Pages

July 31, 2011

Frozen Tapioca

Dah beberapa minggu nampak benda ni... baru kelmarin teringat nak beli.  Sonang kerja akak ada ubi kayu frozen ni.. Datangnya dari India.  Baru nak cuba boleh tak dibuat bingka atau lepat ubi....  


Yang ni ubi kayu biasa... datang dari Sri Lanka pulak.  Mula2 dah timbang yg ini, baru teringat yg frozen.. ambik 2-2 lah... Menu awal2 puasa adalah berasaskan ubi ye!!!

July 30, 2011

Pau..... dan lagi


Pau lagi ye... hehehe apa nak buat.  Dah peminat tegar kuih pau.. Kali ni dengan resipi doh yg berbeza dan senang.  Dapat semasa akak terbaca tajuk entri mat gebu yg agak 'ganas' - pau gebu montok tembam.. :D  Sumber asal dari blog kak ida (1001 resepi).  Tapi apakan daya, depa suma ada tepung pau.. chek kat Bahrain ni mana ada tepung lagu tuu... Tepung maida pun jadilah naa.... :)))

Saya buat sikit, dapatlah dalam 9 biji pau dengan pelbagai rasa - 3 coklat, 3 kelapa dan 3 kentang (isi karipap). Lepastu, siap boleh simpan lagi... nak makan boleh kukus balik atau masuk kat microwave kejap.  Cuma bezanya ialah, kalau panaskan dengan pengukus, ianya akan lembut lama (kalau kukus pagi, sampai petang tetap lembut).  Manakala kalau panaskan guna microwave, bila dah sejuk agak lama, dia kan mengeras!  So, nak kena cepat2 makan sementara masih panas atau hangat... gitulah ye :))

Selain dari tu, kalau takde breadmaker atau hi-end punya mixer, janganle buat kerja menguli masa puasa... Berpeluh dibuatnya... lepastu nak minum sokmo.  Sebab kalau macam saya, menguli tu dengan penuh perasaan sebab nak dapat hasil terbaik... hehehh
Inti kelapa & inti coklat... 
Bahan2:
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan & Koleksi 1001 Resepi

250g tepung maida atau tepung gandum
1/2 sk yis kering
1/2 sk double action baking powder (yg ni cmg & kkida tak letak)
30 ml minyak - saya guna sunflower
130ml air
1/4 cawan gula halus

Cara2:

1)  Tepung, yis dan baking power digaul bersama.  Kemudian sekalikan dengan minyak
2)  Larutkan gula ke dalam air (disebabkan summer ni amat panas, air paip tu pun jadi suam2... hihi)
3)  Tuangkan sedikit2 air (cara 2) ke atas tepung sambil menguli.  Saya tak semuakan bila nampak tepung dah lembik sedikit.. Teruskan menguli sampai sebati
4)  Untuk menyenangkan menguli, saya bahagikan doh kepada 9 dan uli satu persatu sampai lembut dan halus strukturnya...
5)  Ambil satu dan leper atau lekukkan... isi inti mengikut kegemaran.  Tutup dan kemaskan, dan letak lapik kertas di bawahnya (boleh gunakan kertas cupcake).  Biarkan naik dalam anggaran 40 minit lagi
6)  Panaskan kukusan dengan api besar... bila dah mendidih, boleh letakkan pengukus + pau.. Kukus selama 10-15 minit

p/s:  Pau versi saya ni memang lembut dan gebu... tapi taklah putih melepak macam kalau guna tepung pau.. Seharian letak kat luar pun masih lembut gitu... tapi kenalah tutup.  Kalau kena udara, boleh jadi kering nanti.

July 29, 2011

Soto Ayam



Tiba2 nak buat soto... selepas tengok2 gambar soto orang... Tapi sebenarnya, sehingga kini masih belum kutemui soto sesedap yang bibik (bekas pembantu rumah) kakak saya masak... Soto kat Siti tu memang yg terbaik!!! Dia punya soto memang letak santan sikit... Next timelah, tanya betul2 kat kakak resipi yg sebenar.. mesti dah sama tere... :D  Bibik tu pun dah balik Indon tahun 2003 dulu, selepas 6 thn berkhidmat... lama sekali!

