Pages

April 10, 2011

Custard Teacake...


Ingat hari ni nak keluar rewang2 dengan si kecik... Dari niat nak breakfast lontong, ke makan tengahari, semuanya hampa.  Sebabnya cikmat taknak pakai baju... 3 jam nak suruh mandi pagi, dan sampai la ni pukul 6ptg dia tak mau berbaju.. Entah apalah mood dia.  Sebab taknak garang sangat harini, maka saya diamkan je.. asalkan dia tak membuat hal yg lain.

So, hiburkanlah hati di dapur comel sementara dia tidur (mimpi apa tidur awal, pun tak pasti.).  Sambil tu order spaghetti creamy chicken carbonara kegemaran dia kat pizza hut.  Tapi sebab saya lupa sebut 'chicken' tu, maka yang dihantar carbonara tanpa chicken.. apakah?  Bukan fixed ke menu & ingredients dia?  Lantaklah..!!

Saya cuba cari resipi yg simple.  Teringin pula custard teacake yg kata CMG & Ha-sue sedap!  Tapi saya buat tak sedap, salah langkah kot atau mungkin tepung naik sendiri saya tu dah zaman jurassic... Al-maklumlah, asyik berkelana je, tak sempat tengok bile membelinya.  Apa2pun, nak post juga kat sini resipi sebenar dari dapur 1001 resipi .  Sapa2 teringin, boleh coba ya... Kat blog tu siap ada gambar steps dia.. (promote nih!).
Custard tu kurang pekat la kott...huhu

Resipi asal dari blog 101 resepi (cut n paste):

bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...