Pages

March 2, 2011

Naan

The best naan from my kitchen.. :)

Fawwaz memang suka roti.. especially roti canai/paratha.  Sekarang ni kalau beli roti arab atau naan ni suka betul dia.  Semalam pulak bila tengok dia makan tortilla kosong sampai 2 keping, terus rasa nak buat naan sendiri.  Bukan susah sebenarnya, cuma nak seru je.. Cuma bila naan tu dah siap dekat maghrib, Fawwaz tidur tak mau bangun sampai pagi tadi pukul 3.30 am (dari lepas asar tuu..).  Mak la yg kena layan anak yg dah nyanyi2 segar dan bugar tu.. Yoyolah dah set alarm pukul 5 pagi!


Resipi naan macam biasa dapat dari myr.  Resipinya sumbangan Diana.. tapi saya buat separuh adunan, dapat 9 keping yg sedang2... Makan untuk malam dan pagi..

Bahan2:

4 1/2 cwn tepung gandum
1 paket yis kering (utk 1/2 adunan saya guna 2 1/2 sudu teh)
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur (pukul)
1 1/2 sk garam
1 sk baking powder (saya guna double action)
2 sb mentega cair/olive oil (saya guna olive)
4 sb yogurt

Cara2:

1)  Campurkan yis dan gula dalam air suam dan ketepikan 5 minit (atau hingga yis bertindakbalas/berbuih)
2)  Gaulkan semua bahan2 yang lain dalam besen dan masukkan bahan (1)
3)  Uli sampai jadi doh dan halus dan licin.  
4)  Perap sampai naik 2 kali ganda (dalam 20-30 minit boleh la..) 
5)  Bulat2kan kepada 20 biji atau boleh juga timbang 60-70 gm (ikut suka besar mana). Canai atas papan. 
6)  Bakar atas non-stick pan tanpa minyak (sampai keluar gelembung2) di kedua2 belah.. Api kecil je!  Boleh juga bakar kat oven..

2 kali makan pun tak habis... dah pagi panaskan semula. Very the lembut...

Malam tadi saya makan dengan ayam tandoori dan tabouleh, sejenis salad arab macam bawah ni.  Bahan2nya ialah daun parsley, daun pudina (saya tak letak sbb takde), tomato, bawang besar, sedikit garam, air lemon dan olive oil.  Patut ada bahan lain, tapi ini simple punya ikut apa yg ada...


Untuk sarapan pagi ni, cicah dengan sambal sardin.. walla the best match!  Tumis sambal macam biasa, letak sardin hancur2kan... 


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...