December 14, 2013

Kek Cheese Meleleh

Resipi ni akak cnp dari fb page 'Buku Resepi'. Macam yang akak pernah tulis masa posting gambar percubaan pertama cheese leleh tu, inilah juga resipi yg akak guna. Tapi tak ingat dari sumber mana, sebab semuanya sama je. Origin tidak dikenalpasti... hehehe!

Sedap kek ni terutama bila diletak perisa dan cream cheese, dan dimakan sejuk... Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat SNOW CHEESE CAKE. Yang membezakan ialah kadar kecairan cream cheese tu nanti.

Tak nampak meleleh sebab sejuk lagi...

Versi snow cheese yg sejuk juga..

KEK CHEESE MELELEH @ LAVA CHEESE CAKE
Sumber : Cik Puan Ashikin & www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelette (akak biasa letak 1 sudu besar)
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:


Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul semua bahan kecuali mentega sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... spt strawberry, coklat, oren, pandan, dsb.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit (kalau akak siap bahagikan 2 loyang dan bakar dalam masa 20-25 minit dgn suhu 160C)

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati
Adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut
Parutla sebanyak mana yang suka....

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, saya buat sekeping jer... tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek...


Perisa pandan pun sodap...

18 comments:

Mie za said...

Salam sis, knp saya buat kek x gebu. Kena pukul dlm berapa minit..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam... bergantung kepada pemukul. Kalau stand mixer yg besar, sekejap je dah gebu... Kalau hand mixer atau stand mixer yg kecil, mungkin memerlukan 5 - 10 minit dengan kelajuan tinggi

ika said...

Salam..
saya nak tanya..
yang telur 4 biji tu diambil putih dan kuning ke..

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam ika..
Ya, semuanya, whole eggs... :)

norrish abdullah said...

salam kak..nak tanya kek saya pecah tp dlm belum masak knp ye?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam Norrish,
Kek pecah biasanya berkaitan suhu oven cth tak cukup panas masa adunan kek dimasukkan, atau suhu oven x sesuai sedangkan kek agak tebal..

syaseby said...

kecur air liur tgkkn kek bertakhtakan cream cheese ni..sy pun peminat cream cheese....nnt nk try this resepi..tq dear for sharing.

Cik Siti Abu Sujak said...

Sebab suka sgt cream cheese tu yg hampir suma kek akak bercheese..

qasihku aliya said...

Kalu nk gne perasa lain kena yg serbuk gak atau pewarna makanan? Contoh kalu nak letak nescafe boleke?

lee myra ho said...

Hi ,akak kalau beli kek sponge dikedai kek je blh ke? Pstu taruk krim cheese

Cik Siti Abu Sujak said...

Boleh je Myra.. :)

Anonymous said...

Saya mohon copy resepinye..terima kasih..nak tanye boleh tak nak kukus kek ni

Cik Siti Abu Sujak said...

Silakan.. tak pasti kalau dikukus sbb belum pernah cuba..

Jasmine Ng said...

Hi sis, able translate this recipe into eng?

Cik Siti Abu Sujak said...

Hi Jasmine.. I'll try for you but it might take some times.. ;)
Or else you can use google translate. More or less you'll find the same or similar meanings

Jasmine Ng said...

Hahaha i tried to translate but still don't understand as the translate a bit confusing

Fadzi Yana said...

salam kak.mentega cair tu maksudnya letak kt suhu bilik?atau cairkan guna kaedah double boil?atau direct heat?

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumussalam Fadzi.. sorry baru sempat buka blog.. direct heat je n biarkan sejuk sikit. Biasa akak guna mangkuk stainless steel tu jer n bagi panas sikit mangkuk atas api, pastu matikan api. Goyang2 skit, mentega pun cair semua..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...