Ahahhh.. saja je akak letak 12.12.12 tu.. Untuk mengabadikan tarikh yang cantik hari ni. Masing2 nak tinggalkan cop cari kat social medium sempena tarikh yg akan muncul 100 tahun lagi selepas ni. Agak2 masa tu kita rupa apa ekk..? Ya Allah.. moga2 kita semua di dalam Syurga Firdausi.
Hampir menjelang tengahari dapat juga pujuk En Fawwaz turun dan keluar dari kawasan gate Anjung Hijau ni. Nak beli fresh milk (silap amik full milk.. takpelah). Nak isi minyak kereta yg dah keluar gambor pam minyak tu. Umpannya ialah nak belikan Kit Kat, sebab tu dia nak ikut. Tapi kadang2 tak laku juga umpan tu... Sementelah dah isi minyak kat RnR Kesas tu, teruslah cari lauk untuk dia. Suruh dia pilih sendiri ayam masak apa.. Mak pulak order Sate Samuri. Dah makan bulan mak ngidam sate. Tapi sebenarnya bukan En Samuri punya. Akak nak yg macam Ikram Dinzly makan kat JJCM tuuuuu... Nampak lembut dan moist dan besar! Tapi letaknya kat Kajang. Jauh untuk diriku... Nak ajak abe, jgn harap. Dia tu boleh matikan selera akak kalau diajak makan ala2 JJCM hahaha!!!
Takpelah... dapat juga yg namanya SATE. Cuma feel tak berapa lah.. Hat sate daging tu keras dan liat. Makan sambil bayangkan daging rusa yg lembut tu... huwaaa. Cicah pula bayangkan kuah sate Wak Misnon otai sate kat kampungku, yang ada campuran kacang kasar + halus tuuu... Nak komplen lebih2 tak berani. Takut macam tak bersyukur je.. :P Sekurang2nya, dah sampai Jitra nanti, takle akak terkenang2 sate cap Jawa.. lalala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...
No comments:
Post a Comment