Buatnya pagi tadi, untuk breakfast sekali ngan lunch.  Kali ni ambik resipi dari My Resipi oleh DianaA.  Cari resipi yg lain sket supaya taklah macam makan sup biasa je... Saya pun tak ikut betul2, main cekup2 je bahan tu dan tokok tambah sikit... ehehhh.  Buat pun untuk makan berdua je.. Kalau nak tengok original resipi tu, boleh lawat myresipi ye...

 Bahan2 (my version):


I) Untuk Sup
1/2 ekor ayam - potong 2
Air secukupnya
1 sudu ketumbar - tumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk jintan halus atau jintan putih - tumbuk halus
Sejemput serbuk lada putih - tumbuk halus
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
1 sudu serbuk rempah sup (opt)
1 sudu serbuk pati ayam (opt)
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
* Kalau nak tambah santan macam Diana pun boleh...


Bahan untuk Dikisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

II) Sambal Kicap
10 batang cilipadi
1 ulas bawang putih (yg kecik je)
Sedikit gula
Kicap manis

III) Bergedil
1 biji kentang (yg besar) - potong kecil dan goreng sampai lembut
2 ulas bawang merah - hiris dan goreng
1 ulas bawang putih - hiris dan goreng
1 sudu besar udang kering - goreng (tapi akak kehabisan udang kering ni, ganti ngan bilis.... boleh je!!)
Daun sup atau parsley
Putih telur - kocak


IV) Lain2 Bahan dan Hiasan
Nasi impit - saya buat sendiri, macam kat SINI
Tauge - celur sekejap
Bawang goreng
Daun sup - kat sini takde daun sup, saya tukar daun parsley
Kacang goreng
Suhun dan ramas2 sebelum tabur... (tadi mokcik lupo! padahal nak buat.. ;D)

Cara2:

Sup
- Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga bersama serai dan lengkuas yg dititik
- Bila dah naik bau, masukkan pula bahan kisar, diikuti bahan tumbuk
- Tuang air secukupnya
- Masukkan ayam dan biar sampai ayam masak (masa air dah menggelegak, saya masukkan rempah sup & pati ayam)
- Masukkan garam ikut citarasa

Sambal kicap
Tumbuk cili, bawang putih dah gula sampai halus... Masukkan bekas dan tuang kicap.  Boleh juga perahkan air limau atau tumis.. (see sambal kicap tumis bwh label sambal)

Bergedil
- Goreng kesemua bahan sampai garing (kecuali daun sup ;)))
- Sekalikan bahan goreng dan tumbuk... lepas tu masukkan daun sup.  Gaul sebati
- Ambil sedikit2 dan bulatkan ikut saiz yg digemari
- Celup pada telur dan goreng hingga berwarna kecoklatan (jgn hangus ye puan... ehehh)

Eh!  Dah siap?  Meh jemput makan... dah abis pun.  Nasi impit je tinggal seketul, tak tau nak makan ngan apa...

Yang ni pun nak enter frame... donut khas utk che mat yg tak makan soto... Jadi super chef kejap pagi tadi kat dapur :D

July 28, 2011

Ikan Masak Taucu


Lauk biasa2 je... tapi saja nak tepek kat sini jugak!  Yang pelik dan sedikit kelakar, sampai ke sudah akak tak tau nama ikan yg dimasak ni.. nak kata mackerel macam bukan... entahlah! ikan apa ntah... tapi OK lah juga rasa dia, ada manis2.  Kat Bahrain ni memang boleh jumpa pelbagai jenis ikan yg takde kat M'sia.  Dari yg sebesar2nya (lebih besar dari Fawwaz kot...), hingga yg kecik2... Yg biasa kita tengok macam kembung, talapia, bawal, selar, tenggiri, pari dan tongkol memang ada je... tapi kadang2 rasa nak adventurous sket dengan mencuba ikan dorang..

