May 28, 2011

Kek Coklat III

Semalam kita buat kek coklat dgn resipi yg hanya menggunakan sebiji telor.  Selalu tu buat guna 3-4 biji.. dan minggu sebelum tu cuba juga buat yg tanpa telor.  Wahhh!! Macam2 resipi kek coklat ni ye..

Gambar tidak jelas kerana kamera yg semakin kronik... :(

Resipi ni diperolehi dari blog Cendana Kasih (kita cnp je) .  Sumbernya ialah Kak Umi Kuantan dan buku masaka chef Hanieliza.  Resipi asal adalah untuk kek coklat kukus, tapi saya ubah sikit dan membakarnya dalam oven.

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air (saya guna air panas)
• 1 cawan mentega cair (saya guna 1 cwn minyak masak)
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan. (saya bakar)
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel (saya putar sebentar adunan dengan mixure)
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (saya bakar dengan kepanasan 170C selama 45 min)
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.
 
 ada sedikit rekahan gunung berapi.. tu yg nampak tak rata.. Kalau kukus OK la kott... :)

No comments: