February 22, 2009

Tempe tumbuk

Ada tempe yg dah hampir lerai atau lama dalam fridge.. terjumpa lak resipi ni. Not bad jugak..



Bahan2:

2 keping Tempe
2-3 ulas bawang putih
1/2 labu Bawang besar - hiris
5-10 biji cili padi (lagi pedas lagi best)
Segenggam ikan bilis
Garam
Gula
Kicap (optional)
Minyak

Cara2:

(1) Tumbuk tempe dan ketepikan
(2) Bawang putih, cili padi dan bilis ditumbuk lumat.
(3) Tumis bahan (2) dan bawang besar yang dihiris.
(4) Masukkan tempe dan kacau hingga sebati dengan perencahnya. Rasakan garam & gulanya. Boleh tambahkan sedikit air dan kicap kalau suka.
(5) Angkat bila dah agak kering. Makan dengan nasi panas...

February 17, 2009

Sambal Goreng Jawa


Namanya je sambal, tapi sebenarnya ia adalah sejenis sayur goreng campur yang hampir wajib ada di tempatku apabila ada kenduri-kendara. Antara campuran lauk nasi ambeng..

Bahan2:

Tempe - potong kecil2 dan goreng
Tauhu - goreng dulu dan potong kecil2
Fucuk (tahu kering) - goreng dan hancurkan sedikit
Suhun - rendam supaya lembut
Kacang buncis - potong ikut suka
Bawang Merah - hiris
Bawang putih - hiris
Lengkuas - kisar
Udang kering
(boleh juga tambah udang basah, hati & mempedal ayam kalau suka)
Sedikit belacan
Santan
Air asam jawa
Garam
Gula
Kicap manis


Cara2:

(1) Tumis bawang, merah & bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan lengkuas diikuti udang kering dan belacan.
(2) Masukkan juga kicap, garam, gula, air asam jawa dan santan.
(3) Apabila santan mendidih dan rasa sudah mencukupi, masukkan sayur, tempe, fucuk dan akhir sekali suhun. Kacau sehingga santan/air agak kering.

February 11, 2009

Ayam Masak Kurma


Kurma ayam tanpa santan..

Bahan2 (utk 2 org) :

Ayam - dlm 3-4 ketul (ikut suka)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
2 sudu rempah kurma
1 biji kentang - potong 4
1-2 biji cili - belah tengah je
Garam & sedikit gula
Minyak
Air

Cara2:

(1) Kisar bawang besar & putih dan halia
(2) Tumis kayu manis, bunga lawang & buah pelaga sehingga naik bau.
(3) Masukkan bahan kisar dan tumis (kacau) sehingga agak kering. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau sekejap. Masukkan air sedikit-sedikit.
(4) Masukkan ayam dan kentang dan biarkan & kacau perlahan2 dalam 5 minit
(5) Masukkan air ikut suka dan biarkan sampai kentang empuk. Rasakan garam secukup rasa.

February 5, 2009

February 3, 2009

Bacem Ayam

Masakan popular Indonesia yang aku pelajari dari Makcik Ika ku yang berasal dari Solo. Tapi aku sebenarnya tak berapa ingat bahan2nya yang sebenar.. Aku rasa dah betullah ni sebab rasanya dah sama. Masakan ni manis sikit, so kalau nak kenakan dengan selera pedas kita, boleh tambah cili api masa merebus atau cicah je dengan sambal belacan.. he he!

Boleh juga ditukar dengan tempe dan tauhu, maka akan jadi "Bacem Tempe & Tauhu". Tengahari ni aku buat pula "Bacem Drummet"

Selepas direbus

 Selepas digoreng

Bahan2:

1/4 ekor ayam
3 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil ketumbar - kisar
1 biji buah keras - kisar
1 inci lengkuas - ketuk
Gula merah
Garam - secukup rasa
Kicap Manis
1 sudu air asam
Daun salam (hari ni aku buat tak letak daun nih..)
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

(1) Masukkan semua bahan di atas termasuk ayam kedalam periuk.
(2) Tambahkan air, agak2 ayam tenggelam dan rebus hingga pekat atau tidak berair lagi. Rasakan manis dan masinnya..
(3) Goreng sebentar ayam yang telah direbus dan boleh dihidangkan.


Sambal (optional):
8-10 bili cili api
1 ulas bawang merah
1 inci belacan
1 biji limau nipis
Gula

- Goreng cili, bawang dan belacan. Tumbuk dan tambah gula. Perahkan asam limau.


Versi professional buat.. heheh!  Makcik punya air tangan. Ada tempe sekali...