July 30, 2011

Pau..... dan lagi


Pau lagi ye... hehehe apa nak buat.  Dah peminat tegar kuih pau.. Kali ni dengan resipi doh yg berbeza dan senang.  Dapat semasa akak terbaca tajuk entri mat gebu yg agak 'ganas' - pau gebu montok tembam.. :D  Sumber asal dari blog kak ida (1001 resepi).  Tapi apakan daya, depa suma ada tepung pau.. chek kat Bahrain ni mana ada tepung lagu tuu... Tepung maida pun jadilah naa.... :)))

Saya buat sikit, dapatlah dalam 9 biji pau dengan pelbagai rasa - 3 coklat, 3 kelapa dan 3 kentang (isi karipap). Lepastu, siap boleh simpan lagi... nak makan boleh kukus balik atau masuk kat microwave kejap.  Cuma bezanya ialah, kalau panaskan dengan pengukus, ianya akan lembut lama (kalau kukus pagi, sampai petang tetap lembut).  Manakala kalau panaskan guna microwave, bila dah sejuk agak lama, dia kan mengeras!  So, nak kena cepat2 makan sementara masih panas atau hangat... gitulah ye :))

Selain dari tu, kalau takde breadmaker atau hi-end punya mixer, janganle buat kerja menguli masa puasa... Berpeluh dibuatnya... lepastu nak minum sokmo.  Sebab kalau macam saya, menguli tu dengan penuh perasaan sebab nak dapat hasil terbaik... hehehh
Inti kelapa & inti coklat... 
Bahan2:
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan & Koleksi 1001 Resepi

250g tepung maida atau tepung gandum
1/2 sk yis kering
1/2 sk double action baking powder (yg ni cmg & kkida tak letak)
30 ml minyak - saya guna sunflower
130ml air
1/4 cawan gula halus

Cara2:

1)  Tepung, yis dan baking power digaul bersama.  Kemudian sekalikan dengan minyak
2)  Larutkan gula ke dalam air (disebabkan summer ni amat panas, air paip tu pun jadi suam2... hihi)
3)  Tuangkan sedikit2 air (cara 2) ke atas tepung sambil menguli.  Saya tak semuakan bila nampak tepung dah lembik sedikit.. Teruskan menguli sampai sebati
4)  Untuk menyenangkan menguli, saya bahagikan doh kepada 9 dan uli satu persatu sampai lembut dan halus strukturnya...
5)  Ambil satu dan leper atau lekukkan... isi inti mengikut kegemaran.  Tutup dan kemaskan, dan letak lapik kertas di bawahnya (boleh gunakan kertas cupcake).  Biarkan naik dalam anggaran 40 minit lagi
6)  Panaskan kukusan dengan api besar... bila dah mendidih, boleh letakkan pengukus + pau.. Kukus selama 10-15 minit

p/s:  Pau versi saya ni memang lembut dan gebu... tapi taklah putih melepak macam kalau guna tepung pau.. Seharian letak kat luar pun masih lembut gitu... tapi kenalah tutup.  Kalau kena udara, boleh jadi kering nanti.

No comments: