August 17, 2011

Berhenti Seketika..

Sehari dua ni saya sangattt lah malasnya memasak lauk pauk.  Ada ayam, daging, ikan.. tak tau apa yg menyelerakan.  Manalah tak semakin pipih badan ni.  Jadi macam kelambulah jawabnya abaya raya saya nanti.. :P  Agaknya sebab angin sepoi2 Malaysia dah sampai sini.. hehe pandailah!  Esok malam dan nak ke airport dan boarding at 2am (Jumaat).  Seronoknya bagai berdansa jiwa ni... Memang lain sikit feel dia balik kali ni.. sebab nak raya kot.  Padahal mai Bahrain baru je Jun lepas..

Pagi tadi, sebelum abe pergi kerja, kami ke market dulu cari tamar segar.  Memang dah susut tamar (kurma) kat market... satu dua tempat je ada nampak.  Harga pun dah naik sikit.  Kalau awal2 haritu sebakul atau sebekas yg beratnya lebih sekilo harganya BD1 (RM8), tadi dapat BD1 untuk sekilo sahaja.  Masih kira murahla tu... Beli 3kg je.. jadilah.  Sebab barang2 lain banyak nak bawa dan berat2 belaka.. Nak naik kapal takpe, bajet 100kg.. nak naik pengangkutan lain tu la nanti...

Tamar ni besar dan panjang...

Buah delima a.k.a pomegranate. Kat sini memang buah popular...   

Tamar merah


Operasi nak clear up foods & buah2 kat dapur... Petang semalam buatle cekodok pisang untuk berbuka..heheh!  Sedap jugak buka ngan cekodok tau.. Lembut je cekodok tu.  Paling seronok tengok Fawwaz makan satu demi satu...  Ingat banyak tu nak bagi separuh kat bebudak Bangla pekerja kat sini.. tapi  abe kata dia nak makan... sudahnya tak abis :((  Kesal sangat pasal dah pasang niat.  Nak buat cekodok pisang yg lembut, letak sikit SODA BICARBONATE kat adunan tu.  Kalau saya buat, blend pisang + gula + sedikit garam + soda sampai halus.. pastu campur tepung.  Tapi kekadang kalau angin tak betul, bantat juga la... masatu yg salah adalah tepung.. kehkeh!
Petang nanti nak buat karipap banyak sikit... nak bagi kekawan macam biasa.  Esok2 dah takde kan.. Cuma bab lauk lagi lah huhu...  Dalam hati ni sebenarnya nak je makan orang masak kat luar tu.  Tapi yg org sebelah tak suka pulak puasa2 nih... Akak ni kalau dapat buka ngan burger jasmi's tu dah seronok la kot, tak pun shawarma.  Semangat masak tiba2 berubah, entah kenapa.  Tahan je lah sampai kat KL nanti.  Nak makan nasi kerabu puas2.. murtabak.. air soya.. ikan keli goreng.  Menu hari raya tak pasti lagi... Hari pertama selalunya rendang daging, ayam semur, sambal taun, kuah sate pasti ada... heheh dah citer raya la pulak ekk... babai... Cerita lagi nak raya nanti :D)

August 15, 2011

Mee Kari Perantau

Perantau la sangat kan... dah teringin sangat mee kari.  Banyak bahan penting pulak takde.  Tapi buatla jugak, asal ada rasa kari hehehe... Saya, kalau mee kari tu suka yang ada kerang & fish cake... Tapi ni dah takde, hantam sajalah.. tapi best la jugak kan.. :D

Paling penting, mee tu takde.  Malaslah kita nak oder2.. Sebenarnya ada juga org M'sia buat, sekilo BD1.. nak kena oder & ambil sendiri la... Selalunya, saya transform je spaghetti tu jadi mee.  Kali ni guna angle hair, halus sikit..  Rebus kat air yg dicampur serbuk kunyit dan minyak.  Rebus sampai lembut... Jadilah mee kuning... ahaks!
Bahan2:

MEE
Angle hair atau spaghetti - rebus dengan air + kunyit + minyak dan toskan

KUAH
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 batang serai - titik
2 sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu udang kering - rendam dan tumbuk
Isi ayam dan tulang2nya
Santan secukupnya
1 keping asam gelugor
Daun kari

