February 8, 2012
Laksa Utara
Tiba2 rajin nak masak laksa sendiri. Walau saya tak berapa suka bau rebusan ikan, tapi keinginan melebihi segalanya.. Lagipun, inilah antara sajian sihat yg tak perlu gunakan minyak.
Sebut pasal minyak, 2-3 menjak ni saya tengok rak minyak masak (kelapa sawit) kosong belaka di Giant, the Store dan MyMydin. Terencat aktiviti nak buat karipap.. Bukan apa, ada inti sedikit tu, sayang pula.. Takkan nak guna minyak canola. Bukan tak boleh, saja tak membolehkan... Kalau goreng2 dlm kuantiti yg banyak saya memang guna minyak biasa cth Saji sebab nak sekali guna je. Kalau biasa2 tu, guna yg lebih sihat.. Tak pastilah kebenarannya... Ikut je nasihat pakar hehehe!
LAKSA UTARA
Bahan2 (utk 2-3 org):
Untuk Kuah
4 ekor ikan kembung - rebus
1 labu bawang besar (tgk juga saiz - kalau besar sgt, sy guna tak sampai selabu) *
3 cm belacan *
3 sudu cili kisar
6 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula - kalau nak bubuh
Isi:
Laksa secukupnya
Timun - racik halus
Bawang besar - racik halus
Telur rebus
Cili padi atau cili merah - potong nipis
Limau kasturi/nipis
Cara2:
Kuah
1) Toskan ikan yg direbus. Simpan airnya. Asingkan isinya dan kisar.
2) Kisar bawang dan belacan. Kalau takde cili kisar yg dah siap, sekalikan beberapa batang cili kering (ikut citarasa) semasa mengisar bawang. Sebaiknya cuci dan keluarkan biji cili tersebut.
3) Campurkan sekali air rebusan ikan, isi ikan yg telah dikisar dan bahan2 kisar lain (bawang) ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Perasakan garam dan asamnya. Kalau tak cukup masam, boleh tambah lagi asam keping. Matikan api bila sudah agak pekat.
4) Tuangle kuah ke atas laksa tu... slurrppp!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Masa nak pergi market pagi ni takde lah perancangan nak beli ikan pari. Tapi bila duk meninjau pelbagai ikan kat situ, terutama ikan kembung...
No comments:
Post a Comment