Adun/kacau hingga sebati. Jgn cair sangat dan jgn terlebih tepung lak..
4) Goreng macam biasa..

January 20, 2010

Fish Ball



Belum pernah jumpa fish ball kat Bahrain ni.. mungkin tak cari betul2 atau memang takde. So, apalagi... cuba buat sendiri laa. Rupa tak cantik, janji ada rasa... :)

Bahan2 :

2 ekor ikan kembung - ambil isinya (resipi asal ikan tenggiri)
4 sk tepung jagung
1 sk tepung ubi
Garam
Sedikit lada sulah
1/2 sk soda bikarbonat
Serbuk perasa
Sedikit air

Cara2:

1) Masukkan isi ikan bersama garam dan lada sulah ke dalam food processor dan mesin sampai lumat. Takde fd processer, guna je batu lesung macam saya... :)
2) Bila dah lumat, masukkan pula tepung dan bahan2 lain. Tambah air (jgn banyak sgt, nanti lembik).
3) Keluarkan adunan dan bulat2 kan dengan sudu atau tangan. Basahkan tangan dulu supaya senang sebab bahan agak melekat. Didihkan air dulu dalam periuk.
4) Masukkan fish ball yg telah dibentuk bulat2 terus ke dalam air yang sedang mendidih.
5) Bila dah timbul, keluarkan dan tos. (macam buat buah melaka je..)
6) Boleh cuba dgn ikan jenis lain utk rasa dan warna yg berlainan (klu ikan kembung agak kehitaman).

January 11, 2010

Cauliflower Sweet Sour

Tukar2 selera... asyik ikan sweet sour je, kali ni kobis bunga lak..





Bahan2 :

Cauliflower - dipotong2 kecil
Tepung gandum
Kuning telur
Garam
Minyak
Gula
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Serbuk pati ayam (alt)

Cara2:

(1) Adun sekali tepung gandum, telur, sedikit garam dan serbuk kunyit jika suka (macam nak buat cucur udang). Tuang air sedikit2 dan pastikan adunan tidak cair sangat.
(2) Masukkan cauliflower yg sudah dibersihkan.
(3) Panaskan minyak dan goreng cauliflower yang disaluti tepung hingga masak kekuning. Ketepikan..
(4) Tumis bahan hiris i.e. bawang dan halia hingga naik bau.
(5) Masukkan cili kisar. Kacau seketika.. diikuti sos tomato & cili, gula & garam (jika suka sebab sos dah bergaram)..
(6) Bila sos dah pekat, masukkan cauliflower salut tepung tadi. Kacau hingga sos rata dan angkat.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...