Pages

February 28, 2014

Tempahan Hujung Bulan

Akak tengah menunggu panggilan Cik Atiqah untuk menghantar sekerat jalan kek2 nya itu. Order kali kedua oleh Tiqah dan kalini untuk hantaran sempena pertunangannya esok.

Alhamdulillah akak rasa mudah nak menyiapkan walau semalam agak bersimpang siur aktiviti akak. Hantar jemput anak, aktiviti rumah tangga, projek kek Tiqah dan mak serta adik yang datang jauh dari kampung. Memang rasa macam road runner... zass sana sini. Ni... lutut pun dah mencucuk2 sebab banyak bergerak. Mata pun ala2 buka separuh je.. tapi tak boleh nak tidur sebab on standby.. :P

Tiqah order Chocolate Layered moist cake, kek rainbow 2 biji dan blueberry cheese tarts.. TQVM dear!





Hat ni pula tempahan dari customer lain di Jitra ni... tapi akak lupa nak tanya nama dia waktu menghantar tu.. huhu

OK lah... ada tetamu lain pulak nak datang ni... got to go now. Tetamu datang membawa rahmat..


February 24, 2014

Chewy Gooey Brownies

Dalam seminggu ni akak teringin sangat nak makan brownies. Sebelum ni memang tak pernah datang keinginan nak membuatnya. Dulu selalu makan pun kalau ke Secret Recipe. Dan dah bertahun rasanya akak tak makan di SR. Kesian kan... Adalah sebabnya tu... hehehe. Tapi akak memang missing dia punya tomyam kung yang podeh berapi tuu...

Malam semalam akak mulakan pencarian resipi. Nak tanya kakak yang memang hari2 menjual brownies kat office dia tu, malas pulak nak kacau. Maka terjumpalah resipi ni melalui keywords brownies sedap.. Di blog ourkizuna.blogspot.com. Cuma tajuk dia walnut brownies... dan akak punya brownies togel yang guna apa je yang ada kat dapur comel akak tu... hihi.



Walau tak ikut pun bahan2 utamanya, rasa brownies tu tetap sedaplah kat tekak akak. Cuma kemanisannya membuat akak nak minum segelen air kosong untuk sepotong yang akak makan. Manis macam kek RV akak tu... walau selalu buat dan pernah suka, sekarang akak dah alah sikit... Kalau boleh dah tak nak buat... lalala... macamana aku nak kaya. Tapi, mungkin orang lain suka kannn...

Jom check resipi durhaka akak... kalau nak versi ori punya boleh klik kat link atas tu.


BROWNIES SEDAP

Bahan2:

A - cairkan dengan kaedah double boiler
170g chocolate bittersweet (akak guna 100g chocolate chips + 70g cooking chocolate ...)
90g mentega
35g koko

B - ayak bersama
100g tepung
1/4 sk garam
1/4 sk serbuk penaik

C
2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula caster
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Pukul telur & gula. Masukkan vanilla.
2. Masukkan coklat cair dan kacau sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak
4. Tuang dalam bekas 4 segi (8 x 8) yang dialas baking paper
5. Bakar dengan suhu 170C selama 30-35 minit (bergantung kepada oven)

Nota:
a) Boleh gunakan kreativiti masing2 untuk menambah sedap brownies ni seperti menabut walnut, almond, dll di permukaan sebelum membakar
b) Bila dah masak dan sejuk, permukaannya boleh disiram atau dihias dengan ganache dan kekacang. Macam akak, cuma paipkan sikit2 ganache dan strawberry filling serta tabur almond flakes. Alaa... nak makan sendiri je kan.. Kalau jual mesti akak tuang banyak2 ganache tu..

February 21, 2014

Tempahan Hari Ni..

Alhamdulillah... tempahan sudah diambil oleh tuan punya badan..
My first customer dari Bukit Kayu Hitam - Shakila (tp sebenarnya dia kerja di KL)..
Yang nak bernikah hari ni dengan pasangannya Azli..
Tahniah!! Semoga bahagia ke hujung nyawa..
Terima kasih ye dik sebab jauh mengorder! rosak bahasa ku... hehe

Shakila order blueberry cheese tarts, kek red velvet, chocolate moist w ganache dan choc moist cupcakes bertopping cream cheese.







February 18, 2014

Coffee Cheese Tart

Cheese tart tinggal 2 biji je kat dalam fridge tu..
So, malam ni akak kena stock up la...
Sebenarnya, niat asal nak buat utk cikgu2 Fawwaz..
Tapi... tapi... kepanasan malam buat akak tukar mood...
Sebab cream cheese yang dah readymade (akak buat beberapa hari lepas..) dah lama keluar dari persembunyian, akak terpaksa juga teruskan
Sikit je...
Mula2 nak buat chocolate cheese tart.. rupanya choc emulco tadak
Tetiba nampak coffee paste... terus tukar
Tadaa... jadilah COFFEE CHEESE TART
Sedap sehh...
Sebab akak kan penchenta kopi... esp nescafe
Cikgu2 punya, esok2 lah ye.. janji niat tak dilupai  :D



Cuma letak coffee paste je... filling apa yg ada. Akak letak je chocolate filling yg selalu buat inti pau tu... huhuhu!