HIASAN
Sayur2an - sawi, tauge, carrot, tomato
Chicken meatball - goreng dgn sedikit minyak
Daun sup/parsley & daun bawang
Bawang Goreng
Cili padi/hijau potong atau sambal tumis



Cara2:

KUAH
1)  Kisar bahan2 bertanda *.  Kemudian tumis dengan minyak sampai layu atau terbit minyak. (kadang2 kalau kisar dengan air, bila menumis minyak tu hilang... pandai2 lah ye huhu)
2)  Masukkan cili kisar dan udang kering... kacau2 sampai hilang bau cili tu..
3)  Masuk pula rempah kari.. kacau sebentar dan tuang sedikit air.
4)  Masukkan ayam dan ratakan rempahnya pada ayam... biarkan sebentar sampai hampir masak.  Haritu saya bubuh sekali kentang dipotong kecil..
5)  Bila ayam dah agak masak dan kentang empuk, tuang santan... masukkan asam keping dan tomato.  Tunggu sampai mendidih dan sekali sekala kacau supaya tak pecah lemak sgt..  Saya suka tunggu lama2 supaya sebati rasa kari tu...

Asparagus Campur


Sayur beberapa hari lepas... En Abe yg mengidam sangat nak makan asparagus.  Dah beli tu, sikit sangat pulak.. jadi campurlah dengan kawan2 sayur yg lain.. ehehe

Bahan2:

Asparagus - potong 2 inci
Jagung muda - potong panjang
Carrot - potong panjang
Bawang putih - ketuk dan hiris
Bawang besar - hiris kasar
Capsicum
Cili hijau
Sos tiram
Chicken meatball
Serbuk stok ayam
Sedikit garam

Cara2:

1) Goreng meatball yg dibelah 4 dengan sedikit minyak hingga agak masak. Ketepikan sedikit (saya guna pan, senang nak ketepikan tu...)
2) Masukkan bawang dan tumis hingga layu.  Masukkan sos tiram.
3) Masuk pula carrot dan jagung... balik2kan semua dan goreng hingga sedikit lembut
4) Masukkan asparagus, stok ayam dan garam.... balik-balikkan seketika dan angkat

August 14, 2011

Baked Cream Dory Fish Fillet

Hehehe... saja letak tajuk panjang2... Tajuk melayunya ialah IKAN DORI BAKAR.  Sejak tak pergi fresh market di bulan puasa ni, tak tau apa jenis ikan nak dibeli kat hypermarket.  Macam ngengada jek.. Padahal lagi senang beli kat situ, sebab harga dah terpapar, tak payah nak berhimpit2 kat dalam tu, ada yg tolong bersihkan, dll..  Paling senang beli je yg dah siap kat pack tu.. Sampai rumah terus masuk freezer.

Minggu ni saya beli ikan dori lah pulak.  Sebenarnya tak pernah beli pun, baru first time.  Tetiba suka pulak tengok akan kebersihannya.  Dah pasti dalam kepala pun nak masak yg ala2 masuk oven..  Macam selalu buat kat ayam tu.. Jadinya, semalam petang masak dgn rileks.. Trifle dah awal2 buat tengahari tu... goreng asparagus campur dan bakar ikan ni... Selera makan malam tu... Panggil makan malam sebab kita tak makan nasi masa buka... Lepas solat, relaks kejap baru makan nasi.  Buka tu kejap je dengan kurma, kuih & buah..

 Sebelum bakar..
Bahan2:

1 keping ikan dori (cream dory fillet)
1/4 labu bawang besar - potong dadu *
1 ulas bawang putih - ketuk dan hiris halus *
1/2 inci halia - hiris halus *
2 sudu sos lada hitam *
1 sudu kicap masin (opt) *
1 sudu kicap manis *
1 sudu mayonnaise *
Sedikit madu *
Sedikit garam (kalau rasa perlu) *
Lada benggala (capsicum)
Daun ketumbar

Cara2:
1) Cuci ikan dahulu... kalau takut hanyir, rendam kejap dengan garam dan tepung, lepastu bilas
2) Campurkan semua bahan bertanda *... masukkan ikan dan perap seketika
3)  Sesudah diperap, letakkan ikan dan semua sos ke dalam bekas atau pinggan tahan panas.  Taburkan dengan capsicum dan daun ketumbar
4)  Bakar dalam oven selamat 15 minit dengan suhu 180C.  Hidangkan dengan nasi panas..

Puding Trifle


Terpengaruh lagi dengan posts adik2ku kat fb... semua pakat buka puasa dgn triffle ye.  Sebenarnya malas sket nak buat, takut tak dapat sambutan.  Maklum abe kita ni dah mula diet gula.. tau2lah dalam usia nak pencen nih huhuhu.  Tapi sebab macam tergoda je terutama musim tgh panas ni, buat le jugak.  Bahan pun tak banyak mana, buatnya pun tak susah.. 2 hari ni kenalah makan dessert yg sama ekk hehehh..

Resipi asal dari My Resipi oleh daniaelyza.  Tapi akak sesuaikan dengan apa yg boleh didapati di Bahrain ni, dan juga kabinet ajaib ku itu.. :))  Kejadiannya setakat manis2 buah, cuma seperti biasa kek kat Bahrain ni selalu manis bebenor... :)

Bahan2:

Swiss Roll (kek/baulu gulung) secukupnya - kat Bahrain ni guna jenama Americana perisa raspberry
1 tin susu cair - setin kat sini kecik, cuma 170g
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
400ml air
1 tin buah-buahan campuran - asingkan airnya tp jangan buang
1 kotak serbuk jelly - saya guna sekotak tu beratnya 85g, perisa raspberry *
300ml air panas mendidih *
300 ml air sejuk dari petisejuk *

Cara2:

1)  Didihkan susu cair bersama gula..
2)  Masukan tepung kastard yg dilarutkan terlebih dulu dengan air (400ml).  Masak sampai pekat.. sambil tu kacau ye, kalau tak berketul2..
3)  Dalam sebuah bekas, susun swiss roll yg dah dipotong2 ke atasnya... Basahkan dengan air buah yg dah diasingkan tadi.  Kemudian susun pula buah-buahan tersebut..

4)  Tuang kastard yg dah dimasak tadi ke dalam bekas.. (ada juga yg masukkan buah selepas menuang kastard, ikut memasinglah..)
5)  * Untuk buat jelly pula, saya ikut aturan di kotak... mula2 didihkan 300ml air dan tuangkan ke atas serbuk jelly yg dah dimasukkan ke dalam mangkuk.  Kacau sampai jelly larut.. selepas tu, tuang pula 300ml air sejuk.  Dah tu tuang jelly ke atas lapisan kastard (cara #4)
6)  Sejukkan trifle sebelum dimakan... sedapnya selepas beberapa jam di dalam petisejuk

 jangan tengok lama posa2 nih... ;))


Popia Bersira Pedas


Hari tu ada saya bertanya seorang kawan, macamana nak buat popia yg tak berminyak sangat... Maksud dalam hati tu, selalu beli kat kedai kadang ada yg kurang berminyak.. tapi saya buat, selalu berminyak sangat sampai takut nak makan... Kot2 la kawan tu ada petua kan.  Tapi, belum dia jawab, kawan2 fb dia semua dah tolong jawabkan... ada yg kata goreng dengan air, masuk microwave, oven, dsb... Dah kalau dgn air tu, namanya rebus la dol, kalau masuk oven bako... Geram juga, sebab akak ni tanya dgn jujur... Sudahnya tak berjawab!

Mmm... dahlah.! Membebel la pulak kan.. kikiki.  Kelmarin, buatlah juga popia tu sebab ianya memang kuih popular di bulan Ramadan.  Lagi pulak, kulit tu banyak lagi balance buat murtabak haritu.  Nampaklah resipi blogger masak fofular di My Resipi - Hana..  Lantas teringat popia sambal Kak Bibah (org kampung akak).  Terbaikk popia dia tu.. dan murah.  Tapi kalau ikut kak bibah, cili kisar tu dia tumis lama dengan gula sampai pekat... gitulah kot!!  Akak beli & oder je... heheh.


