Pages

April 10, 2012

Pau Gebu v2

Dah lama nak cuba resipi pau yang satu ni, tapi ala2 lupa.. Semalam dek kerana hati yang sedikit buntu memikirkan anak yang sejak minggu lepas tak mau ke sekolah, walau dah siap berpakaian, saya pun mencari terapi di dapur.  Selepas 1/2 hari mendenda dia mengurungkan diri dalam bilik!  Buntu memikirkan apa punca dia tak mau ke sekolah. Sampaile hari ni.  Mujur tadika je, saya pun tak berkeras sangat, cuma risau kalau berlanjutan. Anak saya ni walau umur dah hampir 5 tahun masih belum mahir bercakap..

Kuih pau ni kegemaran dia.  Dia boleh makan 3 ketul sekali harung.  Padahal, dia ni jenis picky.. Apa2 pun, air tangan ibu lah yg terbaik untuk anak2.  Sebab kita tau apa kandungannya dan bagaimana kita membuatnya.  Sebaiknya, kalau masak apa2 tu, kita sambil berzikir atau bersalawat.  Cuma kalau hati tengah resah, lupa juga nak buat.  Kalau untuk jual2 tu, InsyaAllah.. selalu ingat.
Resipi dari MyResipi sumbangan LynSham.  Tapi saya buat 1/2 adunan je.  Kalau nak yg original version, boleh le klik ke my resipi ye!  Konon2 bagi kaler pink dan nak buat rose. Tapi sebab terlama saya nak kukus tu, rose tu dah jadi rose haru biru.. Belum kukus dah mekar kelopak2nya.. hehe!

KUIH PAU
Sumber: My Resipi 
Olah semula : Cik Siti

Bahan A
225 g tepung pau (saya guna tepung gandum je)
140 ml air
1 sudu kecil susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil yis

Bahan B
150 g tepung pau (saya guna tepung gandum)
90 g gula kaster (agak manis..)
20 g shortening
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil bread softener  (saya guna bread improver)

Bahan C (larutkan)
50 ml air
1/4 sudu kecil ammonium carbonate (saya guna soda bicarbonate)
Sedikit garam

Bahan D
Inti ikut citarasa

Cara2:

1)  Satukan semua bahan A dan uli sampai lembut.  Perap selama 30 minit.
2)  Masukkan dalam bekas (1) Bahan B dan C (saya dah terlupa nak larutkan dulu. Masuk je terus..).  Uli sampai halus.  Perap 30 minit lagi.
3)  Bahagikan adunan dalam 20g-30g setiap satu.  Masukkan inti.  Biarkan dalam 15 minit.
4)  Sebelum mengukus, pastikan air kukusan sudah mendidih.
5)  Kukus pau selama 10 minit.

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...