Masak lauk ni selalunya ikut apa yg ada dan rasa nak letak je....

Bahan2:
Ikan - apa2 jenis yg sesuai
Bawang putih - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang besar - hiris tebal
Cili padi atau boleh campur dengan cili besar - hiris atau ketuk je
Halia - hiris nipis
Lengkuas - hiris nipis
Tomato segar - belah 4
Taucu
Sedikit gula (opt)
Minyak untuk menumis

Cara2:

1) Goreng ikan sampai hampir garing
2) Tumis bahan hiris (kecuali cili) sampai naik bau dan agak garing.  Kadang2 saya letak juga serai yg dititik
3)  Masukkan taucu (selalunya taucu dah masin)... kacau2 sampai naik bau..
4)  Masukkan tomato dan cili hiris (kalau nak masukkan bawang besar masa ni pun boleh..).
5)  Masukkan ikan dan balik2kan supaya semua terkena perencah tu... Kalau nak berkuah sikit, masukkan sedikit air dan biarkan sampai mendidih...

Baked Macaroni


Sos spaghetti bolognese haritu masih berbaki banyak dan saya simpan di freezer.  Kot2 teringin nanti, tinggal defrost je kat microwave.  Tapi tetiba teringat nak buat baked macaroni la pulak.  Dah lama sangat macaroni tu bertapa kat gobok..

Jadi petang semalam siap2 rebus macaroni, pastu simpan kat fridge.  Pagi2 tadi keluarkan semua macaroni dan sos bolognese... Senang kerja2ku... tak payah tumis2 lagi.  Resipi ni kira macam mix and match je la... pastu ada gak cilok2 idea orang terutama blog yatiememories... bab2 letak sos putih tu. Maka dapatlah breakfast dgn baked macaroni... ada separuh lagi untuk lunch saya nanti dan dah tentu tak abis juga huhuu... tulah! Nak bagi budak2 bangla yg buat cleaning tu macam tak cukup la pulak... ;|| 
 
Bahan2:
Macaroni
Sos bolognese 
Sos putih
Keju mozarella

Beginilah cara2nya ye... tetiba malas sikit... :D :

- Mula2 saya rebus 1 1/2 cawan macaroni sampai al dente dan toskan
- Kemudian panaskan semula sos bolognese tu (kalau takde yg sedia ada, boleh tengok kat SINI atau goreng macaroni macam kat SINI)
- Masukkan macaroni dan gaul rata
- Sapukan sedikit majerin atau mentega ke permukaan bekas 'baking' yang bersesuaian.  Masukkan separuh dari macaroni tadi ke dalamnya.  Ratakan
Lapisan pertama 
- Tuang separuh sos putih ke atasnya.. BAHAN & CARA BUAT SOS PUTIH LIHAT DI BAWAH TU... ;D
 - Masukkan baki macaroni ke dalam bekas dan tuang lagi sos putih.
- Tabur dengan keju mozarella...
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 30 minit atau sampai keju keperangan...

SOS PUTIH
Bahan2: 1 sb mentega, 1 sb tepung gandum, 200ml susu, 1 sb cream cheese (orang selalu guna cheddar cheese keping tu), sedikit lada sulah dan garam

Cara2:  Cairkan mentega hingga panas, masukkan tepung gandum dan kacau cepat2.  Tuang susu... masukkan cream cheese, lada sulah dan garam.  Didihkan sebentar dan angkat.

July 27, 2011

Baked Chicken with Vegetables


Idea baked chicken kali ni didatangkan dari blog totcupcakes sewaktu saya sedang meronda2 di laman Kongsi Resipi, setelah melihat gambar kuih abuk2 sagu di fb.  Tiba2 ternampak gambar Classic Baked Chicken di situ... Walaupun cita2 asal nak goreng ayam ala KFC untuk dinner, akhirnya saya tukar fikiran... nak bakor ayam jelah!! hehehhh.. Tapi dari resipi asal tu, saya bega2 lah sikit ikut citarasa..