February 16, 2014

Chilled Blueberry Cheesecake & cerita tambahan...

...sempena lawatan my long lost BFF Aleng ke banglo comel di tepi tasik milikku ini.. huhuhu.  Memang asyik dapat makan cheese cake di musim kemarau nan fanasss.... fanasss....


Yang bawah ni pulak PUNTEN dan sambal2 cicahnya... sepatutnya untuk makcik akak yang nak datang ke rumah anaknya di Jitra ni... tapi rupanya tak jadi... :'( 

Apa punten tu? Hehehh... silalah google. Akak ngantuk ni... nak cari sejuk2... :P

******************************

Aleng (nama rock sejak zaman sekolah) & akak.. hehehe.
Terasa macam masih form 5 pulak... :P
Kami kawan dari form 1 sampailah buat masters degree sama2... lepas tu hilang dekat 7 thn baru jumpa semula.. huhu...


February 1, 2014

Cheese Tarts

Sejak memulakan aktiviti menenyeh tarts beberapa minggu lepas, akak dapati ianya amat menyeronokkan. Sebab akak rasa hasil dan rasanya lebih baik dari yg akak buat beberapa tahun dulu. Kiranya makan tahun juga akak nak pujuk diri buat tart semula ni. La ni, sehari tak mengudap tart macam tak kena.. Harap2 pipi ni tak menggebu macam cheese tarts yang baru keluar oven. Tapi kalau gebu pun, agaknya la... buleh nampak lebih muda kot.. kikiki.

Resipi yang mendapat tempat di hati akak ni datangnya dari blog Rahel. Semenjak dua menjak ni akak suka sangat jenjalan ke blog tu dan sangat suka dengan hasil air tangannya. Gambar cantik, pemurah resipi pulak tu. So, akak reproduce resipi cheese tart tu di sini ikut hafalan akak lah ye. Senang akak sendiri nak rujuk. Kalau nak yg dari Rahel, boleh klik kat blog dia tu.. TQ Rahel for the recipe.. moga bertambah rezeki.


CHEESE TARTS

Bahan2:

450g tepung gandum
250g mentega
100g gula kaster
1 biji telur
2 st air
1 st esen vanlla

Inti Keju:
250g cream cheese
60g gula kaster
50g mentega
1 biji telur
Filling ikut citarasa - blueberry, strawberry, kiwi, etc

Cara2:

I - PASTRY (Tart shell)
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang
Masukkan telur dan putar sehingga berkrim
Masukkan tepung dan putar perlahan. Bila dah bergaul, uli dengan tangan hingga jadi doh
Tekan dalam acuan dan bakar dengan suhu 165-170 C selama 15 minit atau sehingga masak. Sesuaikan dengan oven kita ye..

II - INTI
Putar cheese, mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan putar hingga sebati
Isi filling ke dalam tart shell dan tuang cheese sehingga penuh (nak mudah kerja, masukkan filling & cheese dalam piping bag dulu... bag asing2 ye... hehehe)
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min (jika disentuh tak lekat)


TIPS AKAK:

1) Akak gunakan telur yang sejuk dari peti ais untuk pastry dan filling.
2) Akak gunakan telur gred A yang timbangannya dalam 53-54g sebiji
3) Semasa membakar, perhatikan dulu kesesuaian suhu ikut oven masing2. Cth, akak guna oven Rubine, nampak macam tak sama dengan oven Zanussi akak yg lama. Untuk pastry, sebaiknya gunakan function berkipas yang mengambil masa dalam 15-17 min dan tak perlu dipanaskan dulu. Untuk filling pula, guna function atas bawah yang mengambil masa 10-13 min ikut jenama cream cheese.
4) Akak selalu gunakan cream cheese Philadelphia yang kata orang paling sedap (atau psychologically sedap sebab harga mahal... hehe!). Tapi akak rasa kalau guna jenama Anchor, masa membakar lebih singkat dan hasilnya pun baik juga. Teringat kata Ah Chai toke bakeri, cream cheese Anchor lebih sesuai untuk buat cheese tart berbanding sebagai frosting.  Kalau Phil akak ambil masa dalam 13-15 min, guna Anchor 5 minit dah cukup. Rupa dan rasa tak beza pun.. Itu ikut pengalaman singkat akak ni lah...
5) Paipkan cream cheese tu penuh-penuh melebihi paras shell tu. Kemudian goncang2 sikit supaya jadi sedikit rata, baru corakkan dan bakar.




Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...