February 5, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting


Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velvet, kek rainbow/pelangi dan kek carrot. Saya kumpulkan di sini supaya lebih mudah dijadikan rujukan nanti.

Kita boleh olah semula resipi2 berikut mengikut kesesuaian, kesukaan atau mungkin bahan apa yg ada dalam simpanan kita. Sebagai contoh, kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula. Atau kalau nak sedikit lembut (tetapi mudah cair atau sukar membentuk bunga), boleh guna whipping cream. Paling sedap dan lemak, bila kita campurkan dengan mascarpone. Saya tuliskan apa yg saya rasa mudah bagi saya je... Adakala orang mementingkan kualiti atau jenama cream cheese yg digunakan. Bagi saya, dan mengikut pengalaman, saya guna yang sesuai dengan kek dan harga kek. Yang pasti sedap dan rasanya tetap mantap! Customer pun puas.


RESIPI 1

500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)

- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon

- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Nota:
1) Anda boleh tambahkan jus lemon sebanyak 1 sudu kecil pada setiap resipi jika suka.
2) Kebiasaannya, saya menggunakan cream cheese yang masih sejuk (baru keluar dari peti), dan mentega pada suhu bilik. Tiada masalah untuk menggunakan mentega sejuk, malah mudah untuk kita membentuk bunga.
3) Adalah sering disarankan menggunakan 'unsalted butter'. Tetapi ia tetap bergantung kepada citarasa anda. Macam saya, lebih suka menggunakan mentega Anchor (salted). Atau kalau untuk makan sendiri, guna je Buttercup. Tak cacat pun rasa...dan boleh di sedapkan lagi dengan mascarpone ;)
4) Untuk frosting kek RV dan rainbow, saya akan gandakan setiap adunan. Untuk RV selalunya menggunakan tidak kurang dari 500g cream cheese, manakala rainbow dalam 700g sebab banyak layer.


142 comments:

nabila azmi said...

Akak nak tanye kalau buat cream cheese tu ltk trus kalu buat pgi kene ltk dlm pti aiske kalu x die cair x??

Cik Siti Abu Sujak said...

Cream cheese elok letak terus atau simpan dulu dalam peti ais supaya tak lembik. Tengok pada campurannya.. Selalu kalau akak guna campuran buttercup, dia agak tahan diluar.. kalau jenis anchor atau yg sewaktu, agak lembik kalau lama di luar tp lebih sedap. Kalau tambah mascarpone, mmg kena sentiasa sejuk..

Cik Siti Abu Sujak said...

Sorry, tadi ada satu komen saya terdelete guna tablet... maklum kecik sgt berbanding jari akak hehe!
Pasal Kek Rainbow, sukatan gula dan butter tak sama.. Kek rainbow hat tingkat2 tu, butter 1 cawan : gula 2 1/2 cwn.. Tapi kalau kek belang kampung akak tu, memang sukatan gula dan majerin/butter sama banyak...

Anonymous said...

Salam.. macam mana ye nk buat cream cheese yg tahan di luar lama? X cair walaupun letak luar peti ais? Tq..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..

Kebiasaannya kalau guna hanya campuran ising sugar n butter cth buttercup, farmcows agak tahan lama di luar.. Kalau butter yg lebih mahal mcm anchor ke, lebih mudah lembik.. Jangan letak mascarpone ye. Cuma, cream cheese kalau lama2 di luar cth lebih sehari, mmg boleh rosak rasa..

Anonymous said...

sy ada buat cream cheese frosting guna philadelphia cream cheese, butter, icing sugar n lemon. tp agak x tahan kalau duduk luar. ap sy boleh buat nak bg tahan lama sikit? ada pendapat x? :)

Cik Siti Abu Sujak said...

Anon.. tak tahan macamana ye? Cair atau rosak rasanya? Mungkin nisbah campuran bahan tu.. Hakikatnya, utk mengekalkan rasa, cc frosting sebaiknya dalam keadaan sejuk. Tapi setakat seharian di luar, selalunya sy tak menghadapi masalah.. asal cuaca tak panas sgt

Farah Azman said...

Assalamualaikum..
Saya nk tny.. sy nk try buat resepi no 2.. sbb saya rasa mudah.. tp sy nak tambah mascopone cheese.. jd sukatan nye mcm mne ye.. kalu blh saya nk yang keras sikit.. sbb buat bentuk.. ada suggestion x.? hihihi

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Farah..

Cuba letak 100g je mascarpone n the rest cream cheese.. dah rasa juga lemak2 berkrim dia tu. Saya selalunya tambah ikut sukahati je tak ikut sukatan khas.. just nak bagi tambah sedap.

Cik Siti Abu Sujak said...

Pagi ni saya makan carrot cake dgn cream cheese respi 2.. Kek tu buat sebelum puasa lagi. Simpan dalam fridge.. Nampaknya masih kekal sedap rasa creamnya nya sbb jarang usik :D

Unknown said...

Kalau nak buat chocolate cream cheese frosting pulak camna??nak try flavour len plak la....ble tak??

Cik Siti Abu Sujak said...

Safrina... cuba tambahkan sedikit chocolate emulco.. kalau nak rasa strawberry letak stberry emulco.. atau nak rasa kopi, saya suka lagi letak nescafe.. macam tu lah.. :)

Anonymous said...

Assalammualaikum..
Klu sye guna resepi no 2, blh uat deco x.. sye pnh uat sbelum ni, cream cheese tu jd lmbik.. xblh nk uat deco..

Cik Siti Abu Sujak said...
This comment has been removed by the author.
Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Anon..
Boleh. Kalau ikut betul2 resipi tu n instruction, takde masalah utk buat deco,, Cheese tu jangan tunggu sampai suhu bilik untuk putar. Sebaiknya cream cheese & butter masih sejuk atau baru keluar peti sejuk, terus putar..


Sue Bee said...

datang cedok resepi frosting untuk kek red velvet..thanks!

Anonymous said...

Best la akak ni..tak kedekut ilmu.thanks kak!😘

Unknown said...

assalam puan..boleh sy tau x..kalau x letak jus lemon dlm bahan2 kt atas..boleh x..kalau xde lemon blh gnti dgn yg lain x..maaf..sy br belaja nk buat kek2 nie..hihi:)

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Rieyn Anna..
Takde masalah kalau tak letak jus lemon. Saya pun letak ikut mood samada nak masam sikit atau tak dan ikut jenis kek.. Cream cheese tu sendiri ada sedikit rasa masam. Takde lemon, boleh letak lime juice atau sunquick. Kalau saya lebih suka letak vanilla extract jenis serbuk tu..

miazdalyana said...

mcm mana nak hias cream cheese guna bentuk rose tu ya?

Anonymous said...

alhamdulillah,blog resepi terbaekklah..thanks atas ilmunya..

Cik Siti Abu Sujak said...

T.kasih... masih tahap biasa2 je, sekadar guna pengalaman sendiri

Miazdalyana.. sy tak pasti nak jawab macamana. Kalau saya, guna nozzle rose biasa tu je, atau yg bentuk bintang tertutup saiz besar.. Tp cream cheese adunan saya biasanya gak lembut n sukar sikit. Kena sejukkan lama sikit dan cepat2 buat..

Anonymous said...

Salam..boleh x kak siti buat page yang berkaitan mcamana nak hiaskan kek guna butter cream atau cream cheese..maksud saya tunjukkan step by step nak sapu buttercream atas kek..coz apabila saya buat kek jadi comot dan berhabuk..nape ye?

Cik Siti Abu Sujak said...

W'salam Anon... InsyaAllah, ada masa nanti akak buat. Sebenarnya sebelum sapu kek dengan krim yg tebal tu, kena buat crumb coating dulu... iaitu salut kek dengan krim secara nipis dulu.. Kalau nak lebih senang, lepas crumb coating, sejukkan kek dlm fridge.. Lepas 30 min, keluarkan n baru sapu krim lebih tebal dan deko :)

eyma yusof said...

salam, akak kalu wt resepi no 2 2 dgn kek span pndan sdp x ea rasenye?

Cik Siti Abu Sujak said...

W'salam Eyma... setakat ni akak dah cuba utk span rainbow pelbagai perisa dan semua kek akak. Tapi utk perisa pandan belum pernah lagi.. Eyma cubalah. Mungkin sedap sebb cream cheesenya pun dah sedap... :D

Anonymous said...

