December 31, 2012

Carrot Cake - Penutup Tahun 2012

Hari ni seharian hujan dan mendung di Bandar Darulaman. Udahle akak rajin sangat membasuh sampai 3 round! Sebabnya semalam waktu panas terik hampir sepanjang hari, akak tak membasuh. Sibuk mengurus anak yg nak sekolah esok ni. Baru nak beli baju, kasut, seluarnya.. Last minute sebab baru buat keputusan nak pergi ke sekolah mana.  Ahahaa... penat juga akak tak percaya kat abe hari tu bila dia kata tahun baru tak cuti kat Kedah. Sejak mai Kedah ni, akak rasa lost of memory kejap. Selalu lupa akan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Asal pegi beli barang je, mata akak terbeliak sebab cashier kata "hari ni takda plastik kak".

"Hah!? Hari ni hari apa..?"
"Hari Sabtu kak..."
"Lorrr.... akak ingat hari Ahad!!!"  Erkkkk... mengada je statement akak  :P

***************************************************
KISAH KEK

OK lah... meh cerita pasal kek. Bila kekawan dan adik beradik dok kata Kek Carrot akak sedap, maka tetiba teringin pulak nak makan. Selalu rasa hat balance atau kerak2 je. Pagi2 akak dan parut lobak tu. Lepas masak nasi & lauk, terus buat projek baking. 

 Takde deko2... nak makan sendiri je. N bagi jiran kalau terserempak... :)


Tiba time nak bakar, kalut pulak jadinyaa... Oven yang akak guna extension tu (sebab takde direct power point yang dekat), padam tanpa kusedari. Gelabah le, takut terbakor plug ke apa. Apalagi, kasi angkat keluar itu gas dan sorong oven tu ke kabinet. Adalah power point kat situ. Melintang oven + dapur gedabak tu kat tengah2 dapur sebab nak bakor kek. 

Dapur + oven yg banyak jasa, sebelum naik lori

Itulah... memang penting perancangan kalau buat sesebuah rumah tu. Mana nak letak dapur, petisejuk, periuk nasi, dsb. Power point kalau tak cukup memang haru.. Sesetengah peralatan elektrik tak boleh sharing atau guna extension sebab watt yg tinggi.  Apa2 pun, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Akak perlu sabar beberapa bulan je sebab ni rumah orang. Sementara nak tunggu rumah sendiri siap.. Nak kena sabar tunggu plan keluar dari bilik mesyuarat pihak berkuasa. Tulah, nak beli ready built bungalow di tepi tasik, mahei benor... tak mampu dek! hehehh

Selingan - rupa paras dari bawah kek butter warna warni masa stock clearance hari tu... 


December 28, 2012

Apam Mentega


Bila tengok apam ni rasa nak tergelak. Mengimbau kenangan lama masa zaman remaja dan bujang. Masa tu akak menyewa bilik di Sek.18, Shah Alam dan bekerja di PPP ITM. Akak duduk bilik sorang. Satu lagi bilik disewa oleh 2 orang yg takde kena mengena dgn akak, dan bilik utama tuan rumah dan keluarga duduk. Tuan rumah ni pandai buat apam butter. Sedap sangat2.. Tapi kami tak pernah berpeluang nak tengok dia buat. Asyik2 missed the process. Dapat rasa makan je.. Kawan2 tu kata, agaknya resipi rahsia kott..

Satu hari masa kakak ni balik kampung, budak bilik sebelah yg juga pelajar ITM tu duk menyelongkar dapur. Cari resipi apam butter. Punyalah nakal.. Akhirnya jumpa dan dia salin. Siap potostat 1 copy utk akak. Ada lagi akak simpan, tapi tak pernah pun buat. Kejadian dah dekat 20 tahun. Dan baru beberapa hari lepas, akhirnya akak buat juga apam butter ni. Tapi tak guna resipi curi tu.. Guna resipi internet yg sgt banyak tuu... Sedap la jugak. Tapi, agaknya sebab baru first time, taklah cantik tip top macam apam butter Kak Lin si tuan rumah tu. Hehehe....


