February 26, 2012

Red Velvet - the mystery inside

Saya memang kerap membuat RV ni.. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri..dan keluarga yg kecil tu.  Sebab nak makan sendiri, deco pun ala kadar je.. 
Dalam hati tu nak makan yg sedap tetapi biarlah kurang yg lemak, manis, kalori, dsb.. (tau takuttt... hehe).
Saya tak pernah beli atau makan yg orang lain buat.  Kalau ada pun, satu slice kecil yg adik beli di Pavilion (a slice of heaven).  Yg itu memang rasanya lebih sedap dan lembut sesuai dengan harganya.  Tapi frosting tu cepat sangat lembik.. pastinya gabungan cream cheese dan mascarpone.  Kena sentiasa sejuk.
Apa2 pun, inilah kek yang saya suka buat dan makan.  Banyak lagi kek yg saya suka makan tapi tak suka buat... 
Saya suka akan warnanya... merah.  Maklumlah, sekurang2nya 1 botol pewarna habis.. (resipi asal 2 botol tau..)
Ramai mengatakan ianya kek misteri.. Di luar putih.. dah potong baru nampak rupa di dalam begitu hebat.  Selain kesedapan rasanya
Misteri juga dari segi adunannya...

Gambar2 di bawah adalah versi RV yg berbeza2 sebenarnya... 
Memakannya tak boleh sekali harung... cukup paling banyak pun 2 slices yg kecil begini.. :D






Sambal Taun Kerang

Edisi ulangan.. Atas permintaan adik bongsu suami isteri.. Si suami orang Kelate yg dah terpikat dengan makanan2 Jawa.  Yang ni nak bagi rasa kaum kerabat Kelantan merasa.  Tapi dah pesan siap2 jangan pedas sangat.  Kebetulan cili pun bukan jenis pedas.  Letak segenggam pun masih tak pedas.

Sambal taun atau tahun ni kalau nak sedap kena pedasnya kuat sikit dan perangat dulu sekali dua, atau sehari dua, baru umphh!!  Cuma kadang2 tak sempat perangat lama, dah habis.  Gambar di atas tu dah berapa kali dipanaskan, keluar masuk petisejuk.. tpi masih tak pedas walau cili tu dah pecah.  Atau... lidah saya je yg berkata begitu.  Maklum lidah besi.. hehehe...


Resipi Sambal Taun


3 kg kerang (timbangan bersama kulit)
Segenggam cili padi - buang tangkai saja
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3-4 inci lengkuas - hiris (saya suka kalau lengkuas banyak)
1/2 inci belacan - hancurkan
Santan pekat - saya beli yg market dgn harga RM2 tu
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Gula (dalam 1/2 sudu kecil untuk meneutralkan rasa) - opt
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Rebus kerang dan ambil isinya
2)  Tumis bawang merah, bawang putih dan lengkuas hingga layu.  Taburkan pula belacan dan kacau.
3)  Masukkan isi kerang dan cili padi.  Kacau2 sikit hingga kerang nampak sedikit mengecut
4)  Tuang santan dan air secukupnya (sampai tenggelam kerang tu).
5)  Masukkan juga asam keping dan garam serta gula.  Biarkan mendidih lama sedikit, sambil sesekali mengacau supaya tak pecah minyak


p/s: Selingan.. Saya menulis ni sambil makan pulut + kelapa lemak masin.. Saja nak mengimbau zaman kanak2.. Tapi masa zaman tu, arwah nenek akan kepal2 pulut dan digolek pada kelapa tu.. perggh sedap sungguh!!  I love u buk.. Al fatihah.

February 21, 2012

Kek Opera (versi gelabah)

Huhuu... akhirnya terlaksana juga impian nak buat kek opera.  Membuatnya dalam keadaan gelabah dan kurang sabar.  Sebabnya si kecik tu asyik 'checking' je ke dapur dan menyebut2 nak kek.  Sedangkan nak buat kek ni kena ada masa yg panjang.. penuh 'passion' dan 'patience'.  Tapi sebab entah berapa puluh kali duk menyebut (nak) kek, kita pun dah tak larat nak layan.  Mujur bila kek dah keluar dari oven, dia tertidur agak lama.  Jadi kek tu sempat sejuk untuk di'layer'.  Cuma waktu singkat untuk penyediaan ganache tu, dan kurang pandai membelah kek, membuat layer tu jadi huru hara.
Kesimpulannya, dapat juga saya rasa kek opera ni.  Walau rasanya tak 100% macam yang di luar, sikit2 pasti ada.  Saya tak mampu nak habiskan sepotong pun, sebab terus jadi pening.  Maklumle, tak pernah buat kek sampai telur 10 biji.  Lain le baulu kan... Lepas tu guna coklat kompaun pula untuk ganache tu.. mungkin sebab tu jadi manis sangat dan pening saya.. huhuh!

 Dan... saya juga melakukannya tanpa bahan yg cukup.  Saya ingat ada gula kaster dalam gobok, rupanya yg ada hanyalah gula biasa yg halus  (fine sugar).  Hantam sajalah labu...
Resipinya pula adalah kombinasi 2 resipi dari blog masam manis dan citarasawan.  Ala2 mix n match gitu.. haha.  Maka itu saya takmau lah letak resipi tu kat sini... 
Kalau nak tau rupa kek yg cantik dan mengiurkan tu, kenalah melawat blog dorang tu...


February 17, 2012

Apam Salju lagi..

Hehehe... demam apam.  Sebenarnya dah takde idea kuih apa nak bawa utk ke sekolah Fawwaz sempena Maulidurrasul tadi.  Pukul 1.20 pagi akak bangun mengukus apam ni sampailah dekat pukul 4... Mula2 buat 1 adunan je, lepas tu rasa tak cukup, buat lagi 1/2 adunan.  Surprisingly, tak payah tunggu 3 jam dah boleh kukus dan kejadiannya lagi elok dari yang tunggu berlama2 tadi..

Alhamdulillah, semuanya dah selamat.  Ahmad Fawwaz pun dah balik sejak pukul 11 tadi... Tunggu saat nak ganti tidur je.. tapi kepala ni macam2 mau bikin.  Padanlah anaknya pun gitu... hehehe!



February 16, 2012

Apam Nasi a.k.a Apam Salju

 Setelah sekian lama menatap orang membuat apam nasi ni, baru hari ni saya tergerak hati nak mencoba.  Asalnya makcik saya yg minta carikan resipi ni.  Bila dah 'pos' kat anak dara dia, tetiba rasa nak buat juga.  Ikutkan nak buat semalam, tapi macam bz lah pulak kan.. :D

Rupanya senang dan boleh tahan sedap apam ni.  Boleh lawan apam tepung beras omak den!  Nilah dia, emak sediri pakar apam, tapi anak2 sorang pun tak menurun kebolehan tu rasanya.  Tak masuk dalam buku resipi masing2.  Agaknya sebab senang nak makan.. Balik rumah mak je, mesti ada.  Nantilah, 'one fine day' saya berguru dengan mak.  Hari tu dah berguru baulu kemboja... Ni, acu baulu dah balik dari Bahrain, bolehlah minggu depan cuba buat baulu tu...
Resipi apam saya cnp dari yatimemories bertajuk apam salju.   Sebab apa nama salju, saya pun tak pasti.  Yg saya senang nak sebut, apam nasi je lah... Lepas ni tak membazir le lebihan nasi saya.  Kalau sendiri tak makan, boleh panjangkan sedekah kat sapa2.. :)  Tapi macam biasa, resipi kat sini saya guna bahasa sendiri je.. malas nak tengok2 balik..

APAM SALJU (APAM NASI)
Resipi asal: Yatimemories

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
2 sk yis kering
1 cawan brown sugar (boleh juga nak tukar gula pasir mcm di bawah)
3/4 cawan gula pasir
Pewarna ikut kesukaan
Kelapa parut - untuk yg suka

Cara2:

1)  Kisar (blend) nasi bersama air hingga halus - masukkan air tu sedikit demi sedikit
2)  Bila dah halus, masukkan pula gula dan kisar lagi
3)  Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis
4)  Tuang bahan kisar (cecair) tadi ke dalam bekas tepung dan gaul sebati
5)  Perap selama 3 jam
6)  Panaskan kukusan.  Acuan apam pula dilumur dengan minyak (saya guna acu lompang)
7)  Sendukkan adunan ke dalam acu dan kukus selama 15 minit

Kualiti gambar yg tak menarik sebab kurang cahaya... Maklum, yg hilang belum berganti.. :(

February 13, 2012

Ikan Bawal 3 Rasa


En abe punya permintaan untuk dinner malam semalam... Jauh kami membawa ikan ni. Dari market Sg Besar tu.. :)

Malas nak cerita banyak.. Ikutilah resipinya. Tapi maaflah, sebab saya main campak2 je malam ni.. Jadi, resipi boleh diubahsuai ikut citarasa...
 

Bawal 3 Rasa

Bahan2:

1 ekor ikan bawal - sederhana besar
2 ulas bawang putih - hiris
2 cm halia - hiris
2 ulas bawang merah (kecil)
1/2 labu bawang besar - hiris atau dadu
1 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit sos ikan (dlm 2 kali picit)
1 batang cili merah
1/2 biji tomato - dadu
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

1) Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sapu tepung jagung dan goreng sampai separuh garing
2) Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan limau purut hingga layu.
3) Tuang semua sos dan sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan hirisan tomato dan cili. Didihkan dan matikan api
5) Tuang ke atas ikan. Tabur dengan daun ketumbar atau daun sup pun boleh...

February 9, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Dengan penuh kasih sayang saya mula melapis malam semalam.  Lepas je solat Maghrib, suap Fawwaz, terus menuju ke dapurku yg comel tu.  Dah bancuh apa yg patut, tugas2 melapis pun bermula.  Lapisan pertama... kedua... ketiga, alamak!  Belum cukup masak ke.. kan 5 minit juga.. Takpelah, apa nak buat.  Teruskan je la walau dah jadi marble.  Eh! Awat senyap je... air dah kering ka?  Tuang le air panas sikit... Senyap juga.
Lorrrr... rupanya api padam.  Bukan setakat padam, gas abis!!  Huwaaa... why la this time?  Kan ke baru je gas tu...  Selalu setahun sekali je tukau, ni baru sebulan.  Yelaa.. kita bukan selalu guna.. eh! ye ke? hehehe... yg duk merenih itu ini tu bukan aku ke?  Hehehe... sebenarnya selain selalu masak berlama2, ada kebocoran sikit kat salur tu.  Bahaya kan?  Dulu2 dah pernah lapor kat encik somi, tapi takde tindakan.  Saya ni dah lebih mcm technician.. tp biasalah, org perempuan lembik sikit.  Nak tonyoh2 salur tu ke muncung dapur tu tak daya.. Sudahnya, solusi, kalau tak guna, saya tutup kepala gas je.  Cuma sejak balik for good ni, saya malas sangat nak buat kerja2 tu.  Saya biarkan je bau gas kat dapur.. sekadar buka pintu gas dan dapur je.  Tahap ni meragamnya akak.  S'times saya ni malas nak fikir untuk semua benda! En somi bila dah berlaku kelainan sikit dari kebiasaan, baru le nak investigate... Mau taknye, tengah feeling2 nak makan laksa panas, gas abis.. hahaha!!  Tulaa.. dulu2 orang kata gas bocor, buat tak dengar..


Syukur, sudahnya siap juga kuih lapis akak walau sedikit keciwa... Resipi ni dah lama juga saya usha dari blog Sinar Kehidupan a.k.a Yati memories.  Tuan resepi yg sama utk kuih lapis yg saya buat sebelum ni.  Tapi tu laa... belum mampu nak menyamai kehebatan cikgu.  Dapat pulak ada kejadian yg tak diingini.  Jadilah, dapat merasa... Memang sedap.  Nak kena buat lagi sekali ni... hehe!

Saya guna sukatan lebih kecil sebab rakyat pun kecil.  Tapi dapat juga dikongsi dengan BFF.  Saya guna cawan beras 200ml je... loyang saiz 7"x7" kot... Meh le try ramai2..

Kuih Lapis Seri Wangi
Resipi asal : Yatiememories 

Bahan2:

Bhn A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bhn B
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - disimpul

Bhn C
3 sudu besar (rata) serbuk koko *
4 sudu besar air suam - bancuh dgn koko* (yatie guna 1 sb chocolate emulco)
Pewarna hijau, perisa pandan (saya tak letak perisa)

Cara2:

1)  Satukan bahan A dalam mangkuk/bekas dan gaul rata.
2)  Masak bahan B hingga gula larut, matikan api dan biarkan hingga menjadi suam.
3)  Tuang bahan B ke dalam bahan A dan sebatikan.  Tapis.
4)  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bhg warnakan dengan hijau, dan satu lagi dengan bancuhan koko.
5)  Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain (saya tak balut pun..).
6)  Lengser tepi loyang dengan minyak dan alas dengan plastik.  Bila pengukus dah mendidih, panaskan loyang sebentar.
7)  Masukkan 1 cawan adunan coklat dan kukus 5 minit.
8)  Tuang pula 1 cawan adunan hijau dan kukus 5 minit.  Ulang step sampai habis.
9)  Untuk adunan lapis terakhir, kukus selama 20-25 minit.  Dah sejuk baru potong...