Seronok memasak cara ni... mudah dan bersih.  Masa pun tak banyak kat dapur... Makanan pun jenis yang sihat...  Lepas masak, tak perlu nak sental2 dapurku yang putih warnanya tu... Anyway, saya memang suka dapur berwarna putih... senang nak nampak kotoran dan boleh cuci.. ;)

Bahan2:

1/2 ekor ayam - dipotong 4 (ikut suka masing2 lah ye..)
2-3 sudu sos lada hitam (saya main agak2 je..)
Serbuk pati ayam - atau kiub ayam
Garam & sedikit gula
Serbuk paprika - resipi asal guna serbuk cili
Sedikit minyak zaitun/sunflower atau apa2 je

Sayur2an:
1 batang carrot
1/2 biji eggplant - atau 1 batang terung panjang yg biasa tu
1/2 biji bawang besar - belah 3
1 biji kentang yg sederhana besar
Capsicum

Cara2:

1)  Bersihkan ayam, buang kulitnya... perap dengan sos lada hitam, serbuk pati ayam, garam, gula dan paprika selama 1 jam atau lebih.

2)  Potong sayur-sayuran dan kentang dengan agak besar atau tebal.

3)  Susun ayam yang telah diperap sekali bersama air perapan ke dalam bekas tahan panas (baking dish).  Saya taburkan sedikit daun parsley dan tuang sedikit minyak memandangkan lemak dan kulit ayam sudah dibuang dan air perapan kurang.

Tuang sedikit minyak & tabur dengan daun parsley

4) Selepas tu, susun pula kesemua sayur2an ke atas ayam tersebut.  Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan dengan suhu 180C

5)  Selepas 15 minit, keluarkan bekas tersebut dan gaul (balik2kan) sayur dan ayam.  Letakkan pula ayam2 tu dibelah atas (sayur di bawah), dan masukkan semula ke dalam oven.

6)  Kali ni saya kuatkan suhu oven kepada 200C dan biarkan selama 30 minit lagi atau hingga ayam masak.

Tak habis pun makan bertiga... sambung balik tghari ni dengan Fawwaz.. :D

Buatkan juga sambal tomato utk dimakan bersama nasi putih.. Sambal ni cuma guna tomato yang dipotong kiub, cilipadi tumbuk, daun parsley diracik halus, jus lemon, sedikit garam dan gula.

p/s: masih teringat kat kuih abuk2 sagu tu.. nak buat daun takde la pulak... :(

July 26, 2011

Air Asam Berkerisik

Buat ikan bakar kena ada air asam, terutama yg bukan jenis berlada.  Tapi sebenarnya saya memang jarang menyediakan air asam, melainkan sambal belacan atau lain2 sambal.  2-3 minggu lepas, en abe buat permintaan ikan bakar + air asam.. katanya teringat makanan kampung hehe!

Biasa2 tu tak letak kerisik... Cuma lepas ternampak satu entri kat Kongsi Resipi macam sedap je dia letak kerisik... Tak ingatle pulak blog siapa... :(   Tapi sedap sikit dari yg biasa tu... siap bawa balance ke office utk cicah dgn lauk lunch (pastinya lauk arab..:D )

Bahan2 macam biasa:

Bawang besar - dihiris atau racik halus
Tomato - potong kecil2/dadu
Cili padi - potong2
Air asam secukupnya
Sedikit garam & gula (opt)
Sedikit kelapa parut - goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbuk utk dijadikan kerisik (boleh juga guna yg sedia dijual tu)

Cara2:  Campurkan kesemua bahan dan sebatikan



July 25, 2011

For Breakfast & Tea..

Rajin pulak buat entri harini... sepertinya rajin benar ke dapur ye!  Biasalah, ada masa rajin, ada masa tidak... ada masa rajin menulis.. kekadang merapu je.  Sementara tengah ada masa, pulun je lah yong!!

