February 1, 2014

Cheese Tarts

Sejak memulakan aktiviti menenyeh tarts beberapa minggu lepas, akak dapati ianya amat menyeronokkan. Sebab akak rasa hasil dan rasanya lebih baik dari yg akak buat beberapa tahun dulu. Kiranya makan tahun juga akak nak pujuk diri buat tart semula ni. La ni, sehari tak mengudap tart macam tak kena.. Harap2 pipi ni tak menggebu macam cheese tarts yang baru keluar oven. Tapi kalau gebu pun, agaknya la... buleh nampak lebih muda kot.. kikiki.

Resipi yang mendapat tempat di hati akak ni datangnya dari blog Rahel. Semenjak dua menjak ni akak suka sangat jenjalan ke blog tu dan sangat suka dengan hasil air tangannya. Gambar cantik, pemurah resipi pulak tu. So, akak reproduce resipi cheese tart tu di sini ikut hafalan akak lah ye. Senang akak sendiri nak rujuk. Kalau nak yg dari Rahel, boleh klik kat blog dia tu.. TQ Rahel for the recipe.. moga bertambah rezeki.


CHEESE TARTS

Bahan2:

450g tepung gandum
250g mentega
100g gula kaster
1 biji telur
2 st air
1 st esen vanlla

Inti Keju:
250g cream cheese
60g gula kaster
50g mentega
1 biji telur
Filling ikut citarasa - blueberry, strawberry, kiwi, etc

Cara2:

I - PASTRY (Tart shell)
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang
Masukkan telur dan putar sehingga berkrim
Masukkan tepung dan putar perlahan. Bila dah bergaul, uli dengan tangan hingga jadi doh
Tekan dalam acuan dan bakar dengan suhu 165-170 C selama 15 minit atau sehingga masak. Sesuaikan dengan oven kita ye..

II - INTI
Putar cheese, mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan putar hingga sebati
Isi filling ke dalam tart shell dan tuang cheese sehingga penuh (nak mudah kerja, masukkan filling & cheese dalam piping bag dulu... bag asing2 ye... hehehe)
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min (jika disentuh tak lekat)


TIPS AKAK:

1) Akak gunakan telur yang sejuk dari peti ais untuk pastry dan filling.
2) Akak gunakan telur gred A yang timbangannya dalam 53-54g sebiji
3) Semasa membakar, perhatikan dulu kesesuaian suhu ikut oven masing2. Cth, akak guna oven Rubine, nampak macam tak sama dengan oven Zanussi akak yg lama. Untuk pastry, sebaiknya gunakan function berkipas yang mengambil masa dalam 15-17 min dan tak perlu dipanaskan dulu. Untuk filling pula, guna function atas bawah yang mengambil masa 10-13 min ikut jenama cream cheese.
4) Akak selalu gunakan cream cheese Philadelphia yang kata orang paling sedap (atau psychologically sedap sebab harga mahal... hehe!). Tapi akak rasa kalau guna jenama Anchor, masa membakar lebih singkat dan hasilnya pun baik juga. Teringat kata Ah Chai toke bakeri, cream cheese Anchor lebih sesuai untuk buat cheese tart berbanding sebagai frosting.  Kalau Phil akak ambil masa dalam 13-15 min, guna Anchor 5 minit dah cukup. Rupa dan rasa tak beza pun.. Itu ikut pengalaman singkat akak ni lah...
5) Paipkan cream cheese tu penuh-penuh melebihi paras shell tu. Kemudian goncang2 sikit supaya jadi sedikit rata, baru corakkan dan bakar.




No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...