January 31, 2014

Tempahan Hujung Januari

Successfully delivered yesterday..!

Sebagai penutup bulan Januari dan sempena cuti CNY, dapatlah akak siapkan tempahan untuk 3 orang. Maaflah pada sesiapa yang terpaksa akak tolak pinangan... eh! hehehe... Tak dapat akak penuhi permintaan terutamanya last minute orders. Adalah beberapa tu.. huhu! Macam nak sama menyambut raya lak kan.. Sebabnya kederat akak ni tak mampu nak buat itu ini dalam satu masa. No 1 ialah keluarga yg kecik ni.. Bila dah settle kan keperluan dorang, baru akak boleh baking dengan tenang dan aman. Kalau en abe ada kat rumah, macamnya tak mau duk depan oven. Nanti selain overload, jadi lipas kudung, kreativiti pun boleh hilang juga.. kekeke  ;)

OK lah... akak tayangkan je airtangan akak semalam. Seperti biasa, temanya wajib cream cheese... cheese n cheese... :D

Blueberry cheese tarts kak K.dah (ipar akak) punya...

Snow cheese cake ordered by Cikgu Mariana & friends..

 Raibow Cake ordered by Kak Rose (cousin akak)...

TQVM alls! Muah muahhh....

Yang ni baru buat hari ni... nak jamu tetamu yang nak dtg petang ni...


January 27, 2014

Kek Pelangi..

... untuk mak ayah... :)

Terima kasih na kpd yang order... Akak panggil Cik Snowy je lah.. hehe!



Moga dapat menggembirakan mereka dan menepati citarasa... :)


January 23, 2014

Cupcakes Utk Birthday Girl..

Pagi ni siapkan 80 biji cuppies utk cute kindy girl named Iris yang ditempah oleh mamaya, Cikgu Mam. Akak setakat kenal suara je sebab kek kena terus delivered ke tadika si kecil. Akak buatkan rainbow dengan chocolate cuppies dan toppingnya cream cheese.

 




TERIMA KASIH MAM!

Resipi untuk rainbow velvet cuppies tu ada di SINI..


January 16, 2014

Red Velvet Untuk Wani

Pagi tadi delivered red velvet buat customer baru, Cikgu Habibah.. Sama2 duduk di Bandar Darulaman ni..



Terima kasih cikgu ye... Harap2 menepati citarasa.. :)


January 13, 2014

Gulai Lemak Pisang Muda


Kak Ipar akak beri pisang abu muda hari tu.. Masa dia offer, dalam minda akak ni tak lain melainkan goreng je. Akak suka pisang abu goreng sebab rasanya yang tak manis sangat tu. Lepas tu kena yang belum ranum.

Tapi Kak Dah duk pesan banyak kali suruh buat gulai lemak. Akak sendiri memang tak pernah favour masak lemak pisang ni. Mungkin abe suka la kot.. Mana tau lauk nostalgia.. heheh. Takpelah, akak pun masak siap2 malam tadi sebelum abe balik rumah. Bukan nak buat lauk malam tu, tapi nak simpan dalam fridge dulu bior hari ni senang kerja akak. Lepas ambik Fawwaz dari sekolah, nak terus ke hospital untuk sesi OT dia pukul 2 ptg. Kalau dah ada satu lauk, tinggal nak goreng atau bakar ikan untuk santapan en abe yang kena makan sorang2 kat rumah.. :D

So, untuk first time pertama kali, akak masak lemak pisang abu muda ni. Ada pulak udang kertas kat peti buat perasa. Sodap la kan.. podeh pulak tu.. hehehe.


MASAK LEMAK PISANG ABU MUDA

Bahan2:

3 biji pisang abu muda (atau mana2 pisang yg sesuai)
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
4 tangkai cili padi (cili akak ni jenis pedas berapi, tu yg sikit je..) - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 batang serai - ketuk
Udang basah (boleh tukar ikan bilis..)
Santan secukupnya
1 keping kecil asam
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Pisang dibuang kulitnya dan dihiris sederhana nipis
2) Masukkan bahan tumbuk, serai dan pisang ke dalam periuk. Tuang air agak2 tenggelam pisang
3) Rebus pisang dan bersama bahan2 tersebut sehingga layu atau hampir masak
4) Tuang santan dan masukkan udang, garam dan asam keping
5) Masak sehingga santan menggelegak sambil dikacau sedikit supaya santan tidak pecah. Biar seketika.
6) Matikan api bila pisang dah benar2 lembut.

