Pages

February 25, 2011

Tortilla Inti Daging


Malam tadi tetiba teringin nak buat flour tortilla yg resepinya dapat kat myr di hantar oleh Azareena.  Asalnya sebab untuk dinner saya masak kari ayam yg nampak mengancam.  Tapi tak teringin pula makan nasi.  Tu yg buat tortilla aka lempeng ala mexican.  Lepas tu pagi ni buat lagi dengan inti daging cincang... untuk breakfast.

Tebal sikit yg ni..

Bahan2 untuk 12 kpg:

3 cawan tepung gandum (saya tambah2 juga sebab adunan terlembik..)
1 sk garam
2 sk baking powder
4 sb shortening
1 1/4 cawan air suam

Cara2:

1)  Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk
2)  Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
3)  Bahagikan kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehatkan selama 10 minit (saya rehatkan lama lagi.. sbb sesuaikan masa nak makan..)
4)  Canaikan hingga jadi nipis (macam capati)
5)  Goreng tanpa minyak dalam non-stick pan - balik2kan

Inti - hasil imaginasi sendiri

Bahan2 inti:

Minced meat/beef
1/2 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 biji tomato - dadu
1/4 biji capsicum - dadu
Sedikit lada hitam
Sos tomato
Sos cili
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
1 sk tepung jagung - campur sedikit air utk memekatkan

Cara2:

1)  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu
2)  Masukkan daging dan kacau2 hingga warna pucat
3)  Masukkan tomato, capsicum, sos, gula, garam dan lada hitam.  Selarikan rasanya..
4)  Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan kacau hingga pekat.  Angkat.

Lain2 aksessori - daun salad, tomato, timun dll - ikut citarasa..  Boleh tambah mayonais dan cheese masa nak makan tu.

Nak makan gulung dulu.. ni kes nak tunjuk inti tu jewr!!

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...