Pages

April 27, 2010

Masala Vadai



Walau bukan kuih fav aku, kadang2 sedap juga makan kuih ni... Pagi ni aku mula jual utk staf2 SIAEC.. tukar selera dan nampaknya sold out! Baru tukar title.. sebab vadeh tu kuih yg satu lagi, yg bentuk macam donut. Tapi ramai tetap kuih ni vadeh juga...

Bahan2:

1 cwn kacang dhal - rendam semalaman atau kurang2 2-3 jam
1/2 labu bawang besar - potong halus
2 biji cili kering - potong halus
1/2 camt jintan manis/kasar (opt)
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung gandum (dlm 1/2 cwn)
Minyak utk menggoreng

Cara2:

1) Blend kacang yg telah direndam dan kembang. Jangan kisar halus sgt...
2) Keluarkan kacang dan tapis/buang airnya.
3) Setelah itu masukkan bawang, cili, jintan, daun kari, gula dan garam ke dalam kacang. Gaul hingga sebati dan cukup rasa.
4) Tabur sedikit tepung utk memekatkan dan supaya melekat.
5) Ambil adunan, bulat dan leperkan... terus masukkan ke dalam minyak yg panas. Hati2 jgn sampai tangan terkena minyak... :D
6) Kawal api/minyak dan pastikan kuih betul2 masak dan tidak hangus. Angkat dan toskan minyaknya.


April 26, 2010

Kuah Dhal


Untuk makan dengan roti canai/paratha.. dapat idea dari Myresipi. Beli je paratha segera, buat cicah sendiri... Bahan2 pun aci ada ngan takde..

Bahan2 (utk satu mangkuk 3-4 org makan) :

1 cwn kacang dhal
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji kentang - potong sederhana
1/2 batang karot sederhana besar - potong agak tebal
1 btg terung
1 batang cili hijau
Sedikit daun kari
1 camt biji sawi (opt)
Kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih
Garam & gula

Cara2 :

1) Bersihkan kacang dan rebus hingga separa empuk.
2) Bila kacang dah hampir empuk, masukkan kentang. Rebus lagi hingga empuk dan masukkan karot dan lain2 sayuran ikut keras/lembut.
3) Dalam kuali/pan yg lain, tumis kulis kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang dan daun kari. Apabila bau dah naik atau layu tuang dalam rebusan dal yg dah lembut semuanya.
4) Kacau dan masukkan gula dan garam secukup rasa dan angkat.

April 24, 2010

Roti Arab


Pagi ni breakfast roti arab. Senang rupanya nak buat. Makan cicah dengan sambal sardin..

Bahan2 :

250g tepung gandum
150ml air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 camca teh yis (Mauripan)
Minyak utk menggoreng

Cara2:

1) Campurkan mentega, gula dan minyak ke dalam air suam
2) Yis dan tepung di gaul bersama dalam bekas.
3) Tuang bahan (1) atas (2). Uli sampai lembut dan kemudian simpan ke dalam plastik/bungkus selama 1 jam.
4) Keluarkan adunan tepung dari bekas dan ambil sedikit2 - bulat2kan (agak2 mcm sekepal).
5) Kemudian leper2kan/canai tepung tersebut dlm 1/2 - 1 cm tebal
6) Goreng dengan api perlahan sampai keperangan.



April 22, 2010

Bingka Ubi


Pertama kali buat bingka ubi kayu... terlepas kerinduanku sebentar pada citarasa Malaysia.. Cuma nipis sikit sebab terbesar loyang hehe!

Bahan2 :

2 cwn ubi yg telah diparut (anggaran sebiji ubi yg besar - 600g)
1 1/4 cawan santan
4 - 6 sudu besar gula (rasa dulu nak manis mcm mana)
Sedikit garam

Cara2 :

1) Ubi yg telah dibersihkan di parut menggunakan parut kelapa yg halus. Kalau takde parut boleh sagat dengan penyagat dan kemudia blend sampai halus.
2) Perah ubi (keluarkan airnya) menggunakan kain nipis. Simpan air perahan dlm 15 - 20 min, buang air dan ambil pati/tepung yg tertinggal.
3) Campurkan ubi, pati, gula, garam dan santan. Sebatikan. Kalau guna ubi putih, boleh letakkan pewarna kuning sedikit.
4) Lenser/sapu loyang dengan majerin atau mentega. Tuang adunan ubi.
5) Bakar dalam oven dengan suhu 180c hingga masa (lebih kurang 1 1/2 jam)

April 20, 2010

Egg Benedict

Pagi ni buat egg benedict utk breakfast. Alaa senang je! Tukar selera & menu... Asyik2 cereal, karipap, kasturi, roti bakar peanut butter... Tapi takde gambar, x sempat nak snap.

Bahan2:

Roti - ikut berapa banyak nak makan
Telur - sama dgn jumlah roti
Black pepper
Sedikit garam
Cheese
Butter atau majerin

Cara2:

1) Sapu roti dengan butter dan tabur sedikit black peper atas sapuan tu.
2) Pecahkan sebiji telur atas roti (ala2 mata kerbau)
3) Taburkan sedikit garam dan black pepper atas telur
4) Letakkan cheese atas roti/telur - ikut suka posisi mana
5) Bakar dalam ketuhar dgn suhu 180c selama 20 min (ikut suka telur masak mcm mana)
6) Hidang laa.. makan panas2

April 13, 2010

Kuih Koci Labu


Semalam aku sempat buat kuih koci labu... untuk pertama kali di perantauan ni. Kalau kat kampung terutama masa kenduri selalu kiterang buat samada koci keledek atau labu.. jarang kalau just plain tepung pulut je. Biasanya pulak buat jenis kukus yg tahan lama sikit. Semalam buat jenis rebus macam selalu makan kat KL, ada letak santan sikit... Cumanya, daun yg kubeli hari Jumaat lepas dah layu dan tak cukup. So, adalah yg bungkus dengan aluminium foil.. got to be creative when you're not in your own country..

Bahan2:

Doh:
1 cwn labu kuning - dipotong kecil dan rebus hingga lembut
1 cwn tepung pulut (atau anggarkan sendiri sampai adunan tak melekat dan boleh bentuk)
1 sudu besar tepung ubi (opt)
Sedikit garam

Inti:
Kelapa
Kacang hijau yg dah direbus (opt)
Gula putih + gula merah
Daun pandan (opt kalau nak wangi..)

Dadih/Santan:
2 sudu tepung beras
2 cwn santan pekat
Sedikit garam

Lain2:
Daun pisang untuk membungkus


Cara2:

1) Lenyek labu sampai hancur
2) Masukkan semua tepung dalam mangkuk labu dan uli sampai lembut, tidak melekat dan boleh dibentuk bulat (biasa main agak2 je)
3) Untuk inti: gaul semua bahan dan letak atas api sampai masak dan sebati. Boleh juga gaul semua dan masukkan ke microwave - dalam 2 kali tekan button yg tanda cawan tu.. hehe ni shortcut punya..
4) Untuk dadih: kacau dan masukkan semua bahan dalam periuk dan letak atas api sampai mendidih dan angkat.
5) Apabila semua dah sedia, bulat2 dan lekukkan adunan tepung, masukkan inti dan bulatkan semula.
6) Masukkan (5) dalam air yg mendidih (macam buat buah melaka). Bila kuih dah timbul, angkat dan masukkan ke dalam santan/dadih.
7) Keluarkan koci dan letak atas daun. Bubuh santan sedikit.. Bungkus ikut kesukaan.. Mudah je!

April 7, 2010

Just pics... Apa ada di dapur saya?

Pagi tadi merajinkan diri buat lontong / sayur lodeh utk breakfast. Buat sambal kacang sekali... Aku memang suka makanan ni... selalu dulu kat S'pore breakfast lontong kat Restaurant Afghan di Tampines. Almost every Saturday... Nasi impit ni import dari M'sia.. makcik bungkus beras dalam plastik, then sealed (ala2 adabi punya..)
Sayur lodeh yg balance je... baru ingat nak snap..


Kerabu jenis ni ada kat kampung saya je. Kalau setakat kat KL, belum pernah jumpa. Antara ramuannya daun limau purut dan belacan.. aku pun belum mahir buat. Tapi memang sedap kalau hasil air tangan makcik2 ku. Besalahh.. sapa lagi nak angkatt hehe (kalau dulu arwah nenek buat mmg WORLD!)..


Nak balik hari tu sempat buat kek utk Along & wife. Tapi atasnya agak terhangus.. Apapun, kek ni memang sedap.. kek kampung. Kena letak color yg terang2, baru selera...

Terung sambal versi taruk kicap...


Bila Mima tulis pasal menu ayam asam pedas, aku baru teringat gambar ni. Macam pernah cerita dan tulis resipi, tapi tak jumpa.. Asam pedas memang aku suka sangat..



April 6, 2010

Udang Labu Masak Lemak



Bahan2 (utk 2 org) :

10 ekor udang sederhana besar
6 potong labu - dlm 3cm setiap satu
Bawang merah
Bawang putih
3-5 biji cili padi - ikut tahap kepedasan
1/2 helai daun kunyit
Serbuk kunyit
Sedikit santan
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Bersihkan udang & labu
2) Tumbuk bawang dan cili
3) Rebus bahan tumbuk bersama labu hingga empuk
4) Masukkan udang, gaul dan biarkan seketika
5) Masukkan santan, kunyit dan garam


April 3, 2010

Kerang Sambal Merah


Dapat idea dari makcik.. Sedapla pulak..

Bahan2:

Kerang
Cili kering kisar
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Cara2:

(1) Basuh kerang sehingga bersih dan rebus hingga masak (terbuka kulit)
(2) Kisar bawang dan cili.
(3) Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa
(4) Setelah itu, masukkan kerang rebus dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. Siap utk dihidang... simple!


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...