Semalam je, bermula pagi, akak buat american style breakfast... ada toast, sausage, baked bean & scrambled eggs.  Tengahari rest, masak utk cikmat je.. Lepas tu buat ice blended.. Petang sikit mula projek nasi kerabu... Tu je lah.  Semua benda senang2 je.. nampak rumit, tapi bila dah buat baru tau senang.

Pagi ni pulak, untuk breakfast, tetiba angin rajin nak menguli pau di pagi hari.  Pukul 5.15 baru nak mula.. tapi sebenarnya dah terang benderang!  Pau kali ni berintikan coklat dan juga kentang (pedas).  Buat 8 biji... 3 dimakan, 3 en abe tapau ke opis (share ngan officemate) dan 3 simpan dalam peti ais.  Kalau rasa nak makan, tinggal kukus semula...

Pau inti coklat (titik merah) & Pau isi kentang
Macam posts yg lepas, cara saya buat pau senang je.. Untuk 8 biji ni, bahan2 dia : 240g tepung, 1 sk yis, 1/2 sb shortening, 2 1/2 sb gula, 1 sk double action baking powder dan 130+ml air suam.  Buat macam serbuk roti dulu, baru campur dengan air dan uli kejap... Lepas tu, bahagikan kepada 8 biji.. dan uli satu-satu sampai halus strukturnya. Bentukkan bulat, buat lopak dan masukkan inti... Dah siap semua, biarkan sekejap dalam 20 min... kukus selama 15 minit.  Sebelum tu, kukusan kena ready dan air dah mendidih...



Yang di bawah ni pulak red velvet yg entah ke berapa kali akak buat.  Rajin kann.... ngeh ngeh!  Sebenarnya bila adik saya buat dan buat tayangan perdana, akak pun teringin la pulak.  Kali ni try resipi lain... guna tepung naik sendiri.  Sebenarnya kejadian asal tak berapa cantik, menurun sikit... tapi sebab red velvet, sedap jer..  Bagi akak, kalau vanilla tu guna extract vanilla lagi terasa sedapnya.  Kuat rasa dan bau dia, tapi jgn terbanyak.. dan mesti nak guna cream cheese yg diletak lemon juice. Jadi tak muak sesangat. Tak kisahle jenama, tapi pastikan halal.  Fawwaz amatlah suka... pantang ingat, nak KEKK... Dak kecik takpelah... org tua cam umi & abi, kena control sket... hehehe.  Salut cheese pun ala2 je... Makan tu mesti nak yg sejuk, baru best sesangat.  Pastu minum teh-o yg samar2 je rupanya dan tak berapa manis... wahh.. nyamannya Al-Juffair, walau fanas kat luar tu.. :D

 Masa tengah menulis ni, akak sambil minum air lemon yg agak masam... dari jus lemon campur sedikit je gula.  Konon2 bior pecah lemak kat dalam perut... ye ke??!!

Ice Blended Neslo Cappucino

Fanasnyerr bumi Arab masakini... Kalau tengahari tu, walau duk dalam rumah yg ada aircond (dapat pulak a/cond di living room ni bocor compressor nya!), terasa juga kekeringannya.  Kejap2 nak minum... harap2 puasa nanti tekak ni tenang.. InsyaAllah.. Yang pasti peak summer ni, suhunya melebih 40C.



Bila tengok gambar ABC rakan fb di M'sia, rasa teringin sangat... Maka ter'realisasi'lah (apo punyo bahasa?) ice blended nih.. Cilok sikit2 idea kak jee dari blog dapur kak jee.  Sebab aisnya cuma se'toit', maka dapatnya pun setoit la... janji sedap dan lega di tekak.  Tapi lepas tu nak minum dan minum lagi la... Harus kena beli kiub ais bebanyak sikit nanti... :))

Bahan2:

Ais kiub - yg ada cuma 2 bekas tu je..
1 peket milo ais kool 3 in 1
1 sk nescafe
1 sb cappucino 3 in 1
3 sb susu pekat (next time kurangkan ke 2 je)
1 peket kecil susu cair (dalam 1 sb je kot..) - boleh lebihkan kalau nak lemak lagi