P/S:
Masa akak baru nak post entry ni, kecoh satu Malaysia pasal KANGKUNG. Sebab sibuk seharian ber WA dengan member2 lama dan keluar masuk rumah, memang akak blurr sangat bila buka fb banyak na status kangkung. Tetiba otak akak kuning sebab ingatkan perkara lucah.. kahkahkah. Walau sampai la ni masih tahap blur, taulah akak mengagaknya... Takpalah, walau dah turun harga, kangkung itu bukan pilihan akak melainkan kalau beli yong tau fu musti mau letak. Sebulan sekali pun susah nak masuk dapur akak... Akak lagi suka taugeh yang 5 kupang je dah penuh semangkuk.. Peace yo!! hihihi


January 11, 2014

Pau Gebu Frozen ..

Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang akak tu. Sejak dia masuk sekolah tahun 1 ni, memang hari-hari mak ni bekalkan dia dari rumah makanan kesukaannya. Bukan susah pun, sebab dia tak makan benda remeh temeh. Sekadar air susu kotak atau soya bean kurang manis dan roti (peanut butter jelly sandwich) ataupun sosej rebus. Setakat ni itulah bekal yang pasti habis. Sebelum keluar rumah pula, selain susu secawan, mak akan beri dia pilihan samada roti sandwich tu atau kuih2 macam karipap atau cekodok pisang. Memang suka betul dia kat cekodok tu.. Karipap mungkin dah jemu la... Jadi lepas ni boleh tambah menu pau ni. Esok2 buat donut pulak... Rajin kan makk?? hehehe... mintak puji pulak.

Petang tadi dia dah dapat agak bila tengok mak dah mengadap tepung.
"Is it PAU umi?"
"Yes... pandainya Fawwaz teka.."
"mmm... I like pau.. Fawwaz nak pau.."  Macam tulah lebih kurang bunyinya..

Tapi sebab abi dah belikan dia burger ayam, dia larat makan sebiji je. Biasanya sapu sampai 3 biji kalau dah lama tak makan tu. 

Untuk 1/2 adunan, dapat 23 biji PAU KACANG... tak halus sangat pun sebab macam biasa, tak mampu kederat ni ni menguli lama2.. Buat frozen, boleh tahan sebulan la kot.. ikut permintaan si pemakan.



Meh akak ulang tayang sekali lagi resipi pau yang best ni. Dulu akak post versi separuh adunan je kat SINI. Sumber asal dari My Resipi.

Gambar lama... halus gebu bila guna mesin penguli..

PAU GEBU ANI 

Bahan2:

A
450g tepung pau/hong kong (nak paling putih guna tpg HK)
230ml air
1 tbsp susu pekat
5 tsp yis segera

B
300g tepung (spt di atas)
180g gula castor
40g shortening
2 tbsp double action baking powder
1 tsp bread softener

C - larutkan
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate (boleh alt soda bicarbonate)
Sedikit garam

Cara2:

1) Campur semua bahan A dalam mangkuk atau mixer heavy duty. Uli sehingga struktur doh menjadi halus gebu. Kalau guna mixer, uli selama 10-15 minit. Kalau rasa kurang air terutama bila uli secara manual, celupkan tangan pada air dan uli. Ulang2 sampai rasa sesuai doh tu.
2) Perap selama 30 minit.
3) Masukkan pula bahan B dan C ke dalam mangkuk tadi dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang halus gebu dan agak elastik. Kalau guna tangan biasanya dalam 20 minit lebih. Kalau guna mixer, dalam 15 minit mencukupi menggunakan speed sederhana.
4) Perap lagi selama 30 minit.
5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh ikut saiz yang diperlukan. Masukkan inti dan kemaskan.
6) Rehatkan pau yang telah diisi inti selama lebih kurang 10 - 15 minit (ikut cuaca).
7) Kukus selama 5 - 7 minit.

*  Kalau nak buat frozen, biarkan pau sejuk dahulu. Masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer. Kebiasaannya sebulan pun masih elok kalau di 'seal' rapat dalam plastik.  Kalau nak makan, boleh terus dikukus selama 5 minit tanpa perlu defrost.


January 9, 2014

Steamed RV Cuppies & Blueberry Cheese Tarts

Alhamdulillah...

Menyiapkan tempahan cheese tart Cikgu Aina, customer baru akak merangkap rakan fb yang baru je pindah bekerja di sini. Tempahan cheese tart pertama akak selepas tiba2 dapat angin rajin nak menenyeh2 tepung kat acu tu. Agaknya angin tahun baru kott, di samping angin timoq yang kekadang datang menderu... hehehh!

Amacam? macam come je, macam sedapp je...


Lepas tu siapkan juga tempahan RV cuppies Kak Dah, kak ipar akak untuk dibawa melawat anak cucu kat KL. Yang ni versi kukus punya.



