February 24, 2014

Chewy Gooey Brownies

Dalam seminggu ni akak teringin sangat nak makan brownies. Sebelum ni memang tak pernah datang keinginan nak membuatnya. Dulu selalu makan pun kalau ke Secret Recipe. Dan dah bertahun rasanya akak tak makan di SR. Kesian kan... Adalah sebabnya tu... hehehe. Tapi akak memang missing dia punya tomyam kung yang podeh berapi tuu...

Malam semalam akak mulakan pencarian resipi. Nak tanya kakak yang memang hari2 menjual brownies kat office dia tu, malas pulak nak kacau. Maka terjumpalah resipi ni melalui keywords brownies sedap.. Di blog ourkizuna.blogspot.com. Cuma tajuk dia walnut brownies... dan akak punya brownies togel yang guna apa je yang ada kat dapur comel akak tu... hihi.



Walau tak ikut pun bahan2 utamanya, rasa brownies tu tetap sedaplah kat tekak akak. Cuma kemanisannya membuat akak nak minum segelen air kosong untuk sepotong yang akak makan. Manis macam kek RV akak tu... walau selalu buat dan pernah suka, sekarang akak dah alah sikit... Kalau boleh dah tak nak buat... lalala... macamana aku nak kaya. Tapi, mungkin orang lain suka kannn...

Jom check resipi durhaka akak... kalau nak versi ori punya boleh klik kat link atas tu.


BROWNIES SEDAP

Bahan2:

A - cairkan dengan kaedah double boiler
170g chocolate bittersweet (akak guna 100g chocolate chips + 70g cooking chocolate ...)
90g mentega
35g koko

B - ayak bersama
100g tepung
1/4 sk garam
1/4 sk serbuk penaik

C
2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula caster
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Pukul telur & gula. Masukkan vanilla.
2. Masukkan coklat cair dan kacau sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak
4. Tuang dalam bekas 4 segi (8 x 8) yang dialas baking paper
5. Bakar dengan suhu 170C selama 30-35 minit (bergantung kepada oven)

Nota:
a) Boleh gunakan kreativiti masing2 untuk menambah sedap brownies ni seperti menabut walnut, almond, dll di permukaan sebelum membakar
b) Bila dah masak dan sejuk, permukaannya boleh disiram atau dihias dengan ganache dan kekacang. Macam akak, cuma paipkan sikit2 ganache dan strawberry filling serta tabur almond flakes. Alaa... nak makan sendiri je kan.. Kalau jual mesti akak tuang banyak2 ganache tu..

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...