Dengan penuh kasih sayang saya mula melapis malam semalam. Lepas je solat Maghrib, suap Fawwaz, terus menuju ke dapurku yg comel tu. Dah bancuh apa yg patut, tugas2 melapis pun bermula. Lapisan pertama... kedua... ketiga, alamak! Belum cukup masak ke.. kan 5 minit juga.. Takpelah, apa nak buat. Teruskan je la walau dah jadi marble. Eh! Awat senyap je... air dah kering ka? Tuang le air panas sikit... Senyap juga.
Lorrrr... rupanya api padam. Bukan setakat padam, gas abis!! Huwaaa... why la this time? Kan ke baru je gas tu... Selalu setahun sekali je tukau, ni baru sebulan. Yelaa.. kita bukan selalu guna.. eh! ye ke? hehehe... yg duk merenih itu ini tu bukan aku ke? Hehehe... sebenarnya selain selalu masak berlama2, ada kebocoran sikit kat salur tu. Bahaya kan? Dulu2 dah pernah lapor kat encik somi, tapi takde tindakan. Saya ni dah lebih mcm technician.. tp biasalah, org perempuan lembik sikit. Nak tonyoh2 salur tu ke muncung dapur tu tak daya.. Sudahnya, solusi, kalau tak guna, saya tutup kepala gas je. Cuma sejak balik for good ni, saya malas sangat nak buat kerja2 tu. Saya biarkan je bau gas kat dapur.. sekadar buka pintu gas dan dapur je. Tahap ni meragamnya akak. S'times saya ni malas nak fikir untuk semua benda! En somi bila dah berlaku kelainan sikit dari kebiasaan, baru le nak investigate... Mau taknye, tengah feeling2 nak makan laksa panas, gas abis.. hahaha!! Tulaa.. dulu2 orang kata gas bocor, buat tak dengar..
Syukur, sudahnya siap juga kuih lapis akak walau sedikit keciwa... Resipi ni dah lama juga saya usha dari blog Sinar Kehidupan a.k.a Yati memories. Tuan resepi yg sama utk kuih lapis yg saya buat sebelum ni. Tapi tu laa... belum mampu nak menyamai kehebatan cikgu. Dapat pulak ada kejadian yg tak diingini. Jadilah, dapat merasa... Memang sedap. Nak kena buat lagi sekali ni... hehe!
Saya guna sukatan lebih kecil sebab rakyat pun kecil. Tapi dapat juga dikongsi dengan BFF. Saya guna cawan beras 200ml je... loyang saiz 7"x7" kot... Meh le try ramai2..
Kuih Lapis Seri Wangi
Resipi asal : Yatiememories
Bahan2:
Bhn A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat
Bhn B
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - disimpul
Bhn C
3 sudu besar (rata) serbuk koko *
4 sudu besar air suam - bancuh dgn koko* (yatie guna 1 sb chocolate emulco)
Pewarna hijau, perisa pandan (saya tak letak perisa)
Cara2:
1) Satukan bahan A dalam mangkuk/bekas dan gaul rata.
2) Masak bahan B hingga gula larut, matikan api dan biarkan hingga menjadi suam.
3) Tuang bahan B ke dalam bahan A dan sebatikan. Tapis.
4) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bhg warnakan dengan hijau, dan satu lagi dengan bancuhan koko.
5) Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain (saya tak balut pun..).
6) Lengser tepi loyang dengan minyak dan alas dengan plastik. Bila pengukus dah mendidih, panaskan loyang sebentar.
7) Masukkan 1 cawan adunan coklat dan kukus 5 minit.
8) Tuang pula 1 cawan adunan hijau dan kukus 5 minit. Ulang step sampai habis.
9) Untuk adunan lapis terakhir, kukus selama 20-25 minit. Dah sejuk baru potong...
No comments:
Post a Comment