APAM MENTEGA a.k.a APAM BUTTER
Rujukan : Kak FizaYatie

Bahan2:

(A) Bahan untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (saya guna air panas)
250 g mentega (saya guna buttercup)

(B)
3/4 cawan gula pasir (resipi asal K.Fiza 1 cwn)
4 butir telur
3 cawan tepung gandum }
2 sudu kecil soda bikarbonat } ayak bersama
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila

Cara2:

1)  Untuk buat gula hangus :
Masukkan gula dalam periuk, masak hingga gula larut dan berwarna perang. Tuang dengan air panas perlahan2 dan berhati2 (boleh juga padamkan api semasa menuang air). Kacau hingga gula larut.
Bila telah larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair keseluruhannya. Tak perlu disejukkan dulu.
2) Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan gula hangus dan teruskan memukul hingga sebati
3) Masukkan tepung dan susu secara selang seli. Gaul sebati. Perap selama 1/2 jam.
4) Panaskan pengukus bersama acuan apam (saya guna acu lompang). Masukkan adunan ke dalam acuan - boleh letak penuh atau kurangkan dalam 1 cm kalau nak yg lagi comel ;)
5) Kukus selama 15 minit. Sila alas penutup tu dgn kain ye puan2..

Kalau terbanyak, boleh bagi jiran jemuran.. Kalau takde, simpan dalam petisejuk. Nak makan nanti, kukus balik kejap... (macam yg akak baru buat kejap tadi hehe..)


December 23, 2012

Oven oh Oven

Bilalah nak mula baking ni.. Oven saya tengah cuti2 Malaysia. Sebenarnya tak tau nak diletak di mana oven + dapur yg agak gedabak itu di rumah yg baru diduduki ni. Masalah utama ialah power point yang tak cukup dan jauh dari penempatan sementara si oven.  Masalah kedua, oven tu nak kena guna direct power point.. no sharing2, no extension. Alaaa... Tetiba tekak ni rasa nak makan kek opera!

Gambar hiasan je.. similar but not the same

December 15, 2012

Tempahan Terkini

Nak cakap tempahan terakhir, tak betul.. Terakhir di KL, pun bunyi lain macam je.. Takpelah, mungkin tempahan terakhir di KL untuk tahun ini. Sebab 'kedai' saya yg di KL ni dah tutup. Tu yg duk buat pengumuman selalu.. Akan datang kalau orang Jitra dan kawasan2 berdekatan nak rasa kek humble saya atau karipap frozen made by orang Jawa, yang dibuat dari jiwa dan penuh kasih sayang, boleh roger2 akak.. Akak akan menetap secara tetap di TAMAN TUNKU SARINA, Bandar Darulaman bermula 20 Disember 2012. Walau asal-usul akak dari Selangor, banyak habiskan hayat di KL, biarlah kali ini akak bawa diri ke Kedah sana.. hehehe!

OKlah.. semalam akhirnya berjaya juga hantar karipap dan pau frozen yg dah bertapa berminggu2 dalam freezer untuk kawanku Aida di Wisma Genting tu. Ku redah jua jalan jammed utk special delivery. Baru nak sembang, hujan lebat turun membasahi bumi. Memang Allah tak izin utk kami bergosip dengan lebih2nya... hahaha.

Hari ni pula, dua pupu akak, Dr Faizah berjaya pick up RV setelah entah berapa percubaan menempah. Tu la, kan bulan November/Disember ni penuh dengan aktiviti balik kampung. Dan bila dah lama tak buat kerja2 baking dan yg sewaktu tu, boleh hilang skill. Ellehh... skill sangat la kannn... Bukan apa, alasan untuk melindungi segala ketidaksempurnaan pada itu kek.. erkkk :P  Hasilnya ginilah dek.. Opss. Akak patut panggil Faizah tu 'kakak'.. Pangkat keluarga :)


December 12, 2012

12.12.12 dan Sate Samuri

Ahahhh.. saja je akak letak 12.12.12 tu.. Untuk mengabadikan tarikh yang cantik hari ni. Masing2 nak tinggalkan cop cari kat social medium sempena tarikh yg akan muncul 100 tahun lagi selepas ni. Agak2 masa tu kita rupa apa ekk..? Ya Allah.. moga2 kita semua di dalam Syurga Firdausi.

Hampir menjelang tengahari dapat juga pujuk En Fawwaz turun dan keluar dari kawasan gate Anjung Hijau ni. Nak beli fresh milk (silap amik full milk.. takpelah). Nak isi minyak kereta yg dah keluar gambor pam minyak tu. Umpannya ialah nak belikan Kit Kat, sebab tu dia nak ikut. Tapi kadang2 tak laku juga umpan tu... Sementelah dah isi minyak kat RnR Kesas tu, teruslah cari lauk untuk dia. Suruh dia pilih sendiri ayam masak apa.. Mak pulak order Sate Samuri. Dah makan bulan mak ngidam sate. Tapi sebenarnya bukan En Samuri punya. Akak nak yg macam Ikram Dinzly makan kat JJCM tuuuuu... Nampak lembut dan moist dan besar! Tapi letaknya kat Kajang. Jauh untuk diriku... Nak ajak abe, jgn harap. Dia tu boleh matikan selera akak kalau diajak makan ala2 JJCM hahaha!!!


