Pages

November 12, 2007

Hujan di Singapore

Hari ni aku rest habis. Aku dah settle kan semua 'assignment' malam tadi :D So, I just want to concentrate with Fawwaz' activities today. It's raining now and Fawwaz just went to sleep. Aku sebenarnya nak cerita pasal resipi.. yelah, hujan2 ni kan selalu buat kita lapar. Tapi, tengahari ni aku masak nasi goreng Seriaji yg ku import dari KL je. Utk makan sorang tak kisah sangat. Lagipun aku kena control ke 'slim'an ku ni..he he!

Semalam tak keluar berlibur except pergi ke Fair Price di White Sands utk shopping groceries. Kenalah aku masak kesukaan hubby ku. So, ini dia menu ku semalam yg kumasak dengan tenang sbb Fawwaz tidur lena:

(1) Siakap Stim

Bahan2:
1 ekor ikan siakap
1 inci halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris ikut suka
1 batang serai - hiris
5 tangkai cili padi - potong kecil2
1/2 batang karot - hiris halus2
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air asam
Daun sup & bawang
Garam

Cara2nya:
1. Lumurkan ikan dengan garam
2. Taburkan sebahagian bahan2 hiris ke atas bekas kukus (yg berlubang2 tuu..)
3. Letakkan ikan di atas bahan2 no.2 dan tabur sebahagian lagi bahan hirisan ke atasnya.
4. Kukus dalam 10 minit atau sehingga isi ikan bertukar putih (dah masak la tuu..). Angkat dan letak dalam pinggan yg lekuk atau boleh menakung air.
5. Ambil air kukusan ikan dan masukkan air asam dan kiub bilis. Panaskan hingga mendidih dan taburkan daun sup/bawang.
6. Tuang air tu atas ikan / dalam pinggan... makan lahhh

p/s : aku ubahsuai resipi yg aku dpt dlm internet. Hubby suka...

(2) Asparagus goreng

Bahan2:
1 ikat asparagus
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
Sos tiram
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara2nya:
1. Potong asparagus ikut kegemaran
2. Tumiskan bahan yg dihiris dan pati ikan bilis
3. Masukkan asparagus diikuti sos tiram.
4. Tambah air kalau sos pekat sangat dan garam sedikit (tak letak pun takpe).
5. Biarkan seketika atau sehingga asparagus agak lembut.

(3) Sambal Kicap (untuk cicah ikan)

Bahan2:
6-7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
Sedikit Gula
Kicap manis

Cara2nya:
Tumbuk kesemua bahan. Bila dah halus, masukkan ke dalam mangkuk dan tambah kicap. Kalau suka, boleh perahkan limau.

p/s: Semua2 tu aku masak untuk makan 2 orang je.. Tu sebab bahan ciput2 je..



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...