Sedap juga resipi Hana ni... meh la cuba sekali.  Utk original resipi, tengok kat SINI (rajin2 le jalan2 ekk..).  Yg bawah ni versi apa yg ada kat Bahrain...atau versi jimat cermat  ;P  Gulung ketat2 sikit, kali ni kurang minyak yg bertakung kat dalam kelongsong.

Resipi asal - Hana @ My Resipi
Bahan2:

Kulit popia secukupnya
INTI
1 cawan kobis - hiris halus
1 batang carrot - hiris halus (saya guna parut sayur yg kasar)
Tauge & sengkuang - saya tak letak
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu udang kering - rendam dan tumbuk
1 sudu sos tiram
Garam dan gula atau perasa

SAMBAL
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah & putih yg dah dikisar - saya letak 2 sudu
2 sudu besar sos cili - saya & Hana guna sos chili Thai... tapi akak sebenornya tertuang lebih :D
Sedikit belacan - tak letak
Sedikit air asam jawan atau cuka - letak dalam 2 sudu air asam
Gula melaka atau gula putih - saya letak kedua2nya..
Garam
Bijan sangai - tak letak

Cara2:

INTI
- Tumis bawang besar hingga layu, masukkan sos tiram... kemudian masukkan udang kering, kacau2 dan akhir sekali sayur2an dan garam gula (selalu saya tak bubuh gula..)

POPIA
- Bentang kulit popia, sudukan sayur dan lipat/gulung sampai habis.  Goreng dengan minyak yg panas dan toskan.
- Bila SAMBAL SIRA dah sejuk, golekkan popia pada sambal dan susun atas pinggan.

SAMBAL SIRA 
- Tumis bawang sampai naik bau.  Masukkan cili kisar... dah agak terbit minyak, masukkan garam dan gula pula, diikuti sos cili.. kacau2 sampai pekat. Garam jangan banyak sgt, lebih kan gula ye... Bila dah pekat, angkat dan sejukkan.

Sangatlah bestnya....

August 11, 2011

Ayam Percik


Hidangan beberapa hari yg lepas...ayam percik Kelantan versi bakar kat oven.  Resipi diperolehi dari MYR. Tapi akak buat kaler pucat je sebab tak letak cili demi anakanda tercinta.  Kalau tak, mau kena masakkan yg lain untuk dia..hehe.  Takde nak membebel banyak2, meh tengok camna nak membuatnya.

Sedap... Fawwaz tambah2 nasi dengan penuh selera..

Bahan2:

1 ekor ayam (saya buat 1/2 je)
1 1/2 cawan santan pekat (saya guna santan serbuk je, kurang le kilatnya..)
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih/halus
1/2 cawan tepung beras (next time buat nak kurangkan atau tak bubuh.. :))
Sedikit air asam jawa/asam keping (saya guna asam keping)
Cili kering (optional.. kalau nak kuah merah)
Garam dan gula secukupnya

Cara2:

1)  Kisar bawang, serai, halia, ketumbar dan jintan... kemudian guna untuk perap ayam dalam 1/2 jam atau lebih (saya guna separuh.. yg separuh lagi masuk freezer utk kegunaan akan datang..)


2)  Masukkan ayam yang diperap bersama tepung beras yang digaul sekali dengan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.


3)  Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar


4)  Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 1/2 jam atau sehingga ayam agak keperangan 


5)  Hidangkan ayam yang dicelup dengan lebihan kuah tadi...

August 10, 2011

Murtabak Segera.... (II)


Kelmarin saya buat karipap dan inti tu ada lagi sikit.. bekasnya memenuhkan fridge je!  Jadi, semalam ni tukar sikit rupa inti karipap tu untuk dijadikan inti murtabak.. hahaha.  Akak suka kerja2 senang gini..

Mula2, keluarkan inti karipap tu dari peti... Mari lihat langkah seterusnya...

