April 29, 2011

Mihun Sup


Mihun ke bihun?  Haha.. asyik meng'confuse'kan diri... Hari ni kawan2 baik kita yakni x-officemates masa kat CSM (yg sekarang dah separate sana sini) nak mai rumah..  Tetiba gabra nak masakkan apa.. Yelah, saya sebenarnya tak pernah ajak kekawan datang rumah.  Bukan kekedut.. cuma segann.... hahaha! Eh, segan malu, bukan segan pemalas tau..  Tapi dek sebab terlalu rindu dan takde peluang nak jumpa dgn keadaanku ini, ku ajak juga datang.. :P

Cheese tart & red velvet yg masih belum pass dah siap dalam fridge... So, nak elakkan muak kita buatkan je mihun sup.  Boleh le makan suma sambil borak sakan... bestt nyeee... rindu sesangat nak gosip!  Dah pendam selama 4 thn tau!  Sorang je yg susah jumpa sebab dia tgh up kan diri kat bumi Bradford.  Lagipun dia dah lama tinggalkan kami sebelum CSM ditubuhkan... namun kenangan lama kat co "M" masih segar di ingatan.. All the best to you Maddy and the rest!!  Sup ku ini simple je... takde susah2..

Bahan2 Sup (untuk 5 org):

3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
4 cm halia - tumbuk
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 cengkih
1/2 ekor ayam
Rempah sup secukupnya (jenis serbuk)
1 sk rempah kurma
1 kiub ayam
Lada sulah
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Hiasan : Sawi, tauge, daun sup, daun bawang, fish cake, bawang goreng

Cara2:

1)  Tumis bahan tumis bahan tumbuk, kayu manis, bunga lawang dan cengkis sampai naik bau dan bawang layu
2)  Masukkan ayam dan kacau rata sampai warna bertukar pucat
3)  Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga mendidih
4)  Masukkan rempah sup secukupnya (ikut citarasa nak rupa camna) dan rempah kurma
5)  Masukkan juga kiub ayam dan perisakan dengan garam dan lada sulah.  Renih seketika.
6)  Tabur bawang goreng dan daun sup.  Tutup periuk dan juga api.

**  Keluarkan ayam yg berdaging dan siat2kan dagingnya sebagai campuran hidangan

Bihun :  Rendam bihun utk beberapa jam sebelum dicelur.  Boleh juga letakkan kunyit macam saya jika suka ia berwarna..


Makan sup mesti nak ada sambal kicap... yg ni tumbuk cili padi + seulas bawang putih + gula + kicap shj....


Hidangan sampingan - RV dan cheese tart (tiada dlm gambar)..

Thanks for coming Shima, Zana, Jead & Ayu... sayang Fidah tak mai sekali... Apa2 pun cik mat ku turut gumbira hari ni... :D

April 28, 2011

Naan Lagi...




Takde idea nak breakfast apa pagi ni.  Memandangkan yogurt ada kat fridge tu, maka buat naan la kita.  Lagipun Fawwaz memang suka naan yg lembut ni.. cuma haritu masa beli kat mamak, rangup sedikit dan dia tak suka.  Resipi naan ada kat SINI.. Saya buat separuh adunan je tiap kali buat.. Eh! Macam selalu la pulak.. padahal baru 2 kali ngeeee....

Yang gambar atas tu versi bakar kat oven... dgn suhu 180C selama 10 min. Menggelembung gitu!  Hat bawah ni guna non-stick je... Nampak klasik sket...hehe!


Macam biasa, cicah paling senang nak buat ialah sambal sardin... :DD

April 27, 2011

Kuetiau Sup


Kuetiau atau kue tiaw... belasah je nak eja camne!  Yg sebenarnya tengahari ni pun akak masak kuetiau sup ala-belasah... hehe!  Janji yg utama, ada kuetiau.. bahan2 seterusnya apa yg ada je kat dapur comel tu!

Bahan2:

Kuetiau
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Halia - tumbuk
Ayam - yg bertulang dan berdaging
Fish cake
Telur
Kiub ayam
Lada sulah
Air 
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Sayur2an : sawi, karot, daun salad, tomato, taugeh, dll ikut citarasa
Hiasan : daun sup, daun bawang, bawang goreng
Lain2 : Sambal kicap

Cara2nya:

1)  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi
2)  Masukkan ayam dan fish cake dan balik2kan untuk seketika
3)  Masukkan air secukupnya dan biarkan sampai mendidih
4)  Masukkan kiub ayam, sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan lada sulah
5)  Matikan api dan tuang atas kuetiau *

*  Basuh dahulu kuetiau dan tuang air panas dan terus toskan.  Lalukan air sejuk supaya tak melekat.

Sambal kicap tumis

Bahan2 sambal kicap :  cili padi, bawang putih, bawang goreng, gula, kicap manis dan minyak utk menumis (cara2 tengok kat SINI)

Sebenornya akak lupa nak beli daun sup... bahan paling penting tu.. tp ttp habis.. huhuuu 

April 14, 2011

Asam Pedas Ikan Pari Makcik

Asam pedas ni memang favourite akak... Janji dia merah, pekat dan terasa masamnya.. Tak pedas pun takpe.. maklum saja, cili kat M'sia ni sukar ditafsir kepedasannya.  Cuma masa beli kat pasar tu kekadang penjual tanya nak yg pedas ke tidak... dia dah arif rupa cili kering yg pedas.

Berbalik cerita asam pedas, memang ada banyak versi.. Kali ni versi Jaworld punya.. jawa bukan sebarang, tapi dari kg sg air tawar gitew!! Pun bukan sebarang rumah, dari dapur Pn Hjh Ngaesah aka makcik bongsu ku.  Setakat ni sapa rasa masakan makcik yg low profile ni mmg tak pernah lupa enaknya... walau kekadang mcm tak cukup bahan..huhuu!!!  Asam pedas dia memang lain dari yg lain, dan lain dari yg selalu saya buat..  Ikutilah cara2 bagaimana nak memasaknya... :))

Bahan2 (ni main agak2 la ye, ikut imaginasi memasing.. :D) :

Ikan Pari
Bawang merah (banyak sikit)
Bawang Putih
Cili kisar
Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pala (keluarkan isinya dan tumbuk halus)
Asam keping
Garam secukup rasa
Air
Minyak utk menumis

Cara2:

1)  Bersihkan ikan pari, potong ikut citarasa
2)  Blend bawang merah dan bawang putih - seeloknya blend bukan tumbuk supaya kuah jadi pekat
3)  Panaskan minyak (yg banyak) dan tumis bahan kisar (2), cili, kayu manis dan bunga lawang sampai masak (agak2 hilang bau maung bawang tu..)
4)  Masukkan buah pala, kacau seketika... diikuti air secukupnya dan asam.  Biarkan sampai mendidih.
5)  Masukkan ikan pari.. perasakan garam dan biarkan seketika hingga ikan masak


April 12, 2011

Cheese Tart... lagi


Malam ni buat blueberry cheese tart lagi.. Cuba resipi lain milik Azita Kitchen untuk shell nya.  Tapi dia punya rupa dan saya punya masih umpama langit dan bumi... Takpe, ini baru kali kedua.. Kalau ke-10, dah boleh jual dah hehehhh!  Ada hati juga nak jual2.. tapi mana tau kan, terbuka pintu bakeri ku.. ahaks!


(Sumber resipi: Azita Kitchen)


Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C (saya guna gred sederhana dan buang sikit putihnya)
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

 Tart shell yg bergelimpangan.. 

Nota :
1)  Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
2)  Untuk cheese filling, saya guna balance yg haritu... dapat 6 butir je.  Lebihan shell disimpan untuk akan datang... Resipi cheese filling tu boleh tengok SINI.


Masuk fridge dulu.. baru best makan esok... tp apesal shell dia ni tukar kaler dark n hensem... aduhh!

April 11, 2011

Eggs Are The Real Things...

Terasa macam dah lama tak baca suratkhabar secara fizikal.. tapi sebenarnya baru semalam dan hari ni.  Hari ni pun gayanya macam tak keluar ke mana2.. sebab puasa dan tak habis2 dengan mood fawwaz yg tingtong tu.  Saya memang rasa letih mental ni.. Terfikir hebatnya ibu2 tunggal yg beranak ramai tu.. Aku anak sorang, nak demam la, stress la, pening laa... hahaha!