Takpelah... dapat juga yg namanya SATE. Cuma feel tak berapa lah.. Hat sate daging tu keras dan liat. Makan sambil bayangkan daging rusa yg lembut tu... huwaaa. Cicah pula bayangkan kuah sate Wak Misnon otai sate kat kampungku, yang ada campuran kacang kasar + halus tuuu... Nak komplen lebih2 tak berani. Takut macam tak bersyukur je..  :P  Sekurang2nya, dah sampai Jitra nanti, takle akak terkenang2 sate cap Jawa.. lalala.

December 3, 2012

Tempahan Kek Pelangi

Rupa paras kek span pelangi yang dah disiapkan siang tadi. Sayangnya tak boleh nak hantar pada tuannya atas sebab2 tertentu. Harap2 esok boleh hantar, sebab abe ada,, Thanks Ayu. Jumpa esok ye..



Bahulu Pelangi


Alkisah akak nak buat kek rainbow semalam... Sebab pemesan kata kek pelangi, automatically akak buatkan span pelangi. Sedap sikit, boleh salut dengan cream cheese yg lemak berkrim. Amboi.. sukanya benda2 creamy ni kan..

Everything went smoothly.. pergh, terus nak cakap London! Tapi kan... dah siap titik2kan color dan perasa, dan satu batch (2 loyang) dah masuk oven, baru perasan akak lupa nak bubuh baking powder dan butter cair. Lepas tu rasa nak buang je semua. Frust sangat!! Tapi, bila fikir2, teruskan je lah.. Mana tau boleh makan. Dahlah Encik Fawwaz, supervisor kecik tu asyik checking ke dapur je. Kek..kek.. Penuh sabar dia tunggu kek masak. Tandanya nak la tuuu... sebab dah lama tak buatkan dia pun.

Akak bakor 5 loyang je.. Patut ada 6 bahagian/colors. Bila keluar oven tu, rasa macam lembut pulak. Jadi, dengan yakin bakarlah 5 warna.. Maka macam nilah kejadiannya. Sedap.. tambah akak letak perasa stoberi, oren dan honeydew. Sebab dah ada ganache sejuk kat dalam peti, filling kan itu jelah. Alangkah sedapnya kalau guna krim vanilla.. macam swissroll tu. Nak fillingkan cream cheese, cukup2 untuk buat tempahan je.. huhu! Nak lagi sedap, masuk petisejuk dulu..


BAHULU PELANGI (RAINBOW BAHULU.. ahaks!)

Bahan2:

6 biji telur A
180g gula halus
1 sudu besar ovallete (pastikan ada cop halal ye..)
200g tepung low protein (tepung kek) - ayak
100 ml susu full milk/segar - saya guna Dutch Lady Full Milk
1 sk esen vanilla - saya guna jenis serbuk
Pewarna pilihan - merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru
Perisa tambahan - optional
Krim mentega, vanila, chocolate, dsb - ikut kegemaran sebagai filling

Cara2:

Masukkan telur, gula, ovallette, esen dan tepung dalam mangkuk adunan. Pukul sampai gebu dalam 5 minit dengan  speed maksimum.
Masukkan susu dan pukul lagi sampai adunan ringan.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Letakkan pewarna.
Masuk ke dalam loyang yg telah dilenser dengan majerin/mentega dan dialas dengan kertas baking.
Bakar dengan kepanasan 160C selama 10 minit.
Bila dah sejuk, lapiskan dengan krim kegemaran anda.

December 2, 2012

Pulihkan Semangat

Semangat akak dah pulih rasanya... Sekejap lagi nak baking. Nak buat kek rainbow utk dihantar esok. Kelmarin dah mula dengan projek pau, tapi masih tak cukup. Apa2pun, mesin uli tu dah sihat dan senyap je bunyi dia. Dah tak kelentang kelentong.. Cuma bila adunan makin berat, geseran tepung tu buat akak suspen. Takut meletup je.. na'uzubillah.  Jadi guna utk setakat mengadun dan uli sikit2. Nampak hasil tetap baik dan better dari ulian tangan. Of course la kan... hahaha!

Siap kek tu, nak sambung pau dan karipap utk kawan lama akak yg senyap sunyi je dri fb kebelakangan ni. Akak pun tak sapa2 dia, takut dia bertanya..hehe. Lepas tu kena belajar2 memandu ke tempat baru. Maknanya cuti lagi lah tuuu... Balik, ada seminggu lagi berbaki utk siapkan tempahan RV. Lepas tu cau cin cau.. operasi dari tempat baru :))