Assalam...akak, saya nak tanya, kenapa cream cheese frosting saya cuma cantik untuk sehari saja, samaada suhu bilik atau dalam peti sejuk. lepas sehari, frosting tu dah mengecut/menipis, tak nampak segar atas kek dan warna jadi kekuningan. sukatan saya, 500g cream cheese, 5sudu besar butter, secawan gula aising, satu sudu esen vanila. terima kasih

Anonymous said...

salam kak utk resepi no 2 pure buter tu yg brand apa ye ? cream cheese resepi no 2 tahan lama tak duduk luar lebih dari 2 hari ?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam..

Akak tak pasti la kenapa frosting tu menipis.. kebiasaan akak kalau 500g cream cheese tu, akak guna butter 90-100g n gula aising 270g gitu... OK jue. Utk vanilla, akak guna yg jenis serbuk..

Pure butter tu cth Anchor, golden churn.. Tapi kalau nak guna buttercup pun OK je... ;) Sebaiknya simpan dlm petisejuk sebab cream cheese akan rosak rasa kalau lama2 kat luar esp cuaca panas

wiezureen said...

saya nank tanya kalau nak buat snow cheese meleleh tu..apa kah resepi yg sesuai dan muai( dapt bnyk)..cream cis tu nak kena pukul gebu ke?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wiezureen,
snow cheese tu selalunya orang tak guna resipi spt di atas... Kebanyakannya guna cream cheese & susu pekat manis.. Kalau google, mesti jumpa banyal resipinya. Saya pun tak boleh nak bagitau bab2 muai tu sbb tak buat bisness cheese leleh.. tu yg tak pasti :D

salina said...

saya nak wat kek pelangi rs nya cream cheese frosting yg mana satu patut sy buat..lg satu sy nak yg jenis tahan lama di luar dlm 2 atau 3 jam..

Cik Siti Abu Sujak said...

Salina,

Utk kek pelangi, saya selalunya guna resipi 2 yg 360g cc tu... tapi kena buat double, kdg2 lebih lagi ikut banyak mana deco nya.. Kebiasaannya sehari pun tahan di luar asal tak terlalu panas..

Unknown said...

Salam.. Akak, nk pkul creme cheese sje blh ke? Sbb ari 2 ade try pkul creme cheese jge.. Tp die jd berair n berketul..

khatijah said...

salam kak..
sy nk tnye,, klo utk resepi cc frosting no 5 tu cukup x utk sapu pd kek berukuran 8" loyang bulat dan utk deco..???

mama jaja87 said...

Salam kak, boleh ke gantikan buter ke shortening atau krimwell untk membuat cream chese frosting ni, dan t.q atas tnjuk ajar.semua best.

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam..
Boleh letak whip cream.. Mcm selalu org buat utk cheese meleleh tu mmg letak whip cream atau susu cair... bukan susu segar.

Anonymous said...

Salam..kak sy nak tnya klu cheese cake d ltak luar peti sejuk tahan brapa jam xrosak ke kek tu sbb sy nak hntar kek ke kedai dn ltak kat luar je bkn dlm peti sejuk..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..

Cheese cake yg macamana? Kalau topping saja yg cheese cth red velvet dll tu seharian tahan.. cuma dari segi kualiti dan kesedapan akan terjejas kalau lama sgt di luar terutama musim panas ni..

Anonymous said...

akk..sy n buat layer kek guna cream cheese resepi no bp yg ok?n tahan x kalo kat luar seharian?rosak tk rasanye?

Cik Siti Abu Sujak said...

Utk layer mana2 pun boleh... kalau akak kebiasaan guna resipi no2.. Kalau ada campuran lain cth mascarpone, lebih elok sejuk sebab mudah lembik..

niefin said...

Salam.. kak nak tanya.. cream cheese frosting ni kita bole tambah warna tak??? Nak hias kek... :) tq..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..
Boleh letak warna.. :)

Anonymous said...

salam. terima kasih atas perkongsian ilmu yer kak...smg btmbh murah rzki akak.

Anonymous said...

salam.kak saya de bli krim keju yg ready made.cina kdai 2 kta blh trus guna n sapu atas kek.saya ingt nk buat kek keju meleleh.pe lg bhn yg blh sya tmbh utk bg krim 2 jd lbh byk.krim tu rs msm n manis buah je

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam... Boleh whipping cream atau susu cair saja... agak2 je kuantitinya.. nak letak fresh cream pun boleh n lagi sedap

Unknown said...

assalamualaikum akak,kalau guna cheese cream yang no 2 tu boleh letak ats kek kukus tk ?