Cara2:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend sampai halus.
- Tuang ke dalam gelas dan hias dengan whipped cream dan chocolate dressing (akak tak letak sebab tak mo lah heavy sgt kalori tu...)
Iyanya pasti akan lebih menarik bila disalut cream ye... wah wah wah!!! Tambah lagi 1/2 inci ukuran badan ;P

Nasi Kerabu Mek Siti



Sudah lama saya teringin nak buat nasi kerabu... dah makan tahun. Inilah makanan favourite terutama di bulan Ramadan yg selalunya saya beli di pasar ramadan.  Minggu depan dah nak puasa, keinginan semakin meronta2 heheh... Tak sabar nak ke pasar ramadan BK5 atau Sg Besi, antara tempat yg terdekat dengan Anjung Hijau.

So, semalam duk melawat2 le My Resipi... jumpalah Nasi Kerabu Perantau Yani.  Hampir semua bahan ada, walau daun kesum dah tak rupa kesum kat freezer tu.  Apa lagi, ambik idea Yani sikit... jadilah nasi kerabu perantau mek jawa atau mek siti.. hehhh apa2 je lahh... tengoklah nanti, ada antara bahan tu mek jawa dah ubah...

Nasi warna kuning.. ada ikan goreng dan kopok ikan...

Bahan2:

NASI
Beras
Pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)
Daun limau purut
Air secukupnya

KERISIK IKAN
2 ekor ikan kembung
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm halia
1 batang serai
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut

SAMBAL TUMIS - kuantiti main agak2 je
Bawang putih
bawang merah
Cili kisar
Halia
Serai
Serbuk kunyit
Santan pekat
Asam keping
Garam & gula - resipi asal guna gula melaka - akak lupa.. :(
Minyak untuk menumis
Worcestershire sauce (menggantikan budu atau sos ikan) - sos ni kan dari ikan bilis juga huhu..

ULAM-ULAMAN
Kobis, tauge, timun, daun kesum & daun parsley (hok ni ambe reka2 je) - semua diracik halus

Cara2:

NASI
- masak nasi macam biasa, cuma letak pewarna dan daun limau sekali

Kerisik/Sambal Ikan

KERISIK IKAN
1)  Bakar ikan hingga masak - saya letak dalam oven dan bakar dengan suhu 200C selama 1/2 jam.  Kemudian diambil isinya sahaja.
2)  Sementara tu, sangan atau goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga keperangan.  Selepas tu tumbuk atau blend sampai halus
3)  Tumbuk bawang, serai dan halia sampai halus.  Gaul dengan isi ikan
4)  Goreng bahan (3) tanpa minyak... selepas itu gaul dengan kelapa (2)

Sambal Tumis

SAMBAL TUMIS
1)  Tumbuk halus bawang dan halia.  Manakala serai hanya dititik
2)  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar sampai wangi.  Masukkan sos ikan/budu atau worcester sos (mcm saya). Tuang santan pekat, masukkan serai dan asam keping.  Saya letak juga daun limau purut sehelai..
3)  Masak sampai pecah minyak dan pekat... peraskan dengan garam & gulanya.
nota : akan datang buat, mesti nak letak cili padi untuk lebih pedas

Cukup mengenyangkan sampai tak abis... teruja nak amik gambar sgt, terletak nasi lebih..  :(

July 19, 2011

Ayam Panggang & Salad Kentang... lagi

Menu mingguan... tapi minggu ni awal sikit mem'baking' ayam.  Sebab dah perap sejak Khamis atau Jumaat lepas (tak ingat)... dan menyimpan di freezer.  Resipi ayam panggang saya tak banyak beza dengan yg lepas2.. tapi kali ni saya letak rempah kari dan sos lada hitam.  Side dish ingat nak buat mashed potato, tetiba nak tukar jadi potato salad... hehe

AYAM PANGGANG
Bahan2 perap: Bawang putih, bawang besar, halia & jintan manis/kasar - dikisar kesemuanya
Campur bahan kisar dengan serbuk kari daging (sikit je), sos lada hitam, garam, gula dan sedikit jus lemon.
Lumur pada ayam dan perap sekurang2nya 3 jam... masa nak bakar lumur dengan minyak sikit..
Masukkan ke dalam oven dengan suhu 200C selama 40 min - balik2 kan...