Bahan2:

1/4 labu bawang besar - potong dadu 
1 ulas bawang putih - racik halus 
1/2 cawan (lebih pun takpe) daging kisar (ground meat)
Inti karipap - dalam 1 1/4 cawan
2 butir telur
Kulit popia - yg besar sikit

Cara2:

1)  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2)  Masukkan daging kisar dan kacau2 sehingga daging masak atau bertukar ke warna pucat
3)  Masukkan inti karipap... kacau sebati dan angkat
4)  Bila inti dah sejuk, masukkan telur dan adun sampai sebati
5)  Sediakan kulit popia... sudukan inti ke atasnya.  Lipat 4 segi.. Saya basah2kan sikit dengan air supaya senang melekat
6)  Goreng atas kuali atau pan dengan sedikit minyak (sekadar percikan) dan balik2 kan..



August 9, 2011

Kentang Sambal Kering



Buat kentang sambal versi nipis untuk dimakan waktu sahur pagi tadi.  Asalnya ternampak adik bongsu saya menayang dry ubi sambal dia.. lantas teringin sesangat.  Sahur tadi makan dengan nasi panas dan telur dadar je.. memang best!  First time pun sahur dengan nasi putih...


Bahan2:


2 biji kentang
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu cili kisar
2 sudu gula
Sedikit garam (dlm 1/2 sk kot..)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2:

1)  Kentang dikupas kulit dan dipotong nipis.  Kemudian di lumur dengan garam dan goreng garing (sebelum tu saya rendam kejap dengan air kapur, tak buat pun takpe)
2)  Tumis bawang dan cili kisar sampai nampak sedikit garing.  Masukkan garam dan gula, biar sampai pekat dan berkilat.
3)  Matikan api dan biarkan sambal tumis sejuk sedikit... baru masukkan kentang goreng.  Gaul rata hingga semua kentang disaluti cili..

August 8, 2011

Ikan Tenggiri Masak Lemak



Sebenarnya idea nak masak lauk dah semakin hancus...huhu!  Bukan tak banyak resipi yg boleh diikut, tapi ala2 'M la pulak puasa2 nih... Akak kan selalu masak 4-5 kali je dalam seminggu, utk makanan berhidang ni... dan suka masak yg simple je.. Jenuh juga hari2 memikir apa nak masak.  Kalau kuih atau dessert tu OK la pulak.  Sebab saya memang suka makan kuih...
Memandangkan ikan tenggiri ni dah lama bertapa kat freezer tu, akak pun decide masak ni jelah!  Masak pun tumbuk2 je apa yg patut.. ikut rasa :)

Bahan2:

2 ketul ikan tenggiri - gaul dengan garam dan kunyit selepas dibersihkan
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas kunyit - tumbuk
6 batang cili padi - ikut suka pedas mana, tumbuk
1/2 biji tomato - potong dua
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam

Cara2:

1)  Goreng sebentar ikan sehingga agak kekuningan
2)  Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama sedikit air (dlm 1/2 cawan).  Rebus hingga mendidih/layu
3)  Masukkan santan dan tomato. Biarkan hingga mendidih, sesekali kacau supaya tak pecah minyak.
4)  Masukkan ikan, asam keping dan garam.  Biarkan mendidih seketika dan angkat.

Puding Marble Roti 2011



Pasaipa bubuh tajuk 2011? Sebab... last buat 2010, ni dah kira setahun baru buat balik... :D  Kebelakangan ni macam selalu pulak tengok gambar puding marble ni, tu sebab dalam tak merancang terus je buat.  Kalau tahun lepas tengok resipi tu lat MYR, kali ni bertandang kat blog empunya resipi.  Namun apakan daya, tak dapat juga tiru bulat2 sebab bahan utama tu takde... iaitu serbuk agar2.  Yang kita ada serbuk jelly entah bila punya daa... eh! lain tau serbuk tu!  Jadi, derhaka untuk kali kedua.. :|


Versi ori Hana boleh tengok di SINI... yang bawah ni versi tuko2..  Tahun lepas pula, saya guna agar2 tali.. macam kat SINI 
Bahan2:

