February 4, 2016

Blueberry Cheese Tart


Setelah sekian lama.. Baru sempat nak tengok semula entri ni yang duduk kat folder draft berminggu-minggu.. Inilah hasil cheese tart ku yang dah tak berapa terkini tu..

Kali ni akak guna resipi shell tart yang menggunakan majerin. Memang pernah guna resipi ni dulu dan banyak cyber baker duk tunjuk resipi ni sekian lama.. Tak silap asalnya dari Azita Zain (maaf kalau silap.. huhu).


RESIPI TART SHELL
(Resipi asal: Azita Zain)

Bahan2:

170g majerin
50g gula aising
1 biji telur C 
290g tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara2:

Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.




RESIPI CHEESE TART
(Resipi asal: Rahel)

Bahan2:

250g cream cheese (terus dari peti sejuk)
50g mentega
60g gula castor
1 biji telur A (saya biasa guna yang sejuk dari peti)
Blueberry filling (atau lain2)

Cara2:

Putar cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang (Sebaiknya gunakan cream cheese dan butter yang masih sejuk tapi bukan keras beku dari freezer yaa.. hehe)
Masukkan telur dan putar hingga sebati. 
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Tak payah letak nozzle, cuma gunting sedikit di hujungnya.
Isi blueberry filling ke dalam tart shell yang sudah sejuk dalam 1/2 sudu kecil. Guna piping bag lagi senang.
Paipkan cream cheese hingga mumbung (penuh)
Bakar dengan suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak (tidak melekat permukaannya jika disentuh)



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...