Pages

November 15, 2007

Resipi hari ini 2


Tak tau apa nak masak hari ni... semalam aku masak among abe's favs. Aku masak jenis agak2 je atau main campak2.. So, kuantiti bahan2 ni pun boleh ubah2 ikut citarasa.

(1) Bawal 3 Rasa

Bahan2nya:
1 ekor ikan sederhana besar (tuk 2 org je)
Tepung jagung utk dilumur pada ikan
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
(semalam ku kehabisan bwg besar, so aku tukar ke 3 ulas bawang merah yg agak besar :D)
1/2 " halia - hiris
1 biji cili merah
1/2 biji tomato - belah la ikut kesesuaian
Sos tomato, sos cili & sos tiram
Sedikit garam dan gula - ikut citarasa
Minyak utk menggoreng
Daun sup/bawang utk hiasan

Cara2nya:
1. Goreng ikan sampai masak. Jgn sampai garing sgt.
2. Ambil sedikit minyak goreng ikan tu utk tumis bahan hiris.
3. Masukkan kesemua sos, tambah air, gula & garam
4. Last sekali masukkan tomato dan cili. Tuang sos atas ikan dan tabur segala dedaunan & hiasan.

(2) Brokoli sos tiram

Bahan2nya:
Brokoli (agak2 1 mangkuk makan)
1 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1/2 kiub ayam
Sos Tiram
Cili merah
Lada sulah
Sedikit minyak utk menggoreng

Cara2nya:
1. Celur brokoli untuk seketika (2-3 min)
2. Tumis bawang sampai naik bau. Taburkan kiub ayam yg dah dihancurkan dgn jari jemari.
3. Masukkan sos tiram dan tambah air (aku masukkan balik air rebusan brokoli tuh)
4. Masukkan cili merah yg dihiris dan lada sulah. Angkat dan tuang atas brokoli.

p/s: Aku tgh dengar ulasan pendengar pasal lagu2 Mawi by M.Nasir kt Ria over Suria.sg. Ha ha.. mostly cam tak suka lagu mawi sekarang nih..sian adindaku tuu... aku pun dah lama tak amik pot psl dia. Btw, he's still popular in S'pore I guess....


Ni la.. gamba brokoli tuu.. masih dlm kuali lg ha hah!

November 12, 2007

Hujan di Singapore

Hari ni aku rest habis. Aku dah settle kan semua 'assignment' malam tadi :D So, I just want to concentrate with Fawwaz' activities today. It's raining now and Fawwaz just went to sleep. Aku sebenarnya nak cerita pasal resipi.. yelah, hujan2 ni kan selalu buat kita lapar. Tapi, tengahari ni aku masak nasi goreng Seriaji yg ku import dari KL je. Utk makan sorang tak kisah sangat. Lagipun aku kena control ke 'slim'an ku ni..he he!

Semalam tak keluar berlibur except pergi ke Fair Price di White Sands utk shopping groceries. Kenalah aku masak kesukaan hubby ku. So, ini dia menu ku semalam yg kumasak dengan tenang sbb Fawwaz tidur lena:

(1) Siakap Stim

Bahan2:
1 ekor ikan siakap
1 inci halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris ikut suka
1 batang serai - hiris
5 tangkai cili padi - potong kecil2
1/2 batang karot - hiris halus2
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air asam
Daun sup & bawang
Garam

Cara2nya:
1. Lumurkan ikan dengan garam
2. Taburkan sebahagian bahan2 hiris ke atas bekas kukus (yg berlubang2 tuu..)
3. Letakkan ikan di atas bahan2 no.2 dan tabur sebahagian lagi bahan hirisan ke atasnya.
4. Kukus dalam 10 minit atau sehingga isi ikan bertukar putih (dah masak la tuu..). Angkat dan letak dalam pinggan yg lekuk atau boleh menakung air.
5. Ambil air kukusan ikan dan masukkan air asam dan kiub bilis. Panaskan hingga mendidih dan taburkan daun sup/bawang.
6. Tuang air tu atas ikan / dalam pinggan... makan lahhh

p/s : aku ubahsuai resipi yg aku dpt dlm internet. Hubby suka...

(2) Asparagus goreng

Bahan2:
1 ikat asparagus
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
Sos tiram
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara2nya:
1. Potong asparagus ikut kegemaran
2. Tumiskan bahan yg dihiris dan pati ikan bilis
3. Masukkan asparagus diikuti sos tiram.
4. Tambah air kalau sos pekat sangat dan garam sedikit (tak letak pun takpe).
5. Biarkan seketika atau sehingga asparagus agak lembut.

(3) Sambal Kicap (untuk cicah ikan)

Bahan2:
6-7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
Sedikit Gula
Kicap manis

Cara2nya:
Tumbuk kesemua bahan. Bila dah halus, masukkan ke dalam mangkuk dan tambah kicap. Kalau suka, boleh perahkan limau.

p/s: Semua2 tu aku masak untuk makan 2 orang je.. Tu sebab bahan ciput2 je..



November 9, 2007

Resipi hari ini


Hari ini Jumaat, hubby selalunya akan balik selepas solat Jumaat. So aku kenalah ke dapur awal2 lagi sementara Fawwaz tidur. Kalau tidak, tak senang aku sebab dia akan memanggil2 dari tempat 'parking'nya tuu, huwa huwa.... aku masak simple je, sebab tak mau orang rumah ni jadi gemuk he he!


(1) Terung Masak Lemak

1 biji terung panjang
1 ulas bawang putih - hiris
2 - 3 ulas bawang merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
Ikan bilis
Santan - aku suka cair je, sebab nak jaga kesihatan
Garam secukup rasa

Cara2 nya:
Masukkan kesemuanya, kecuali santan dlm periuk. Tuang sedikit air dan masak sehingga terung agak layu. Baru masukkan santan dan garam. Bila dah menggelegak, matikan api.


(2) Ikan Kembung Goreng Cili

2 ekor ikan kembung
6 biji cili padi - tumbuk/kisar
3 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
3 ulas bawang merah - tumbuk/kisar
1/2 ulas bawang besar - hiris
1 batang serai - titik
Garam
Sedikit air asam
Minyak masak

Cara2 nya:

Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit. Angkat setelah masak kekuningan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk termasuk serai dan bawang besar.
Setelah baik baunya, masukkan air asam dan garam. Boleh ditambah sedikit gula jika suka.
Tuangkan sambal ke atas ikan.


(3) Sambal Belacan Caraku

6 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan - bakar
1 biji bawang merah - hiris
Sedikit garam dan gula
Air limau nipis

Cara2nya:
Cili padi dan bawang digoreng dahulu sehingga layu (jangan sampai garing) dan angkat.
Tumbuk kesemua bahan dan setelah lumat, masukkan air limau.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...