Pages

February 16, 2010

Kasturi

)


Kuih tradisional jangan dilupa...

Bahan2:

Kacang hijau
Gula pasir
Gula merah/melaka
Sedikit kelapa parut (seeloknya yg muda)
Sedikit garam
Daun pandan
Sedikit tepung gandum

Kulit: edited Jul '10
Tepung beras
Sedikit garam
Telur
Sedikit air kapur

Cara2:

(1) Rebus kacang hijau hingga lembut.
(2) Bila kacang dah lembut dan air tinggal sedikit, masukkan gula, garam dan kelapa. Biarkan seketika dengan api sederhana/kecil (takut melekat dan hangus di bawah).
(3) Bila air dah kering, taburkan 2 - 3 sudu tepung gandum supaya pekat dan mudah dibentuk nanti. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api dan sejukkan.
(4) Bila kacang dah sejuk, bentukkan bulat2 <> macam gambar tu...
(5) Untuk kulit: Adun semua bahan dengan air macam nak goreng pisang tapi biar pekat sedikit.


February 11, 2010

Daging Black Pepper

Lauk malam tadi...



Bahan2 (utk 2 orang) :

Daging - yg dipotong kecil/halus
1/2 labu bawang merah - hiris
1-2 ulas bawang putih - ketuk & hiris
1 1/2 cm halia - potong nipis
Lada hitam - tumbuk
Jintan putih & manis (optional) - tumbuk bersama lada hitam
Kicap
Sos tiram
Sedikit gula (kalau guna kicap biasa)
Sedikit garam (kalau suka masin)
Hiasan : Tomato, daun bawang, cili hijau / capsicum

Cara2:

(1) Tumis bawang putih sehingga naik bau.
(2) Masukkan daging dan lada hitam. Kacau dan biarkan sampai daging empuk. Tambah air sedikit jika perlu.
(3) Masukkan halia, sos tiram, kicap, cili, tomato, dll... kacau dan angkat.

Sotong Goreng Tepung

Idea dari Myresipi...



Bahan2:

2 ekor sotong
1/2 batang lobak merah (carrot)
1 senduk penuh tepung gandum
1/2 sk baking powder
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara2:

(1) Potong sotong halus2 (atau ikut suka). Cuci dan toskan airnya.
(2) Racik halus lobak (atau parut)
(3) Adun tepung, baking powder, garam dan air (cair sikit dari nak buat cucur udang).
(4) Masukkan sotong dan lobak dalam adunan tepung. Gaul dan goreng.. Hasilnya adalah rangup dan rasanya ada sedikit manis + masin. Makan panas2..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...