December 28, 2012

Apam Mentega


Bila tengok apam ni rasa nak tergelak. Mengimbau kenangan lama masa zaman remaja dan bujang. Masa tu akak menyewa bilik di Sek.18, Shah Alam dan bekerja di PPP ITM. Akak duduk bilik sorang. Satu lagi bilik disewa oleh 2 orang yg takde kena mengena dgn akak, dan bilik utama tuan rumah dan keluarga duduk. Tuan rumah ni pandai buat apam butter. Sedap sangat2.. Tapi kami tak pernah berpeluang nak tengok dia buat. Asyik2 missed the process. Dapat rasa makan je.. Kawan2 tu kata, agaknya resipi rahsia kott..

Satu hari masa kakak ni balik kampung, budak bilik sebelah yg juga pelajar ITM tu duk menyelongkar dapur. Cari resipi apam butter. Punyalah nakal.. Akhirnya jumpa dan dia salin. Siap potostat 1 copy utk akak. Ada lagi akak simpan, tapi tak pernah pun buat. Kejadian dah dekat 20 tahun. Dan baru beberapa hari lepas, akhirnya akak buat juga apam butter ni. Tapi tak guna resipi curi tu.. Guna resipi internet yg sgt banyak tuu... Sedap la jugak. Tapi, agaknya sebab baru first time, taklah cantik tip top macam apam butter Kak Lin si tuan rumah tu. Hehehe....


APAM MENTEGA a.k.a APAM BUTTER
Rujukan : Kak FizaYatie

Bahan2:

(A) Bahan untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (saya guna air panas)
250 g mentega (saya guna buttercup)

(B)
3/4 cawan gula pasir (resipi asal K.Fiza 1 cwn)
4 butir telur
3 cawan tepung gandum }
2 sudu kecil soda bikarbonat } ayak bersama
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila

Cara2:

1)  Untuk buat gula hangus :
Masukkan gula dalam periuk, masak hingga gula larut dan berwarna perang. Tuang dengan air panas perlahan2 dan berhati2 (boleh juga padamkan api semasa menuang air). Kacau hingga gula larut.
Bila telah larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair keseluruhannya. Tak perlu disejukkan dulu.
2) Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan gula hangus dan teruskan memukul hingga sebati
3) Masukkan tepung dan susu secara selang seli. Gaul sebati. Perap selama 1/2 jam.
4) Panaskan pengukus bersama acuan apam (saya guna acu lompang). Masukkan adunan ke dalam acuan - boleh letak penuh atau kurangkan dalam 1 cm kalau nak yg lagi comel ;)
5) Kukus selama 15 minit. Sila alas penutup tu dgn kain ye puan2..

Kalau terbanyak, boleh bagi jiran jemuran.. Kalau takde, simpan dalam petisejuk. Nak makan nanti, kukus balik kejap... (macam yg akak baru buat kejap tadi hehe..)


No comments: