May 28, 2011

Spaghetti Bolognese



Dah lama tak masak sendiri spaghetti bolognese ni... Dah tak ingat bila kali terakhir tu.  Maklum saja, saya ni kadangkala tak begitu teruja nak makan hehe... Lagi satu sebab anak tak suka, maka saya tak berapa semangat nak membuat benda paling mudah ni.  Dia lebih suka carbonara yg beli je kat pizza hut tu.  Kalau tgh dlm flight pun, selalu pama dia yg tolong perabih spaghetti bolognese dalam 'child meal' tu.

Hari ni makcik sekeluarga nak datang.  Amat susahnya nak fikir masak apa sebab sikecik ni selalu tak bagi chance mama dia masuk dapur lama2.  Tak tau kenapa.. tapi inilah dugaan dan ujian supaya saya lebih sabar kott.. So, fikirkan yg senang jelah.. spaghetti bolognese.  Masak pun masa dia tidur.  Lagipun adik2 cousins ku itu dah lama tak makan spaghetti ku ini.  Untuk pakcik yg sorang tu, nantile pelan2 chek buatkan kari ikan na... kalau boleh nak masak depan TV ni sambil tengok playhouse disney.. :P

Semua pun pandai buat masak campak2 ni... Tapi sajalah kita nak post juga kat sini juga..

RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan2:

1 peket spaghetti - rebus al dante (atau ikut citarasa)

Bahan2 sos :

1 bungkus daging cincang (minced meat) - saya guna produk Ramly tu..
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji tomato yg besar - potong dadu
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 batang celeri - hiris nipis (kadang saya tak letak pun..)
1 tin tomato puree
Sedikit air (dalam satu tin puree tu)
Sedikit minyak zaitun (kalau takde, minyak biasa pun boleh)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Lada hitam - kisar
Oregano atau bay leaf (atau kedua2nya..)

Cara2:

1)  Panaskan minyak dan tumis bawang sampai layu
2)  Masukkan daging cincang yang telah dibasuh.  Kacau sambil hancur2kan daging yg kadang bergentel.  Biar sampai daging tu kelihatan pucat
3)  Masukkan tomato dan cendawan
4)  Masukkan puree dan sedikit air
5)  Kacau sebati dan renih kuah sampai pekat dalam 30-45 minit.  Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam ikut citarasa.
6)  Akhir sekali taburkan daun oregano


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...