February 8, 2012

Laksa Utara


Tiba2 rajin nak masak laksa sendiri.  Walau saya tak berapa suka bau rebusan ikan, tapi keinginan melebihi segalanya..  Lagipun, inilah antara sajian sihat yg tak perlu gunakan minyak.

Sebut pasal minyak, 2-3 menjak ni saya tengok rak minyak masak (kelapa sawit) kosong belaka di Giant, the Store dan MyMydin.  Terencat aktiviti nak buat karipap.. Bukan apa, ada inti sedikit tu, sayang pula.. Takkan nak guna minyak canola.  Bukan tak boleh, saja tak membolehkan...  Kalau goreng2 dlm kuantiti yg banyak saya memang guna minyak biasa cth Saji sebab nak sekali guna je.  Kalau biasa2 tu, guna yg lebih sihat..  Tak pastilah kebenarannya... Ikut je nasihat pakar hehehe!


LAKSA UTARA

Bahan2 (utk 2-3 org):

Untuk Kuah
4 ekor ikan kembung - rebus
1 labu bawang besar (tgk juga saiz - kalau besar sgt, sy guna tak sampai selabu) *
3 cm belacan *
3 sudu cili kisar
6 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula - kalau nak bubuh

Isi:
Laksa secukupnya
Timun - racik halus
Bawang besar - racik halus
Telur rebus
Cili padi atau cili merah - potong nipis
Limau kasturi/nipis

Cara2:

Kuah
1)  Toskan ikan yg direbus.  Simpan airnya.  Asingkan isinya dan kisar.
2)  Kisar bawang dan belacan.  Kalau takde cili kisar yg dah siap, sekalikan beberapa batang cili kering (ikut citarasa) semasa mengisar bawang.  Sebaiknya cuci dan keluarkan biji cili tersebut.
3)   Campurkan sekali air rebusan ikan, isi ikan yg telah dikisar dan bahan2 kisar lain (bawang) ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.  Perasakan garam dan asamnya.  Kalau tak cukup masam, boleh tambah lagi asam keping.  Matikan api bila sudah agak pekat.
4)  Tuangle kuah ke atas laksa tu... slurrppp!!

February 4, 2012

SAJIAN JAWA & KARIPAP

Jika anda tinggal di kawasan Bukit Jalil, Kinrara, Seri Petaling atau yg berdekatan, dan teringin untuk mencuba masakan atau menu Jawa saya seperti Sambal Taun (kerang shj), Punten (sekali bersama sambal pilihan) dan Sambal Goreng, juga Sambal Tempe, Bilis Masak Taucu dan Lontong, boleh hubungi saya melalui email: okeedgz@gmail.com untuk membuat tempahan atau pesanan.

Saya juga membuat karipap (inti kentang/keledek) dengan kuantiti yg sederhana, samada frozen atau sedia bergoreng.
*********************************************

Karipap

Punten & sambal udang tumis geragau atau sambal bilis

Sambal Taun

Sambal Goreng

Sambal Taucu Bilis

Lontong

5 Helah Untung Mengurangkan Berat Badan

Hehehh... pagi2 ni nak buat entri berlainan.  Duk asyik cerita makan dan masak je, meh le kita cerita cara nak mengawal berat badan pulak.  Ada juga beberapa kawan minta tips kat akak macamana nak maintain atau kuruskan badan.  Memanglah akak ni takde tips.  Kalau ada pun, habit akak yg suka kempiskan perut bila berjalan atau bila teringat.  Habit ni sejak zaman remaja masa akak tembam sikit sebab akak risau kalau perut tu buncit.

Article ni pagi2 akak dah baca kat FB dari http://www.iluvislam.com.  Baca tu sambil makan nasi goreng.  Satu tabiat yg tidak berapa elok tau.. tp akak ni memang terbiasa makan sambil baca.  Meh kita layan..

-----------------------------------------------------------------


5 Helah Untung Mengurangkan Berat Badan
Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?
1.Menghidu makanan
-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...