Zia said...

Terima kasih Cik Siti Abu Sujak kerana ikhlas dan murah hati berkongsi ilmu. Moga Cik mendapat berkat.

Unknown said...

salam kak..sya mmg fail buat cream cheese frosting..xpernah menjadi..slalunya mesti lembik..xboleh nak hias dgn cantik..bru2 ni sya ada plak terjumpa resepi guna whiping cream..tp dlm resepi tu x tulis pun yg whipng cream tu bolh trus cmpur dlm cc or kna pukul asing dlu..hrap akak dpt mmbntu sya sgt2

Unknown said...

Terima kasih bebanyak untuk tips ni kak. 😀😁😊

Shuhadah Nor said...

Terima kasih kak, saya buat resipi yg ke 2.

Sedap, tambah oreo.. pergh. makin lah bulat.

TQ ye!

Unknown said...

Assalamualaikum..
Akak, sy buat red velvet. Nak yg simple ja.. Yg mana sesuai??

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam.
Kebiasaannya akak guna resipi 2..

Anonymous said...

as salam..
saya ada buat btrcream menggunakan gula aising tp tk jadi.. resepi mnta saya pukul hingga gula hancur dan tk rasa biji2 ditangan bila pegang.. saya pukul guna speed maksima.. mslhnya adunan mnjadi bintil2 dan gula tk hancur.. knapa jadi begitu? perlukan pukul adunan hingga gula hancur?

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..
Saya tak berapa pakar dgn buttercream sbb selalu mengelak dr gunakannya. Tapi apa yg basic, kalau nak buat apa2 cream, gula aising mestilah diayak dulu. Sebaiknya utk buttercream, guna speed rendah atau sederhana tetapi lama sikit, sampai membentuk cream yg cantik.. :)

syaseby said...

suka la stail cik siti ni..kl bg resepi mesti byk choices..so xyahla sy nk google kat lain lg..hihi..perkongsian yg hebat.tq

Unknown said...

assalamualaikum k. siti..buat crumb coating itu macam mana yaa?

tq k.siti, mmuahs

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Salwati...
crumb coating tu proses mula2 menyalut kek tu supaya tak comot nanti dgn serbuk2 kek tu.. Sebelum deko cantik, salut nipis dulu kek dengan cream supaya serbuk2 kat tepi kek tu melekat.. Lepas tu simpan dlm fridge kejap (utk memudahkan kerja), baru salut dgn krim dgn lebih tebal dan deco.. :)

Unknown said...

Oo..thx k.siti..Barakallahualaik dear! :)

Anonymous said...

Kak..kalau guna gula biasa pastu blend..bleh x?

Cik Siti Abu Sujak said...

Huhu.. tak pernah pulak pakai gula blend. Sebaiknya guna je gula ising.. Selain halus, manisnya kurang sikit dr gula biasa.. Tp mesti nak kena ayak juga supaya lebih ringan, dan halus creamnya

lunyeza said...

Assalam kak siti.

saya x pernah nampak topping cream cheese diwarnakan. Boleh tak kalau letak pewarna eg:merah biru kuning utk deko rainbow kek???

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam luny.. boleh warnakan, mcm yg kak selalu buat kat bunga atau corak deco kek tu. Kena pandai adjust la kalau tak susah nak bentukkan..

danish aleesyha said...

Assalam puan kalau nak cream cheese tu tahan lama mcm dalam 3 hari nak kena letak apa ye

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam... kalau letak dlm peti sejuk memang tahan berhari2.. tp kalau di luar, sy pun tak pasti. Setakat seharian rasa tak banyak berubah, kalau dah hari ke2 akan jadi lembik.. apalagi kalau cuaca panas..

Unknown said...

Assalam cik siti,boleh simpan x baki cream cheese frosting dan choc ganache yg x habis dlm peti ais @ freezer? Brp lama boleh simpan? Tq

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam... simpan dalam refrigerator tgh tu saja dah cukup..tak perlu dlm freezer. Kalau tak tercemar, cc tu sebulan pun sedap lagi.. ganache lebih tahan lama..

Anonymous said...

assalmkm kak...nak ty....saya nak letak frosting utk cupcake...bole ke campur creamcheese dan krimwell? maksud saya mix sekali 2 bhn ni dan pukul sekali.....huhu

Unknown said...

Salam sis...klu xletak jus lemon xpe ke..ade pganti x .nk bg rase seakan lemon...

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam.. Boleh je klu tak letak jus lemon.. boleh letak perisa lemon..

Anonymous said...

Salam.kalau nk buat choc cream cheese kena ltk ekstrak vanila jgk ke?sy baru nk blaja buat kek :)

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam.. takpe, OK kalau tak letak.. guna coklat emulco ye :)

RerameUngu said...

Salam kak Siti..

Nak tanya sket.

Sy buat kek red velvet. N guna creme cheese frosting (450gm cc, 4 tbsp susu segar, 4tbsp susu pekat, n 1tbsp lemon) utk topping.

Sometime buat n then simpan dalam peti ais, frosting tu serap warna kek tu. Kenapa eh? Ada tips tak utk elakkan jadi lagi?

Thank you :)

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Reramaungu..

Akak tak pastilah kenapa.. mungkin sebab penggunaan liquid (susu) instead of gula aising je mcm akak selalu guna.. Tp ni andaian akak je ye :)

miss rara said...

Salam kak, npe yea sy buat frostng dy ,untk rd velvet .. Lembik smpai x dpat nk jd bentuk.. Rasa dy sume ok, juz cair sgt . Sbb mix trlalu lme ke ? Mcmmana nk bg dy cntk? Mudah bentuk .. :D

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam miss rara..
Ada pelbagai sebab kalu frosting boleh lembik.. samada kandungannya, over beat, cheese lama di luar, etc... Biasanya sy guna cream cheese yg masih sejuk (bukan suhu bilik)dan pukul tak lama.. kalau letak liquid cth whipping cream, susu dll dia lebih mudah lembik

Nur Fatin Fadilah Soh Kamarudin said...

Assalam.. akak, jika sy nk buat cream cheese dan nk mkn pd wktu tghri, wktu bila sesuai utk buat? Brapa lama cream cheese boley bertahan jika di luar peti sejuk? Jika sy letak dlm bekas polisterin cmpur dgn ais, adakah tekstur n rasany akan berubah? Dan 1 lg, jika sy nk buat frosting mnggunakan krimwell boley ke?

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Fatin..
Akak jawab ikut pengalaman ya.. Cream cheese tu tahan je kalau letak diluar utk beberapa jam.. Asalkan tak letak bahan yg memudahkan dia lembik spt mascarpone, whipping cream, susu, dll. Akak pernah semalaman letak diluar saja sebab tak muat peti.. dan masih elok cuma mungkin kurang feel nak makan sbb bg akak cream cheese sedap kalau sejuk sikit.

Krimwell mmg boleh dibuat frosting.. Ia bahan campuran untuk buat BUTTERCREAM.. Kena campur butter untuk lebih sedap..

Najieza said...

Salam sis..thnks sharing info yg menarik..sy nk tanya klau nk wt cupcake red velvet creamcheese utk doorgift kawin sesuai x?risau plak creamcheese jd cair nanti..

Anonymous said...

assalam sis....nak tnya..klau utk letak atas carrot kek n cream cheese tu tebal n keras mcm kat secret recipe tu guna resipi no bape ye? sbb dulu pernah buat tp cream cheese tu jadi lembik....ke sbb lps sapu cream kat kek sy x masuk kan dlm peti ais?

Unknown said...

Salam kak, saya nak tanya sikit.. Saya kena buat cupcake dgn cream cheese dan hantar awal pagi. Pada hemat akak lebih baik buat malam sebelum dan simpan peti sejuk atau biar je di luar? Saya biasa guba buttercup dan pakai resepi no 5.. Terima kasih kak!

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam.. Sorry lambat baca n reply.. Cream cheese kalau nak maintain elok dan sedap, sebaiknya simpan dalam petisejuk.. Kalau simpan luar akan jadi lembik

Anonymous said...

Salam akak . saya ain . sy bru jumpa blog ni . sy nk tnya . sy nk buat rainbow cake . dan topping guna cream cheese + whipping cream + gula. agak2 tahan x kalau letak luar peti ais? Tapi di tmpat yg beraircond . dari 7am-5pm ..

shuha zainal said...

salam kak. kalau untuk buat Kek rugged yg tgh famous skrg ni kan utk cuba jual, elok pakai resepi mana kak ye? lg satu kan.. mcmana nk kurangkan manis ganache ya? selalu buat tp rasa mcm manis resepi2 yg penah Cuba.

mintak maaf kak byk pulak tanya hihi

Cik Siti Abu Sujak said...

