March 22, 2014

Sebelum Balik Kampung...

Menyiapkan tempahan kak ipar bagi pihak anak2 dan cucu sebelum bersuka-ria balik kampung sempena cuti sekolah..
Dan masa ni akak dah pun selamat tiba... dengan perjalanan yg agak singkat, 5 jam dari Jitra ke Sabak Bernam. Hari ni jalan2 agak sibuk dengan kenderaan terutama ladang Gelung Pepuyu tu. Selalunya kalau lalu situ, 1-2km baru jumpa kereta lain.. Nak masuk kena banyak2 doa... Lepas tu tekan minyak kuat2.. :D

Kak Dah order 100 biji blueberry cheese tarts & 50 biji RV cuppies. Akak buat steamed cuppies yang akak rasa lebih nikmat nak makan...



Berat each cup <>55-58g


TQVM K.Dah, Tasneem & Aisyah... :D


March 17, 2014

Kek Opera Sedap...

.. tapi ini bukan post resipi.. ;)

Hari ni besday akak... n my 8th anniversary.. Lambat kawen, tu pasai baru yg ke-8 hehe.. Sebenornya akak dulu bercita-cita nak jadi career lady yang berjaya menggapai bulan dan bintang... Rupanya Allah tak izin.. Alhamdulillah.. adalah hikmahnya. Paling tidak, jadi lady of dapur... :P

Jadi, sebab takde sapa nak belikan kek, maka akak terpaksa buat kek sendiri. Mujo pandai buat kek.. muahahah. Nasib le badan... Dan hari ni, nampak gaya tak macam besday girl yg diraikan dan meraikan. Sebab siang tadi semua plan tak menjadi, melaikan terperap di rumah sampai kini. Tensen laa...

OK la... selepas lebih setahun tak buat kek ni, akhirnya terlaksana juga semalam. Kali terakhir buat masa akak masih duk di Bukit Jalil... Tempat yg tengah hot kini sebab ada budak2 mati tengok konsert. Nauzubillah... moga2 menjadi iktibar buat semua. Dan tak berlaku pada kaum keluarga kita..


Resipi boleh tengok di SINI..


Ooppss...! Yang bawah ni dessert sagu dalam santan + gula melaka.. Buat hari tu..
My favourite... sedap sgt makan sejuk2..


March 12, 2014

Nota Hari Ini..

Dah masuk hari ke-5... Memang meresahkan.. perasaan sedih dan bimbang, sama seperti orang-orang lain di Malaysia sekarang, malah juga seluruh dunia... Hanya doa dan zikir berpanjangan mampu dititipkan buat insan-insan dan pihak terbabit. Dikala inilah kita menguji level of empathy kita...

Minggu ni akak pun sangat relaks, takde projek.. Tak mengapalah, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki minggu ni dapat lebih masa melayan anak dan suami. Biasalah, kadang ngan abe kita ni takde apa interesting nak disembang. Sejak kejadian, kami lebih banyak sembang bersama sebab aircraft tu adalah dunia dia sebelum bersara ni. MAS pun pernah jadi majikannya selama berbelas tahun. Tapi bukanle juruterbang mcm Kapten Norudin yang membuat akak terkesima kelmarin. Kata-katanya amat membuat akak insaf. Walau ayat2 seperti itu mungkin dah biasa kita dengar terutama waktu dengar ceramah agama, lontaran kata2 Kapten Norudin, juruterbang yang pertama membawa pesawat tersebut balik ke sini pada tahun 2002, seperti ada magnet buat yang mendengar. Mungkin sebab segala pengetahuan tentang pesawat tersebut ada dalam tangannya.

Mudah-mudahan akan terungkai segala kekusutan ini dengan izin Allah. Yakinlah, pasti ada jawaban.

Memandang pokok getah yang dah kembali menghijau walau masih belum ada petanda hujan, angin kuat yang kadang-kadang menerpa secara tiba-tiba, bahang yang semakin meningkat kala matahari semakin meninggi, kemudian melihat semula gambar-gambar di dalam folder, akak terjumpa gambar-gambar ni. Bunga-bunga dan herba di sekeliling rumah yang masih muda belia... Sejuk mata memandang...













March 6, 2014

Cheese Tarts, Brownies & RV

March opening.. dengan tempahan dari anak buah yang tinggal di Sg Petani. Untuk kawan2 dan testing market di sana. Semoga menepati citarasa orang2 di sana.

Untuk permulaan ni, akak cuba dengan steamed RV dan chewy gooey brownies dulu dengan kuatiti paling minima. Yang tarts sebanyak 120 pcs tu memang dah ada penempahnya.. Terima kasihlah adik2 dan customers semua sebab suka akan tart akak tu. Akak masih terus menerus buat RnD sendiri untuk penghasilan yang terbaik mengikut citarasa ramai... :D




Untuk brownies ni ada dua resipi akak sediakan. Hat biasa dan chewy gooey.. Adalah sedikit perbezaan rasa, tapi 2-2 pun sedap bagi akak.. Yang penting, more chocolaty and less colors... untuk yang phobia dengan pewarna makanan.. more to pencinta coklat.. ;)

 Akhir kalam, TQVM Intan for your support and efforts..

March 3, 2014

BROWNIES FROM MY OVEN

Saja2 tukar angin dan selera...
Jemu sikit dengan kek warna warni dan cream cheese
Kecuali cheese tart... sebab masih cinta baru akak
Plan nak jual melalui 'ejen' baru akak kat Sg Petani... jeng jejeng...
Nak tengok dulu, ada peminat ke tidak...

Saiz loyang 10" x 10"
Plain atau dengan walnut
Lembut dan kurang manis..


Chewy Gooey Brownies..
Nama pun chewy kan... lebih manis tapi sedap.. yummy!
 
Sedang mencari2 mangsa a.k.a tukang makan hasil RnD akak... hehehe~ 

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...