Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

May 10, 2016

Brownies Bakar Guna Periuk

Kejadian sedih pada hari Ahad lepas.. dikala akak sedang bersemangat membakar 3 biji brownies untuk Kak Sae yang akak cerita sebelum ni. Dua biji dah selamat dibakar.. Tapi, tang nak yang ke-3 dan akak nak buat size besar sikit, tiba2 TAP! api oven padam dan ada sedikit bau hangit. Baru je nak masuk adunan ke dalam loyang huhuhu... nak nangis ghase!

Tiba2 akak teringat satu post di FB group MAHN.. pasal boleh bakar kek guna periuk sahaja dan kejadiannya amat cantik, siap utk bisnes lagi.. Haaa..apalagi, terus menyelongkar stor cari periuk besar. Maka beginilah kejadiannya.. hehhh!

Cara-caranya :)

Alas dasar periuk dengan tungku.. boleh je nak pinjam tungku dapur hat satu lagi tu ya.. Kemudian baru letak loyang kek di atasnya.  Sebelum tu, panaskan periuk sekejap..
 

Tutup periuk.. Bakar dengan api kecil..

Taraa... walau tak jadi kedutku yg satu ini, tetap masak brownies tu.. macam rupa kek sikit.. Akak dah bagi pilihan pada customer samada nak ambil atau kensel yang sebiji ni... dia suruh juga proceed sebab dah niatnya.. huhu.. bersalah rasa saya nih.. :(

Kejadian sebelum dihantar ke tempat kenduri semalam... menarik dengan kacang2..

Get well soon.... my babe!!! Moga2 cepatlah orang service tu datang rectify...


September 7, 2015

Red Velvet Brownies


Sedappp!!

Nak pi KL jumpa kawan2.. Jenuh akak memikir kek berasas cheese apa yang sesuai nak dibawa menaiki k/terbang. Yang selalu dibuat tu jenis mudah lembik belaka cheese nya kalau dah tak sejuk. Tiba2 dapat idea nak buat brownies dengan topping cheese. Searching kat google ada banyak juga.. Tapi akak lebih tertarik nak buat red velvet. Lagi pun dah pernah buat suatu tahun dahulu ehehh..

Kali ni akak nak cuba resipi yang lain dari kebiasaan. Akak jumpa Azie Kitchen punya. Lately memang akak suka skodeng ke situ sebab akak suka penulisan dia yang berhemah, dengan bahasa yang tersusun takda pakai short form, etc.. Resipi2 pun best..

Inilah dia hasilnya... RED VELVET CHEESE BROWNIES. Tapi penampilan adalah akak ubah sikit sebab ada bahan yang perlu di nyahkan dari peti sejuk. Sebelum nyahkan bekasnya, kita ambil dulu isinya ya... gitulahh  :D



RED VELVET BROWNIES & CHEESE TOPPING
(Rujukan : Azie Kitchen)
Olah semula : Cik Siti

Bahan2:

2 1/2 cawan tepung kek * - lihat di bawah
1 sk garam halus
2 sb serbuk koko
1 1/2 cawan minyak sayur (sebaiknya guna minyak jagung, canola, yg seumpama)
1 cawan buttermilk ** - lihat nota di bawah
1 sb pewarna merah
1 sk vanilla extract
2 biji telur A
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk baking soda
1 sk cuka

* Tepung kek - 2 sb tepung jagung + selebihnya tepung gandum di dalam 1 cawan
** Alternatif buttermilk - 1 cawan susu segar/full cream + 1 sb cuka. Sebatikan dan biarkan 10 - 15 minit dan campurkan dengan pewarna merah

Cara2:

1. Ayak tepung, garam dan serbuk koko
2. Pukul gula dengan minyak hingga sebati. Masuk telur dan pukul lagi.
3. Masukkan 1/2 tepung, putar dengan min speed.
4. Masukkan pula kesemua buttermilk dan putar. Ulang step (3).
5. Campur baking soda dgn cuka sambil mengacau dgn laju. Terus tuang ke adunan tepung dalam keadaan sedang berbuih.
6. Kaup balik adunan hingga kesemua bahan bersatu.
7. Masuk dalam loyang bersaiz 10" x 10".
8. Bakar dengan suhu 170C selama 50 minit atau hingga kek masak.
9. Sementara kek nak masak, sediakan ADUNAN CHEESE.
10. Bila kek masak, tekan sedikit atau sehingga samarata kek jika ia agak meninggi.
11. Terus tuang cheese. Ratakan.
12. Bakar semula selama 25 - 30 minit atau hingga masak.