Cik Shuha,
Boleh je guna mana2.. yg penting nak buat rugged tu presentationnya akak rasa.. tak perlu nak sweet2 deconya, cuma perlu nampak very tempting..
Punca manis ganache tu dtg dari coklatnya.. nak kurang manis bolehla tukar guna chocolate bitter sweet atau yg sewaktu.. jgn guna coklat biasa yg sedia manis

Projek Resepsi said...

Salam kak..
saya 1st time nk bake guna cream cheese.. sy nk buat creamcheese brownies :http://www.bettycrocker.com/recipes/cream-cheese-swirl-brownies/868896b5-84a3-4c64-af34-58fb5a00470d

Soalan saya
1. Mcmana nk tahu creamcheese tu dh masak? Dia akan mengeras atau kekuningan ke?
2. Mcmana nk keluarkn creamcheese brownies dr loyang? Kalau terbalikkan, akan rosak x cream cheese tu?
3. Lebihan topping/filling cream cheese tu bole simpan dlm peti ais x? (125g cc, 1 telur, 3sudu gula, 1/4 vanilla)

Thank u sgt kak

Anonymous said...

Assalamualaikum sis nk tnye resepi cc mne yg sesuai gune untuk brownie kukus? And ad pape advice x? Thank you..

Cik Siti Abu Sujak said...

Assalam.. maaflah kali ni akak tak pandai nak jawab pertanyaan cc utk brownies sbb tak pernah buat..

mYCivIc said...

As salam..cream cheese ni thn x utk perjalanan jauh..katakankanlah majlis sabtu tp hr khmis dh buat..thn lme x krim tu..tme ksh

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam MyCivic..
Berapa jauh perjalanan,, ya? Setakat Kedah ke KL tu tak jadi masalah asalkan tak diletakkan di tempat panas. Dia akan jadi lembik sikit. Boleh buat awal.. tapi kena simpan di tempat sejuk (peti sejuk), Kalau tak jadi lembik dan rasanya kurang sedap/fresh.

wan atie said...

Assalam kak, cc boleh ke ltk ats kek yg di kukus?

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..
Kalau sama2 dikukus akak x pernah buat n tak pasti
Kalau kek dah lepas kukus/masak n letak, OK je.. :)

Anonymous said...

Salam sis nk tye tahan x kek sis tu..
klu ltk tmpat yg beraircond..sy da tmph kek tpi isau lak cair kli perjlnn dlm 1 jam lbh

Anonymous said...

JAZAKILLAKHEIR

Unknown said...

Saya buat topping . Letak susu cair dan susu pekat then cream cheese . Then saya masak . Sebab ni first time buat . Topping tu rosak ke tak eh ? Sebab dia tak cair macam orang lain buat . Sebab saya silap panaskan dia

Cik Siti Abu Sujak said...

Tak tau akak nak jawan Izah.. sebab tak pernah buat lagi tu.. Biasanya kita tak perlu nak masak2 kalau buat topping cream cheese ni..

Unknown said...

salam,
kak resepi mana boleh digunakan untuk deko bunga..saya selalu buat bunga jadi tak cantik.. adunan lembut . tq

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..
Adunan cream cheese dlm ni mostly memang jenis lembut (bila dah tak sejuk).. tak mudah membentuk bunga mcm kalau guna buttercream. Cuma kebiasaannya kalau nak menghias tu, akak simpan dulu dlm peti sejuk baru mula piping apa yg patut.. Maaf ya kalau x berapa membantu :)

Anonymous said...

Assalam...nk tnye klau x letak jus lemon boleh tk??:-)

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam..
takda masalah.. boleh je x letak jus lemon sbb kebanyakan jenis cream cheese dah ada masam skit

Anonymous said...

assalam...kak nak tanya tentang crumb coating tu, mcm mne nak buat krim utk crumb coating tu kak..boleh ajar caranya tak...@ boleh ke crumb coating guna whipping cream ready to topping

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam.. crumb coating tu guna cream yang sama untuk tutup keseluruhan kek (topping/frosting) samada buttercream, cream cheese, fresh cream dsb. Ianya proses permulaan untuk menutupi kek dengan lapisan krim yg nipis untuk memudahkan kerja seterusnya, supaya tak comot kerja2 tu dengan lebihan2 kek yg tak melekat(crumbs).

