Pages

April 3, 2011

Apam Polka Dots


Sebenarnya dah beberapa kali mencuba resipi apam blossom k.am-flora. Sangat suka sebab boleh bermain dengan warna dan sangat comel.. Sabtu lepas (2/4) terlaksana juga nak buatkan untuk majlis pertunangan cousin Aula ku... dgn bantuan beberapa orang cousins yg suka bab2 masak nih.. Kali ni buat versi polka dots seperti yg ku sebut2 selalu... Dan memang ramai yg suka melihat akan rupa parasnya...

Resipi merujuk kepada blog kak AmFlora yang selalu saya intai, hampir saban hari sebab suka tengok apam2 yg k.am buat.. K.am ni bisnes kuih muih termasuk apam nih, tapi dia sangat pemurah.. siap bagi resipi.  Moga2 bertambah rezeki...

Bahan2:

3 biji telur dari peti sejuk (maknanya kena sejukkan dulu la tu...)
275g tepung gandum
200g gula halus (saya guna caster)
150g susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sk ovalette atau sponge cake stabilizer
Inti (Filling) - ikut citarasa cth blueberry, inti kelapa, strawberry, coklat...
Paper cups, acuan lompang atau tart

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan (kecuali filling) ke dalam bekas mixer dan putar selama 6-8 minit dengan kelajuan maksima
2)  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa
3)  Masukkan kedalam piping bag atau plastik bersih yang dibentuk seperti piping bag dan digunting bucunya
4)  Mula2 pipe kan sedikit atau separuh adunan kedalam 'paper cups'.  Kemudian pipe kan pula filling dan diikuti aduan sehingga paras 3/4 paper cups tu.
5)  Pipe kan pula adunan dari warna berlainan berupa polka dots atau kalau nak corak lain pun boleh [maka tukar nama bukan polka dots..  :))]

6)  Kukus selama 10 minit dengan api sederhana (kalau api kuat, apam boleh jadi mekar).  Sebelum tu pastikan air kukusan sudah mendidih terlebih dahulu...

Yang ni percubaan pertama.. tumpuan pada color je.. corak? mmmm.... :D

Yg ni 2nd time, buat warna purple.. tp sebenornya terlupa bubuh dot2 sampailah tinggal 4 biji terakhir nak kukus.. padahal piping bag berisi adunan tu berdiri elok je depan mata.. (jiwa kacau.. hehe) 

Nota:  Rasa apam ni lebih kepada kuih baulu kukus sebenarnya.. cuma diubahsuai rupa paras dan ada inti..

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...