1 peket serbuk jelly (jenama konnyaku seberat 120g)
500 ml air
2 sudu gula (tak letak pun takpe, sebab jadi manis sgt... jelly tu dah bergula)
4 keping roti
2 butir telur
2 sudu besar susu pekat
120ml (1/2 cwn) susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko - saya tak semuakan
2 sudu besar majerin atau mentega - cairkan dulu
Sedikit esen vanilla (opt)

Cara2:

1)  Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan air sehingga halus
2)  Dalam waktu yang sama, didihkan 500ml air... setelah itu masukkan serbuk jelly
3)  Bila dah mendidih semula dan jelly larut, masukkan adunan roti (1) dan kacau2. Esen vanilla bubuh masa ni..
4)  Masukkan majerin, kacau sebati dan didihkan sebentar. Matikan api. (edited)
5)  Bahagikan adunan kepada 2 - satu adunan asal berwarna keputihan, dan satu lagi dicampur serbuk koko. Masa masukkan koko tu, kacau cepat sampai sebati..
6)  Sendukkan satu persatu ke dalam bekas bermula dari tengah.. cth satu senduk adunan putih, kemudian satu senduk adunan coklat di atasnya.. dan seterusnya... dari tengah, adunan akan ke tepi sendiri.. :))


 Rupa marble org posa...huhu

August 7, 2011

Urap pegaga, tauge & timun


Ingat nak buat urap pegaga je.. tapi terjeling kat tauge yg masih segar dan timun.. Maka dicampur2 lah mereka.. Saya suka sayur ala2 kerabu macam ni.. segar je memakannya.
Bahan2:

Pegaga - ambil daun sahaja dan hiris halus
Tauge - basuh dan tos
Timun - potong mcm mancis
1 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah (saya suka guna bawang besar)
1 inci belacan bakar/goreng
1 sudu ikan bilis atau udang kering
6 batang cilipadi (ikut suka pedas mana)
Garam
Gula (kalau suka)
Jus limau nipis

Cara2:

1) Tumbuk bawang, cili padi, belacan dan ikan bilis sampai lumat.  Ikan bilis selalu orang buat mentah2, tapi saya rendam dgn air panas sekejap..
2) Gaul bahan tumbuk tersebut dengan kelapa parut... Saya stimkan kejap kelapa tu dulu, biar jgn cepat basi.. Tambah garam dan gula serta jus limau.. gaul sebati.
3)  Gaul pula dengan ulam2 tersebut... boleh makan dah!

Red Snapper Sweet Sour


Lauk ringkas semalam.. ikan merah masam manis.  Sweet sour paling ringkas dan takde macam2 aksesori.. tengok apa yg ada kat dapur & fridge je.. ehehee!
Bahan2:

1 ekor ikan merah - digoreng
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang merah - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1 biji tomato
2 batang cili merah
Sos tomato
Sos cili
Sedikit sos tiram (utk sweet sour sebenarnya tak perlu, saja nak letak ;D )
Garam
Gula

Cara2:
1) Tumis bawang merah & bawang putih serta halia hingga layu.  Masukkan bawang besar...
2) Tuang segala sos secukupnya (agak2 cukup utk ikan sebesar mana).. Tambah sedikit air..
3) Bila dah mendidih, masukkan tomato dan cili merah.. perasakan garam dan gula (puasa2 apa nak rasa lak ye? hehehh)
4)  Tuang pada ikan goreng yg dah diletak dalam pinggan/mangkuk

August 6, 2011

Juadah Berbuka Minggu Ini

Minggu pertama puasa... nak tak nak memang kena rajin ke dapur sebab kat sini takde bazar ramadan.  Semua kena air tangan sendiri.. Lagipun kami tak berapa makan makanan arab ni, macam nasi bariani, mandhi, dan apa segala... Awal2 puasa di sini dulu pernah beli juga, tapi tak pernah habis, jadi membazir... Dah namanya tekak jawa + melayu, selera mestilah datang dari Malaya.. :))  Tapi walau hanya kerja di dapur, kaki ni lenguh2 je sejak bulan puasa ni. Lutut tu kalau dah tiba malam, mesti nak sapu yoko2.  Nilah, penyakit keturunan.... *sigh*

Puasa ni banyak recycle menu tahun2 lepas...haha!  Tak caya... memang kebanyakannya kali terakhir buat ialah puasa tahun lepas... macam roti jala, apam balik, cucur badak.. Makan tahun ye nak buat semula?!!  So, kalau kelmarin kita buat roti jala, nampaknya Ramadhan tahun depan baru ada ulangan... adakah!?