Unknown said...

Aslmkm akk..
Sy nk tny..Sy buat fondant kek red velvet with lemon creamcheese pada hr rabu semlm untk wedding..Tp potong kek hari sabtu berikutnya..Perlu ke sy simpan dlm fridge?Sy takut rasa kek sy tu rosak..Sy letak dlm bilik berhawa dingin fondant ok je tp takut rasanya dah x elok..Klu letak dlm fridge x berpeluh ke kek tu nnt bila dikeluarkn..Setahu sy fondant x leh kena air nnt permukaan rosak..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam..
Maaf sis.. akak tak pernah buat kek fondant so tak tau nak jawab.. Tapi kalau guna cream cheese sahaja sebaiknya simpan dalam fridge sebab mudah rosak rasanya..

Unknown said...

Assalamuaikum akak.. Nk tnya, kek red velvet with cheese frosting boleh than brapa lama ye kalau letak dalam fridge? 1-2 minggu boleh than ke? Trima kasih

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam.. InsyaAllah tahan je.. cuma kadang kek akan menjadi kering sikit

Syazwani said...

As Salam sis sy nk buat resepi No 2 tp nk gandakan dlm 500 g cream cheese. Nk resepi yg x mudah cair.

Blackrose said...

untuk durian cheese cake...letak lemon juga ke untuk tahan lama...

Norjie said...

Assalamualaikum Puan,
Saya buat frosting Red Velvet Cheese ..... 500gm cream cheese, 200 gm butter dan asing sugar. Saya guna loyang 9 in sebab tak nak terlampau tinggi kek. Cream saya tak cukup. Kalau tambah cream cheese jadi 700gm, macam Puan cakap tu....butter pun nak kena tambah jugak ke amountnya.
Terima kasih.

Anonymous said...

assalam kak siti..akak ada nyatakan cream cheese kalo letak dluar akn rosak rs..tp mslh sy kiranya sy toppingkn cupcake dgn cream cheese pd mlm ari prlukah sy simpan dlm fridge utk mjlis esoknyer?

Unknown said...

Salam kak ct... nak tumpang tanya.. hehe.. sy nk buat kek utk bday anak.. no buat 2tier.. bwah choc moist.. atas rainbow... nk tanya resepi cc mne yg sesuai utk filling n salut 2-2 jenis kek ni?? Kalo bleh nk buat 1topping je utk 2jenis kek ni.. tq

Unknown said...

Salam kak ct... nak tumpang tanya.. hehe.. sy nk buat kek utk bday anak.. no buat 2tier.. bwah choc moist.. atas rainbow... nk tanya resepi cc mne yg sesuai utk filling n salut 2-2 jenis kek ni?? Kalo bleh nk buat 1topping je utk 2jenis kek ni.. tq

Cik Siti Abu Sujak said...

Sorry dear NurZara.. akak baru sempat buka blog.. Akak biasa guna hat no 2 tu untuk semua kek n filling.. kalau manis sangat, boleh adjust la..

Unknown said...

Assalam kak...sgt2 membantu blog akak ni..trma kasih kak..blh x akak bg resepi kek span yg mudah...kalau dah buat frosting cntik2 tp kek nye x sedap n x lembut pun x ok jugakkan..

Unknown said...

Tq kak

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalikumussalam Nor Diyana,

Kebanyakan resipi kek span di sini mudah.. akak pun dah tak pasti mana yg tersedap huhu. Pukul lama sikit sampai gebu, letak perisa atau emulco, nanti jadi sedap.. frosting byk membantu kesedapan kek. Kalau guna yg readymade kat kedai tu pun OK je..kalau dah campur cheese mesti sedap ;)

Nina Farhana SuperStar Shaklee said...

Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

Anonymous said...

Bleh x klu sye buat cream cheese guna susu pekat yg dibancuh air ??

Hamizah Mohd Fauzi said...

Assalamualaikum kak..naka tny. Resepi lepa krim mane yg boleh gn untuk buat hantaran agar thn lama kt luar dan x cepat cair..kalau boleh yg sedap dan x muak..

ros said...

Salam... akk sy ada whipping cream n cream cheese.. mcm mn nk buat lepa kek yg sedap ngn bhn2 ni..

ros said...

Salam... akk sy ada whipping cream n cream cheese.. mcm mn nk buat lepa kek yg sedap ngn bhn2 ni..

AnNa said...

Assalamualaikum. Kak mcm mne ye nak buat toping utk coklat moist tuh lembut bile letak lam petiais. Sebb biler kluarkan dri Peti dia jadi keras, so mcm mne nak lembutkan die ye...

Rbtllll said...

Assalam . Saya berniaga . Saya tumpang letak kek di kedai org . Jadi saya dh campur cream cheese tu awak awal kw atas kek . Cream cheese saya campur dgn susu pekat dan juga susu kotak . Saya letak d peti sejuk . Brp lama ye bolw tahan ? Ada cara lain untuk lmbtkan rosak tak?

Unknown said...

Yg mana sesuai utk filing cream puff?

Deeana hana said...

Wahh.byknya ilmu.
Terim kasih sis...akak dah bc semua komen..jd soalan akak dah terjawab...tq again🥰🥰

Unknown said...

Sama dgn mslh yg sy prnah buat..cream cheese frosting jd lembik..xdpt nk deco bunga guna nozzle pn..huuu..
Akak ada pnmbahan bhn ke yer nk bg keras skt n sng nk deco?

Unknown said...

Salam sis..nk tnya kalau cream cheese frosting yg lebih nk disimpan dlm freezer boleh tahan brapa lma yer?agk2 2 3bln atau lbh boleh x?

Cik Siti Abu Sujak said...

Cream cheese frosting yg dah siap biasanya hanya simpan di bhg chiller atau refrigerator. Bukan dlm freezer. Tahan selama seminggu atau lebih sikit. Kalau lama sgt dia akan berubah jadi masam atau berkulat.

Unknown said...

Terima Kasih tidak terhingga. Allah jualah yang membalasnya.Aamiin

Sufeenah said...

Assalamualaikum..nak tanya, bahan apa yang perlu saya campur dalam adunan cream cheese tu supaya xcair? Sebab saya try buat semalam, tp adunan saya cair. Ada cadangan x untuk betulkan adunan cream cheese sy tu?

Sufeenah said...

Assalamualaikum. Nak tanya, kalau cream cheese tu cair, bahan aoa yang perlu saya campurkan dalam adunan cream cheese tu bagi dia nampak stabil? Adunan saya buat semalam cair.

Unknown said...

Salam kak , boleh ke kita buat topping cream cheese memggunakan marjerin sekiranya tiada butter

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam.
Tak pasti cik puan guna resipi yg mana. Biasanya saya mengadun cream cheese yg masih sejuk keluar dari peti, begitu juga butter. Terus pukul sampai lembut dan mulakan deko. Tak pernah jadi cair. Kalau mcm nk lembik sebab suhu persekitaran yg panas, saya akan simpan kejap dlm peti ais dan sambung balik bila dh sejuk dan tak lembik

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam.
Boleh la cuba 😬 Tapi majerin biasanya masin sedikit dan kurang rasa lemak.

Unknown said...

Salam sis, kalo nk topping kek carrot...resepi mana yģ sesuai ya

Wana said...

Assalamualaikum akak,boleh x saya nak tahu sukatan resepi cream cheese no 2 dalam sukatan cawan..hehe kt rumah x ada penimbang..thank you..💖

Unknown said...

Assalamualaikum kak siti, nak tanya utk coating red velvet cake menggunakan frosting cream cheese tapi utk piping bunga dan sbginya guna frosting seperti buttercream. Blh x. Terima kasih.

Cik Siti Abu Sujak said...

Boleh... cream cheese frosting boleh je kalau nak letak bunga buttercream.

amy said...

Assalamualikum kak siti. Cream Cheese sya dan berketul dan ada cecair wlpn buka..soalan sya, ada kan cc ni masih blh guna? Sekiranya blh guna,.apa resepi yg sesuai? Rasa dan warna masih ok. Terima kasih

Cik Siti Abu Sujak said...

Kadang dlm packaging cc mmg ada sikit cecair dlm tu terutama yg jenis dlm kotak. Boleh je buat macam2 menu.. Cheesetart, cheesecake, dan sewaktu..

Nur Hanis said...

Salam kak. Cc frosting ni boleh color guna pewarna makanan atau gel based?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam Nur Hanis.. boleh je guna 2 2. Akak selalu guna pewarna yg biasa tu je.