Terima kasih semua... Semoga menepati citarasa. Love U!  :)


January 7, 2014

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum...

Saja nak post gambar je pagi ni... Pagi2 santap cheese tart ni meme sedap.. :)




January 5, 2014

Sesi Warm Up with BC Tart & Durian Crepe

Lega... hampir keseluruhan barang2 dah akak unpacked.. Tinggal beberapa kotak je mostly en abe punya yg belum terusik.. Tinggal nak masuk perabot2 utama je. Belum ada masa nak melawat kedai perabot pun... La ni masih guna meja makan plastik tu je... hehehe! Hat yang lama semua dah bertukar tuan..

Semalam cuti Jumaat & Sabtu memang akak langsung tak keluar rumah.. Keluar takat sidai dan ambik baju je. So, merajinkan diri kejap. Memandangkan dah terpaksa guna dapur termasuk oven baru, tak bolehlah nak terus buka kedai. Kena tengok dulu sifat oven tu, terutamanya. Setakat ni, Alhamdulillah... oven Rubine tu memuaskan. Tapi akak tak guna lagi untuk bakar kek. Semalam cuma testing buat cheese tart je. So, dah tau level suhu dan masa yang sesuai untuk tart. Harap2 untuk kek pun tak jauh beza dengan oven lama..


Hari kedua kejadian.. sodap sangat tart ni. Kali ni akak guna resipi dari blog Rahel untuk pastri dan juga inti. Airtangan Rahel ni mmg akak admire sangat2.. Sebab buat apa pun nampak cantik dan menawan serta mengiurkan. Tak kedekut resipi dan ilmu. Maka, anak2 murid di alam maya ni pun kena lakukan benda yg sama. Jangan kedekut.

Kalau orang2 belah Jitra ni nak rasa, boleh roger2 ahkak ya... wink wink!


Gambar menggunakan camera 360 ni tak berapa menawan akak. Tak pandai kot... hihi. Masa ni abe pakai kamera akak. Terpaksalah guna tab...

Selain tu buat durian crepe dulu. Abe yang request.. Akak tompang semangkuk. Fawwaz dah siap2 kata "I don't like durian..". Anak omputeh mana suka durian kenn... hado. Sat lagi nak ambik dia dari sekolah, tengok apa dia nak cerita. Pastinya pulang dengan ceria.. Kalau nak pi tu duk zikir "I don't want sekolah" sepanjang jalan...


Jadinya... fridge akak yang dah membesar tu tetap penuh dengan makanan macam zaman fridge kecik. Sesapa nak tolong, marilah datang.. tolong makan. Akak ada banyak lagi projek tertangguh ni. Utk testing oven lagi... :D


January 2, 2014

Majlis Bacaan Yaasin

Entri tertangguh akak... hihi!

SELAMAT TAHUN BARU 2014 semua... baru nak pelan2 ambik oksigen tengok blog yang mula bersarang ni... fenat berpindah randah dan urus anak ke sekolah barunya. Hari ni dah hari yg kedua :)

Alhamdulillah.... Nak cerita pasal majlis bacaan yaasin di rumah baru pada beberapa Jumaat lalu..selepas  solat Subuh di surau, terus ke majlis kami. Sekadar jemaah yg ada je. Sakit2 badan akak sebab banyak bergerak sambil buat kerja dan angkut mengangkut barang yg nak diguna. Maklum, masa tu belum pindah pun.. nk selesaikan dulu bacaan Yaasin tu. Biar aman dan tenteram masuk nanti. Hari ni kira dah lebih seminggu berpindah. Barang pun masih berselerak terutama dalam home office ni.. Yang kat dapur je dah tersusun. Maklum le, tu baru office akak yg betoi.. hihi.

Hal masak memasak dari a - z akak buat sendiri. Rebus nasi impit, masak rendang, kuah kacang, sambal taun, bingka kentang, tepung roti bungkus, karipap dan mee goreng. 

************************
Testing oven Rubine untuk bakar bingka kentang. Menggagau juga awalnya sebab bukunya hilang sekejap.. :D

hasilnya.... berejam juga dek

pan ajaib ni jugak yg terbaik... tak sampai 1 jam pun.. bingka nak cantik kena ada kerak camni kan... :D
 

Rendang ayam...

Tetamu2 dari surau... lelaki & wanita.. 

... dan akak yg tak sempat mandi, masih pakai baju tido masa melayan tetamu.. hahaha! Adoi laa kalut betui..

Ini je setakat ni... saja nak bagi blog ni hidup.. sebelum aktif balik.. byeee

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...