So, bila duduk depan lappy ni dia OK je main2 sendiri.  Saya pun browse berita sana-sini.  Agak gembira baca the Star pasal telur pelesu yg galak diperkatakan kebalakangan ni.  Saya pun taklah bulat2 terima dan ban telur dalam dapur saya.  Masih gembira ber'baking' dan mendadar telur.  Sebab saya yakin dengan telur2 yg saya beli, yg harganya bukanlah murah sgt tapi kira murahlah dari telur2 di Bahrain.  Kalau telur omega atau tanpa antibiotik, kat M'sia ni paling mahal RM4.60 utk 12 butir, kat Bahrain 6 butir berharga mencecah lebih BD1 atau lebih RM8.  Telur biasa pulak paling murah 320 fils utk 6 butir... malas pula nak cari converter :))

So, berita hari ni menyebut "Eggs are the real things" kata menteri kesihatan.  Maksudnya "genuine"... lagi pulak kita tak impot dari China yg rakyatnya sangat genius mencipta pelbagai perkara termasuk makanan yg penuh pencemaran dan makanan palsu.  Kalau tak ramai bijak pandai, idakle kita disuruh menuntut sampai negeri china...huhu!  Sebaliknya kita pula yg mengeksport telur keluar... Ada ke rakyat kita yg genius mencipta telur nih??  Harus dapat anugerah inovasi dari MOSTI..:)

OK lah... jaangan risau banyak.  Sikit2 takpe... kalau nak kurang risau, beli yg ada brand dan boleh dipercayai... Bukan beli handbag dan baju je nak pakai branded, telur pun sama...kehkeh!  Till then, adios!! Sat gi nak buat telur kicap utk cikmat yg kuat merempan nih... bagi dia gemuk dan comel lote..

April 10, 2011

Custard Teacake...


Ingat hari ni nak keluar rewang2 dengan si kecik... Dari niat nak breakfast lontong, ke makan tengahari, semuanya hampa.  Sebabnya cikmat taknak pakai baju... 3 jam nak suruh mandi pagi, dan sampai la ni pukul 6ptg dia tak mau berbaju.. Entah apalah mood dia.  Sebab taknak garang sangat harini, maka saya diamkan je.. asalkan dia tak membuat hal yg lain.

So, hiburkanlah hati di dapur comel sementara dia tidur (mimpi apa tidur awal, pun tak pasti.).  Sambil tu order spaghetti creamy chicken carbonara kegemaran dia kat pizza hut.  Tapi sebab saya lupa sebut 'chicken' tu, maka yang dihantar carbonara tanpa chicken.. apakah?  Bukan fixed ke menu & ingredients dia?  Lantaklah..!!

Saya cuba cari resipi yg simple.  Teringin pula custard teacake yg kata CMG & Ha-sue sedap!  Tapi saya buat tak sedap, salah langkah kot atau mungkin tepung naik sendiri saya tu dah zaman jurassic... Al-maklumlah, asyik berkelana je, tak sempat tengok bile membelinya.  Apa2pun, nak post juga kat sini resipi sebenar dari dapur 1001 resipi .  Sapa2 teringin, boleh coba ya... Kat blog tu siap ada gambar steps dia.. (promote nih!).
Custard tu kurang pekat la kott...huhu

Resipi asal dari blog 101 resepi (cut n paste):

bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...


April 9, 2011

Blueberry Cheese Tart


Biasalah... suka meniru2.  Tengok org tu buat, orang ni buat... kita pun teringin gak test skill.  Memangle pernah menjadi makanan kegemaran suatu masa dulu esp masa tgh study kat UiTM.. Selain puff apple, cheese tart le yg selalu kita beli kat cafe.  Pastu, tak ingat bila last sekali makan.  Tengok2 dah jadi fenomena... Semua pandai buat.  Mengiurkan!!  Macam tu kita pun testing la siang tadi sambil ber'macaron" (jgn tanya jadi ke tak.. :)))  Pastu sambil melayan ragam cikmat yg betul2 meragam harini selepas baik demam.  Aduhh!  Teruji betul kesabaran makcik hari ni... Rasa nak tukar jadi incredible hulk.  Nasib baik tart tu menjadi walau ada babak terlebih bakar selepas tu.. :(

Resipi diambil dari blog kak Am-flora lagi... TQ ye kak!

