Hari ni (Jumaat) aku sangat relaks. Kalau selalu belah pagi aku shopping groceries kat Lulu dan central market, puasa2 ni kiterang tukar trip belah malam (Khamis malam) sebab kalau pegi siang panas sangat kat luar. Nanti dahaga, payah la pulak heheh!! So, siang lepak2 je sambil layan mata yang mengantuk. Belah petang aku pun terus dapat idea nak buat roti jala dengan penuh kasih sayang... Buka aku makan ni je, tak makan nasi.. Hubby je makan kedua2nya.. sebab aku bakar ayam tandoori lagi utk dia...
Senang je buat roti jala ni.. tapi aku buat sekali setahun. Last aku buat sebelum ni ialah puasa tahun lepas hihihi...
ROTI JALA
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan susu cair atau fresh milk
1/4 cwn minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)
Cara2 :
1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati dengan kelajuan tinggi
2) Tapis adunan tadi. Kalau masih pekat, campurkan sedikit air atau susu fresh tadi.. (agak2 le..)
3) Panaskan pan dan bolehlah dijala menggunakan acunya. Kalau pan melekat, sapu minyak atau majerin dulu untuk kiraian pertama. Lepas tu dah tak payah...
KARI AYAM
Bahan2 :
1/2 mangkuk ayam dipotong kecil. Nak sedap bahagian bertulang..
1 biji kentang sederhana besar - potong kecil
1/2 biji tomato
6 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 ulas kunyit hidup - tumbuk
1 sudu cili kisar
2 sudu serbuk kari
Susu rendah lemak secukupnya (boleh tukar dgn santan)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih *
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara2 :
1) Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga wangi
2) Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan sedikit air supaya tak hangus..
3) Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan biarkan seketika. Boleh juga tambah sedikit air. Masukkan juga rempah 4 sekawan*, tomato, daun kari (kalau ada).
4) Bila ayam dah agak masak, tuang susu ke dalamnya sampai ayam tenggelam. Tambah garam dan biarkan mendidih sehingga kentang lembut.
5) Air asam boleh letak terakhir sekali.. lepas tu angkat dan hidang :)
No comments:
Post a Comment