POTATO SALAD
Bahan2:  

2 biji kentang - direbus hingga empuk dan toskan
1 biji telur - direbus hingga masak dan hancur2kan
Sedikit bawang besar - racik halus
Daun parsley - racik halus
1 sudu besar mayonese
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah

 Cara2 - campur kesemua bahan dan gaul sebati

July 18, 2011

Menu Hujung Minggu

Hujung minggu adalah hari yg sibuk... *sibuk mengukur shopping mall* hehe!  Setiap minggu kerajinan memasak akan terhenti seketika pada pagi Jumaat, selepas buat hidangan breakfast.  Apa2pun awal pagi tetap ada hidangan airtangan akak.. Sebab akak memang suka breakfast..

Sekarang ni musim udang kembali sudah... banning month dah berakhir kot.. Kat market rata2 ada bakul besar atau dulang berisi udang.. Sekilo BD2 atau lebih kurang RM16... ada besar, ada kecik.. udang laut. So, akak telah diarahkan oleh en abe utk buat udang salut tepung utk breakfast.  Hehe... inilah kejadiannya.


 Camna buat? : Udang dibuang kulit dan belah tengah (buang urat hitamnya), basuh dah tos sampai kering.  Celup pada adunan tepung gandum + tepung jagung + putih telur + garam + lada sulah + air.  Lepastu goreng sampai keemasan...

__________________________________________________

Tengahari, macam biasa lepas jalan2 ukur mall, terus tuju fast food.  Sebab kat Ansar Gallery tu tak berapa ada kedai makan, makan burger Jasmi's jelah.. Tapi saya memang suka Jasmi's ni.  Tak macam McD... lg sedap laa..! Kat M'sia takdelah pulak.. mesti miss nanti  :(

Malamnya pulak buat spaghetti bolognese... campak apa yg ada hehehe... mula2 tuang olive oil, campak bawang putih & bawang besar, oregano, ground meat, tomato paste, fresh tomato, mushroom, garam & gula.... masuk air sikit, reneh sampai pekat.. tabur2 lagi oregano.  Saya tak suka letak cheese.. nanti muak dan terlebih kolestrol *konon je..*....  Dulu suka buat sos ni dengan menambahkan batang celeri.  Sekarang macam dah lupa pulak itu benda... :))

Petang ni kalau rajin (atau esok) nak buat red velvet yg semakin dilupa... Kek blended hari tu tinggal sepotong.  Fawwaz yg makan terbanyak... Semalam bagi balance kat en abe, teruja ada kek baru... padahal dah nak abis hehe!  Sementara belum puasa, bior makan kek banyak2... Nanti puasa cuti la kot ye.. makan bubur je.. :P

July 17, 2011

ABAYA MADE IN BAHRAIN

Asyik citer pasal makanan je... Bior akak break kejap harini untuk mempromosi ABAYA dari Bahrain sempena Ramadan Kareem dan Eid Mubarak yang bakal menjelma... Sapa2 yg berminat untuk bertukar selera di hari raya dengan abaya yg cantik sulamannya, dan eksklusif rekaannya, boleh lawat blog CIK SITI@BAHRAIN ye... Setakat ni ada 5 helai je yg ready stock seperti dalam gambar.
_______________________________

Size S


Size M

 Size L

Size L


Size XL

Gambaran keseluruhan...

July 15, 2011

Maggo Lassi

Hari ni sebenarnya akak rajin sket... Dari awal pagi sebelum pukul 5 dah ke dapur.. Maklum summer ni subuh awal.. tadi bangun kul 4.15pg kira dah dekat sejam subuh masuk.. terbit matahari pulak dekat pukul 5.