CHEESE TOPPING

Bahan2:

350g cream cheese
1 cawan gula aising
1 biji telur A
1 sb jus lemon

Cara2:

Pukul cheese hingga kembang.
Masukkan gula aising diikuti telur dan jus lemon. Pukul sebati
Tuang ke atas brownies dan ikut step (11 - 12).
Bahagian permukaan atas boleh dihias mengikut citarasa

March 6, 2014

Cheese Tarts, Brownies & RV

March opening.. dengan tempahan dari anak buah yang tinggal di Sg Petani. Untuk kawan2 dan testing market di sana. Semoga menepati citarasa orang2 di sana.

Untuk permulaan ni, akak cuba dengan steamed RV dan chewy gooey brownies dulu dengan kuatiti paling minima. Yang tarts sebanyak 120 pcs tu memang dah ada penempahnya.. Terima kasihlah adik2 dan customers semua sebab suka akan tart akak tu. Akak masih terus menerus buat RnD sendiri untuk penghasilan yang terbaik mengikut citarasa ramai... :D




Untuk brownies ni ada dua resipi akak sediakan. Hat biasa dan chewy gooey.. Adalah sedikit perbezaan rasa, tapi 2-2 pun sedap bagi akak.. Yang penting, more chocolaty and less colors... untuk yang phobia dengan pewarna makanan.. more to pencinta coklat.. ;)

 Akhir kalam, TQVM Intan for your support and efforts..

March 3, 2014

BROWNIES FROM MY OVEN

Saja2 tukar angin dan selera...
Jemu sikit dengan kek warna warni dan cream cheese
Kecuali cheese tart... sebab masih cinta baru akak
Plan nak jual melalui 'ejen' baru akak kat Sg Petani... jeng jejeng...
Nak tengok dulu, ada peminat ke tidak...

Saiz loyang 10" x 10"
Plain atau dengan walnut
Lembut dan kurang manis..


Chewy Gooey Brownies..
Nama pun chewy kan... lebih manis tapi sedap.. yummy!
 
Sedang mencari2 mangsa a.k.a tukang makan hasil RnD akak... hehehe~ 

February 24, 2014

Chewy Gooey Brownies

Dalam seminggu ni akak teringin sangat nak makan brownies. Sebelum ni memang tak pernah datang keinginan nak membuatnya. Dulu selalu makan pun kalau ke Secret Recipe. Dan dah bertahun rasanya akak tak makan di SR. Kesian kan... Adalah sebabnya tu... hehehe. Tapi akak memang missing dia punya tomyam kung yang podeh berapi tuu...

Malam semalam akak mulakan pencarian resipi. Nak tanya kakak yang memang hari2 menjual brownies kat office dia tu, malas pulak nak kacau. Maka terjumpalah resipi ni melalui keywords brownies sedap.. Di blog ourkizuna.blogspot.com. Cuma tajuk dia walnut brownies... dan akak punya brownies togel yang guna apa je yang ada kat dapur comel akak tu... hihi.



Walau tak ikut pun bahan2 utamanya, rasa brownies tu tetap sedaplah kat tekak akak. Cuma kemanisannya membuat akak nak minum segelen air kosong untuk sepotong yang akak makan. Manis macam kek RV akak tu... walau selalu buat dan pernah suka, sekarang akak dah alah sikit... Kalau boleh dah tak nak buat... lalala... macamana aku nak kaya. Tapi, mungkin orang lain suka kannn...

Jom check resipi durhaka akak... kalau nak versi ori punya boleh klik kat link atas tu.


BROWNIES SEDAP

Bahan2:

A - cairkan dengan kaedah double boiler
170g chocolate bittersweet (akak guna 100g chocolate chips + 70g cooking chocolate ...)
90g mentega
35g koko

B - ayak bersama
100g tepung
1/4 sk garam
1/4 sk serbuk penaik

C
2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula caster
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Pukul telur & gula. Masukkan vanilla.
2. Masukkan coklat cair dan kacau sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak
4. Tuang dalam bekas 4 segi (8 x 8) yang dialas baking paper
5. Bakar dengan suhu 170C selama 30-35 minit (bergantung kepada oven)

Nota:
a) Boleh gunakan kreativiti masing2 untuk menambah sedap brownies ni seperti menabut walnut, almond, dll di permukaan sebelum membakar
b) Bila dah masak dan sejuk, permukaannya boleh disiram atau dihias dengan ganache dan kekacang. Macam akak, cuma paipkan sikit2 ganache dan strawberry filling serta tabur almond flakes. Alaa... nak makan sendiri je kan.. Kalau jual mesti akak tuang banyak2 ganache tu..