February 27, 2016

STRAWBERRY MILKSHAKE & LAIN2

Projek hari ni juga selepas segala core business di rumah ni selesai..

Seperti biasa, bila ada kek dengan hiasan sebiji dua strawberry, terpaksalah akak yang perabis buah masam tu.. Atau membiarkannya lembik busuk begitu sahaja. Akak memang kureng nak gemar stoberi ni sebab ada sikit masam lah.

So, petang tadi akak buatlah segelas strawberry milk shake yang sodap gitu! Belajar dari aci yang jual strawberry masa ke Cameron Highlands hari tu.. ekekeke.

Ni gambar lama..
Color tak mengancam kan... hihi
 STRAWBERRY MILK SHAKE

Bahan2:
(1 gelas)

6-7 biji strawberry
1 cawan ais kiub
1-2 sudu gula
1/2 cawan susu segar

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga ais hancur dan bahan2 lain sebati.

*****************************

Yang ni pulak minum detox akak. La ni memang agak rajin minum air lemon samada plain sahaja tanpa campuran atau dengan sesudu madu. Diminum suam. Memang segar badan selepas meminumnya. Atau sebab terkejut segala fungsi badan dek kerana masamnya air lemon ni kot.. hahaha. Masam stoberi akak tak suka, tapi masam lemon ni buleh pulak teguk kann... hahahh!


Ini pulak pau gebu untuk Fawwaz... dah lama nak buat tapi baru terealisasi petang tadi. Sian dia. Asyik2 bawa bekal waffle Gardenia dengan roti kacang. Kalau ada karipap ada juga selingannya.. Esok dah cakap nak bawa pau sebiji... Dah insap la tuu.. kalau dulu2 bawa 3 biji pun habis.. hahaha.

Pau gebu akak ni terbaik dari ladang.. Lembut sampai seharian asalkan tak terdedah dengan udara. Kena masukkan dalam bekas, baru tahan lembutnya. Resipi ada dalam ni.. bolehla try kalau rajen.. ;)



Tempahan Kek Opera

Alhamdulillah.... kembali kita bersiaran tanpa jemu :D

Hari ni pagi2 akak dah mengantar kek kejutan untuk birthday girl dari seseorang yang akak pun tak pasti nama sebenarnya.. Communicate thru' FB je.  Memang susah nak surprise kan orang.. banyak soalnya kan. Ye lah.. dah tetiba ada orang tanya ada kat rumah tak, nak hantar barang laa.. tanya rumah belah mana laa... tak pasal2 kan. Dahlah tak kenal. Mesti cuak jer...

Dan ini bukan kali pertama akak nak hantar surprise gift yang penuh persoalan.. adohhh malas betul tauuu.. hihihi! Alhamdulillah dapat jugak sampaikan hajat customer tu kan.. :D


Apa2 pun terima kasih En Pokcik Wang kerana sudi order kat akak..


Untuk kek opera ni sesiapa yang berhajat akak perlukan notis yang panjang sikit.. Dalam 3-4 hari atau lebih.. Sebab kalau short notice dan buat nak cepat, hasilnya tak kemas. Tapi kek apa pun kalau boleh janganlah last minute.. call pagi nak amik petang... mau jadi beruk merah akak nih... hehehe.


February 26, 2016

Sambal Bilis Tempoyak

Pada suatu hari... akak rasa mengidam sangat nak makan sambal bilis tempoyak tu. Agaknya sebab ternampak kat satu post FB.. Mujur ada tempoyak kejung a.k.a beku kat freezer tu.. Maka, for the first time ever akak buat dan makan sambal ni.. hehehe. Tapi makannya sikit jer, sampai la ni ada lagi kat dalam fridge tu. Dapat rasa sekali dah cukup.. Sebab sejak tu akak pun tak ingat berapa kali akak enjoy nasi putih kat atas meja makan.. Kalau ada pun, mungkin tak sesuai untuk dimakan bersama sambal tempoyak tu...


Walau apa2 pun, memang sedap la.. Akak tepek jugalah resipi kat sini kot2 nanti nak buat lagi..


SAMBAL BILIS TEMPOYAK

Bahan2:

Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah
Cili padi secukupnya (ikut citarasa)
2 batang serai - titik
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu tempoyak
1 helai daun kunyit - saya tak letak sebab takda
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

Tumbuk bawang merah, kunyit dan cili padi.
Panaskan minyak dan goreng seketika bilis sehingga layu (tidak garing sangat).
Masukkan bahan tumbuk dan tumis seketika.
Masukkan tempoyak, serai dan sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula,
Kalau ada daun kunyit, masukkan sebelum matikan api.




