Entri tertangguh akak... hihi!
SELAMAT TAHUN BARU 2014 semua... baru nak pelan2 ambik oksigen tengok blog yang mula bersarang ni... fenat berpindah randah dan urus anak ke sekolah barunya. Hari ni dah hari yg kedua :)
Alhamdulillah.... Nak cerita pasal majlis bacaan yaasin di rumah baru pada beberapa Jumaat lalu..selepas solat Subuh di surau, terus ke majlis kami. Sekadar jemaah yg ada je. Sakit2 badan akak sebab banyak bergerak sambil buat kerja dan angkut mengangkut barang yg nak diguna. Maklum, masa tu belum pindah pun.. nk selesaikan dulu bacaan Yaasin tu. Biar aman dan tenteram masuk nanti. Hari ni kira dah lebih seminggu berpindah. Barang pun masih berselerak terutama dalam home office ni.. Yang kat dapur je dah tersusun. Maklum le, tu baru office akak yg betoi.. hihi.
Hal masak memasak dari a - z akak buat sendiri. Rebus nasi impit, masak rendang, kuah kacang, sambal taun, bingka kentang, tepung roti bungkus, karipap dan mee goreng.
************************
Testing oven Rubine untuk bakar bingka kentang. Menggagau juga awalnya sebab bukunya hilang sekejap.. :D
hasilnya.... berejam juga dek
pan ajaib ni jugak yg terbaik... tak sampai 1 jam pun.. bingka nak cantik kena ada kerak camni kan... :D
Tetamu2 dari surau... lelaki & wanita..
... dan akak yg tak sempat mandi, masih pakai baju tido masa melayan tetamu.. hahaha! Adoi laa kalut betui..
Ini je setakat ni... saja nak bagi blog ni hidup.. sebelum aktif balik.. byeee
No comments:
Post a Comment