Jadinya, inilah tayangan amal juadah berbuka kita utk beberapa hari lepas dan semalam.. Simple je, sebab tak mau berlebih2... nanti tak tau nak makan mana satu.
_____________________________________

Permintaan istimewa en abe semalam ialah PISANG GORENG selain mihun goreng... Saya buat mee siam berkuah.. makan sampai sahur hehehh..
Sedap pisang ni, jenis tak manis dan tak masam.. juga keras sedikit (saya suka pisang jenis macam ni).. Tapi makan seketoi je sebab dah terkenyang... Bila sahur, tak lalu pulak sebab kejar masa... :(

Roti Jala - juadah hari Khamis lepas.  Dimakan dengan kari ayam.. buat banyak sikit, nak bagi Aidil (team mate abe) sikit... Akak dok bayang, sedapnya kalau dimakan dengan serawa durian.. kan kan!!??  Sebutla benda yang takde ye... ;P
Resipi ROTI JALA & KARI AYAM ada kat SINI...

Semalam, selain goreng pisang, saya buat APAM BALIK.  Resipi ada di SINI.  Last saya buat September 2009 tu.. puasa 2 thn lepas! hehehe....

Bubur kacang tak ingat bila membuatnya... mungkin hari pertama atau kedua kot... Letak sagu sikit.  Puasa2 memang saya suka buat bubur.. cuma hari tu tak bawa pulut hitam, jadi tahun ni tak buatle jawabnya.. Paling2 boleh buat nanti ialah bubur jagung... Minggu depan je lah.. :))

Itu je lah... harini nak buat cucuq badak lagi sebab inti dan frozen tapioca haritu ada lagi dan pastinya mendapat sambutan hangat!  Buat red snapper sweet sour & urap pegaga... cukuplah!  Banyak2 nanti senak perut.. :))  Cumaa... apasal nama dia 'cucur badak' ekk.. macam tak sesuai gitu... =.=

August 5, 2011

READY MADE ABAYA FROM BAHRAIN

Harini akak cuti tulis resipi... ngantukk je mata ni.  Nak cuci2 mata je... pada sulam2 bunga dan batu2 bersinar kat koleksi abaya akak nih... sambil2 fikir nak masak apa petang ni.  Abe nak mihun goreng & pisang goreng *kih kih*.. saya pula rasa nak buat apam balik... ;)
_________________________________________________

Untuk sesiapa yg berminat, saya memiliki koleksi 'ready made' abaya + syaila (tudung) untuk saya bawa pulang hari raya nanti iaitu pada bulan 19 OGOS 2011.  
Material adalah satin yg sejuk bila dipakai.
Penghantaran dan pembayaran akan ditentukan selepas penempahan dilakukan.. TK  :))

Boleh email kepada saya :  okeedgz@gmail.com
Sila klik "ABAYA CIK SITI"
_____________________________________________

ABS1 (kombinasi sulaman biru & silver)
Saiz - S (ukuran dada 36)
Harga : RM190

______________________________________________

ABM1 (kombinasi sulaman pink & biru)
Saiz - M (ukuran dada 38)
Harga : RM190

____________________________________________

ABL1 (Sulaman keemasa dan ada batu)
Saiz - L (ukuran dada 40)
Harga : RM190

______________________________________________

 ABL2 (sulaman keemasan dan leher ala cekak musang)
Saiz - L (ukuran dada 40)
Harga : RM190

_______________________________________________

ABX1 (kombinasi sulaman hijau & silver)
Saiz - XL (ukuran dada 44)
Harga : RM190

_________________________________________________

ABF1 (kombinasi sulaman gold & maroon)
Saiz - Free size
Material : Crepe
Harga : RM160



 _____________________________________________

Gaya potongan leher dan depan abaya - belah di tengah 
boleh digayakan sebagai jubah sarung di luar
Gambaran keseluruhan

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...