February 25, 2016

Order - Chocolate Moist Coated with Pink n Blue Buttercream

Tak cukup creative akak nih sayang oii!! Tapi boleh la kalau dah takda pilihan kan.. hehe.

Ini kisah beberapa hari lepas.. Tengah duduk2 masuk message untuk order kek. Tapi sayangnya dengan masa yang suntuk akak tak dapat nak fikirkan apa yang diharapkan. Mujur adik customer ni tak banyak kerenah.. Terima je apa yang akak sanggup buat. Maka jadilah kek coklat bersalut buttercream color biru dan pink untuk hari ini. Hat deko dia nak buat sendiri katanya.. Banyak juga insiden nak siapkan kek ni tau.. hehehe. Tak cukup doa kot akak nih.. ;)

Selamat diambil pada hari Selasa 23/2 lepas. Dah dah hantar laporan jugak. Bagus sungguhlah birthday babies ni.. depa deco sendiri katanya. Bila tengok tu alahaii.. rasa mokcik ni malu sangat sebab tak boleh buatkan yang macam tu.. Ingatkan hari tu nak spiderman, frozen laa.. tu yang makcik laju jer cakap takleh buatkan. Hari2 semalam banyak event lain kununnya.. hehe.

Apa2 pun TQVM buat Shakira sebab sudi order kat akak... Semoga anak2 menjadi anak2 yang soleh penyejuk mata ayah ibu..

Susah nak eja nama nihhh... Asalnya akak salah eja dah. Maklum dah menjelang tengah malam.. Mujo ada member FB duk komen suruh check balik di kala akak dah diulit mimpi.. TQ Mimi!!


Reported by Shakira.. :D

February 17, 2016

Orders - Mid Feb 16

Minggu perisa coklat..

Memenuhi permintaan customer baru dan lama selepas gumbira balik kampung. Buat pun agak relaks sebab tak perlu nak deko beria2.. Cuma dalam cuaca luar yg fanas tu ditambah dengan gangguan bunyi2 pembinaan di sekeliling... mmg kacau jiwa ni sket. Tak keruan rasa.

Apa2 pun terima kasih buat Izzudin dan Cikgu Ros n frens kerana sudi order. Alhamdulillah...

Ordered by Izzudin untuk tunangannya barangkali... asalnya karangan lagi panjang tapi akak minta suruh pendekkan.. tetap panjang.. takpalah, muat jerr.. hihi

Macam biasalah brownies nih.. ordered by Cikgu Ros menyebabkan akak terjaga dari lamunan nan indah sebab barang2 dapur dah habis sebenarnya dan tengah mode cuti2 CNY ahaks! Alhamdulillah delivered on time!



Masa akak simpan kek dalam fridge, Fawwaz duk intai dalam tu.. Dia kata "Fawwaz cium kek coklat dalam tu.. it smells tasty"... hehe anak omputih katakan.. kena speaking america kah kah!

"Fawwaz nak ke? Esok umi belikan.." Bukan kata nak buatkan... :P

Jadi, keesokan harinya mak pun belikanla kek seperti di bawah di kedai MCM Utara.. hahaha. Sampai ke malam ni tetap utuh di dalam fridge ini kek Fauzy. Tak heran dah si dak Fawwaz walau sehari entah berapa kali buka tutup fridge tu..


Selingan:
Lihat lepat ubi ku yang kenyal2 lembut lembik nyaman di mulut nih.. Namun hanya tinggal kenangan sahaja sebab semua dah masuk dalam perut kami. Ada juga buat bingka dengan ubi yang sama tapi tak sempat ambik gambar dah khalass.. 
Ubi diimport dari kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam ya.. hehehe


Kepada yang cuba order tapi ada yang akak tak mampu nak beri kerjasama, harap MAAF ya.. Kadang rasa bersalah menolak rezeki padahal doanya bukan main. Tapi hidup ini memang banyak kekangan yang perlu dilihat dari sudut prioriti.. tak dapat nak memaksa diri ini menjadi super lady..gitulah!! 


February 13, 2016

Kisah sebelum cuti CNY

Sekejap je masa berlalu.. Esok sekolah dah bermula balik. Macam tu lah kalau cuti2 balik kampung. Rempit sana, rempit sini, tau2 masa habis di jalan..

Tapi takpa la.. syukur Alhamdulillah punya kesempatan balik kampung berjumpa bonda dan kaum kerabat. Dapat hantar mak ke klinik gigi.. Dan juga jumpa cousins kesayangan yang berkumpul semua di rumah kuning (rumah mak depa laa..). Rumah kuning tu tempat akak membesar dan menua kini.. hehe. Dapat juga buat terapi bekam dan acupuncture kat kampung... (nanti akak citer kalau ada mood). Lega sikit sakit belakang ni selepas kena bekam. Banyak angin katanya.

Sebelum balik kampung, sempat ambil 2 order sahaja iaitu chocolate cupcakes yang rupa bunga matahari tu dan juga brownies. Tu pasal lewat sikit baliknya. Dan sorang dua menegur akak balik sekejap huhu..

TERIMA KASIH buat NURUL dan ZAZA atas order tersebut.

Tempahan Nurul buat saudaranya..
Zaza punya..
Suka tgk bunga matahari ni.. :D

Saja nak tepek gambar pekasam yang akak beli dari kawan. Gambarnya sungguh mengiurkan. Tapi akak dan hubby tak berapa makan pekasam ni sebab masin melebihi ikan masin. Kuis2 bawang dan cubit sikit2 je. Akhirnya sebelah pun tak habis walau cuma seekor.. Selebihnya akak buat jajan balik kampung. Rupanya depa suka esp pakcik ku bila akak gorengkan.. Alhamdulillah. Tak sia2 bawakkan.. hihi.

February 4, 2016

Blueberry Cheese Tart


Setelah sekian lama.. Baru sempat nak tengok semula entri ni yang duduk kat folder draft berminggu-minggu.. Inilah hasil cheese tart ku yang dah tak berapa terkini tu..

Kali ni akak guna resipi shell tart yang menggunakan majerin. Memang pernah guna resipi ni dulu dan banyak cyber baker duk tunjuk resipi ni sekian lama.. Tak silap asalnya dari Azita Zain (maaf kalau silap.. huhu).


RESIPI TART SHELL
(Resipi asal: Azita Zain)

Bahan2:

170g majerin
50g gula aising
1 biji telur C 
290g tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara2:

Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.




RESIPI CHEESE TART
(Resipi asal: Rahel)

Bahan2:

250g cream cheese (terus dari peti sejuk)
50g mentega
60g gula castor
1 biji telur A (saya biasa guna yang sejuk dari peti)
Blueberry filling (atau lain2)

Cara2:

Putar cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang (Sebaiknya gunakan cream cheese dan butter yang masih sejuk tapi bukan keras beku dari freezer yaa.. hehe)
Masukkan telur dan putar hingga sebati. 
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Tak payah letak nozzle, cuma gunting sedikit di hujungnya.
Isi blueberry filling ke dalam tart shell yang sudah sejuk dalam 1/2 sudu kecil. Guna piping bag lagi senang.
Paipkan cream cheese hingga mumbung (penuh)
Bakar dengan suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak (tidak melekat permukaannya jika disentuh)



February 3, 2016

Laksa Johor




Sesekali mengidam laksa kegemaran akak iaitu laksa johor.. Dapat pulak selepas ternampak satu post di FB.. Tapi maaflah kat orang Johor kiranya tak asli resipinya. Akak guna apa yang ada je.. Asal ada rasa.. Sebab susah nak jumpa laksa johor ni, lagi-lagi kat Utara.

Bila dapat buat sendiri, dapatla makan puas-puas.


LAKSA JOHOR

Bahan2:
(untuk hidangan 4-5 orang)

Kuah
500g ikan selayang/kembung (org Johor selalu guna ikan parang atau tenggiri)
3 biji bawang besar *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 sudu besar udang kering
2 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1 sudu kerisik
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara2:
Rebus atau kukus ikan, selepas itu asingkan isinya dan kisar. Ketepikan air rebusan ikan.
Kisar bahan * iaitu bawang, halia, lengkuas dan serai.
Kisar atau tumbuk halus udang kering secara berasingan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari, kacau sebentar dan tuang sedikit air.
Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan cili kisar, santan dan air rebusan ikan.
Bila dan mendidih, masukkan udang kering dan kerisik, juga garam.
Renih sebentar sehingga agak pekat. Kuah laksa Johor memang sepatutnya pekat.

Ikut resipi yang saya follow, mereka tak letak asam keping dan yang sewaktu. Tapi waktu merebus ikan saya memang letak asam keping dan masuk je terus ke kuah tu..

Bahan2 Lain & ulam:

1/2 bungkus spaghetti - rebus hingga lembut
Tauge
Timun - racik
Daun kesom  - racik
Kacang panjang - racik
Bawang besar Holland - mayang
Limau kasturi/nipis
Sambal belacan


Hok ni gambar selingan - koci keledek biru :D