Masuk dapur awal2, realisasikan niat buat punten yg dah tersiar tu... pastu tok tok tok lesung berbunyi, buat sambal pulak... Eh! Sebelum tu buat inti kelapa dulu.... Siap sambal tu, ambik kuali besor lak untuk tebar kuih ketayap.. hehehe!  Memangle makan makan dan makanan!  Tapi sebenarnya buat sikit2 je, cuma renyah kerjanya... Punten tu untuk sarapan dan lunch... Kuih ketayap lak, ada lagi utk minum petang... Tak tau apasal, ketayap tu tak nampak lembut sangat walau letak telur dan santan... mmm. Lepas kenyang sarapan, terus gi market & Geant, shopping groceries macam biasa...




Lepas berhempas pulas menyiang dan membasuh ikan, udang dan ayam... dan kemas dapur, saya pun kupasle mangga yg dibeli di Geant tadi.  Besor je mangga tu... 3 biji BD1.8.. idokle murah sangat... Tapi, kupasan kulit pertama akak dah nampak kecacatan isinya huhu!  Kupas le juga sampai habis... Mak aihh, teruk benor la pulak ropenya.  Keras di luar, lembik di dalam.  Macam lepas jatuh berdebub dari pokok! Tapi tak busuk.. Kalau potong, mesti tak makan sebab dah rupa eskrim.. haha.  So, akak pun tukar le sifat mangga tu kepada yg lebih sedap seperti dalam gambar... Itulah ceritanya...



Bahan2:

1 biji mangga
2 sudu besar plain yogurt
2 sudu gula
Ais kiub dan sedikit air

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus... Tuang ke dalam gelas. Pastu apalagi, minum le yerr..... :D


Sedapnye sejuk2... cuma kaler kat luar kuning, dalam gambar pucat le pulok!!

Punten - makanan Jawa

 
PUNTEN! Hahaha... mesti ramai yg tak pernah dengar ini nama!  Punten adalah makanan popular orang2 Jawa belah Sabak Bernam terutama kaum kerabat ku... Sebutan 'ten' tu macam 'e' tanda eg bile, sape.. bukan macam sebut 10 in english... :P  Ini juadah terutama yg selalu dimakan waktu sarapan pagi waktu saya kecil2 dulu.. Kira macam makanan nostalgialah jugak.  Tak abis2 akak nak bernostalgia...


Orang zaman sekarang dah jarang jumpa rasanya... Ala, sebenarnya ini macam nasi impit je... tapi versi lemak.  Atau nasi lemak versi impit... Buatnya macam nasi lemak, boh santan & garam.. pastu air kena banyak macam nak buat bubur atau nasi impit.... Nantilah akak citer balik kat bawah.  Zaman saya kecik2, makan punten ni dengan sambal udang kering atau isi ikan goreng, dan ditumis dengan cilipadi serta bawang.  Ada daerah yg makan punten dengan sambal tumis biasa atau sardin.  Ikutlah masing2...

Nak tau apa kandungan dan cara membuatnya?

Bahan2 (untuk 2 orang) :

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa..)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - macam buat nasi lemak)
Air yang banyak (saya letak 1/3 periuk 1.8 ltr)

Cara:

1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.  Saya guna periuk elektrik je.. dan biarkan sampai suis naik sendiri... selalunya belum cukup kering.  Kalau tak cukup kering, sambung atas dapur biasa sembil sekali sekala mengacau nasi.

2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan2 dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan... Mula2 memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan2 sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan..

3)  Bila dah sejuk, boleh potong... kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekat la nanti..

Selalu malu2 bab letak sambal.... :((

Cara buat sambal :
Tumbuk BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, CILI PADI dan UDANG KERING... Tumis dengan minyak sampai garing... masukkan sedikit garam.. Kalau nak cair sikit, bila bahan dah GARING, baru tuang sikit air dan biarkan sampai mendidih... angkat!

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...