Bahan2 pastry (dapat dalam 15 biji):
1 biji telur (saya guna saiz sederharna)
100g butter (saya guna buttercup je..)
75g icing sugar
200g tepung gandum

Cara2:
1)  Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
2)  Bulat2 kan doh ikut kesesuaian acuan dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
3)  Bakar selama 15 minit - 160°C

Tart shell yg dah siap... tp kurang cantik dan sedkit tebal, kena praktis dan ada acu yg satu2 baru cun kott.. huhu!

Filling : Cream Cheese 
250g krim keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur
Saya tambah 1/2 sk jus lemon

Cara2:
1)  Pukul semua bahan sehingga halus & rata (sebelum tu keluarkan cream cheese dari fridge dalam 30 min sebelum putar, jgn sampai tahap suhu bilik)
2)  Pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
3)  Lorek tat mengikut corak disukai (sedikit krim cheese + sedikit bluberry + kaler - dan dilorekkan ke atas permukaan tat)
4)  Bakar selama 5-10 minit dengan suhu 170C (atau bila disentuh permukaan cheese tu, dia tak melekat kat jari)

 Yg atas ni proses sebelum dibakar semula.. siap2 letak atas paper cup.. first time buat kerja lorek-melorek.. :)

April 3, 2011

Apam Polka Dots


Sebenarnya dah beberapa kali mencuba resipi apam blossom k.am-flora. Sangat suka sebab boleh bermain dengan warna dan sangat comel.. Sabtu lepas (2/4) terlaksana juga nak buatkan untuk majlis pertunangan cousin Aula ku... dgn bantuan beberapa orang cousins yg suka bab2 masak nih.. Kali ni buat versi polka dots seperti yg ku sebut2 selalu... Dan memang ramai yg suka melihat akan rupa parasnya...

Resipi merujuk kepada blog kak AmFlora yang selalu saya intai, hampir saban hari sebab suka tengok apam2 yg k.am buat.. K.am ni bisnes kuih muih termasuk apam nih, tapi dia sangat pemurah.. siap bagi resipi.  Moga2 bertambah rezeki...

Bahan2:

3 biji telur dari peti sejuk (maknanya kena sejukkan dulu la tu...)
275g tepung gandum
200g gula halus (saya guna caster)
150g susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sk ovalette atau sponge cake stabilizer
Inti (Filling) - ikut citarasa cth blueberry, inti kelapa, strawberry, coklat...
Paper cups, acuan lompang atau tart

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan (kecuali filling) ke dalam bekas mixer dan putar selama 6-8 minit dengan kelajuan maksima
2)  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa
3)  Masukkan kedalam piping bag atau plastik bersih yang dibentuk seperti piping bag dan digunting bucunya
4)  Mula2 pipe kan sedikit atau separuh adunan kedalam 'paper cups'.  Kemudian pipe kan pula filling dan diikuti aduan sehingga paras 3/4 paper cups tu.
5)  Pipe kan pula adunan dari warna berlainan berupa polka dots atau kalau nak corak lain pun boleh [maka tukar nama bukan polka dots..  :))]

6)  Kukus selama 10 minit dengan api sederhana (kalau api kuat, apam boleh jadi mekar).  Sebelum tu pastikan air kukusan sudah mendidih terlebih dahulu...

Yang ni percubaan pertama.. tumpuan pada color je.. corak? mmmm.... :D

Yg ni 2nd time, buat warna purple.. tp sebenornya terlupa bubuh dot2 sampailah tinggal 4 biji terakhir nak kukus.. padahal piping bag berisi adunan tu berdiri elok je depan mata.. (jiwa kacau.. hehe) 

Nota:  Rasa apam ni lebih kepada kuih baulu kukus sebenarnya.. cuma diubahsuai rupa paras dan ada inti..